|
Post Last Edit by Goldkey at 21-10-2010 23:27
"Bule tere"
Male-male bule tere
napok baye tere bedere
jange demo raso bimbe
ambo kecek bui cadange
kalu benar bulih pege
kalu salah tohok ke loke.
~Goldkey~
P/s baca sleng Klate deh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 22-10-2010 20:02
Malam kian tua
Malam kian tua
hati makin muda
ramai yang tak takut dosa
merempit tak tentu hala
bercampur gaul jantan betina
macam tak ada agama
di mana silapnya kita?
remaja kian lara
hidup tiada hala
macam mana nak mewarisi negara
harap-harap tak ditimpa bala.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Mata sudah layu
fikiran sudah lesu
ilham sudah beku
badan mahu beradu
selamat malam tetamuku
kalau rajin garaplah satu
tanda kenangan di laman puisiku. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 21-10-2010 08:54
Jaga kesihatan
periksa nak datang
jangan lupa makan ubat-ubatan
kalau tak elok pergi jabatan kesihatan
tanya doktor apa ubat yang berkaitan
tidaklah demam berlanjutan
dikhuatiri menjejaskan ingatan
masuk periksa tak keruan.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Selamat sejahtera di pagi khamis
berilah senyuman yang manis
moga hubungan sesama kita jadi harmonis
dapat baca puisi dengan hati yang romantis.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 22-10-2010 20:05
Airmata tak tertumpah
Entah mengapa
airmata tak tertumpah
bergenang di kelopak mata
hati sebak kenangkan ayahbonda
rindu bertahun tak pernah kulupa
kasih sayang ayahbonda paling berharga
terima kasih ayahbonda
berikan ilmu pada anakanda
dapat hidup bersama keluarga
cari bahagia selagi waktu berpunya
Al-fatihah buat ayahbonda
moga takdir ketemukan kita
di syurga yang Esa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 22-10-2010 20:11
Kata hati
Kepada isteri tercinta
kumencuba dan terus mencuba
memberi bahagia
dengan kelemahan yang ada
terimalah aku seadanya
aku tak punya wang berjuta
kupunya hati dan jiwa
yang aku berikan kepada kamu dan keluarga
demi keluarga kita
kupertaruhkan nyawa
andai masih ada yang tak kena
maafkan aku yang hina
akanku cuba dan terus berusaha
jadi insan yang berguna
kepada keluarga, bangsa dan agama.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 30-1-2011 11:49
Mulakan dengan Bismillah
Sudahi dengan Alhamdulillah
tanda usaha kerana Allah
tanda syukur kepada Allah
biar kita mengalah
kepada orang tak faham masalah
tidaklah kita terus berbalah
hidup ceria berseri wajah.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 21-10-2010 18:09
Petang yang berjerebu
aku duduk di sofa gebu
badan penat dan lesu
baru balik berlatih bola golekku
baling bola bertalu
minggu depan jumpa seteru
di Selayang Mall kunci pon tak tahu
tak pernah ke tempat itu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas derita ada bahagia
Kala berduka
haruslah berderai air mata
tak mampu menahan sebak di dada
kenangkan nasib yang menimpa
kenapa kita?
persoalan yang menjadi tanda tanya
usah dipersoal takdir kita
ada hikmah dari yang Esa
panjatkan doa tabahkan jiwa
selepas derita pasti ada bahagia.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Malam kian sepi
aku baru balik dari meeting
meeting kariah nak buat kenduri
bahagi-bahagi tugas pada itu hari
moga lancar majlis ini
tetamu datang ceria di hati
bawa balik kenangan indah dari sini.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Cukup dulu untuk hari ini
esok-esok sambung lagi
kunci mohon rehatkan diri
nak tidor lena diulit mimpi
bangun pagi ceria menanti
Selamat malam tetamu dihormati
tulislah jika sudi.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam di pagi Jumaat
Moga anda dalam keadaan sihat
Menjalankan kerja dengan cermat
Bertindak cepat dan tepat
Mudahan semuanya selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Di sini aku berbicara
melepaskan kata yang terpenjara
dalam lokap jiwa
rasa bebas bersuara
tanpa kata
di ruang yang terbuka
kepada sesiapa saja
mencoret madah pujangga
memberi petanda
memanjat doa
untuk semua.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 22-10-2010 15:58
Sesekali
Sesekali
lihatlah ke dalam diri
dengan mata hati
ke dasar sanubari
adakah jati diri
tunjang peribadi
yang digenggami
dalam usaha mencari
keredhaan Ilahi
demi memiliki
anugerah terpuji
anugerah syurga firdausi
yang kekal abadi
di bawahnya mengalir sungai-sungai suci
di temani isteri juga bidadari
nikmat tak terperi
itulah yang kita cari.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Cemburu
Cemburu itu perlu
tapi jangan melulu
nanti timbul haru biru
rumahtangga sering bercelaru
anak-anak jadi mangsa apa yang berlaku
lebih baik kenali dulu
hati budi pasanganmu
tidak timbul cemburu itu
teguhlah ikatan yang telah menyatu
di bawah persefahaman yang jitu.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 22-10-2010 19:32
Aku di luar kota
mencari ketenangan bersama keluarga
sepanjang jalan kulihat alam diperkosa
tangan-tangan insan menjarah dengan gila
banyak sudah malapetaka
insan tak berdosa jadi mangsa
kealpaan manusia mencari harta
alam suci lupa dijaga
merosak binasa anugerah yang Esa.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 22-10-2010 21:57
Laut Kasih IX
Kupandang ke laut biru
luas terbentang ke hujung langit biru
begitulah luasnya laut kasihmu
beralun-alun ombak sahut menyahut menderu
begitulah merdunya alunan bisikan cintamu
hayalku dalam keasyikkan mendamba belaian manjamu
laut kasihmu melimpahkan asmara membanjiri segenap lurah hatiku
membangkit gelora asmara di jiwaku.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Pohon bahagia
Tumbuh di ladang jiwa
suburi dengan baja cinta
sirami dengan air asmara
gemburi dengan ramah mesra
pagari dengan keimanan di dada
racuni lalang-lanang syak wasangka
jauhi dari parasit yang mengadu domba
moga berbunga bibit asmara
berputik benih kasih mesra
berbuah paduan dua jiwa
di laman rumahtangga.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
|
Laut kasih X
Saat bersamamu
kau limpahkan selaut kasih mesra
mewarnai lebaran hidup kita
saban hari menguntum kelopak bahagia
berputik bunga-bunga asmara
berbuah segugus rasa sejahtera
memadu kasih disulam bisikan cinta
mengukir wajah-wajah ria
nikmatnya limpahan laut kasihmu tak terkata.
~Goldkey~ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|