CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Amandaminaj96

BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 33

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2021 01:44 PM | Show all posts
seribulan replied at 13-3-2021 01:33 PM
Eh...sedap pucuk keledek....pucuk labu pun sedap kan

pucuk labu masak lemak labu buh pucuk dia skali..sedap

oh kwnnya ke kaklimah tu.. apa dia cerita kat situ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 13-3-2021 12:42 PM
haah baca review pun ok.. keypo beli mask neutrovis kaler denim skali..

Wah...denim...adik pernah bagi saya beli kat Vietnam...2 helai...x jumpa plak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 13-3-2021 12:44 PM
pucuk labu masak lemak labu buh pucuk dia skali..sedap

oh kwnnya ke kaklimah tu.. apa dia cerit ...

Kisah nab cinta gila kat Mr. A...walau dah jadi bini org tetap nak tekel ex bf dia tu...@Kak-Leen dok berkampung situ gak..haha...dgn @Amandaminaj96
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 13-3-2021 12:25 PM
xlayan penthouse dah season 2 kan

Esok AJL finale kan...sape le juare....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bod sinun. .

Noor Hisham Abdullah
@DGHisham

13 Mac 2021. Jumlah kes COVID-19 adalah 1,470 kes

Selangor :551kes
Sabah :71kes
Johor :101kes
WP KL :158kes
N Sembilan :6kes
P Pinang :178kes
Perak :72kes
Sarawak :222kes
Kedah :13kes
Melaka :2kes
Kelantan :40kes
Pahang :8kes
Terengganu :14kes
Labuan :1
Putrajaya : 4
Perlis :29

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 05:50 PM | Show all posts
CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA
13 MAC 2021
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 13 Mac 2021 (jam 12:00 tengah hari);
  • Kes sembuh : 1,830 kes (304,492 kes kumulatif, 94.4%);
  • Kes baharu : 1,470 kes (322,409 kes kumulatif);
  • Kes import : 12kes (8 warganegara; 4 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,458 kes [1,099 warganegara (75.4%); 359 bukan warganegara (24.6%)];
  • Kes aktif : 16,711 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 162 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 70 kes;dan
  • Kes kematian : 3 kes (1,206 kes kumulatif, 0.37%; 3 warganegara).
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 551 kes (37.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 473 kes (85.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 222 kes (15.1 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 178 kes (12.1 peratus).
Sebanyak89 kes (6.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (49 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (29 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes).
Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Terengganu. Ketiga-tiga kes merupakan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lapiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 13 Mac 2021:
  • Jumlah kluster : 1,234 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : Dua (2) kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 808 kluster (termasuk 16 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Bukit Baru, Kluster Jalan Dua Belas, Kluster Lorong Sahabat, Kluster Laman Desaru, Kluster Jalan Bagan, Kluster Jalan Gombak, Kluster Kandi Sungai Besi, Kluster Jalan Pulai 55, Kluster Tapak Bina Jalan Lagoon, Kluster Jalan Masjid Tanah, Kluster Ladang Baturong, Kluster Tapak Bina Perdana Avenue, Kluster Tapak Bina Casuarina, Kluster Tapak Bina Damanlela, Kluster Jalan i-Park Satu, dan Kluster Jalan Lengkok Satu);
  • Jumlah kluster aktif : 426 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 52 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Jalan Salak (73 kes), Kluster Lintang Bayan Lepas (56 kes), dan Kluster Tembok Tapah (49 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat dua (2) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini dan kedua-dua kluster tersebut merupakan kluster berkaitan tempat kerja.
Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Mega CemerlangJohorTempat Kerja
2Jalan PriaWP Kuala LumpurTempat Kerja
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
13 Mac 2021 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 13 MAC 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR551 (9)108,419
SABAH7153,864
JOHOR10138,965
WP KUALA LUMPUR158 (2)36,364
NEGERI SEMBILAN616,681
PULAU PINANG17813,278
SARAWAK22212,273
PERAK7212,241
KEDAH137,833
MELAKA26,169
KELANTAN  405,319
PAHANG83,940
TERENGGANU143,372
WP LABUAN1 (1)2,269
WP PUTRAJAYA41,102
PERLIS29320
JUMLAH KESELURUHAN1,470 (12)322,409
*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,470 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Mac 2021 adalah seperti berikut:
  • Selangor: 551 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 412 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 222 kes
    • 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 123 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 178 kes
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 80 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 158 kes
    • 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pria;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 101 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mega Cemerlang;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 72 kes
    • 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 71 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 40 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: 29 kes daripada kluster sedia ada.
  • Terengganu: 14 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 13 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Lapan (8) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes import dari luar negara.
LAMPIRAN 3
Ringkasan tiga (3) kes kematian pada 13 Mac 2021 adalah seperti berikut:
No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1204246321SelangorLelaki (WN)53Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis
1205279246WP Kuala LumpurLelaki (WN)82Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1206304131TerengganuLelaki (WN)73Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala TerengganuPenyakit kencing  manis, darah tinggi, buah pinggang, dan anemia
*WN merujuk kepada warganegara.
LAMPIRAN 4
Perincian dua (2) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
  • KLUSTER JALAN MEGA CEMERLANG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-315601) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kontak keluarga kepada kes dan pekerja-pekerja sebuah kilang pembuatan makanan yang terletak di Jalan Mega 1/6, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusajaya. Sehingga 13 Mac 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
  • KLUSTER JALAN PRIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-315782) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat asuhan yang terletak di Jalan Pria 4, Taman Maluri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 13 Mac 2021, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2021 06:05 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 13-3-2021 05:24 PM

Ringkasan Status Terkini COVID-19 Di Malaysia, 13 Mac 2021
Kes sembuh=1,830
Jumlah kes sembuh=304,492 kes
Kes baharu positif=1,470 kes (1,458 tempatan, 12 import)
Jumlah positif=322,409
Kes kematian=3
Jumlah kes kematian=1,206 kes
Kes dirawat di ICU=162 kes
Bantuan Alat Pernafasan=70 kes

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-3-2021 01:47 PM
Wah...denim...adik pernah bagi saya beli kat Vietnam...2 helai...x jumpa plak...

Ni yg pakai buang.. tp kaler denim.. biru pekat skit dari kaler biru yg biasa tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-3-2021 01:49 PM
Kisah nab cinta gila kat Mr. A...walau dah jadi bini org tetap nak tekel ex bf dia tu...@Kak-Leen  ...

Ooyeke xfolo sgt. Siapa mr A
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-3-2021 02:02 PM
Esok AJL finale kan...sape le juare....

Oh esok ke.. nasib kome kabo.. kale x, terlepas idokler teman dpt tgk
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:25 PM | Show all posts
keypochino replied at 13-3-2021 05:14 PM
Ni yg pakai buang.. tp kaler denim.. biru pekat skit dari kaler biru yg biasa tu

Oh...mine is cotton...bukan pakai buang...ntah mana letak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:27 PM | Show all posts
keypochino replied at 13-3-2021 05:15 PM
Ooyeke xfolo sgt. Siapa mr A

Situ derang letak IG Mr. A...kenal zaman sekolah lagi katanya...
Tgh nonton Debaran AJL...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:28 PM | Show all posts
keypochino replied at 13-3-2021 05:16 PM
Oh esok ke.. nasib kome kabo.. kale x, terlepas idokler teman dpt tgk

Xpe, youtube TV3 Official ada dah ngundi bodgos buat poll tadi...haha...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:29 PM | Show all posts
keypochino replied at 13-3-2021 05:16 PM
Oh esok ke.. nasib kome kabo.. kale x, terlepas idokler teman dpt tgk

Karpetmerah 8.30 pm @ tv9
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:30 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:33 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2021 06:34 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-3-2021 06:25 PM
Oh...mine is cotton...bukan pakai buang...ntah mana letak...

Oo mula2 keypo byk gak order cotton mask.. tp lama2 rasa mcm susah nak nafas.. so prefer lagi yg pakai buang
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-3-2021 06:27 PM
Situ derang letak IG Mr. A...kenal zaman sekolah lagi katanya...
Tgh nonton Debaran AJL...

Ada ke debaran AJL ala xtgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 13-3-2021 06:28 PM
Xpe, youtube TV3 Official ada  dah ngundi bodgos buat poll tadi...haha...

Esk nk tgk live kt tv. Xfeel tgk kat YT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:49 PM GMT+8 , Processed in 1.225089 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list