CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: uwekkk

All About Siti's English Album [Latest: Preview 'I'll Wait Forever' - PG54]

 Close [Copy link]
Post time 23-7-2011 11:19 PM | Show all posts
akhirnya dpt dgr kt hot..tu pn tgh2 br aku pasan tu FIL psl dia xstart ngan intro yg bunyi arab tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 12:13 AM | Show all posts
waduh!!!... ngak bisa ngerti nih!....
adie82 Post at 23-7-2011 14:18



    muhayang siti muhayang
temen skantor yg sering ngeledek qu coz siti mulu ktnya, eh tdi sore pas aku puter #fallinginlove dianya lgsung ngmong enak jga ni lgu.

rasanya maksudnya gini

kawan sepejabat yg selalu mengutukku kerana siti mulu (aku tak tau ) katanya.. tapi petang tadi selepas aku putar lagu falling in love dia terus cakap sedap juga lagu ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 10:13 AM | Show all posts
tanya bibik ker?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 10:48 AM | Show all posts
nk tanye, hot fm dengar kt astro, brape channel???? ada ke???
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 11:40 AM | Show all posts
Reply 627# orang_biasa


   hotfm takde kat bahagian radio tue..
tapi kalo pepagi ade kat ch 708..live...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 12:05 PM | Show all posts
oo...so blh dgr pepagi je la eh????huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2011 12:18 PM | Show all posts




PERNAH beliau dipersendakan gara-gara bahasa Inggeris, kononnya sebutan dan tata bahasa antarabangsa itu tidak betul. Tidak cukup itu, ditokok tambah dengan cerita-cerita yang sengaja untuk dijadikan bahan tawa. Cuma ditelan segala cercaan itu dijadikan azimat memperbaiki mana yang kurang mengukuh mana yang perlu.
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bukan jenis manusia yang mudah melatah, antara resipi untuknya bertahan hingga ke hari ini. Malah jauh sekali berkecil hati dengan mereka yang cuba memperkecilkan dirinya.
“Siti tidak terkilan langsung, sebaliknya Siti anggap ia sebagai proses pembelajaran. Lagipun Siti bukan dibesarkan di dalam keluarga yang berorientasikan Inggeris, di rumah pun semua adik beradik cakap Melayu,” kata penghibur yang baru memperkenalkan single Inggeris pertamanya, Falling In Love.

Single itu dimuatkan di dalam album Inggeris pertama Siti, All Your Love yang bakal dilancarkan pada 9 September nanti. Kehadiran album yang menggunakan 100 peratus bahasa Inggeris itu bukan sekadar memenuhi impian yang disimpan sekian lama, malah sebagai cabaran untuk diri sendiri. Kata isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Jiwa ini, sebagai penyanyi, beliau perlu melangkah ke depan.


“Album ini sudah lama Siti impikan, sekurang-kurangnya sebuah untuk rekod Siti. Dan ia berlaku secara kebetulan apabila Adib baru menubuhkan sebuah syarikat rakaman, What’s Up Entertainment dan mempunyai artisnya sendiri. Dia yang merancang semua ini dan dengan bantuan karyawan naungannya, Bryan B dan Christian Alexander, lahirlah album All Your Love.

“Selain lagu-lagu yang bagus, Siti bersetuju untuk merakam album ini kerana sudah tiba masanya untuk Siti mempunyai album Inggeris. Terus-terang, persetujuan ini juga kerana Siti ingin mencabar kemampuan diri sendiri, bukan untuk menyahut cabaran orang luar atau sesiapa yang mahu melihat dan mendengar cara sebutan Siti menyanyikan lagu Inggeris.

“Ini yang Siti mahukan dan ia berlaku secara kebetulan kerana usaha Adib,” katanya yang merujuk kepada Adib Khalid, anak tirinya.

Celah Adib yang turut serta menyaksikan penggambaran iklan itu, ramai yang mempertikaikan sebutan nyanyian Inggeris Siti kerana mereka mahu sebutan itu sempurna. Kebetulan pula, Siti yang begitu dikenali dengan mudah menjadi bahan sasaran mereka yang sentiasa mencari salah orang lain.

“Saya pun tidak faham mengapa boleh jadi begitu, sedangkan kalau kita tengok Celine Dion dan Shakira misalnya, sebutan Inggeris mereka ketika mula-mula menembusi pasaran luar, pun masih tebal dengan slanga masing-masing. Jadi kenapa kita perlu mempersoalkan sebutan itu, rasanya tidak perlu sempurna seperti slanga British atau Amerika Syarikat.


“Saya lebih suka kalau Mak Iti (Siti) kekalkan keaslian sebutan Inggeris dengan lidah Melayu. Saya tidak mahu Mak Iti dipengaruhi slanga Amerika atau British.

“Orang luar tidak kisah pun dengan sebutan, janji apa yang mahu disampaikan itu sampai kepada pendengar dan mereka faham. Ini bukan lidah atau bahasa ibunda kita, biarkanlah,” kata Adib yang melaburkan kos yang berganda tingginya untuk All Your Love berbanding album-album Siti sebelum ini kerana proses adunan dan mastering dilakukan di Australia dan Los Angeles.


Album yang memuatkan 10 lagu terbitan Bryan B ini dirakam selama dua minggu dan menawarkan pelbagai rentak termasuk pop, balada, tari dan R&B. Secara rasminya, single Falling In Love sudah dua kali diperdengarkan di depan khalayak ketika Konsert Simplicity di Shah Alam pada 9 Julai dan Anugerah Planet Muzik di Singapura minggu lalu.

Menurut Siti, setakat ini lagu yang ditulis Bryan B dan Christian itu mendapat maklum balas yang cukup baik daripada peminatnya. Sekali gus menambahkan keyakinannya terhadap album ini.

Siti bersemangat bercerita mengenai album ini. Biarpun pengalaman di studio rakaman tiada banyak bezanya dengan pengalamannya sebelum ini, namun cabaran tetap ada. Pun begitu jelas Siti, beliau cuba untuk melunaskan tanggungjawab itu sebaik mungkin.

“Tiada bezanya ketika di studio rakaman kerana Siti mendapat melodi lebih awal untuk Siti hayati. Hal itu tiada masalah, cuma lirik dan sebutan, Siti perlu tekankan kerana ketika menyanyi, ada bahagian yang perlu disebut cepat dan perlahan. Christian dan Bryan banyak membantu Siti dalam hal ini.

“Dua minggu saja rakaman siap, memang cepat kerana masing-masing cukup profesional. Satu hari Siti boleh siap rakam dua lagu. Pengalaman penerbit dan artis dari Australia itu memudahkan lagi proses rakaman,” katanya yang kini berada di Banjarmasin, Indonesia untuk konsert jelajahnya.

Cerita Siti lagi, nuansa All Your Love sedikti berbeza dengan album baladanya dan elemen ini antara yang membuatkan wanita kelahiran Kuala Lipis ini semakin teruja dengan album Inggerisnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 12:42 PM | Show all posts
Kerjasama dengan anak tiri



Kemesraan terpancar antara Adib dan Siti Nurhaliza ketika penggambaran iklan untuk produk SimplySiti baru-baru ini.


SETELAH berjaya menghasilkan beberapa album hit terbaik sebelum ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza masih mempunyai cita-cita peribadi yang terpendam.

Ternyata kejayaan album-albumnya sebelum ini yang telah menaikkan namanya sebagai penyanyi hebat di rantau ini belum cukup memberi kepuasan.

Penyanyi terkenal itu punya cita-cita untuk menawan negara luar, selain Indonesia, Singapura dan Brunei dengan mengeluarkan album bahasa Inggeris pertama yang dijadual berada di pasaran bermula 9 September nanti.

Apa yang menarik, album yang diberi judul All You Love ini telah diterbitkan sendiri oleh anak tirinya, Adib Khalid melalui syarikat produksinya What‘s Up Entertainment.

Siti mengambil langkah yang berani dengan merealisasikan cita-citanya untuk menghasilkan album sulung Inggeris ini dengan memilih lagu yang berjudul Falling In Love sebagai single pertama album tersebut.

Menurut Siti, lagu Falling In Love mempunyai elemen muzik eurodance yang segar yang turut disuntik dengan elemen muzik flamenco Sepanyol yang mempunyai jiwa Eropah yang kuat.

“Irama, muzik serta baladanya cukup berbeza, lagu-lagu yang terdapat dalam album ini ibarat lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Beyonce dan Mariah Carey.

“Namun bezanya Siti menyanyikannya dengan cara siti. Impian Siti selama ini untuk menghasilkan album Inggeris telah pun tercapai,” ujar penyanyi itu ketika ditemui di set penggambaran iklan produk SimplySiti di Kajang, Selangor baru-baru ini yang turut disertai Adib dan suami penyanyi itu, Datuk Seri Khalid Jiwa.

Tambah Siti, kerjasama yang terjalin bersama anak tirinya itu adalah satu perkara dan pengalaman baru yang amat disukainya.
“Sepanjang rakaman album ini, Siti dan Adib tidak mengalami apa-apa masalah.Segala kerja dan urusan kami semua berjalan dengan lancar.

“Siti turut mencabar diri Siti sendiri untuk menghasilkan album ini dengan sebaik mungkin, dan suami Siti sendiri turut memberikan sokongannya dalam penghasilan album terbaru ini,” katanya.

Ditanya berkenaan penguasaannya dalam bahasa Inggeris, katanya, perkara tersebut bukannya satu masalah yang besar dalam penghasilan album ini.

“Ya, ada yang berkata tentang penguasaan bahasa Inggeris Siti. Sebelum ini Siti dilahirkan dengan persekitaran biasa dan bukannya dalam persekitaran yang perlu bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

“Apa yang paling penting adalah sebutan Inggeris yang betul. Siti adalah Siti, tidak perlu untuk menyanyi dengan gaya terlalu Inggeris dan meniru gaya orang lain,” tambahnya.

Dalam pada itu, menurut Adib sendiri, kerjasama antara dia dan ibu tirinya itu memang tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang proses rakaman album tersebut.

Tambahnya juga, pengalaman menjayakan proses rakaman album ini membuatkan dia sendiri begitu teruja bekerjasama dengan penyanyi tersohor itu.

“Dia begitu rajin dan seorang yang kuat berusaha. Dia memberikan komitmennya sebanyak seratus peratus dalam menjayakan penerbitan album ini.

“Biasanya album Melayu yang dihasilkan sebelum ini pasarannya tidaklah seluas mana jika dibandingkan dengan album Inggeris. Kali ini dengan penghasilan album All You Love, kita boleh pasarkannya secara lebih meluas lagi.

“Album ini turut dihasilkan seorang penerbit serta rakan saya dari Australia, Bryan B. Ia turut menampilkan seorang lagi pencipta lagu terkenal dari Amerika Syarikat (AS) yang pernah memenangi anugerah Grammy, Richard Fureh,” ujar Adib.

cr: Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_11.htm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 01:09 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 01:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 01:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 01:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:11 PM | Show all posts
kejap All Your Love
kejap All You Love

reporter tak wat homework kah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 03:53 PM | Show all posts
Album ini turut dihasilkan seorang penerbit serta rakan saya dari Australia, Bryan B. Ia turut menampilkan seorang lagi pencipta lagu terkenal dari Amerika Syarikat (AS) yang pernah memenangi anugerah Grammy, Richard Fureh


harap lagu dibuat mamat ni sedap belaka
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 04:19 PM | Show all posts
lagu FIL dah masok Radio ERA!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2011 04:48 PM | Show all posts


Utusan article on all your love album!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2011 05:53 PM | Show all posts
adib dah besar ni muka sebijik cam atok K!!! macam fotostat!


tak sabar nak dgr lagu2 lain dalam album ni!.... agak2 bila 2nd single nak release?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 06:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 06:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2011 06:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.074560 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list