|
Chelsea sedia gempur United
LONDON - Chelsea seolah-olah telah memiliki tahap keyakinan tinggi menjelang pertembungan menentang Manchester United pada saingan Liga Perdana England di Old Trafford Sabtu ini.
Malam kelmarin, Chelsea begitu garang apabila membelasah Aston Villa 7-1 sementara United pula mudah menundukkan Bolton 4-0 awal pagi semalam.
Bagi penolong pengurus Chelsea, Ray Wilkins, dia yakin bahawa skuad The Blues mampu untuk mengekalkan prestasi cemerlang mereka itu apabila turun berdepan dengan United nanti.
"Kami akan bertandang ke Old Trafford dengan keyakinan tinggi kerana kami kini tampil dengan aksi terbaik merangkumi aspek bertahan dan menyerang.
"Kami kini kembali dilihat sebagai sebuah pasukan yang baik dan kem pasukan juga dalam suasana yang cukup gembira.
"Kami kini memiliki kelebihan jaringan tetapi saya masih berasakan banyak lagi rintangan yang perlu dihadapi pada baki perlawanan selepas ini," katanya.
Jelas pembantu kepada Carlo Ancelotti itu, pada aksi malam kelmarin, barisan Chelsea berjaya menampilkan aksi kelas pertama selain menjaringkan gol-gol yang cukup menarik dan hebat.
"Kemenangan ini cukup penting tetapi jelas ia sesuatu yang menggembirakan apabila kami dapat menjaringkan banyak gol," jelas Wilkins.
Pada perlawanan tersebut, selain empat jaringan Frank Lampard (gambar) yang dua daripadanya menerusi sepakan penalti, baki tiga lagi gol Chelsea dijaringkan Florent Malouda (2) dan Salomon Kalou (1) manakala gol tunggal Villa dijaringkan John Carew.
Sementara itu, pengurus Villa, Martin O'Neill menganggap kekalahan teruk tersebut merupakan hari yang paling buruk dalam kariernya. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
lawan wigan boleh laaaaaaaaaaaaaa!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Chelsea into pole position
Manchester United 1 - 2 Chelsea
|
|
|
|
|
|
|
|
syabas syabas... pela dalam gengaman |
|
|
|
|
|
|
|
pasni kita belasah liverfool plak |
|
|
|
|
|
|
|
pool tgh on form..taktik rapa menjadi.. |
|
|
|
|
|
|
|
chelsea ley menang title EPL kalo straight menang 5 game berturut2..
apa2pun.. chayo cahyo chelsea..
Glory Glory Chelsea,,, |
|
|
|
|
|
|
|
bukan haku yg topless...
negro ni la..
koben19 Post at 30-8-2009 09:22
didier drogba...lebey dikenali sebagai DIDIER KERBAU sebab body balance kuat giler macam kerbau |
|
|
|
|
|
|
|
668# dokter Kat Man U mesti takde negro. |
|
|
|
|
|
|
|
Cis Chelsea menang lagi geram dan jeles ak peminat Man U. |
|
|
|
|
|
|
|
congrats..kita ke final...yehuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Terry dedah rahsia kebangkitan Blues
2010/04/13
LONDON: John Terry mendedahkan bintang Chelsea berbincang dengan pengurusan kelab itu dalam usaha memastikan mereka kembali memberi saingan meraih gelaran Liga Perdana Inggeris.
Dua minggu lalu, Carlo Ancelotti berdepan risiko kehilangan peluang meraih gelaran itu tetapi kini Blues yang semakin bersemangat itu boleh mendahului empat mata di takhta liga menerusi kemenangan ke atas Bolton di Stamford Bridge, awal pagi esok.
Ia perubahan menakjubkan buat kelab yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara di tangan Inter Milan yang dibimbing Jose Mourinho dan kemudian kehilangan dua mata ketika seri 1-1 dengan Blackburn.
Keputusan itu menyebabkan Chelsea ketinggalan empat mata berbanding Manchester United, tetapi dengan pertemuan secara terbuka dan jujur antara pemain, Ancelotti dan pegawai kejurulatihan selepas perlawanan menentang Blackburn membolehkan pasukan Terry kembali dengan semangat baru.
Kini giliran pasukan Sir Alex Ferguson pula yang menerima padah akibat tekanan memburu tangga pertama.
United yang seri dengan Blackburn kelmarin membolehkan Chelsea meraih peluang keemasan untuk menjarakkan pasukan mereka dengan pesaing lain dan Terry yang pasukannya mara ke final Piala FA hasil kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa di Wembley, Sabtu lalu percaya pasukan ini akan memanfaatkan segala kelebihan.
“Beberapa minggu lalu, kami dilihat bagaikan hilang tumpuan jadi kami mengubah keadaan itu,” kata Terry. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Chelsea selesa empat mata dahului MU
2010/04/14
LONDON: Chelsea meneruskan keunggulan berada di tempat teratas Liga Perdana Inggeris dengan empat mata pemisah selepas mengalahkan Bolton Wanderers 1-0, di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Gol penyerang antarabangsa Perancis, Nicolas Anelka dua minit sebelum separuh masa pertama tamat memastikan Chelsea meninggalkan pesaing terdekat, Manchester United. Kini pasukan bimbingan Carlo Ancelotti itu mempunyai kelebihan empat masa di depan United yang masing-masing kini mempunyai empat perlawanan berbaki untuk menamatkan saingan musim ini. Arsenal kini berada di tempat ketiga, dijangka memintas United sekirangnya menumpaskan Tottenham Hotspur, pagi esok di White Hart Lane. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Pengadil 'sokong' Chelsea?
| COYLE (tengah) meminta penjelasan pegawai perlawanan ketika tewas 0-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge awal pagi semalam.
|
LONDON - Pengadil cuba membantu Chelsea untuk menjuarai Liga Perdana England.
Itu dakwaan pengurus Bolton Wanderers, Owen Coyle terhadap pengadil perlawanan, setelah pasukannya dinafikan dua sepakan penalti ketika mereka tewas 0-1 kepada Chelsea awal pagi semalam.
Coyle mendakwa penyerang Chelsea, Didier Drogba menggunakan tangan untuk menahan bola manakala kapten The Blues, John Terry pula menghalang bola menggunakan lengannya.
"Ketika ini, Chelsea memiliki kelebihan empat mata (selaku pendahulu liga). Jika mereka terus diberi layanan sebegini, saya pasti Chelsea akan muncul juara musim ini.
"Kami pula langsung tidak bernasib baik. Kami hanya mahukan pegawai perlawanan membuat keputusan penting dengan tepat. Jelas terdapat dua kesalahan menggunakan tangan yang sepatutnya diberikan penalti.
"Saya tahu Drogba merupakan pemain kelas dunia tetapi terbukti dia juga boleh menjadi pemain bola tampar kelas dunia.
"Kemudian, Terry pula terkena tangan tetapi penjaga garisan mengatakan ia terkena bahunya. Memang jelas ia sepatutnya penalti. Mungkin jika penalti diberi, kami boleh memperoleh mata," kata Coyle.
Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti bagaimanapun berkata: "Bukan kerja saya untuk menilai keputusan pengadil (Lee Probert). Kadangkala kamu akan bernasib baik, kadangkala keputusan menjadi sebaliknya. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Pengadil 'sokong' Chelsea?
COYLE (tengah) meminta penjelasan pegawai perlawanan ketika tewas 0-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge ...
along3746 Post at 15-4-2010 08:43
pengadil :@ |
|
|
|
|
|
|
|
da klh alasan banyak...
wakakakaka...
terima la hakikat chelsea jore epl musim ni..
kehkeh.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|