|
Originally posted by ColbyRaikkonen at 18-6-2007 03:10 PM
Nampaknya ARTIS ARTIS SMS memonopili undian SMS....
hehehehe
dah agak dah colby |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #668 eddysheddy's post
mari la undi berkoyan2 :pompom:
neway astro ria kan target org melayu jek.. peminat2 jac yg berbilang bangsa ittewh kurang info kot |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa saksikan Ikon Malaysia - Kumpulan malam ni. Kump manakah yang akan mara ke separuh akhir? Tunggu & lihat! :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
So guys, macam mana konsert malam ni? Korang enjoy tak?
Rhyno paling enjoy performance dari May. Fuh, mantap rock btol vokal Mus. :clap:
Band |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #672 Rhyno's post
best ke td... die buat kat mane? ramai ke penonton die |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #674 eddysheddy's post
tadapat tgk keje obertime |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 18-6-2007 11:50 PM
tak bley ke yg kelima tu naik no.1..
memang... kalau bleh yang no 5 tuh naik no 1...
hidup Jac!!!
Jac = Jaguh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jac_diehard_fan at 18-6-2007 11:55 PM
mari la undi berkoyan2 :pompom:
neway astro ria kan target org melayu jek.. peminat2 jac yg berbilang bangsa ittewh kurang info kot
Daniell tue pun leh dpt no. 4 apa......mesti dpt info punya... |
|
|
|
|
|
|
|
Cam biasa jerk aku tgk malam tadi...
macam buat persembahan Juara Lagu la kiranya....
nyanyi lagu masing masing
takde apa apa menarik pun.... |
|
|
|
|
|
|
|
erm... xpelah.... yang penting pastikan Malaysia hantar wakil yang terbaik!! |
|
|
|
|
|
|
|
adei... nanti post sini saja ma... keputusan tu |
|
|
|
|
|
|
|
rina suka may dan flop popy show diorg best |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mana show nie yerk
Kat putrajaya...tapi tak tau kat mana...
Rasa nak meyibukkan diri la jumaat nie...
bosan bosan...nak tgk live la plak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #682 ColbyRaikkonen's post
datang je. rasanya tak penuh kot. boleh bagi masuk jer... |
|
|
|
|
|
|
|
nak tgok kat Tv pun susah sebab takde TV. |
|
|
|
|
|
|
|
harap sgt Jac menang.. erm nak try cari kat youtube mesti ada yang upload pesembahan diorang |
|
|
|
|
|
|
|
'Gegaran' IKON Malaysia bermula...
21-06-2007 03:47:29 PM
oleh WAHIDA ASRANI
Pencarian artis yang bakal bergelar IKON Malaysia sekaligus berpeluang beraksi untuk gelaran IKON Asean telah pun bermula malam semalam dengan menyaksikan sembilan artis bagi kategori berkumpulan bersaing di Pentas Ikon Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sembilan artis yang tercalon iaitu kumpulan Jinbara, Amuk, Def Gab C, Disagree, Flop Poppy, Gerhana Ska Cinta, May, Mirwana dan OAG telah membuat persembahan dalam jangka masa empat minit di mana mereka diadaili oleh tiga panel juri iaitu komposer terkenal Ramli MS, Jenny Chin dan Mac Chew sebanyak 70 peratus, manakala 30 peratus lagi akan ditentukan menerusi undian SMS.
Secara keseluruhan, program yang dihoskan oleh pengacara sensasi Sarimah Ibrahim ini lebih dilihat seperti sebuah 'konsert mini', memandangkan ia menyaksikan penglibatan artis-artis professional.
Jinbara membuka tirai Pentas IKON Malaysia bagi pusingan pertama ini dengan membawakan lagu hits mereka, Kasihnya Laila. Satu persembahan yang nyata cukup bertenaga!
OAG yang membuat persembahan seterusnya juga tidak menghampakan. Vokalisnya Radhi dengan gaya yang 'sempoi' berjaya memberikan aksi menarik menerusi lagu yang mula-mula menaikkan nama OAG di persada seni iaitu 60's TV.
Di antara sembilan buah kumpulan yang bertanding itu, Mirwana yang dianggotai oleh empat anak muda ini adalah satu-satunya kumpulan yang mengenengahkan genre nasyid kontemporari.
Membawakan lagu Aku Tanpa Cintamu, diakui Mirwana memang mempunyai keserasian vokal yang baik.
Cuma sayang sekali buat kumpulan ini kerana persembahan mereka agak 'tenggelam' disebabkan rata-rata artis yang bertanding pada malam itu lebih happening dengan genre yang mereka bawakan.
Def Gab C mengambil alih pentas dengan membawakan lagu Funki Disko dan Pelangi Petang. Satu persembahan yang agak 'biasa' daripada kumpulan ini! Begitu juga Gerhana Ska Cinta yang menyampaikan lagu medley This Is SKA dan Hidup Ini.
Showmanship mereka kurang menyerlah sehingga membuatkan persembahan kumpulan ini nampak hambar!
Pujian ingin diberikan kepada Bandi Amuk yang berjaya menggamatkan dewan tersebut dengan trademark popularnya, 'Yeah Yeah'. Membawakan lagu Akar dan Bumi, tidak salah dikatakan persembahan Amuk adalah antara yang paling menyerlah pada malam itu.
Tiada sebarang gimik dibuat, tetapi Bandi memang ada class tersendiri!
Flop Poppy yang menyusul selepas itu juga tidak ketinggalan memberikan satu persembahan yang menghiburkan.
Walaupun boleh dilabelkan sebagai persembahan yang agak biasa seperti yang sering dipersembahkan oleh mereka di mana-mana show, namun cukup mengagumkan apabila vokalisnya, Andy berjaya membawakan empat buah lagu popular mereka di dalam bentuk medley iaitu Keliru, Cinta, Atas Nama Cinta dan Suzila dengan baik.
Di antara keseluruhan persembahan pada malam itu, Disagree agak mengecewakan! Agak mengejutkan apabila suara vokalisnya, Zahid yang selama ini memang bagus tetapi pada malam itu amat mengecewakan.
Tindakan mereka membawakan lagu baru The Greatest Fall, yang jarang diputarkan di radio-radio juga membuatkan persembahan mereka hambar sama sekali.
Tirai Pentas IKON Malaysia bagi kategori berkumpulan dilabuhkan dengan persembahan daripada May, kumpulan yang paling senior pada malam itu. Tiada siapa yang boleh menyangkal 'keunggulan' kumpulan ini lebih-lebih lagi dengan kehebatan vokal Mus.
Persembahan penutup yang almost perfect daripada May menerusi medley Dalam Kembara, Strategi dan Pelayaran.
Jumaat ini, Pentas IKON Malaysia bagi kategori solo pula akan berlangsung di lokasi yang sama. Artis-artis yang terlibat adalah Adam, Farah, Mawi, Daniel Lee, Dayang Nurfaizah, Dina, Ezlynn, Jaclyn Victor, Reshmonu dan Shanon Shah.
Pengumuman khas siapa yang bakal mara ke peringkat separuh akhir akan dibuat pada 30 Jun ini di Planet Hollywood dan keputusan itu juga akan disiarkan di segmen Buzz IKON Malaysia di saluran Astro RIA yang dihoskan oleh Dynaz.
Selepas melalui peringkat saringan tersebut, lima artis dari setiap kategori yang mendapat pungutan markah tertinggi akan mara ke peringkat separuh akhir pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Hanya tiga artis solo dan tiga berkumpulan yang terus mendapat markah tertinggi pada peringkat separuh akhir 7 Julai nanti menerusi format penjurian itu akan ke peringkat akhir pada 28 Julai dan sekaligus berpeluang untuk bergelar juara IKON Malaysia.
IKON Asean pula akan diadakan pada 12 Ogos depan yang akan menyaksikan IKON Malaysia berentap dengan juara IKON Indonesia dan Filipina.
Peringkat akhir IKON Malaysia dan IKON Asean bagaimanapun akan dinilai sepenuhnya oleh juri tetap. |
|
|
|
|
|
|
|
ikon solo live x malam sat nanti? |
|
|
|
|
|
|
|
ni yang best... harap2 Malaysia hantar yang terbaik untuk berentap dgn filiphina. diorang tu belagak jer lebih. hope Malaysia can win!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|