|
Apa yang cari pasti dijumpa
kunci tidak mencari cinta
cinta kunci telah bertahta
di sebelah permaisuri manja
kata ditinta hanya ingatan semata
kepada pencari cinta
yang mungkin buta dek panah asmara
bisa cinta melekit di jiwa
kiranya tersalah memetik bunga cinta.
Goldkey Post at 16-10-2010 21:07
Saya membawa cinta pulang
membawa rindu berselang
rindu yang belum menghilang
oh, jangan..
jangan terbang
rengkuh saya dengan sayapmu
supaya di situ saya bernaung
antara rindu, bingung, saya ingin peluk dia
dalam mimpi-mimpi saya
apa saya harus mengatakannya?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saya membawa cinta pulang
membawa rindu berselang
rindu yang belum menghilang
oh, jangan..
...
bintang Post at 16-10-2010 21:20
Jika ketemu cinta sejati
tak perlu menyata dia bisa mengerti
hati tak perlu gundah menanti
cinta sejati cinta suci
tiba masa dia memetik bintang menghiasi suri. |
|
|
|
|
|
|
|
Keretapi
Kesian keretapi
kena ikut landasan selari
jalannya jalan mati
aturan telah diberi
jalannya berhenti-henti
tak bebas berlari
antara destinasi
tiada yang simpati
apatah lagi ambil peduli
begitulah riwayat keretapi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 17-10-2010 07:52
Salam pagi minggu
semoga tidak termanggu
bangkitlah dari beradu
usahakan sesuatu
terisi waktu
dengan usaha bermutu
dapatlah kita maju
tidak seperti dulu-dulu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 17-10-2010 07:50
Pagi ini
mentari bersinar menyeri
burung-burung riang menyanyi
pepohonan menghijau tegak berdiri
angin menghembus membelai ke pipi
awan berarak sepi
embun menitis di daun keladi
hatiku girang sekali
syukuri masih di beri hari.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 17-10-2010 10:53
Teman sejati
Kumencari-cari
teman sejati
buat menemani
ke alam abadi
dapatkah kutemui?
insan berhati suci
dalam kekalutan duniawi
masing-masing dengan urusan sendiri
tak kenal kita hati budi
yang mana ada sifat insani
haruslah kita berhati-hati
dalam mencari teman sejati.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 17-10-2010 11:30
Kompilasi Cinta mendustakan rasa
Cinta mendustakan rasa
Kau mencurah bisa
setelah kutaburkan benih cinta
cinta pada kau umpama bencana
mengancam diri merosak jiwa
bisa!
bisa!
bisa!
pedihnya tak terkira
hati terseksa dicengkam duka
usah bercinta
jika tak sanggup merana
kerana cinta mendustakan rasa.
8/10/2010
10.47 am
Cinta mendustakan rasa II
Bila cinta mendusta rasa
hati terluka bernanah kaca
jiwa tersiksa membakar asmara
punah asmara menyemai benih sengsara
gerhana cinta mencurahkan air mata duka
bisa cinta merobek segala
derita yang melanda
memalapkan semangat insan lara.
15/10/2010
20.10 pm
Cinta mendustakan rasa III
Bisa cinta melekit di jiwa
andai cinta hanya sandiwara
kenali cinta sebelum sengsara
hidulah racun cinta
sebelum merebak ke deria rasa
cinta dusta cinta pembinasa
cinta dusta cinta durjana
cinta dusta memakamkan rasa.
16/10/2010
21.17 pm
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 17-10-2010 15:56
Kompilasi pesanan Kunci
Kesabaran
Tak perlu beremosi
biasakan melafaz nada romantis
difahami dimengertikan
hati senang tiada dendam
dalam marah hati jadi tenteram.
Marah tak bawa ke mana
tambah luka tambah parah
hati berais tukar bergeseir
tindakan boleh mengila
sakit mental jiwa merana.
Kesabaran itu
kemantapan iman peribadi mulia.
26/8/2010
6.05 pm
Benar
Mati itu adalah benar
Soalan di alam barzakh itu adalah benar
Siksaan di alam barzakh itu adalah benar
Hari khiamat itu adalah benar
Hisab amalan itu adalah benar
Titian Siratul Mustakin itu adalah benar
Syafaat Rasulullah SAW itu adalah benar.
Syurga itu adalah benar
Neraka itu adalah benar.
Hari khiamat pasti datang
Bersegeralah kita bertaubat
Mohonlah keampunan suci dari dosa
Mohonlah syafaat junjungan besar Kekasih Allah
Agar syurga Allah
pelabuhan kita.
9.25 am
28/8/2010
Keinsafan
Ini soal kalbu
bukan dipaksa
datangnya kesedaran kendiri
hidayah suci
di bulan suci.
Lihatlah
petanda-petanda kebesaran-Nya
kita ini kerdil
tiada apa kuasa selain menadah tangan
memohon keampunan
memohon perlindungan
memohon dilimpahkan taufik dan hidayah
jika takdir-Nya
keinsafan
buat yang terpilih.
30/8/2010
10.45 pm
Cermin Malam
Memancar cahaya hitam
tidak berbayang
hitam pekat laksana di lubuk laut dalam
gambaran sesat dalam kemungkaran.
Kelip sikunang-kunang bagai rumah api
tunjuk jalan pulang pengembara malam
ke umbi akidah
genggam kalimah lailahailallah.
Bangkit insan
dua pertiga malam
sujud mencari keampunan
buat menebus dosa-dosa silam.
Hanya insan bermata hati
nampak jalan
tidak hanyut bersama arus tipu daya dunia
menongkah kemungkaran
menyelusuri ketaqwaan
meniti titian kebenaran hakiki.
3/9/2010
5.55 am
Bertaubatlah
Kita mungkin pernah ingkari janji
meskipun Allah tidak memungkiri janji balasan-Nya.
Kita mungkin pernah mengumpat keji saudara sendiri
meskipun Allah tidak pernah gagal mencatat amalan hambaNya.
Kita mungkin pernah terhasut dek godaan syaitan
meskipun Allah telah firmankan syaitan musuh yang nyata.
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
Keculi orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al- Asr)
Rasulullah bersabda bermaksud:
" Wahai sekalian manusia,
bertaubatlah kepada Allah
dan memohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali."
(Hadis riwayat Muslim).
16/9/2010
16.30 pm
Mohonlah
Kita yang mengerti diri kita
kita yang tahu hati kita
kita yang tahu kehendak jiwa kita
orang hanya pandai mengata
orang hanya pandai mencela
tiada siapa yang datang menyapa
tiada siapa yang datang menyara
jadilah diri kita
berlandaskan syariat yang Esa
panjatkan doa
tiada hijab dengan-Nya
kita ini hamba
yang berkuasa menunggu rayuan hamba-Nya
telah dijanjikan:
“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu” (Al Mu’min: 60).
2/10/2010
12.32 am
MISZA @ 34244
MISZA dengan kod nombor pengenalan diri 34244
yang ni kalau tak kenal parah tuan-tuan!!!
ini nama tunjang dalam kehidupan
nama ini akan dipertanyakan
kenal atau tidak?
sempurna atau tidak "anggotanya"?
kalau kenal dan sempurna "anggotanya"
mudahan hisab kita dipermudahkan
timbangan kita mengembirakan
dari itu saya menyeru pada diri saya dan tuan-tuan
kenalilah MISZA @ 34244.
6/10/2010
14.17 pm
Mempembariskan jiwa
Macam mana tu?
apanya?
mempembariskan jiwa tu lah?
Ooo..ambil lah pembaris
satu "pembaris"nya dalam Al-Qur'an
dua "pembaris"nya dalam As-Sunnah
keduannya cukup dah
mempembariskan jiwa
seperti sabda Baginda S.A.W:
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku".
7/10/2010
21.13 pm
Kalau ada suatu kesalahan
Dalam ruang yang tidak bersuara
dalam keasyikkan berbahasa
dalam menyusun indah bait kata
mohon maaf jika ada
menguris rasa
kita sering kali terlupa
dalam tutur bicara
adakala tersalah kata
kunci susun sepuluh jari meminta
keampunan dari sesiapa saja
dalam usaha menyuci dosa
yang mungkin tanpa sengaja
sesama memaafkan antara kita.
12/10/2010
10.29 am
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 17-10-2010 18:33
Jerebu
Langit kelabu
penuh asap dan debu
matahari menyinar lesu
penglihatan terganggu
meningkatkan suhu
ramai yang buka baju
batuk menyerang menyesak paru-paru
ramai orang kena tahu
jerebu masalah alam sekitar baru
sama-sama kena ambil tahu
kurangkan punca asalnya jerebu
barulah dapat udara bermutu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam telah dilalui
hari ini belum diyakini
hari esok belum pasti
apa nak jadi
semua takdir Ilahi
hadapi dengan hati suci
belajar meredhai
ketetapan Ilahi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit hati
kalau orang tak reti-reti
nak mengerti
bukan tak reti
saja buat tak reti
lantak pi
apa aku peduli.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 18-10-2010 15:08
Haru!!!
Petang yang kelabu
aku duduk di sofa gebu
menanda skrip stpm muridku
hatiku tak sesihat udara jerebu
hati rasa bercelaru
jawapan muridku merapu
di mana silap salah ajaranku
sumber hasil hutan pun tak tahu
bijih timah ditulisnya anak muridku
aduh!!! haru
akanku pertajam lidahku
kamu!
kamu!
kamu!
akanku bambu
sepuas hatiku.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit hati
kalau orang tak reti-reti
nak mengerti
bukan tak reti
saja buat tak reti
lantak ...
Goldkey Post at 17-10-2010 18:12
Yerp, bintang setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Haru!!!
Petang yang kelabu
aku duduk di sofa gebu
menanda skrip stpm muridku
hatiku tak se ...
Goldkey Post at 17-10-2010 18:38
Terasa kegeraman guruku..
berjaya menusuk ke kalbu..
bersabarlah wahai guruku..
mereka masih menimba ilmu..
anak- anak muridmu meminta restu...
janganlah diberi dengan hati yang pilu...
~ex-student~ |
|
|
|
|
|
|
|
Yerp, bintang setuju
bintang Post at 17-10-2010 18:48
Terima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
Studentku
Sedarkan diri
usah leka lagi
peperiksaan tinggal berapa hari lagi
kaji kelemahan diri
ingat pesanan guru di hati
usaha terus sikit je lagi
penuhkan input dalam memori
jaga kesihatan diri
panjatkan doa setiap hari
baru berserah kepada Ilahi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 17-10-2010 20:45
As-salam alaikum Cikgu..
terima kasih sudi add saya.
Saya MIMN..
Saya pernah sekolah kat Sek.Men.Keb Pandan Jaya.
Masa tu cikgu jadi guru disiplin, geografi dan pendidikan jasmani..
Cikgu ingat lagi tak pelajar yang bersikap biadab bila rambutnye digunting di hadapan perhimpunan.
Itu sayalah tu.
Sekarang ni saya belajar di Universiti Al-azhar.
Ambil jurusan Syariah Islamiyah.
Banyak betul kenangan saya dgn cikgu.
Masa tu saya nakal dan degil.
Masa berlalu dan berlakulah apa yang telah berlaku yang telah Allah takdirkan.
Allah maha berkuasa dan mengetahui segala apa yang telah ditakdirka-NYA.
Hari ini segala pengalaman dan pelajaran2 yang dilalui membina kefahaman dan membentuk peribadi diri.
Sesorang yang menuntut ilmu dan berilmu mampu menilai kebenaran dan keluar dari belenggu kejahilan.
Apabila hati2 manusia bertaqwa kepada Allah maka Allah jadikan untuk mereka petunjuk sehingga mereka mampu membezakan di antara haq dan batil.
Hari ni saya ambil kesempatan minta ampun dan maaf di atas kesalahan saya semasa Cikgu mengajar saya di Sek.Men.Keb Pandan Jaya.
Maafkan saya Cikgu.
-------------------------
Wsalam MIMN
Syukurlah kamu sudah berjaya, terima kasih masih ingatkan saya.
Tiada apa kesalahan yang tidak saya maafkan.
Saya pada masa itu menjalankan tugas yang di amanahkan dan mungkin adakalanya saya tersalah cara, namun niat saya untuk kebaikan.
Saya doakan kamu terus berjaya dunia dan akhirat.
Saya juga memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan perbuatan ketika di SMK Pandan Jaya dulu.
Yang baik dari Allah jua, yang buruk itu atas kelemahan diri saya.
---------------------
Cikgu seorang pendidik.
Bersusah payah memikirkan dan berusaha untuk kejayaan pelajar.
Saya yg tak sedar apa yg cuba cikgu buat pd masa tu.
Moga Allah beri balasan yg baik buat Cikgu di dunia dan akhirat.
Terima kasih Cikgu.
------------------------
Terima kasih atas doa moga cikgu beroleh kesihatan yang berpanjangan untuk berbakti pada bangsa dan agama.
Jadikan pengalaman masa lalu sebagai suatu pengajaran yang berguna dalam usaha kita mencari keredhaan Ilahi.
~Kunci dan Ex-student~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bila malam
pelbagai ragam
makhluk keluar dari sarang
mencari mangsa untuk dibaham
mengenyangkan nafsu haram.
Bila malam
hati jadi tenang
hiruk pikuk siang hilang
terbenam bersama mentari petang
muncul lebaran malam yang tenteram.
Bila malam
suasana jadi seram
bau kemenyan
makhluk alam bunian
semua datang dalam fikiran.
Bila malam
macam-macam
datang bertandang
pergi menghilang
masing-masing ada tujuan
ada seribu satu macam.
~Goldkey~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Para Guru
taburkan ilmu usah jemu
beri keterangan, jangan bagi keliru
pesan betul2 jangan jawab melulu
...sebelum menjawab, fikir2lah dulu
curahkan semua apa yang terbuku
didiklah tanpa ragu2
berpesan2 selagi termampu
pesanan guru penuh syahdu
diiringi doa dan restu
agar semuanya berjaya
kesemua bidang penjuru...
~GRP~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|