CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:19 PM | Show all posts
PROTON DUA SERUPA
KUALA LUMPUR: CIK Azimah Mat Yusop terkejut mendapati kereta Proton Iswara Aerobacknya ada kembarnya - kereta yang sama model, warna dan nombor plat dengan keretanya.

Beliau menyedari hal itu selepas meletak keretanya di tempat letak kenderaan di Kuates DBKL Jalan Semarak di Kuala Lumpur 3 April lalu tetapi seorang anak saudaranya berkata beliau melihat seorang lelaki memandu keretanya di sekitar Wangsa Maju.

Semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan mendapati kereta yang dipandu lelaki itu adalah kenderaan curi yang menggunakan nombor plat palsu.

Cik Azimah, 47 tahun, segera membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju dan jabatan itu kerana bimbang kereta 'kembar' itu digunakan untuk tujuan jenayah.

'Yang peliknya selain nombor pendaftaran, warna dan model kereta itu juga sama dengan kereta saya,' katanya.

JPJ Wangsa Maju berjaya menjejaki kereta itu di Seksyen 2 Wangsa Maju, Selasa lalu. - Harian Metro.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:19 PM | Show all posts
IBU BAPA BOLEH DIJEL, DIDENDA JIKA CUAI
KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan penjaga yang cuai atau membiarkan anak mereka tanpa pengawasan boleh didakwa mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda sehingga RM5,000 ($2,223).

Antara 2004 hingga bulan lalu, 1,904 kanak-kanak yang dilaporkan hilang di seluruh negara belum dikesan.

Memberi perangkaan, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharum, berkata dalam tempoh Januari hingga bulan lalu, 303 kanak-kanak dilaporkan hilang di seluruh negara.

Menurutnya, perangkaan polis menunjukkan 176 daripada mereka ditemui semula.

'Tahun lalu, sebanyak 1,485 kes dilaporkan, dengan 900 kanak-kanak berjaya ditemui semula. Pada 2005, 1,803 kes dilaporkan, dengan 1,254 ditemui semula,' katanya semasa menjawab soalan Senator Datin Dr Nik Azizah Nik Yahya berhubung jumlah kanak-kanak yang hilang dari 2004 hingga 2007 dalam persidangan Dewan Negara kelmarin.

Datuk Johari berkata tindakan boleh diambil mengikut Akta Kanak-kanak 2001 terhadap ibu bapa yang cuai. Bagaimanapun, disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah ibu bapa yang kehilangan anak tidak dikenakan apa-apa tindakan, sebaliknya ditemu bual media sehingga mendapat perhatian dan simpati umum, katanya.

Menyifatkan ibu bapa sebagai punca utama masalah sosial di kalangan kanak-kanak, Datuk Johari berkata mereka sepatutnya memainkan peranan lebih serius dalam menjaga anak-anak, termasuk sentiasa peka akan perubahan tingkah laku, pergaulan dan tempat anak-anak mereka menghabiskan masa. - Bernama, NST.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:20 PM | Show all posts
MAHATHIR GESA RAFIDAH DIPECAT
KUALA LUMPUR: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam menggesa supaya Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz, dipecat.

Beliau menuduh Datuk Seri Rafidah menyalah guna kuasa dan melemahkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan memajukan orang Melayu.

Dr Mahathir, yang melantik beliau sebagai menteri perdagangan pada 1986, berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri membenarkan segelintir kecil ahli perniagaan Melayu mengimport kereta dengan harga rendah.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara yang disiarkan laman web malaysiakini.com semalam.

Sewaktu ditanya bagaimana penyalahgunaan serupa itu dapat disekat, Dr Mahathir menjawab: 'Senang saja. Pecat menteri berkenaan.'

Datuk Seri Rafidah berulang kali menafikan tuduhan Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang bahawa kementeriannya membenarkan rasuah berlaku dalam dasarnya mengeluar 'permit import' atau AP, yang diberi hanya kepada syarikat bumiputera sebagai sebahagian daripada DEB.

'Apabila kementerian memberi ribuan AP kepada satu orang, padahal ia tahu orang itu menjual AP (kepada ejen tidak bertauliah), itu membantu dan bersubahat dalam menyalahgunakan DEB,' kata Dr Mahathir.

Beliau berkata sudah tiba masanya DEB dikaji semula kerana ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

'Ada beberapa aspek DEB yang perlu dikekalkan, tetapi ada juga beberapa aspek yang perlu dibuang,' kata beliau.

'Tetapi, menghapuskan DEB sama sekali bukan idea yang baik,' tambahnya. - AP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:20 PM | Show all posts
Mahu sijil lahir, dapat sijil mati

ALOR STAR: Seorang suri rumah yang ingin memperbaharui sijil kelahirannya yang rosak terkejut apabila Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengeluarkan sijil kematian kepadanya, kelmarin.

Cik Theng Yoon Kiew, 44 tahun, mendakwa pegawai JPN Kedah di Wisma Persekutuan, di sini, mencetak sijil baru dan menyerahkan kepadanya tetapi beliau tidak memeriksanya kerana tidak tahu membaca.

Sebaik tiba di rumah, suaminya terkejut apabila mendapati ia adalah sijil kematian. - BHM.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:22 PM | Show all posts
M'sia tak minta sumbangan

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak pernah meminta sumbangan daripada negara-negara yang menggunakan Selat Melaka untuk menanggung kos menjaga keselamatan di kawasan selat itu, kata Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata walaupun negara mengeluarkan perbelanjaan banyak ia tidak pernah meminta dari pihak lain. - Utusan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:23 PM | Show all posts
Raih 73 peratus undi untuk menangi pusingan kedua, kata Suruhanjaya Pilihan Raya

DILI: Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Encik Jose Ramos-Horta, semalam memperolehi undi yang mencukupi untuk memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden Rabu lalu, sekali gus menjadi presiden baru Timor Leste, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya semalam.

Selepas 90 peratus atau 350,059 undi dikira, Encik Ramos-Horta meraih 273,685 undi atau 73 peratus, jauh mengatasi pesaingnya, Encik Francisco 'Lu-Olo' Guterres, yang meraih hanya 101,374 undi atau 27 peratus, kata jurucakap suruhanjaya, Cik Maria Angelina Sarmento.

'(Encik) Jose Ramos-Horta meraih 73 peratus undi manakala (Encik) Francisco Guterres meraih 27 peratus,' kata Cik Sarmento, yang menegaskan keputusan rasmi akan diketahui hari ini.

'Kami sangat gembira, tetapi kami masih menunggu keputusan muktamad,' kata Encik Dionisio Soares, pengurus kempen Encik Ramos-Horta.

Pilihan raya berjalan secara aman dan bebas daripada kekacauan Rabu lalu, kata wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste, Encik Atul Khare.

Encik Ramos-Horta, 57 tahun, bekas wartawan yang juga perdana menteri sekarang, berkata:

'Sekarang saya sudah bersedia menjadi presiden. Saya akan kota kan janji saya untuk menghuraikan krisis politik dan masalah pelarian.'

'Saya akan mempercepat pembangunan ekonomi, membawa masuk pelabur asing dan berusaha membasmi kemiskinan di negara ini,' tambah beliau.

Awal dari itu beliau berjanji akan menyatupadukan rakyat negara itu dan merombak angkatan tentera jika berhasil menjadi presiden menggantikan Encik Xanana Gusmao, presiden pertama sejak Timor Leste mencapai kemerdekaan pada 2002.

Encik Gusmao telah pun menyatakan hasratnya hendak bertanding bagi jawatan perdana menteri dalam pilihan raya parlimen bulan depan. - AP, AFP, Reuters.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:24 PM | Show all posts
AS DESAK JUNTA THAI ANJUR PILIHAN RAYA DEMOKRATIK
WASHINGTON: Amerika Syarikat kelmarin mendesak junta tentera Thailand agar mengotakan janjinya akan mengadakan satu pilihan raya umum yang demokratik kerana ia penting dalam usaha menamatkan keganasan di wilayah selatan negara itu.

Sebelum ini, junta tentera Thai yang mengguling kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra pada September 2006 telah berikrar untuk menjalankan pilihan raya itu menjelang Disember ini.

Menyusuli rampasan kuasa itu, Washington telah membekukan bantuan ketenteraan bernilai AS$24 juta ($36.3 juta) di samping menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Thailand.

'Hari ini, Thailand berdepan dengan cabaran. Kami ingin bersama anda sedang anda menggubal perlembagaan dan mengadakan pilihan raya anda.

'Hanya sebuah kerajaan yang adil dan sah yang dapat menewaskan pengganasan, yang mengancam cara hidup kita dan kita harus mengembalikan hubungan rapat kita agar kemajuan ekonomi dan kestabilan politik dikekalkan di Asia,' kata Brigedier-Jeneral (BG) John Toolan, seorang pegawai kanan Pentagon yang bertanggungjawab atas ehwal Asia Tenggara.

Sebelum ini, Bangkok telah menolak tawaran Amerika untuk membantu melatih pasukan tentera Thai dalam usaha menangani keganasan di wilayah selatan Thailand.

Duta baru Thailand ke Washington, Encik Krit Garnjana-Goochorn memberi jaminan bahawa pilihan raya itu akan dijalankan mengikut jadual.

Sementara itu, dua lelaki Islam dilaporkan telah ditembak mati oleh penyerang bersenjata kelmarin di wilayah selatan Thailand.

Dalam satu kejadian berasingan, dua askar pula cedera apabila satu bom meletup semasa para pegawai keselamatan mengiringi sami Buddha mengumpul derma. - AFP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:24 PM | Show all posts
PELAN BINA TIGA LAGI KEJIRANAN YAHUDI DI BAITULMAKDIS TIMUR
BAITULMAKDIS: Majlis perbandaran Baitulmakdis bercadang membina tiga lagi kejiranan baru Yahudi di Baitulmakdis Timur bagi mewujudkan petempatan Yahudi yang bersambungan antara kawasan itu dengan dua petempatan Yahudi di Tebing Barat, menurut akhbar Haaretz semalam.

Rancangan membina lebih 20,000 apartmen itu dijangka mencetus kemarahan warga Palestin, yang mahu seluruh Baitulmakdis Timur dijadikan ibu negara Palestin.

Ketiga-tiga kejiranan itu terletak di wilayah yang dirampas Israel dalam Perang Timur Tengah 1967. - AP.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:25 PM | Show all posts
SATU LAGI KORBAN JELANG PILIHAN RAYA FILIPINA
MANILA: Seorang pembantu gabenor ditembak mati sementara anak perempuannya cedera, sedang angka korban keganasan menjelang pilihan raya separuh penggal Filipina minggu depan mencapai 100 orang.

Keganasan terbaru berlaku di wilayah selatan Compostella Valley, kata polis semalam.

Tiga lelaki dikatakan telah ke rumah Encik Ernie Tatoy dengan alasan mengedarkan risalah tetapi sebaliknya menembak mati mangsa.

Anak perempuannya yang berusia 13 tahun cedera di kaki.

Encik Tatoy, 41 tahun, bertugas sebagai penyelaras politik Encik Chiongke Uy, yang bakal bertanding untuk jawatan gabenor di Compostella Valley, kata Ketua Superintenden polis, Encik Andres Caro.

'Kami menyifatkan kes ini sebagai ada kaitan dengan pilihan raya. Buat masa ini, kami masih menjejak suspek,' katanya.

Daripada 100 orang yang dibunuh sejak kempen pilihan raya bermula empat bulan lalu, 52 daripada mereka adalah calon pilihan raya dan ahli politik.

Lagi 36 mangsa dikenal pasti sebagai penyokong mereka sementara 11 lain adalah penduduk biasa. Lagi 135 orang dilaporkan cedera.

Semasa Pilihan Raya Presiden pada 2004, sekurang-kurangnya 189 terkorban dan lagi 279 cedera.

Polis telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di serata negara.

Presiden Gloria Arroyo telah berkali-kali mengutuk keganasan itu dan mengarahkan anggota tentera membantu pihak polis mengadakan sekatan jalan raya bagi memastikan senjata api tidak diseludup masuk semasa pilihan raya. - AP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:26 PM | Show all posts
TONY BLAIR AKAN LETAK JAWATAN 27 JUN
TRIMDON (England): Perdana Menteri Britain, Encik Tony Blair, semalam mengumumkan beliau akan meletak jawatan pada 27 Jun ini, selepas satu dekad menerajui kuasa.

'Pada 27 Jun, saya akan mengemukakan perletakan jawatan sebagai perdana menteri,' demikian beliau memberitahu para penyokong Parti Buruh di kawasan undinya di Sedgefield, timur laut England.

'Saya telah menjadi perdana menteri negara ini selama lebih 10 tahun. Saya rasa, dalam dunia sekarang tempoh jawatan itu sudah cukup lama buat saya, apatah lagi di negara ini,' jelas beliau.

Encik Blair, 54 tahun, membuat pengumuman itu di Sedgefield, tempat beliau memenangi pilihan raya parlimen pada 1982, dan tempat beliau mengumumkan pada 1994 beliau akan bertanding merebut jawatan pemimpin Parti Buruh.

Pengumuman itu sekali gus memberi peluang kepada Menteri Kewangan, Encik Gordon Brown, untuk menjadi perdana menteri.

Ini kerana Encik Brown dijangka dengan mudah dapat menjadi pemimpin baru Parti Buruh, sekali gus menjadi perdana menteri.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Encik John Prescott, turut mengumumkan perletakan jawatan sebaik saja Encik Blair menamatkan ucapan beliau.

Encik Blair akan dikenang sebagai pemimpin Britain yang membawa keamanan kepada Ireland Utara selepas berlaku keganasan selama beberapa dekad.

Parti Buruh di bawah pimpinan beliau berhasil memenangi tiga pilihan raya berturut-turut.

Namun, kejatuhan beliau ada kaitan dengan sokongannya terhadap Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush, dalam kempen memerangi pengganasan, sekali gus menghantar askar untuk menyerang Afghanistan pada 2001 dan Iraq pada 2003.

Satu pemberontakan Parti Buruh pada September lalu memaksa Encik Blair untuk berkata beliau akan meletak jawatan dalam masa satu tahun. - AP, AFP, Reuters.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:26 PM | Show all posts
LEBIH 100 DITAHAN POLIS
PARIS: Polis Perancis kelmarin menahan lebih 100 penunjuk perasaan.

Sementara itu, ratusan pelajar melancarkan mogok sebagai membantah rancangan Presiden Nicolas Sarkozy merombak sistem pendidikan.

Sekitar 300 hingga 400 orang me nunjuk perasaan di Boulevard St Michel di Latin Quarter, pusat bandar Paris, sebagai membantah perarakan kumpulan sayap kanan yang menyokong Encik Sarkozy.

Para penunjuk perasaan melaungkan slogan 'Sarko fasis! Rakyat akan menyiat kulit kamu!' dan 'Polis di mana-mana, tetapi keadilan tak pernah ada!' sewaktu polis mengepung mereka dekat Luxembourg Gardens.

Seorang pegawai polis berkata 118 orang diberkas menjelang 9.30 malam kelmarin.

Tunjuk perasaan itu diadakan menyusuli keganasan dan pertempuran selama tiga hari berturut-turut antara polis dengan belia di Paris dan beberapa bandar lain. Di beberapa bandar, ramai perusuh dikenakan hukuman kerana tindakan ganas dan pertempuran pada minggu ini.

Dalam tunjuk perasaan berasingan, ratusan pelajar di sebuah universiti di Paris melancarkan mogok sebagai membantah rancangan Encik Sarkozy merombak sistem pengajian tinggi di negara itu.

Sementara itu, Encik Sarkozy dilaporkan akan mengumumkan barisan kabinetnya, yang akan menyertakan beberapa menteri wanita, minggu depan.

Beliau dijangka melantik Cik Michele Alliot-Marie, 60 tahun, Menteri Pertahanan sekarang, sebagai Menteri Luar Perancis, dan Cik Ra chida Dati, 41 tahun, sebagai Menteri Kehakiman. - AFP, Reuters.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:27 PM | Show all posts
ASKAR SOMALIA RAMPAS PURDAH BAGI ELAK PENGGANAS MENYAMAR
MOGADISHU: Pasukan keselamatan Somalia merampas dan malah membakar purdah wanita di Mogadishu bagi menghalang pengganas menya mar sebagai wanita untuk melancarkan serangan, menurut laporan kelmarin.

Tindakan pemerintah Somalia itu merupakan perubahan simbolik di ibu kota Somalia kerana semasa bandar itu dikuasai militia Islam pada suku kedua 2006, kaum wanita diarah memakai purdah.

Sejak militia Islam disingkir Januari lalu, pasukan keselamatan berusaha mengamankan Mogadishu.

'Setiap askar dan pegawai diarah merampas purdah daripada kaum wanita,' kata seorang pegawai kanan polis, Encik Ali Nur.

Menurutnya, beberapa serangan baru-baru ini dilancarkan penyerang yang menyamar sebagai wanita.

'Segelintir militia Islam yang ditangkap memakai purdah. Semasa perang, mereka yang menyamar sebagai wanita membunuh ramai askar pemerintah,' kata Encik Ali Nur.

Umumnya, wanita di Somalia memakai tudung tanpa menutup muka, tetapi para pegawai berkata sesete ngah serangan bom nekad dilancarkan lelaki yang menyamar sebagai wanita berpurdah.

Seorang saksi berkata beliau nampak beberapa wanita berpurdah melarikan diri daripada pegawai polis kelmarin.

Dekat Lapangan Tarbuunka, seorang wanita Somalia kelihatan me nanggalkan penutup muka ketika mendekati satu sekatan jalan, tempat seorang askar merampas beberapa kerudung hitam. - Reuters.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:27 PM | Show all posts
MAJORITI ANGGOTA PARLIMEN IRAQ AKUR RANG TETAPKAN JADUAL UNDUR ASKAR ASING
BAGHDAD: Sebahagian besar penggubal dasar Iraq telah menandatangani satu draf penggubalan undang-undang yang menentukan jadual waktu bagi pengunduran tentera asing di negara itu.

Draf itu juga meminta diadakan pembekuan bilangan askar asing yang dikerah ke negara itu, kata para penggubal dasar itu semalam.

Penggubalan undang-undang itu dibincangkan walaupun para penggubal dasar Amerika Syarikat kini bertikai dengan Rumah Putih mengenai gesaan mereka agar dikurangkan jumlah tentera Amerika dalam bulan-bulan mendatang.

Penggubalan undang-undang Iraq yang dirancangkan itu, yang dilakarkan blok Parlimen yang taat kepada pemimpin Syiah anti-Amerika, Muqtada Al-Sadr, ditandatangani 144 daripada 275 anggota dewan parlimen negara itu, menurut pemimpin blok Sadr, Encik Nassar al-Rubaie.

Blok Sadr, yang menguasai 30 kerusi parlimen dan melihat tentera pimpinan Amerika sebagai sekumpulan tentera yang menduduki negara itu, pernah mendesak diadakan rang undang-undang yang sama sebelum ini, tetapi ini kali pertama ia mendapat sokongan majoriti penggubal dasar.

Rang undang-undang itu memerlukan pemerintah Iraq mendapatkan kebenaran Parlimen sebelum meminta tempoh tentera asing di Iraq dilanjutkan, kata Encik Al-Rubaei.

Ia juga menggesa diadakan satu jadual waktu bagi pengunduran tentera asing dan membekukan bilangan mereka di Iraq. - AP
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:27 PM | Show all posts
Amaran Afghan pada AS, Nato

KABUL: Anggota parlimen Afghanistan semalam memberi amaran kepada para panglima tentera Amerika Syarikat dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berhubung serangan udara yang membunuh 21 penduduk kampung, termasuk wanita dan kanak-kanak, di wilayah Ghazni Rabu lalu.

Dewan tinggi parlimen meluluskan usul agar diadakan gencatan senjata dan rundingan dengan gerila Taleban, dan mahu ditetapkan tarikh pengunduran askar asing dari bumi Afghanistan. - AP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:28 PM | Show all posts
Pagar Pakistan sekat Taleban

RAWALPINDI: Pakistan telah membina bahagian pertama pagar di sempadannya dengan Afghanistan, sekali gus menutup satu laluan yang sering digunakan gerila Taleban, menurut laporan semalam.

'Kami telah menyiapkan pagar sepanjang 20 kilometer di kawasan Lwara Mundi di Waziristan Utara, tempat militan sering menyeberang keluar masuk,' kata jurucakap tentera, Mejar Jeneral Waheed Arshad. - AFP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:28 PM | Show all posts
Ini kes kuda tem-belang

BEIJING: Sangkanya si kuda belang.

Rupa-rupanya haiwan yang dipamerkan di sebuah taman haiwan di Shenyang, China ialah seekor kuda putih yang dicat hitam secara berbelang.

Sudahlah menipu, pihak pengurusan taman haiwan itu turut mengenakan bayaran sekitar 90 sen kepada kanak-kanak yang ingin menunggang 'zebra palsu' itu.

Malah, penjaga haiwan itu beriya-iya mempertahankan identiti kuda itu apabila mendakwa haiwan itu dari Afrika, lapor akhbar City Evening News.

Jurucakap taman itu bagaimana secara selamba berkata apa yang lebih penting ialah bukan jenis haiwan itu tetapi keseronokan menunggangnya. - Agensi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 11-5-2007 12:29 PM | Show all posts
Malu bertanya sesat jalan

MADRID: Polis Sepanyol telah menahan seorang lelaki yang menaiki kerusi roda elektrik di sebuah lebuh raya selepas beliau sesat semasa hendak ke sebuah tempat pelacuran di wilayah Galicia.

Seorang pegawai polis berkata walaupun kelajuan kerusi roda itu tidak keterlaluan 'ia tetap mendatangkan bahaya kepada lalu lintas dan juga pada dirinya sendiri'.

Lelaki yang berusia 42 tahun itu dibawa ke balai polis dan menjalani ujian untuk memastikan sama ada beliau mabuk atau tidak. Ujian itu bagaimanapun negatif. -
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 01:35 PM | Show all posts

Reply #670 Gadis_Venus's post

lelast meletak jawatan gak si Blair ni..




Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 09:18 PM | Show all posts
Motor racing-Singapore to host F1 street race from 2008


SINGAPORE, May 11 (Reuters) - Singapore has won a five-year deal to host a Formula One race starting next year and plans to stage the first ever night grand prix, speeding past skyscrapers, colonial-era buildings and the waterfront.

The race may be held in September or early October 2008, and the city-state has the option to extend the deal for another five years after 2012, the government said on Friday.

"Singapore could potentially stage the first-ever night race. It would be unique, different, and allow the Singapore event to reach out to television audiences in Asia, Europe and even the U.S." S. Iswaran, Minister of State for Trade and Industry, told a press briefing.

He said the race would only be held at night if safety requirements were fully met.

Several F1 drivers have spoken against the idea of a night race, citing safety concerns.

But the sport's supremo Bernie Ecclestone, speaking by teleconference, said he was confident that a night race would be held and that safety conditions would be met.

"It's going to be lit as if it's daylight," he said.

Ecclestone is keen on a night race to boost television audiences in the sport's European heartland.

Formula One cars do not have headlights, so the track would have to be floodlit to make it safe enough for drivers used to hitting top speeds in excess of 300 kph (190 mph).

Australian driver Mark Webber has expressed concern that rainy weather during a night race would mean poor visibility.

In March, Webber tested a 4.8 km (3-mile) Singapore street circuit, proposed by grand prix circuit designer Hermann Tilke.

GOVERNMENT FUNDS 60 PCT OF COST

The rights to the race have been won by a private company controlled by Singapore property and hotels tycoon Ong Beng Seng.

Iswaran said the annual cost of staging an F1 race could be up to S$150 million ($99 million), and that the government would co-fund about 60 percent of the cost of the event.

The race is expected to generate tourism receipts of about S$100 million ($66 million) per year.

As hotels will be able to raise room rates by up to three times during the event, Singapore will impose a tax of up to 30 percent on hotel rooms for a period of about seven days around the race.

The Singapore government wants to boost tourist arrivals to 17 million people by 2015 from nearly 10 million in 2006. Keen to shake off its reputation as being staid, the Southeast Asian city-state is also building two multi-billion-dollar casinos.

STREET RACING

Both Singapore officials and Malaysia's F1 organisers said the Singapore race move was unlikely to pose a threat to the Malaysian Grand Prix.

"Why should I worry about Singapore and Malaysia having F1? Theirs will be at the end of the year and ours will be at the beginning," said Mokhzani Mahathir, chairman of Sepang International Circuit, which will stage its 10th race next year.

Malaysia has won an extension to host F1 by another five years beyond 2010, despite concerns about its course and Singapore's bid.

Mokhzani said night races would be included in the contract that will extend the tenure of the Sepang F1 race.

"In the contract that we are re-signing with Bernie Ecclestone, it states there we will have to host the night race if and when he says so," he said.

Singapore's announcement came a day after Ecclestone revealed that Valencia had agreed to host a grand prix from 2008 on a circuit around the Spanish city's new America's Cup port.

That race is scheduled for late in the season on a newly designed circuit of between 4.1 and 4.3 km in length, reminiscent of Monaco's with its harbour-side location.

Ecclestone said there were five more cities waiting to host a race, adding that the Formula One calendar would be expanded next year to fit in the new racing venues. (Additional reporting by Jalil Hamid in Malaysia)
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2007 09:19 PM | Show all posts
Car crashes into lamp post, woman driver injured

SINGAPORE : A car crashed into a lamp post in Pasir Ris on Friday morning, injuring the woman driver.
The woman, in her late 20s, was sent to Changi General Hospital.

Police and the Civil Defence officials said they received a call at about 9am, alerting them to the accident.

According to eye-witnesses who called the MediaCorp News hotline, the car had veered into a pedestrian walkway and hit a lamp post at Pasir Ris Street 11 near Block 187.

The impact from the crash knocked the lamp post from its fixings and it landed on the grass verge beside the road. - CNA/ms
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.053586 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list