Mmg betul pandangan kamu, tapi kenapa parti itu boleh survive begitu lama dgn main isu perkauman dan agama (misalnya menakut orang spt merempat di tanah sendiri, dapig nak buat negara Xtian, hilang kuasa)? Tengok isu low yat pun tau, siapa paling rasis.
Mereka kata politikus anggap rakyat bodoh, tapi 47% yg buat semua nampak bodoh, so tak salah anggap rakyat bodoh.
petola replied at 5-8-2015 07:53 AM
Aku saspek yg duit tu sebenarnya duit 1mdb juga.. tapi yg dah ditawaf keliling dunia yg akhirnya mas ...
secara logiknya begitulah. Kalau ikut betul betul money trail tu dapatlah jawapannya.
nampak gaya najib nak bolot sorang sorang wang derma tu sampai menteri menteri lain dalam kabinet pun tak tau, ahli majlis tertinggi dalam UMNO pun tak tau.
kita pon tau petrosuadi sign aggrement dgn 1MDB untuk pelaburan TRX..bla bla bla...aku suspek duit pelaburan 1MDB dari petrosaudi dimasukkan ke dalam akaun najib
dulu masa WSJ dedah kata 2,6 billion masuk akaun najib...bukan main pung pang pung pang nafi...konon kata WSJ dan Sarawak Report komplot nak jatuhkan perdana menteri...alih2 kantoi jua...Wak Yidin kantoikan dalam video...lepas tu boleh pulak kata duit tu derma....selama ni Umno kata takda duit 2.6 billion masuk akaun najib
Dana Lebih Selamat Jika Dalam Akaun PM - Abdul Rahman
PETALING JAYA: Ahli Umno bersetuju dengan amalan sumbangan politik yang disalurkan ke dalam akaun peribadi presiden parti.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pada masa lalu, sumbangan disalurkan ke dalam akaun pemegang amanah yang membawa kepada pelbagai kerumitan.
"Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menyerahkan aset parti kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau menghadapi masa sukar kerana ahli proksi tidak mengisytiharkan dana tersebut sebagai milik parti.
"Sesetengah ahli yang melalui perceraian berdepan situasi di mana pasangan mereka mengisytiharkan aset tersebut bukan milik Umno," katanya dalam satu temubual di TV1 pada Selasa.
Rahman berkata beliau dan ahli-ahli parti berasa lebih yakin dengan dana disalurkan dalam akaun presiden kerana ia lebih selamat di sana.
"Malah adalah menjadi tanggungjawab presiden parti untuk mencari dana bagi membiayai aktiviti parti.
"Mengapa saya tidak gembira jika presiden saya dibuktikan tidak bersalah.
"Malah jika beliau melakukan kesalahan tersebut, Allah melarang, tidak ada keperluan Clare Brown atau Wall Street Journal (WSJ) kerana ahli Umno sendiri akan mendedahkan isu ini," katanya.
Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata ia adalah perbuatan mulia penderma yang tidak mengenakan sebarang syarat.
"Sebelum ini, wang disalurkan kepada pihak tertentu, mereka tertakluk kepada syarat dan ia menjadikan perjanjian tersebut tidak sah.
"Ia adalah sama seperti kita memberikan wang kepada warga Palestin dan Gaza kerana kita percaya dalam perjuangan," katanya.
Inisiatif bagi kawal “pembiayaan politik” diperkenal – PM
27/02/2012 6:24pm
PUTRAJAYA 27 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan akan memperkenalkan satu lagi inisiatif di bawah Pelan Transformasi Kerajaan bagi mengawal “pembiayaan politik” demi meningkatkan ketelusan dan keyakinan rakyat terhadap pertubuhan politik di negara ini.
Perdana Menteri berkata, inisiatif itu memberi penekanan bahawa setiap sumbangan yang ingin diberikan kepada mana-mana parti politik, sama ada di peringkat pusat mahupun negeri, hendaklah disalurkan melalui akaun rasmi parti.
"Ini bagi mengelakkan ahli-ahli politik menyalahgunakan nama parti untuk meminta atau menerima apa-apa sumbangan yang kemudiannya diselewengkan untuk kepentingan persendirian,” katanya semasa berucap merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Najib berkata, setiap sumbangan yang dihulurkan perlulah dikemukakan resit penerimaan dan dimasukkan ke dalam akaun parti.
"Menerusi rekod penerimaan yang teratur ia boleh diaudit pada tiap-tiap akhir tahun kewangan,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan percaya inisiatif seumpama ini akan mengelakkan sebarang bentuk perbuatan rasuah dan penyelewengan di peringkat akar umbi, manakala manfaat sumbangan itu dapat disampaikan kepada segenap peringkat parti dan seterusnya rakyat. – BERNAMA
ramai yg dah beralih ke team tun sebab mungkin dah nmpak najib tak boleh dibela lagi...terlalu banyak benda2 tak logik dah keluar dari mulut dia dan menteri2 dia....dah termalu terpaksalah sokong Tun... padahal isu ni dah lama DSAI timbulkan....kesian...
Post time 5-8-2015 03:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kelana36 posted on 5-8-2015 12:28 PM
secara logiknya begitulah. Kalau ikut betul betul money trail tu dapatlah jawapannya.
nampak gay ...
Jumlah lkurang us700m tu sama mcm jumlah yg petrosaudi bayar pd syarikat jho low. Walaupun ada yg kata duit tu sebagian diguna utk beli bank utama tapi aku saspek mungkin duit itulah yg akhirnya masuk akaun najib.
Pasal duit2 1mdb di cayman island tu sapa pun tak tau jumlahnya kecuali malaon2 ni... mungkin juga drp situ asalnya duit ni.. kunun2 pelaburan.. tapi dipusing2 last masuk akaun najib.
heheh mula semua report kata DIANYA difitnah dan dianiaya dgn muka kesian oleh dia dan kunci kunci nyer lol.
Last last ngaku lah tapi SPIN lah ayat ayat level tak sekolah and tak masuk akal dr dia dan kuncu kuncu nyer dgn tak rasa segan silu dan megah