|
kalo la TT tu betul penanggal.. siap la korang
sapa2 yg dah kutuk dia.. nti dia dtg carik korang..hihihihihiiiiiiii
dia dtg kepala ajer badan takde.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by penggali at 28-10-2011 22:43
apa lah korang..
bila ada orang mintak bantuan supaya dapat kembali ke pangkal jalan, korang perlekehkan.. korang gelakkan... adakah korang lebih suka lihat kawan TT atau TT tu sendiri terus dalam kesesatan.. kesusahan.
kalau ye pun nak tunjuk pandai bab agama.. satu je soalan simple aku nak bertanya kepada mereka yang memperlekehkan perkara yang dibangkitkan oleh pembuka thread ni;
Adakah Islam mengajar supaya perlekehkan orang yang mintak pertolongan?
Simple aje kalau boleh tolong.. tolong lah mana yang boleh; kalau tak boleh nak menolong diam aje lah dan baca aje lah cerita TT ni; soal nak percaya atau tidak itu simpan dalam hati memasing aje lah. Tak perlu lah mengherdik atau memperlekehkan situasi atau kesusahan orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya TT menghilang..tah betul ke tak cite ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk astro ria cerita penaggal, teringat benang ni...
erm..rupanya dah lama xupdate.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa la orang kita... kalau tak kutuk.. tak lengkap la.. macam sesetengah yang bergelar tok guru baca kitab... dalam ceramah.. banyak kutuk!.. menyebabkan pihak kena kutuk tak mau hampir dengannya.. Kalau ada pihak yang datang mengadu hal minta pendapat dan nasihat, lain ceramah dibawanya cerita tersebut dengan kutukan sekali.. cerita kisah "ada orang jumpa saya... bla bla bla bla".. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 645# paler kembang
aku pon tak berapa gemar gi ceramah dengar cerita masalah orang yang mengadu pada tukang ceramah..
memang lah boleh dijadikan iktibar.. tapi kalau kita yang jumpa tukang ceramah, cerita kita pon akan dicerita waktu ceramah lain ker.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo dah teruk sgt, suruh lah kawan kau to stay kat mesir ke, bertaubat kpd Allah, beribadah di depan kaabah.... Kenapalah tak nak jadikan Allah satu2 nye tempat untuk mengadu... Nak menuntut ilmu setan, byk lak duit sampai ke siam... Bukankah lebih baik duit tu digunakan utk ibadah ke jalan Allah... Org skrg berebut2 mengejar syurga dan mencari keredhaan Allah.... Kenapa mesti nak bersahabat dgn syaitan dan mendapat padah kesudahannya...
Aku rasa, elok lah kawan kau tu mati aje, drp hidup, menzalimi diri sendiri dan org lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Gungyu... takut arrr tgk avy ko....
saya tumpang simpati dengan nasib kawan TT.. semoga kawan TT berjaya berjumpa dengan org yang mampu memulihkannyer..... |
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan penanggal, ni schizophrenia namanya.. bawak jumpa psychiatrist la lagi baik.. |
|
|
|
|
|
|
|
sukar nak percaya cite TT ni... |
|
|
|
|
|
|
|
khatam ga aku akhirnye..
aku percaya pasal penanggal ni coz aku pernah nampak time aku duduk asrama dulu2.
timee tu aku x tau itu penanggal..tapi bila aku bgtau mak aku dia ckp camtu la rupe penanggal...
macam bebola api... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 647# isteri_ayil
"Kalo dah teruk sgt, suruh lah kawan kau to stay kat mesir ke, bertaubat kpd Allah, beribadah di depan kaabah.... Kenapalah tak nak jadikan Allah satu2 nye tempat untuk mengadu...
Nak menuntut ilmu setan, byk lak duit sampai ke siam... Bukankah lebih baik duit tu digunakan utk ibadah ke jalan Allah...
Org skrg berebut2 mengejar syurga dan mencari keredhaan Allah.... Kenapa mesti nak bersahabat dgn syaitan dan mendapat padah kesudahannya...
Aku rasa, elok lah kawan kau tu mati aje, drp hidup, menzalimi diri sendiri dan org lain..."
Ini adalah suatu cadangan yang bernas. Tidak ramai yang terfikir untuk terus memohon kepada yang Maha Kuasa di Tanah Suci. kebanyakan daripada kita berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini menggunakan perantaraan asbab, perantaran amal dan doa ketika berada di bumi Malaysia ini, dengan kos yang minimal.
Konon-kononnya, ramai pemilik ilmu ini yang telah ke Mekah menunaikan haji, namun mereka masih menjadi penanggal setelah pulang ke tanahair, tidaklah diketahui sama ada mereka ada berdoa di sana supaya dipulihkan daripada masalah ini. boleh jadi mereka tidak menganggap ini sebagai suatu masalah, maka tidak perlu berdoa supaya terkeluar daripada masalah ini, boleh jadi juga mereka telah berdoa tapi tidak cukup bersungguh-sungguh, boleh jadi juga mereka telah berdoa bersungguh-sungguh tetapi dio mereka tidak dimakbulkan, boleh jadi Allah mengkehendaki mereka supaya menjalani jalan ikhtiar. Wallahu a'lam. Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui. saya tidak memiliki kasyaf untuk menganalisa sebab-sebabnya.
Walau bagaimanapun, saya melihat cadangan ini sebagai bernas. Sementalah jemaah-jemaah haji sedang bergerak mengosongkan Mekah. Boleh jadi bulan Januari adalah bulan yang sesuai untuk ke Mekah menunaikan umrah.
Walaupun lazimnya pemulihan daripada ilmu penanggal dilakukan mengikut teknik teknik tertentu, tidak mustahil dan tidak susah bagi Allah untuk "override" semua prosedur tersebut.
Pernah satu pasangan miskin dihadiahkan senaskhah al-Quran, dan diberitahu kepada mereka supaya meletakkan al-Quran di tempat yang tinggi untuk memuliakannya. Namun demikian, di rumah mereka itu tiada perabot seperti di rumah-rumah kita, dan mungkin IQ mereka tidak cukup tinggi seperti kita yang mungkin dengan pantasnya dapat membina para di dinding rumah, atau boleh jadi mereka tiada peralatan untuk membuat para, maka pasangan suami isteri itu pada malam itu telah bergilir-gilir menjunjung al-Quran, kerana kepalalah tempat yang paling tinggi di dalam rumah mereka.
Keesokan paginya, dengan qudrat Allah, 30 juzuk al-Quran telah Allah letakkan ke dalam hati-hati mereka, hadiah daripada Allah kerana memuliakan Perkataan-Nya! Subhanallah!
Lazimnya pelajar pelajar tahfiz mengambil 2 hingga 3 tahun, bahkan ada yang lebih lagi , dalam usaha untuk menghafal 30 juzuk al-Quran. Namun demikian, Allah Taala boleh override prosedur ini jika dikehendaki-Nya, sepertimana yang telah terjadi kepada pasangan suami isteri miskin tersebut. (kisah ini bukan berlaku di Malaysia).
Kisah berikut berlaku di Malaysia. kisah lama, saya sendiri ingat-ingat lupa.
Seorang lelaki telah mendapat hidayah daripada Allah, anmun pada usia yang sudah agak lanjut. dan beliau tidak tahu membaca al-Quran. pada usia itu agak susah untuk mempelajari al-Quran, atau boleh jadi IQ beliau tidak cukup tinggi untuk memahami apa yang diajar.
perkara ini amat menyedihkan beliau.
oleh kerana pada masa tersebut ialah bulan Ramadhan, seseorang telah mencadangkan kepada beliau supaya beriktikaf selama sepuluh hari terakhir di masjid, dan setiap malam beribadatlah dan berdoalah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kebolehan membaca al-Quran. pada salah satu malam insya Allah akan jatuh pada malam Lailatul Qadar, dan insya Allah doa pada malam tersebut pasti akan dikabulkan.
pakcik tadipun menerima cadangan tersebut, dan dia pun beriktikaflah di masjid pada 10 terakhir Ramadhan. setiap malam, mungkin pada waktu tahajjud, beliau membuka lembaran-lembaran al-Quran seolah-olah membaca al-Quran (sebenarnya sekadar melihat dengan perasaan sedih kepada mukasurat yang tak diketahui apa tulisannya sambil menitiskan air mata, seperti mana seorang yang tidak mahir tamil membaca akhbar tamil Nesan, sekadar melihat kepada huruf huruf yang melaing-liuk tanpa memahami apa apa).
malam demi malam berlalu dengan titisan airmata, entah pada malam ke berapa, tiba tiba beliau mendapati beliau bukan sekadar melihat , tetapi sebenarnya membaca lembaran lembaran al-Quran tersebut. Subhanallah! Allah dengan qudratNya telah mengurniakan kepada beliau kebolehan membaca al-Quran setelah berlalunya beberapa malam sahaja.
Padahal melalui prosedur biasa, memerlukan jangka waktu yang agak panjang untuk mahir dalam membaca al-Quran.
Boleh jadi jika sahabat TT bersungguh-sungguh, Allah akan juga melepaskan dirinya daripada ikatan sihir tersebut tanpa melalui prosedur yang renyah.
wallahu a'lamu bissawab. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 647# isteri_ayil
telah berkata Imam Ghazali rahmatullah alaihi, yang mana maksudnya dalam bahasa Melayu sekira-kira, "Apabila kamu ternampak sesuatu keburukan pada saudara kamu, maka berdoalah,"Ya Allah! Hilangkanlah keburukan itu daripada diri saudaraku ini, dan janganlah keburukan itu ada pada diriku".
Nabi sallallahu alaihi wasallam membenci perlakuan maksiat, tetapi tidak membenci pelaku maksiat.
Nabi sallalahu alaihi wasallam sangat ingin supaya setiap daripada ummat ini mentaati perintah Allah, meninggalkan larangan Allah, terselamat daripada azab Allah dan masuk syurga Allah.
Adalah sangat sedih Nabi Adam alaihissalam apabila mendapati ada anak cucu-cicitnya yang gagal melepaskan diri dari azab neraka.
Adapun manusia itu sifatnya lalai dan pelupa, padahal syaitan tidak pernah jemu dan letih daripada memperdayakan anak Adam. oleh yang demikian, adalah sangat penting bagi yang sedar membantu yang alpa, yang celik membantu yang buta, yang mahir membantu yang tersesat. |
|
|
|
|
|
|
|
Gungyu... takut arrr tgk avy ko....
saya tumpang simpati dengan nasib kawan TT.. semoga kawan TT ...
adindaHikaru Post at 6-11-2011 22:41
aku lagi takot tgk avvy kau
eh muka kau ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia memang x pernah puas dengan apa yang dimiliki, kalau nak chantek x kire gune botox ka, gune plastic surgery ka atau gune ilmu ghaib ka, tetap akan dapat balasan , x kira kat dunia atau kat akhirat, apapon, kawan TT boleh gi berubat kat Darul Syifa ataupon ngan anak murid Dato Ismail Kamus,yang memang specialized in alam ghaib... semoga kawan TT dapat buang ilmu die.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dpt kepala penaggal tuh..simpan..esok pagi akan tukar jadi emas.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya je kewujudan penanggal @ balan2 ni
dulu masa kat smnjg mmg tak pcaya lgsg, lgpun jarang dgr
dah duduk sabah ni popular pulak si balan2
mcm2 petua dah dpt utk jauhkannya ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|