CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: derihje

Agaknya bila LPT fasa ke 2 akan siap sepenuhnya ?

  [Copy link]
Post time 15-4-2013 04:44 PM | Show all posts
lama seh menunggu,hu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 06:59 AM | Show all posts
dr bukit besi ke gemuruh (hok buke doh) ambe jimat 130km kalu blik kg....
dlu ikut jln jerngau jabor, spa kg dlm 720km dr jb....kg ambe kt besut.

siap la cepat........
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2013 12:44 AM | Show all posts
Takdop exit baru yg akan dibuka dlm waktu terdekat ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2013 10:20 PM | Show all posts
hi semua, aku ni beristeri orang K.T selalu la merungut jam and lama gila bila nak balik kg. sebab kalo kg aku kat perak je. 3 jam dah sampai. hehe


ok cerita ni aku dngar dari ayah kawan aku. dia la cerita masa aku g melwat ari tu. ayah kawan aku ni keje pejabat tanah Ganu. opis KT la. pangkat besar la. tak nak la disebut di sini

dia kata LPT 2 ni confirm lama lagi nak siap sebab semua yang delay kerana kroni. Yang mana Pakej tak siap lagi tu semua kontraktor segera aka kroni. tak ke pelik projek besar macam ni boleh diberi pada kontraktor kecilan. tu pasal yang tak de sungai pun dibuat sungai. mungkin ada projek di sub kepada beberapa con tapi bg benda ni  nanti sure half kualiti bagus lagi half hancus.

dia kata kontraktor2 ni bila dpt projek bukan buat jalan dulu tapi dibuatnya rumah sendiri kasi besar, enjoy2 dulu, last sekali modal nak buat LPT pun terguna sekali. tu yang tak siap2.

patutnya mana2 con tak siap patut di dakwa or disenarai hitam. ini duit dh amik jalan tak siap2 last sekali open tender kat orang lain. so far aku rasa diorang masih hidup tanpa rasa bersalah kot.

yang kita dapat guna sekarang tu sebab con dia ialah MTD. Con sama utk LPT 1. diorang dh ada experience buat highway

btw, komen ini tiada berniat jahat. jika terasa harap maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 12:12 PM | Show all posts
kibbas91 posted on 15-4-2013 09:57 AM
projek hentian sebelah Kijal.

kalu ingat JKR ni, ambe ingat ada staff JKR ada bagi senda gurau makna JKR...

JKR
Jasa Kepada Rakyat
Jalan Kurang Rata
Jangan Kerja Rajin
Jikalau Kerja Rajin
Jentera Kerajaan Rosak
Jom Kita Rilek...hahaha

jangang maree, ini senda gurau, tapi kalu terasa, bagus lah...




Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2013 12:48 PM | Show all posts
InsyaAllah keseluruhan projek LPT II akan siap akhir tahun 2014.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2013 10:12 PM | Show all posts
LPT Fasa 2 dijangka siap akhir tahun depan

KUALA TERENGGANU: Semua 16 pakej fasa dua Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya akhir tahun depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata sehingga kini, sembilan dari 16 pakej LPT 2 telah siap.



"Kita tahu rakyat pantai timur meletakkan harapan lebuh raya ini siap dengan kadar segera.


"Kami harap dapat menyelesaikan permasalahan bahagian kontraktor yang lambat menyiapkan kerja serta kami akan mencari jalan bagaimana dapat membantu memastikan kerja disiapkan pada tarikh yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Plaza Tol Kuala Terengganu yang belum dibuka secara rasmi kepada awam serta meninjau kerja di sepanjang lebuh raya sehingga ke Plaza Tol Bukit Besi di Dungun.



Ini lawatan kerja pertama Anggota Parlimen Petra Jaya itu ke Terengganu setelah dilantik Menteri Kerja Raya selepas pilihan raya umum lepas.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan negeri Ir Rosli Othman.
Sambil memberi jaminan bahawa beberapa masalah pembinaan lebuh raya itu telah diatasi pihak pelaksana, Fadilah berkata kawasan yang bermasalah tidak banyak.
"Kalau terkebelakang pun hanya 0.3 peratus hingga 3 peratus sahaja kelewatan masa," katanya.

Beliau berkata pakej melibatkan laluan Bukit Besi ke Paka dijangka siap akhir tahun ini setelah JKR meminta kerja-kerja menyiapkan lebuh raya di kawasan itu dipercepatkan.



Projek LPT 2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu merupakan kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos awal projek RM3.7 bilion.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Projek yang sepatutnya siap pada akhir 2010 itu bagaimanapun mengalami masalah apabila beberapa kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan kerja mengikut jadual yang ditetapkan berikutan masalah kenaikan harga barangan pembinaan di pasaran. - BERNAMA
[url=]
[/url]


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 10:54 PM | Show all posts
menunggu dan masih menunggu,hu2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2013 11:17 PM | Show all posts
ambok posted on 21-5-2013 12:44 AM
Takdop exit baru yg akan dibuka dlm waktu terdekat ?

exit paka ke exit kuala terengganu utara akan dibuka pada penghujung tahun nie.InsyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:20 PM | Show all posts
kibbas91 posted on 27-5-2013 11:17 PM
exit paka ke exit kuala terengganu utara akan dibuka pada penghujung tahun nie.InsyaAllah.

kuala terengganu utara tu alik mana ? alik bukit jong/gemuruh nung ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:27 PM | Show all posts
ambok posted on 27-5-2013 11:20 PM
kuala terengganu utara tu alik mana ? alik bukit jong/gemuruh nung ke ?

ye situ la....hehe....pakej 4 dan pakej 7 jer jangka siap 2014....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:33 PM | Show all posts
kibbas91 posted on 27-5-2013 11:27 PM
ye situ la....hehe....pakej 4 dan pakej 7 jer jangka siap 2014....hehe

dakpe doh buat sementara waktu, cepat sket nok gi mesra mall....buleh layan movie & nandos & burger king
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 11:52 PM | Show all posts
ambok posted on 27-5-2013 11:33 PM
dakpe doh buat sementara waktu, cepat sket nok gi mesra mall....buleh layan movie & nandos & burge ...

ambe pun cepat sikit nok ke gong badak kekgi....shopping2 di giant and mydin terbesor di tganu kekgi....InsyaAllah....   
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2013 05:35 PM | Show all posts
ambok posted on 27-5-2013 10:12 PM
LPT Fasa 2 dijangka siap akhir tahun depan

KUALA TERENGGANU: Semua 16 pakej fasa dua Lebuhraya Pa ...

hopefully janji ditepati...pah, raya puasa tahun ni masih guna Bkt Besi - KT lah gamoknya
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 11:57 AM | Show all posts
maxxsa posted on 19-6-2013 05:35 PM
hopefully janji ditepati...pah, raya puasa tahun ni masih guna Bkt Besi - KT lah gamoknya

Bukan ke dah boleh join LPT dari Paka?

Kpd sesiapa yg arif ttg hal ni, tolong update....tq

Semasa saya pergi ke KB selepas CNY dulu, saya masuk LPT di Bukit Besi
Jenuh jgk lalu ikut jln Jerangau-Jabor yg berlubang2 tu utk sampai ke Bukit Besi

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 02:21 PM | Show all posts
toksira posted on 21-6-2013 11:57 AM
Bukan ke dah boleh join LPT dari Paka?

Kpd sesiapa yg arif ttg hal ni, tolong update....tq

LPT exit Paka InsyaAllah dibuka seawal-awalnya pada hujung tahun ini.. pihak JKR akan cuba menyiapkan laluan dari persimpangan paka sehingga persmpangan bukit besi secepat mungkin..pakej 9A dan 9C dah siap..tinggal lagi pakej 7,8 dan 9B yang sedang rancak berjalan..InsyaAllah semoga projek tersebut siap on time..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2013 09:51 PM | Show all posts
kibbas91 posted on 21-6-2013 02:21 PM
LPT exit Paka InsyaAllah dibuka seawal-awalnya pada hujung tahun ini.. pihak JKR akan cuba menyiap ...

Terima kasih, kibbas

Saya rasa buat masa ni kalau saya nak ke KT saya akan gunakan jalan pantai....

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2013 12:18 PM | Show all posts
kt kg ambe ad laluan lpt nie..lame jamang nk siap kt cnie..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 09:49 AM | Show all posts
balik raya ni guna jalan pantai dulu lah gamoknya
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2013 04:51 PM | Show all posts
Xsempat La nk Guna Blik Raya Thn ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054273 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list