CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ummimon

Merged : Rempah & Herba

[Copy link]
Post time 15-10-2009 12:18 PM | Show all posts
umah kak sofie ada pokok herba.....siti fatimah,jeruju nak wat aper yer pokok tue
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 12:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by seroja1 at 15-10-2009 12:54

kak sofie.. pokok siti fatimah ker kacip fatimah.. kalo kacip fatimah kegunaan cenggini... sumber dari melur.com.

http://www.melur.com/images/myherba/kacip_fatimah.JPG

keterangan:        
kacip fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar).Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di malaysia ialahabisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.
kegunaan:        
Kacip Fatimah begitu sinonim dgn wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid.Sekarang banyak syarikat pengeluar herba mengkomersialkan tumbuhan ini dan dijadikan tonik selepas bersalin. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnnya) kedalam seperiuk air(seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir(hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism), gonorhea dan walaupun tumbuhan ini mempunyai khasiat yang begitu tinggi, satu aspek yang sering dilupakan adalah tahap ketoksidan kandungan kimia didalamnya. Kajian sedang dilakukan dengan terperinci untuk menentukan kesan sampingan dan akibat dari penggunaan produk dari bahan ini supaya dos yang sepatutnya boleh dicadangkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 12:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by seroja1 at 15-10-2009 12:52



Pokok Jeruju lak..

keterangan:
Jeruju merupakan sejenis tumbuhan semak yang boleh mencapai ketinggian antara 0.75 hingga 1.5 m.Ia mepunyai batang berkayu yang berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Batangnya berwarna hijau dan mempunyai duri pada bahagian dimana daun terbit.Daunnya berbentuk daun tunggal dengan bahagian hadapannya bersilang dan mempunyai duri dibahagian tepi daun.Daunnya bersaiz antara 10 hingga 20 cm panjang dan 5 hingga 6 cm lebar. bunganya berbentuk majmuk dengan panjangnya sekitar 6 hingga 30 cm.Ia mempunyai daun daun pelindung(pengasuh) berlapis dua dengan saiz lapisan dalam lebih kecil dari daun dilapisan luar.Buahnya berbentuk bujur telur berwarna coklat kehitaman setelah matang dan mepunyai biji berwarna hitam yang berbentuk ginjal. Jeruju membiak melalui keratan batang dan biji benih.Akar jeruju berwarna putih kekuningan. ia mengandungi saponin, flavanid dan polifenot dan alkaloid(bijinya)
kegunaan:
Daun biji dan akar jeruju digunakan sebagai ubat cacing dalam perubatan tradisional melayu. 10 g akarnya direbus bersama segelas air selama 15 minit untuk diminum oleh pengidap penyakit kecacingan.Daun mudanya pula berfungsi untuk merawat sakit perut. Daunnya juga digunakan untuk merawat rheumatik dan Bisa akibat terkena racun sumpit/panah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 01:26 PM | Show all posts




nie pokoknya...dier mengeluarkan bunga...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 11:16 AM | Show all posts
sapa2 kat sini yg pernah masak pasta guna daun bangun2/oregano tu. camner nak guna ek. guna fresh or dry. biarkan sekeping or ricik n berapa byk nak masuk dlm kuah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 11:58 AM | Show all posts
mmis,
racik2 jer...toksah banyakk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2009 12:37 PM | Show all posts
ok.. next week nak buat. chek nak buat mkn2. akak jemputlah mai umah
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 08:24 AM | Show all posts
semalam pegi round2 nursery... sekali dia bagi rasa daun stevia... amboi manisnyer... sampai pagi nih rasa manisnyer melekat kat lidah.... teringin gak nak beli.. RM10 jer.. tapi memikirkan jangka hayat pokok nih tak lama... terus cancel jerk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2009 09:42 AM | Show all posts
519# seroja1

Oja,

jangan beli lah....akak 3 kali beli tak menjadie....kiok semua...RM10.00 gak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 09:46 AM | Show all posts
memang tak beli kak sofie.. penjagaan remeh gak.. takleh panas.. air kena cukup.. kalo lebih air kiok gak.... sbb tu tak beli.. pas balik umah citer kat hubby... aik.. dia lak yang beria suh beli... pastuh oja cakap kat hubby.. kalo nak rasa manis makin buah lembar jelah..... dan2 dia suh oja gi cari buah lembar.. mana nak dapat kat kl skang nih... kalo kat kg dulu banyaklah....

kak sofie... buah ajaib tuh lebih kurang ngan stevia gak ker?.. rasa manis lekat kat lidah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 10:05 AM | Show all posts
Oja,

Miracle fruit  tue...lebih manis lagie melekat kat lidah 3 jam....makan2 apa pun manis.....arie tue ada bagie kak aya 10 biji buah nya....3 biji yang elok boleh makan....lain untuk semaian....
kalu buah akak berbuah untuk ke 4 kali datang lah umah....makan meriah giler....warnanya...akak dah wat semaian dah 5 pokok dah 6 inci....15 pokok masih kecik lagie...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 10:17 AM | Show all posts
kak sofie...... dengan muka tak malunyer oja nak akak simpan anak pokok tuh utk oja... hehehe.... err.. kak aya gi umah kak sofie ker?... bestnyer....

kak aya.. cdini... barang dah pos ek.... nanti oja bagitau penggunaannyer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2009 10:21 AM | Show all posts
Oja,

courier lah yang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 02:27 PM | Show all posts
Shiina sabtu lepas saya beli di Pasar Tani Mardi. Sepokok berharga rm 15. Tinggi pokok lebih kurang satu kaki.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 02:59 PM | Show all posts
525# em2

Pokok apa tu em2?...kira mahal ke murah tu?......
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 04:13 PM | Show all posts
522# sofiera

sofie... buah tu takleh nak merasa laa... masa dapat tu dah sama warna semuanya (kelabu gelap)... 2 biji ada sikit je kaler merah.mula2 tu nak juga 'ngap' walau secuit,maklum le teruja sangat dgn testimoninye.... bila basuh .. zassss.. tinggal biji je.... hehehe.. putih mato den....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2009 04:17 PM | Show all posts
kak sofie...... dengan muka tak malunyer oja nak akak simpan anak pokok tuh utk oja... hehehe.... err.. kak aya gi umah kak sofie ker?... bestnyer....

kak aya.. cdini... barang dah pos ek.... nanti ...
seroja1 Post at 21-10-2009 10:17


err.. kalu kak aya g umah sofie... siap penuh bonet ven kak aya angkut dr umah sofie nanti...

ok oja.. nanti dah sampai kak aya bagitau..thanks
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 04:36 PM | Show all posts
528# ayasofiya

amboi kak aya... sampai penuh bonet van ek nak angkut... jangan di angkut ngan tuan umah sekali udahler... hehehehehe......
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 06:45 PM | Show all posts
529# seroja1


kalau kak aya angkut ngan tuanye skali... nangiss le hb dia kat ujung katil malam2... hehe .
jangan marah sofie... gurau2 je ..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2009 07:55 PM | Show all posts
Assalammualaikum...
Rasa mcm nak join jugak...
Kat umah saya sekarang ada pokok:-

1. Buah Ajaib - synsepalum dulcificum
2. Mulberry - morus alba
3. Roselle - hibiscus sabdariffa
4. Aloe vera
5. Halia bara
6. Lengkuas
7. Limau kasturi
8. Kunyit
9. Misai kucing
10. Serai wangi
11. Geroda
12. Kesum

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.068698 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list