|
[Tempatan]
Konsert FMFA 2014, Bukit Jalil-Polis sahkan 6 mati, 3 kritikal overdose dadah!!
[Copy link]
|
|
@fedtriyahya: Status terkini mangsa konsert yg sblm ini kritikal: 2 meninggal, 1 bertarung nyawa, 1 meracau. |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 17-3-2014 03:42 PM
yang paling tak paham puak2 ni laa gigih berdemo pasal kalimah Allah..tp dia gak yg galakkan wat k ...
so boleh di agak motif puak2 songkok ni berdemo
|
|
|
|
|
|
|
|
machiko posted on 17-3-2014 03:27 PM
I dah cek Instagram penganjur konsert ni dan hashtags yg berkaitan.. Berbakul2 cacian dan makian dil ...
Tengok la cara pakai budak2 tu tengok konsert.. kenapa Kerajaan letakkan syarat dressing code kepada penyanyi asing untuk buat konsert di Malaysia TETAPI takde dressing code untuk anak-anak Melayu Islam yang datang tengok konsert? |
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 17-3-2014 03:14 PM
ko dah sediakan platform..senang2 nak lepas tgn yerrrrr
idea anak dia ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
pestol posted on 17-3-2014 03:39 PM
penuh nya
kalau ikut irama dan lagunya seharusnya bebudak tu ambil sesuatu utk enjoy sambil menari dan melompat.. Takde seninya.. or maybe I'm too old for it.. Entahla..
|
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret posted on 17-3-2014 03:42 PM
yang paling tak paham puak2 ni laa gigih berdemo pasal kalimah Allah..tp dia gak yg galakkan wat k ...
Wah... kalimah Allah dengan Muhammad dah sebaris sama tinggi dengan logo Umno tu |
|
|
|
|
|
|
|
forfavor posted on 17-3-2014 03:34 PM
i'm sure, nazri aziz ni utk next election x kan dpt support punyaa...
or mmg x dpt b'tanding ln ...
dh brp kali election. tetap elok je dia naik. |
|
|
|
|
|
|
|
wah penganjur berlagak innocent pulak
buat2 tak nampak ke kematian sbb concert tahun sudah?
dah nama pun a state of trance
and then, part of visit malaysia 2014 events?
ni ke mengaku negara Islam?
pemimpin perosak bangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
.....sehingga titisan darah yg terakhir.
akhirnya
|
|
|
|
|
|
|
|
noraidil_06 posted on 17-3-2014 04:15 PM
dh brp kali election. tetap elok je dia naik.
kannnn... pd i wakil rakyat camni la yg memburukkan nama pmimpin. |
|
|
|
|
|
|
|
garlicOil posted on 17-3-2014 04:29 PM
wah penganjur berlagak innocent pulak
buat2 tak nampak ke kematian sbb concert tahun sudah?
salah satu penganjur adalah kerajaan islam kononnya.sempena tahun melawat malaysia.tapi di antara co penganjur carlsberg.kdg2 sesetengah konsert yg dianjurkan oleh bukan islam pun takda perkara2 shubahah begini.memalukan islam shj
|
|
|
|
|
|
|
|
bangcak posted on 17-3-2014 04:33 PM
.....sehingga titisan darah yg terakhir.
akhirnya
HIBURAN & umno berpisah tiada....
|
|
|
|
|
|
|
|
tup tup penganjur lepas tangan... yg membekalkan dadah dan arak tu pon lepas bebas
yup ai percaya memang yg mati tu anak yg baik, kwn yg baik, adik yg baik etc. tp mereka buat pilihan yg salah. kesian, ape saja kebaikan yg mereka telah lakukan sepanjang umur lenyap mcm tu je dan cuma diingati sbg salah sorang budak yg mati OD kat konsert. |
|
|
|
|
|
|
|
Ryu-NurESQue posted on 17-3-2014 04:39 PM
HIBURAN & umno berpisah tiada....
lately mcm2 terbongkar.
tuhan nak tunjuk/ buka mata dan minda kita
bagaimana fitnah tanpa saksi/bukti dijatuh hukum bersalah
sedangkan khurafat/syirik yg JELAS depan mata dibiar gitu je.
hari nih pihak yg konon bermati-matian pertahan kalimah suci
akhirnya dgn sengaja membiarkan bomoh songkok permainkannya
sementara anak2 generasi muda disogok dgn hiburan melampau.
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox posted on 17-3-2014 04:41 PM
tup tup penganjur lepas tangan... yg membekalkan dadah dan arak tu pon lepas bebas
yup ai percaya ...
betul....memula baca mmg nak ckp padan muka, tp bila pk balik rasa insaf pulak..benda ni bole jadi kat sapa2..sama kita sendiri kalo tersalah langkah, mahupun adik2 ataupun sedara mara kita....apa2pun jadikan benda ni sebagai peringatan la, terutama utk mereka2 yg punya kuasa dan kudrat utk menyekat benda ni dari berulang (merujuk pada ahli politikus) |
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 posted on 15-3-2014 09:08 PM
me harap tahun ni artis kertu lagi sebab tak best gila duduk
dalam negara orang mati sebab dadah ...
2008 - celine dion taking chances world tour@stadium merdeka
|
|
|
|
|
|
|
|
FMFA 2014: Menteri terlibat sila beri penjelasan
WARTAWAN SINAR HARIAN
17 Mac 2014
Batal konsert: FMFA akan pulangkan bayaran
SHAH ALAM - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa agar menteri yang terlibat dalam membenarkan penganjuran acara muzik terbesar, Future Music Festival Asia (FMFA) yang berlangsung sejak Khamis lalu tampil memberi penjelasan.
Presidennya, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, persetujuan yang diberikan itu diluar pedoman agama serta adat resam negara ini.
"Menteri yang terlibat perlu ada pedoman dalam membuat sesuatu dasar atau keputusan.
"Jadi, kepada menteri yang berkenaan sila tampil untuk memberi penjelasan dan bertanggungjawab," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Tambah Abdullah Zaik lagi, penganjuran festival seumpama itu hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkan hukum agama serta kesannya pada akhlak anak muda.
"Saya lihat mereka hanya memandang sudut kewangan dan kononnya mahu negara ini menjadi hab hiburan.
"Tanpa mengira hukum hakam agama dan kesannya kepada akhlak serta peribadi remaja kita. Yang datang memang dari pelbagai negara tapi saya tak rasa itu akan menaikkan imej negara kita pun," katanya.
Ketika ditanya mengenai tiada bantahan dari badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya Isma sebelum ini, beliau akui pihaknya tidak mendapat maklumat mengenai penganjuran festival berkenaan.
"Saya rasa ramai (NGO) yang tidak tahu. Aktiviti seperti ini dibuat senyap-senyap sebab itu kita tak sempat bantah. Kalau tahu awal, memang kami akan buat bantahan.
"Malah logiknya, tidak munasabah festival itu diadakan di mana negara kita sedang dalam keadaan sedih. Macam tak ada perasaan," katanya.
Awal pagi Sabtu, enam orang termasuk tiga wanita, meninggal dunia akibat penggunaan dadah selepas mengalami sesak nafas ketika menonton konsert FMFA di Stadium Bukit Jalil.
Ekoran kejadian tersebut, persembahan pada hari ketiga konsert itu dibatalkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|