|
All About Neelofa Part 2 : Kembali Ke Lokasi Pilot Cafe
[Copy link]
|
|
Zeatyisaac posted on 8-4-2013 04:22 PM
Salam, kalau tak silap saya neelofa tak menang sebab dia dah beritahu fanlovers dia supaya jangan un ...
ini aku ada baca ari tu kat harian metro kot.mmg dia minta peminat jgn undi dia untuk kategori pelakon filem dan pelakon tv. kalau nak undi pun utk pengacara wanita ajelah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 8-4-2013 04:26 PM
ini aku ada baca ari tu kat harian metro kot.mmg dia minta peminat jgn undi dia untuk kategori pel ...
Oh, okay...tq
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 8-4-2013 03:47 PM
actually aku lagi nk salahkan penganjur sbb nk jugak gandingkan diorg berdua despite ape yg dah be ...
Akward sgt tgk derang
yg si Nubhan tu pun neves semacam
Forgiven but not forgotten kaedahnya
|
|
|
|
|
|
|
|
x kisah lah kalah, beliau masih baru dalam seni, fafau sudah lama bertahun2 mmg patut menang, cara tasa sila itu kekampungan sangat macamlah nak kaya dan maju hanya melalui award kah kah kah, cam x sekolah ja dia ni sama si fazurah, tgk aznil pun lama mengacara pun lambat jugak dalpat awrd |
|
|
|
|
|
|
|
Congrats Lofa walaupun kalah...tp kalah bermaruah sbb dpt top 5 bintang paling popular..
Sam ungguli ABPBH 2012
Sam ungguli ABPBH 2012 Sam memenangi hadiah utama, kereta Nissan Coupe 370Z tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd berharga RM370,000, selain barang kemas Habib tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000 berserta trofi.
Raih 79,656 undi mengetepikan Aaron Aziz, Zizan Razak, Neelofa, Adi Putra
KUALA LUMPUR: Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Songlap dan Adnan Sempit 2, Shaheizy Sam Abdul Samad, memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, yang berlangsung di Bukit Jalil, di sini, malam tadi.
Beliau yang lebih mesra dipanggil Sam, 31, meraih 79,656 undi, sekali gus mengetepikan saingan kelompok empat artis yang mendapat undi tertinggi dalam kategori utama itu - Aaron Aziz, Zizan Razak, Neelofa dan Adi Putra.
Berikutan kemenangan itu, Sam memenangi hadiah utama, kereta Nissan Coupe 370Z tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd berharga RM370,000, selain barang kemas Habib tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000 berserta trofi.
Sam sebelum ini pernah memenangi anugerah tertinggi itu pada ABPBH 2010. Malah, atas tiket filem Songlap juga memberi kejayaan kepadanya muncul Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Skrin 2012 dan Aktor Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.
Sam juga merampas kembali trofi yang pernah dimenanginya pada ABPBH 2010 apabila menang Pelakon Filem Lelaki Popular dengan mengenepikan pencabarnya - Aaron, Adi Putra, Bront Palarae dan Zizan.
Keputusan diperoleh menerusi undian pencalonan akhir ABPBH 2012 yang dibuat menerusi hampir 400,000 borang dan 50,000 SMS yang terima penganjur.
Trofi Bintang Paling Popular 2012 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan NSTP Bhd, Mohd Azlan Abdullah bersama Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mior Kamarul Shahid pada majlis kemuncak ABPBH 2012 di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini yang bertemakan Ledakan Geometri dengan dihadiri hampir 10,000 penonton.
Majlis gilang gemilang yang berlangsung lebih dua setengah jam itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, stesen radio Hot FM dan laman web rasmi, www.abpbh.com.my.
Terdahulu, Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan rock terkenal yang bertahan lebih 30 tahun dalam industri muzik, Search. Trofi disampaikan Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Mahfar Ali.
Sementara itu, Aaron yang meraih gelaran Bintang Paling Popular pada ABPBH musim lalu tidak pulang hampa kerana menang kategori Pelakon TV Lelaki Popular, sekali gus mengetepikan Adi Putra, Fahrin Ahmad, Johan As’ari dan Beto Kusyairi.
Buat kali pertamanya, aktres yang juga anak kepada Amy Search, Nabila Huda, mengungguli kategori Pelakon TV Wanita Popular, menyingkirkan dua pencabar terdekatnya – Izara Aishah dan Siti Saleha, selain Neelofa dan Fasha Sandha.
Hafiz mempertahankan gelaran Penyanyi Lelaki Popular yang diraihnya musim lalu, sementara Shila Amzah menang tipis bagi kategori Penyanyi Wanita Popular selepas mendapat saingan sengit daripada pencabar terdekatnya, Stacy.
Trofi Artis Duo/Berkumpulan Popular dimenangi Black dan Malique.
Pelakon yang terkenal dengan watak Kak Yong dalam filem Bini-Biniku Gangster dan Wawa Semput, Yana Samsudin memenangi trofi Pelakon Filem Wanita Popular, sekali gus menafikan peluang Maya Karin, Nora Danish, Lisa Surihani dan Neelofa.
Peserta program Mentor musim kelima, Aiman Hakim Redza, yang popular menerusi lakonannya dalam Vanilla Coklat dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi menang Artis Baru Lelaki Popular, manakala pelakon baru yang banyak membintangi filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG), Wawa Zainal, meraih trofi Artis Baru Wanita Popular.
Didie Alias buat kali dua mengekalkan gelaran Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan yang kecundang dalam kategori filem dan pengacara bagaimanapun boleh berpuas hati atas kejayaannya merampas semula trofi Artis Komedi Lelaki Popular yang dimenangi Johan tahun lalu.
Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing terus dimenangi muka sama sejak beberapa tahun lalu - Faizal Ismail dan Fara Fauzana, kedua-duanya dari Hot FM. Fara turut mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular.
Datuk Aznil Nawawi berjaya merampas semula gelaran Pengacara TV Lelaki Popular selepas musim lalu kategori ini dimenangi Zizan.
Sementara itu, kategori berasingan menerusi undian dalam internet iaitu Online ABPBH 2012 menyaksikan Zizan memenangi empat kategori - Artis Lelaki Stailo, Artis Asia Paling Popular, Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial, termasuk bersama Johan menang Gandingan Serasi Di Layar. Sofi Jikan menang Watak Jahat Dalam Filem/Drama; Upin & Ipin (Watak Animasi Tempatan Popular) dan Melissa Francis (Artis Wanita Stailo).
ABPBH 2012 ialah edisi ke-26 penganjurannya oleh akhbar BH, iaitu acara menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti di negara ini dalam bidang perfileman, muzik, drama TV dan penyiaran. Last edited by wirazam on 8-4-2013 07:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kira okay la masuk dalam top 5 paling popular
Tapi nape tak announce masa show tu sekali?
Baru la Terasa lebih debarannya |
|
|
|
|
|
|
|
ms diaorg berdua ok je aku tgk si lofa ni berckp2 dgn anzalna tp cam anzal tu buat muka ketat je .... |
|
|
|
|
|
|
|
Awat la dari semalam dok tunggu gambo baju lofa kat ABPBH takde langsung kah?
Apa kamera man boikot lofa kah? |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda posted on 8-4-2013 03:47 PM
actually aku lagi nk salahkan penganjur sbb nk jugak gandingkan diorg berdua despite ape yg dah be ...
for your info, actually pihak ABP nak satukan Anzal, Lofa dan Tasha Shila. Tapi Tasha Shila rejek sebab katanya tak nak dimanipulasikan oleh pihak ABP. Lofa accept sebab dia rasa tiada apa yg menghalang dia dari berbuat demikian, dia n Anzal dah 0-0.
Cara Tasha Shila announce host wanita popular tuh mcm suka sgt bila Fafau menang, bukan Lofa.
Request : Boleh tak check balik paper announcement tu. Mana tahu tertulis "Neelofa" tapi Tasha Shila umumkan "Fara Fauzana", maklumlah sama rancangan TV. Hiks Last edited by sherry_zaida on 9-4-2013 03:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
311gurl posted on 8-4-2013 06:27 PM
meroyan la peminat syameer
Ya, mmg Lofa dibelakang Fake.
Fake bergambar dgn semua artis2 di barisan kerusi dia, tapi dgn Lofa mmg harammmmmmm la khenn.
Artis2 lain pun berborak2 je dgn Lofa, Izara duduk sebaris Fake, siap tertoleh2 ke belakang lagi berborak2 dgn Lofa.
Lofa duduk tepi Nora Danish. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeatyisaac posted on 8-4-2013 04:22 PM
Salam, kalau tak silap saya neelofa tak menang sebab dia dah beritahu fanlovers dia supaya jangan un ...
Ya.
Lofa mmg mintak Lofers dia jangan undi dia tuk TV and Filem, sebab dia tak menyerlah dari segi itu. Dia mintak undi yang lebih layak.
Tapi untuk pengacara, dia bagi kebebasan. Tapi kami ni dah berhabis, tak kan nak undi orang lain ye dok? Kami ada berbahas dgn dia pasal ni, hampir dia naik angin la sebab kami degil. At last, dia kata "suka hati u guysssss larh!".
So, kami undi jgk dia, pedulik hapa! Hehe.
Tapi tu lah, undian luar tak mencukupi untuk melayakkan dia memenangi antara 3 kategori itu. Too bad, kami kesal. Hmmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
popular and pandai berlakon or sth kan 2 lain |
|
|
|
|
|
|
|
sherry_zaida posted on 9-4-2013 03:45 AM
Ya, mmg Lofa dibelakang Fake.
Fake bergambar dgn semua artis2 di barisan kerusi dia, tapi dgn Lof ...
Kapt. Ameer berbual ngan sharmila tak???
|
|
|
|
|
|
|
|
gigh nar zizan nk dpt award paling popular....
cuba la aim award terbaik... popular tuh tk ke mn zizan wey..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|