Hari ini pukul 3.30ptg Perlawanan ke 16 Pusingan ke 2 Liga Cari Xpet11
Jadual:
1) Saro Fc vs DonHonleyTough
2 Nasri Kawase Fc vs kg boy fc
3) josekobenrossi vs TeaM cAp AyaM
4) Saja Saja F.C vs Pasukan Hebat Fc
5) Rocky Fc vs korr FC ( Perlawanan Tumpuan )
Preview:
Match 1
Perlawanan kedua berturut-turut Saro FC akan bermain di gelanggang sendiri dan kali ini bakal melayan kunjungan pasukan DonHenleyTough. Berbekal moral yang tinggi dari kemenangan ke atas Pasukan Hebat Fc Isnin lalu, saro FC dilihat bakal meneruskan kemenangan .Bagaimanapun peluang DonHenleytough tidak boleh dipandnag sepi kerana prestasi pasukan ini sukar diramal dan boleh mencipta kejutan. Perlawana di pusingan pertama rekod berpihak kepada Saro FC 5-1> Kehadiran semula Petr Cech dilihat bakal menyuntik semula kekuatan barisan belakang Saro FC bagi menghadapi jentara serangan DonHenleyTough yang diketuai oleh penjaring terbanyak mereka Flavio Da Rosa.
Ramalan:
Saro Fc 1 - DonHenleyTough 1
Match 2
Pasukan Nasri Kawase Fc perlu segera melupakan 0-3 kepada pasukan josekobenrossi Isnin lalu bagi melayani kunjungan pasukan koy boy fc di laman sendiri hari ini.
Dengan berbaki 3 perlawanan sahaja lagi, pastinya perlawanan bakal sengit. Pada perlawanan di pusingan pertama, kedua pasukan mencatat keputusan seri 2-2 di Stadium Aku. Kelibat Theodore Celle pastinya bakal memberi masalah kepada barisan pertahanan pasukan kg boy fc nanti jika diberi terlalu banyak ruang di depan pintu gol.
Ramalan::
Nasri Kawase Fc 2 - kg boy fc 1
Match 3
josekobenrossi vs TeaM cAp AyaM
Pasukan meningkat naik, josekobenrossi bakal menanti kunjungan pasukan TeaM cAp AyaM di telok anson hari ini. Dengan prestasi TeaM cAp AyaM yang masih tidak menentu, pasukan tuan rumah dilihat berpotensi besar bagi mengutip 3 mata penuh yang keempat kali ini. Sentuhan Aral Guncar bagi membuat hantaran-hantaran kepada barisan hadapan yang diketuai oleh Luis Del Pero dan Harun Alkinci perlu disekat jika pasukan pelawat tidak ingin pulang hampa. Perlawanan di pusingan pertama kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 1-1.
Ramalan:
josekobenrossi 2 vs Team cAp Ayam 1
Match 4
Saja Saja F.C vs Pasukan Hebat Fc
Perlawanan di Stadium Saja Saja dilihat bakal menentukan kedudukan Pasukan Hebat Fc samada mampu menghambat pendahulu liga atau tidak Dengan format 2 penyerang diketuai oleh Arthurs Rowland dan Jacuques Roquox, pasukan tuan rumah pastinya tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan pelawat. kemampuan Stephan Davids dari pasukan pelawat dan Roland Dubrulle dari pasukan tuan rumah bakal penentu kejayaan pasukan masing-masing hari ini. Perlawanan di pusingan pertama dahulu Pasukan Hebat Fc menang dengan keputusan 2-1.
Ramalan:
Saja Saja F.C 0 Pasukan Hebat Fc 1
Match 5
Rocky Fc bakal dinobatkan sebagai juara Liga cari Xpert11 musim 1 sebelum perlawanan ke 18 jika mampu menundukkan pasukan korr FC di Sg Penchala petang. Walau berbaki 2 perlawanan lagi selepas ini, kemenangan 1-0 sudah cukup buat pasukan tuan rumah mendakap piala dengan pasukan di tangga kedua liga Pasukan Hebat Fc ketinggalan dengan 7 mata di belakang.
Peluang korr FC tidak boleh dipandang mudah kerana pasukan ini mempunyai pengurus yang penuh muslihat taktikalnya. Jika Pasukan tuan rumah tidak berhati-hati, peluang pasukan pelawat pulang ceria adalah cerah. Rekod perlawanan di pusingan pertama Rocky FC menang dgn jaringan 2-1.
Ramalan:
Rocky FC 1 - korr FC 0
Please jengah Xpert Pools utk buat taruhan menambah dana kelab masing-masing
pasukan baru juga boleh mencuba nasib
masih ada masa sehingga 3.30ptg ni
setakat kini sudah terkumpul 500 ribu econ!!! $$$$$$$
Kita harap dapat 6 lagi pengurus baru bagi melengkapkan 30 kuota team untuk membentuk 3 division Musim tinggal seminggu sahaja lagi Pls inform frens jika ada yang berminat 1st come 1 serve- just 6 more! then kita boleh mula musim kedua liga kita
Ramalan Musim kedua dalam 09 -12 Ogos Timaceh