CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: seribulan

[Lain-lain] ...Chit Chat Humanitary...

[Copy link]
 Author| Post time 25-1-2022 07:50 AM | Show all posts
farhana008 replied at 25-1-2022 06:02 AM
Assalamualaikum and good morning.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-1-2022 11:27 AM | Show all posts
WHO jangka Covid-19 berakhir beberapa bulan lagi

PARIS – Varian Omicron menggerakkan pandemik Covid-19 ke dalam  fasa
baharu dan mungkin akan berakhir di Benua Eropah, kata Pengarah
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  rantau Eropah, Hans Kluge kelmarin
seperti laporan akhbar South China Morning Post.

“Ada kemungkinan Eropah bergerak ke arah pengakhiran pademik,” kata
Kluge kepada agensi berita AFP dalam satu wawancara kelmarin sambil
menambah, varian Omicron diramal menjangkiti 60 peratus warga Eropah
menjelang Mac ini.

Menurutnya, sebaik sahaja gelombang Omicron yang melanda Eropah reda,
komuniti global akan berada dalam fasa imuniti kelompok selama
beberapa minggu atau bulan.

“Ini disebabkan sama ada kemajuan vaksinasi atau ramai orang mempunyai
imuniti kerana telah dijangkiti koornavirus.

“Kami menjangkakan akan ada tempoh senyap sebelum Covid-19 mungkin
muncul kembali menjelang akhir tahun ini tetapi tidak semestinya
sebagai pandemik,” kata Kluge.

Pandangan optimis itu dikongsi oleh saintis kanan Amerika Syarikat
(AS), Anthony Fauci kelmarin.

Beliau memberitahu rancangan bual bicara terbitan saluran ABC News,
This Week bahawa kes Covid-19  semakin menurun walaupun bukan mendadak
di sebilangan kawasan di AS dan ‘situasi kelihatan semakin baik’.

Biarpun meminta semua pihak supaya jangan terlalu optimis, Fauci
berkata,  terdapat penurunan bilangan kes di beberapa kawasan seperti
timur laut AS

“Saya percaya anda akan melihat perubahan besar di seluruh negara
(AS),” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pejabat serantau WHO di Afrika
menyatakan, kes Covid-19 menurun mendadak dan angka korban juga susut
untuk kali pertama sejak gelombang keempat Covid-19 sampai ke
kemuncaknya  di benua tersebut yang didorong penularan varian Omicron.

Varian Omicron,  yang menurut kajian adalah lebih mudah berjangkit
berbanding Delta tetapi menyebabkan jangkitan kurang teruk dalam
kalangan mereka sudah divaksin, telah memberikan harapan bahawa
Covid-19 telah berubah daripada pandemik kepada fasa endemik.

Bagaimanapun, Kluge memberi amaran bahawa adalah terlalu awal untuk
memikirkan tentang fasa endemik  Covid-19.

Sementara itu, di Eropah yang merangkumi  53 negara termasuk
sebilangan negara di Asia Tengah,  Omicron mewakili 15 peratus kes
baharu Covid-19 setakat 18 Januari lalu berbanding 6.3 peratus
seminggu sebelumnya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... eberapa-bulan-lagi/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 11:27 AM | Show all posts
Penduduk di beberapa kawasan di ibu negara dikejutkan dengan kejadian hujan batu pada Isnin.


Kejadian sekitar jam 5 petang itu berlaku di beberapa kawasan antaranya Ukay Perdana dan Wangsa Maju.




Kredit foto: IG Adam




Fenomena itu menjadi tular di laman sosial apabila netizen mula berkongsi perihal hujan batu tersebut.


Pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah menerusi hantaran di media sosial berkata, fenomena hujan batu itu merupakan kali pertama berlaku dalam hidupnya.


“Sekarang tengah hujan lebat, tiba-tiba dengar bunyi bising, keluar rumah tengok ada banyak ketulan ais jatuh ke lantai rumah.


“Hujan batu pertama kali dalam hidup, MasyaAllah, SubhanaAllah, Allahuakbar,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.







Menurut satu infografik yang dikongsikan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan batu adalah sejenis kerpasan pepejal atau gumpalan ais tidak sekata yang terhasil dalam awan ribut petir atau Kumulonimbus (Cb).


“Ia biasa berlaku apabila keadaan atmosfera tidak stabil dan di dalam awan Cb kehadiran arus menaik yang kuat berserta udara yang tinggi menghasilkan ketulan ais.


“Hujan batu biasanya berlaku apabila ketulan-ketulan ais tersebut jatuh dan tidak cair sepenuhnya sebelum mencecah bumi,” katanya kepada Sinar Harian.


Dalam pada itu, MetMalaysia berkata, ia boleh terjadi di sebarang tempat apabila ribut petir berlaku terutamanya yang melibatkan pembentukan awan Cb yang kuat.


Tambahnya, fenomena hujan batu ini akan memberi kesan antaranya kerosakan pada kereta, pesawat, tingkap dan struktur berbumbung kaca.


“Ia juga memberi kesan kerosakan kepada tanaman, bangunan, harta benda awam, dan kecederaan kepada manusia.


“Selain itu, mereka dinasihatkan untuk mengelakkan berada di kawasan lapang, segera berlindung di bangunan yang kukuh dan selamat.


“Jauhi tingkap dan parkir kenderaan di tempat yang tertutup atau struktur yang kukuh seperti di bawah jambatan,” ujarnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 25-1-2022 07:48 AM
Siap youtube memaki tak ada usaha untuk elak banjir terjadi lagi

Letih oooo nak kemas lepas banjir. Mana lah tak kena maki. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 11:54 AM | Show all posts
morning gajah nama dia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 12:22 PM | Show all posts
farhana008 replied at 25-1-2022 10:52 AM
Letih oooo nak kemas lepas banjir. Mana lah tak kena maki. Huhu

Tahu xpe



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-1-2022 12:22 PM | Show all posts

Jom vroom vroom
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:30 PM | Show all posts

jom bg ilang nantuks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 02:31 PM | Show all posts
seribulan replied at 25-1-2022 07:46 AM
tiber admin tambah nama kat bod...

tulah psl, jenuh sy nk edit balik semula
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:31 PM | Show all posts
seribulan replied at 25-1-2022 07:47 AM
Dia lalu lalang je camtu...x lebat..tapi petir kuat cam bom atom

kat sini cerah skang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:33 PM | Show all posts

edit nama banner dpt tashang extra kan


Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 02:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 25-1-2022 01:30 PM
jom bg ilang nantuks

Mkn bihun tomyam ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 25-1-2022 01:31 PM
tulah psl, jenuh sy nk edit balik semula

Mod pun terkujat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:58 PM | Show all posts

sy nantuks kenyang nasi arab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 25-1-2022 01:31 PM
kat sini cerah skang.

Panas gak sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2022 03:58 PM | Show all posts

oo ingat ke dia bgtau mod dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 25-1-2022 01:33 PM
edit nama banner dpt tashang extra kan

Cian kome


.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2022 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tashu replied at 25-1-2022 02:58 PM
sy nantuks kenyang nasi arab

Ilang nantuk bentang report2
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2022 03:59 PM | Show all posts

kalu dpt tashang xpe, kita edit balik...huh lotih la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.969474 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list