CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nemobarracuda

KPH - VILLA 100TH ~ DAPATKAN ALBUM KEDUA HAFIZ DI PASARAN SKRG!!!!

 Close [Copy link]
Post time 30-1-2013 07:36 PM | Show all posts
13 artis Top 5 paling popular pusingan awal.

30 January 2013 @ 2:59PM
Oleh Hanizam Abdullah

Rasa kecewa dengan senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH) belum reda. Bukan teman, bukan juga suku sakat teman kerana kami di BH menerima apa saja pilihan peminat dan pembaca tetapi kekecewaan itu adalah daripada segelintir peminat. Ada yang menghantar e-mel kepada teman untuk meluahkan rasa kecewa. Hendak kongsi apa yang terbuku di dada tidak mengapa teman memang sedia mendengar tetapi janganlah sampai hendak ugut-mengugut pula.

Ada yang ugut nak boikot ABPBH kali ini. Itu pun kami tak boleh hendak buat apa-apa jika itu pilihan mereka. Tetapi janganlah macam itu dik kerana BH buat ini semua pun untuk memartabatkan penggiat seni tanah air. Dan manisnya penentu siapa menjuarai 16 kategori dan kemuncaknya Bintang Paling Popular adalah pengundinya. Sudah berapa kali teman kata, senarai yang tertera adalah pilihan anda semua dan tidak kena mengena dengan orang BH. Artis yang menerima undian paling tinggi itulah yang akan masuk ke final.

Ada kelab peminat yang mendakwa sudah berbelanja banyak untuk artis mereka, tup-tup nama tiada dalam senarai. Teman faham perasaan itu. Ada kemungkinan  borang yang sampai ke BH lewat daripada tarikh ditetapkan penganjur. Borang yang sampai lewat daripada 31 Disember seperti yang sudah dimaklumkan awal, undinya tidak akan dikira.

Percayalah teman tak ambil mudah segala pertanyaan atau kemusykilan peminat. Teman semak juga dan menjalankan siasatan walau sibuk macam mana sekali pun. Lagi pun kita ada tukang audit dalaman bertauliah untuk memantau proses kiraan undi itu. Iyalah... ini bukan anugerah syok sendiri!

Soal rezeki
Bagaimanapun percayalah bahawa ini semua juga soal rezeki. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Bukan semua artis bernasib baik, buat album, berlakon dan terus popular. Ada yang bertahun-tahun masuk senarai Top 5 tetapi tak pernah merasa genggam trofi pun. Macam Aaron Aziz, lima tahun dalam Top 5, baru tahun lalu dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.

Begitu juga dengan Shaheizy Sam yang teman dengar cerita semakin rasa selesa dengan pengacara popular, Fara Fauzana. Berapa tahun dia dalam industri hiburan, tetapi sejak akhir-akhir ini saja orang mula memberi perhatian kepadanya sehingga akhirnya pada ABPBH 2010, anak bujang Mummy Khaty ini diangkat menjadi Bintang Paling Popular.

Ada yang tak pernah langsung sangkut dalam senarai. Ada yang nampak macam popular tetapi tak siapa pun yang peduli. Dalam pada itu, ada juga yang teman dengar sudah masuk dalam Top 5 tetapi macam hendak tak hendak saja. Dijemput untuk ke siri jelajah promosi pun buat endah tak endah saja dan perasan bagus sangat. Sikap macam ini peminat tak tahu pun cuma penganjur saja yang tahu kerenah mereka. Kasihan peminat yang tanpa jemu memangkah mereka tetapi rupa-rupanya artis itu tak peduli pun bab hendak bertentang mata, beramah mesra dan menjalinkan ukhuwah dengan peminat.


Artis mendapat undian tertinggi
Oh ya... kembali bercakap mengenai populariti, barangkali ada pembaca yang ingin tahu siapakah artis yang mendapat undian paling tinggi dalam pencalonan awal lalu. Kalau ada yang anggap hanya Aaron Aziz yang mendominasi senarai, anda salah kerana ada artis lain yang undian mereka memang boleh mengalahkan Aaron. Antara nama yang mendapat undian tinggi adalah bintang baru si cantik manis Wawa Zainal dan bintang sensasi YouTube Ainan Tasneem. Mereka ini adalah calon dalam kategori Artis Baru Wanita Popular.

Empat nama dalam kategori Penyanyi Lelaki dan Wanita Popular ini pula tidak kurang hebatnya iaitu Hafiz, Black, Shila Amzah dan Yuna. Nampak gayanya impak program Muzik-Muzik terbitan TV3 dan lagu yang sentiasa diputarkan di corong radio, membantu mereka untuk bukan saja kekal popular tetapi memberi saingan yang sengit kepada calon lain. Nama Hafiz dan Yuna semakin meniti di bibir peminat kerana berjaya menggondol trofi dalam Anugerah Juara Lagu baru-baru ini. Namun, masih terlalu awal untuk melihat impak itu dalam undian mereka di ABPBH.

Dalam kategori pelakon, baik televisyen atau filem, selain Aaron, bintang kelahiran Singapura Adi Putra, Lisa Surihani dan Maya Karin juga menduduki tangga yang agak selesa dalam pencalonan awal. Begitu juga dengan pasangan juara Maharaja Lawak, Zizan Razak dan Johan. Undian mereka juga memang begitu memberangsangkan. Populariti pasangan ini membuatkan ramai yang meminta BH untuk membawa mereka ke pentas ABPBH 2012 sebagai hos malam kemuncak nanti. Namun reaksi awal yang diterima, Johan agak sukar menggalas tugasan itu kerana doktor menasihatkan dia agar berehat selama enam bulan.

Lady Gaga Malaysia iaitu Didie Alias juga antara nama yang mendapat undian tinggi dan agak mengejutkan kerana Artis Komedi Wanita Popular ABPBH 2011 ini antara calon yang memberi saingan sengit kepada Aaron dalam pusingan awal dulu. Begitulah serba ringkas, maklumat yang teman bolehkongsi dengan pembaca  dan peminat hiburan tanah air. Bagaimanapun, ini tidak bermakna undian calon Top 5 lain tidak hebat. Sematkan juga di minda, ini adalah keputusan undian pusingan awal. Segala-galanya boleh berubah kerana ia bergantung kepada borang dan undian yang diterima pihak penganjur dalam pusingan final ini.

Dalam keadaan sekarang, sesiapa saja boleh menjadi Bintang Paling Popular. Syaratnya undi, jangan tak undi. Tak sabar rasanya hendak tahu siapakah artis bertuah yang akan memandu pulang kereta Nissan 370Z Coupe berharga RM370,000 itu. Jumpa lagi!
  

Sumber: Berita Harian

www.bharian.com.my
Last edited by blackberry90 on 30-1-2013 07:39 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2013 08:05 PM | Show all posts
Drama-Drama Terbaik Pilihan TVi (Astro 180) Hibur Penonton RTM Tahun Baru Cina Ini

Drama atau telemovie sememangnya miliki tempat di hati penonton setianya yang tersendiri selain filem blockbuster dan hiburan apatahlagi ketika semua orang bergembira meraikan sesebuah perayaan besar. Lebih menarik lagi jika drama dipilih mengetengahkan plot khas berkongsi jalan cerita ‘menghidupkan’ suasana perayaan istimewa tersebut.

Memandang kepada sisi tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TVi (Astro 180) dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini dengan tayangan iatimewa tiga drama terbaik dan sebuah program hiburan untuk semua. Ia termasuklah drama Biar Waktu Menjemputmu (9 Februari 2013), Wo Ai Ni Di Batu Feringghi (10 Februari 2013) dan Tanglung Bulan Semalam (11 Februari 2013) yang kesemuanya disiarkan jam 12.00 tengah hari. Selain itu berhibur juga dengan program hiburan muzikal ABU Song Festival yang disiarkan pada 10 Februari 2013, jam 2.00 petang.
Kepada yang ingin berhibur pula, saksikan persembahan hebat artis dengan lagu popular masing-masing dalam “ABU Song Festival ” yang telah berlangsung di Seoul, Korea. Penyertaan artis negara kita melibatkan dua penyanyi, Sabhi Sadhi dan juga Hafiz Suip (AF) mempertaruhkan lagu popular mereka.

Luangkan masa menyaksikan pilihan program terbaik hanya di TVi (Astro 180).



~~~ budiey.com ~~~ Last edited by blackberry90 on 30-1-2013 08:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam Kph. Album hafiz apa cite?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 10:00 AM | Show all posts
blackberry90 posted on 30-1-2013 07:36 PM
13 artis Top 5 paling popular pusingan awal.

30 January 2013 @ 2:59PM

Salam and good morning KpH! Alhamdulillah.......semoga Hafiz berjaya di ABPBH nanti dan menjadi penyanyi yg sgt berkualiti tetapi jugak sgt popular!! Aminnnnnnnnnn!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 06:15 PM | Show all posts
salam dan selamat petang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 06:18 PM | Show all posts
semuga ada rezeki hafiz dpt bintang paling popular di abpbh tahun ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2013 06:20 PM | Show all posts
kasutburuk posted on 2-2-2013 06:15 PM
salam dan selamat petang...

W'salam dan selamat petang KB....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 06:23 PM | Show all posts
kasutburuk posted on 2-2-2013 06:18 PM
semuga ada rezeki hafiz dpt bintang paling popular di abpbh tahun ni...

Insya Allah....Amin....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2013 10:25 AM | Show all posts
salam and good morning KPH!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 01:37 PM | Show all posts
Along_XX posted on 3-2-2013 09:25 AM
salam and good morning KPH!!

check in japp...

salam ceria kph!!
sorry lama tak masuk laptop i baru baik sakit haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 08:45 PM | Show all posts
selamat malam KPH!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 02:52 PM | Show all posts
Siapa Bintang Paling Popular 2012?

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 03:24 PM | Show all posts
go hafiz go...go adi putra go... ehhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 03:41 PM | Show all posts
elecom posted on 4-2-2013 03:24 PM
go hafiz go...go adi putra go... ehhh!!

tak sokong Aaron Aziz ke?...
Adi Putra tak sebut pun nama Hafiz....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 03:50 PM | Show all posts
elecom posted on 4-2-2013 03:24 PM
go hafiz go...go adi putra go... ehhh!!

Hafizzzzzzzz and Adiiiiiiiii.......yezza!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 03:52 PM | Show all posts
blackberry90 posted on 4-2-2013 03:41 PM
tak sokong Aaron Aziz ke?...
Adi Putra tak sebut pun nama Hafiz....

X per......dia ingat pelakon je.....Hafiz x pernah nyanyi lagu tema drama or filem yg Adi berlakon pun......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2013 03:56 PM | Show all posts
blackberry90 posted on 4-2-2013 03:41 PM
tak sokong Aaron Aziz ke?...
Adi Putra tak sebut pun nama Hafiz....

AP lg macho dr AA
itu lah..aku mengharapkan AP sebut nama hafiz yg last tu..dia pi sebut nama dia sendiri plak
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 03:57 PM | Show all posts
Along_XX posted on 4-2-2013 03:50 PM
Hafizzzzzzzz and Adiiiiiiiii.......yezza!!!

ehhh...bukan ko ni peminat AA ek?...motip cinta beralih arah kpd Adi?....
mentang2lah skrg ni tgh angau dgn drama "Sehangat Asmara" kan?...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 04:07 PM | Show all posts
bila sbnrnya album baru Hafiz nak dikluarkan ni?....
harap2 album tersebut akan dilancarkan pada hujung bulan Februari ni....kalo bole pada 27 Februari iaitu sempena sambutan birthday dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2013 04:16 PM | Show all posts
nur mohd ridzuan ‏@duan113

bangla bawah jagaan aku ni peminat hafiz af rupanya hahaha




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.129031 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list