CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blur_cherry

ANEKA CHEESE CAKE DAN TIRAMISU

 Close [Copy link]
Post time 5-4-2006 10:04 AM | Show all posts

Reply #679 Diba_79's post

shida tak pakai buku kecik2. sama ada beli yang 500gm atau 1kg je. tak beli kat supermarket. memang mahal sebab yang tu depa pek for commercial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2006 10:07 AM | Show all posts
nk kena g kat cokit la nih.. yg kedai jual bahan kek Perfect Formula kat Bandar Baru Ampang tu kengkadang mcm mahal je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 10:09 AM | Show all posts

Reply #682 Diba_79's post

harga cheese dia sama dengan kat luar ke? tu le pasal shida selalu berkunjung ke BWY :lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 10:30 AM | Show all posts
yang RM8.50 tu kat situ la..banyak betul diorang amik untung. grrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 5-4-2006 10:04 AM
shida tak pakai buku kecik2. sama ada beli yang 500gm atau 1kg je. tak beli kat supermarket. memang mahal sebab yang tu depa pek for commercial.



:setuju: Since saya jejak kaki kat BWY.. tgk harga jauh beza dgn supermarket punya.. brand sama jek.. cuma pek la cantik sikit.. pek lawa2 pun bukan boleh buat hiasan sekali kat kek tu.. Masa memula saya mengenal cheese cream kat supermarket ni harga dlm RM5 lebih sebuku..kalau Giant RM6 ler.. sekrang nie dah naik antara 7-8 henggat sebuku.. adui lahh..merepek betul harganya
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 02:46 PM | Show all posts

Reply #676 O2's post

sorry shida baru perasan. apa kata next time cuba resepi yang lain pulak. ari tu shida buat guna biskut oreo. sedap gak. tapi shida lupa nak sejukkan base oreo tu kat dlm peti es. terus masukkan cheese je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2006 03:13 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 5-4-2006 10:03 AM
diba, kalau kat BWY, harga 500gm tu dalam RM8 lebih je. kalau kat supermarket 250gm je dah RM7 lebih. hari tu shida beli 1kg kat BWY. baru RM20.


brand philadelphia gak ke shida?....
murahnya...kira 500gm=RM5 je...wahhhhh jauh sgt2
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2006 03:16 PM | Show all posts

Reply #687 Zeeqa's post

ye le. tu pasal shida amik 1kg terus. pasal beli sikit kalau 1kg dah RM24. tu yang amik 1kg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2006 03:19 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 5-4-2006 03:16 PM
ye le. tu pasal shida amik 1kg terus. pasal beli sikit kalau 1kg dah RM24. tu yang amik 1kg.


bestnya....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 03:11 PM | Show all posts
baru keluar dari peti ais dan kakliza dah rasa..
alhamdulillah sedap macam kek kedai [agaknya laaa..sebab kakliza ni mana pernah makan keke kat Secret Resepi tu..]

aceli kakliza buatt ni sebab ada adik kat forum rumah lain minta resepi bluberi ciskek ni..walaupun dulu dah buat tpi  masa tu mana ada camera nak amik gambo...



KEK KEJU BLUEBERRY

Bahan A -Base Biskut

120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter

Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.

Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam  [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping:
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek
atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara:
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul algi sehinggga rata.
5.. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6.  Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada  biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75  minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.


[ Last edited by  hanieliza at 6-4-2006 04:50 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 03:19 PM | Show all posts
waaaaa....boleh la abiskan belen blueberry ari tu.. Kalau pakai loyang biasa, tak guna spring foam tu boleh ke kak? base dia melekat kat loyang tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 03:23 PM | Show all posts

Reply #691 Diba_79's post

diba boleh je. lapik loyang tu dengan aluminium foil. tapi kasi alu foil tu tinggi drpd loyang le. bila kek dah masak & sejuk, diulangi KEK SEJUK baru keluarkan dr loyang. angkat aluminium foil tu le. seelok-eloknya simpan dulu dlm peti ais.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by Diba_79 at 6-4-2006 03:19 PM
waaaaa....boleh la abiskan belen blueberry ari tu.. Kalau pakai loyang biasa, tak guna spring foam tu boleh ke kak? base dia melekat kat loyang tak?


kak liza rasa susah sikit la..
base dia mmg kena korek dari tepi...[betui ker ayat ni...]
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 6-4-2006 03:23 PM
diba boleh je. lapik loyang tu dengan aluminium foil. tapi kasi alu foil tu tinggi drpd loyang le. bila kek dah masak & sejuk, diulangi KEK SEJUK baru keluarkan dr loyang. angkat aluminium foil ...



rasanya paham kot maksud teknik yg shida ajar ni.. InsyaAllah bila pojek on..diba bagik report.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 03:44 PM | Show all posts
kak liza

ref: kek keju blueblerry

kalau takder fresh cream nak ganti dengan apa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 03:47 PM | Show all posts

Reply #694 Diba_79's post

jangan lupa tunggu kek sejuk tau. nanti ada yang nangis kek dia patah riuk hehehehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2006 03:55 PM | Show all posts
Originally posted by sitipayung at 6-4-2006 03:44 PM
kak liza

ref: kek keju blueblerry

kalau takder fresh cream nak ganti dengan apa?


rasanya bleh gantikan ngan whipping cream tapi tambahkan another 20 gm dula sebab whipping creanm ni tawar jeber..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 03:56 PM | Show all posts

fuyoooooooooooooo..........

:love:

Kak Lizaaaaaa...nakkkkkkkkkkkkk.....mampuu ke kita nak buat kek macam niii???:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 04:02 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 6-4-2006 03:55 PM


rasanya bleh gantikan ngan whipping cream tapi tambahkan another 20 gm dula sebab whipping creanm ni tawar jeber..



kalau ganti dengan whipping cream dgn susu cair boleh tak?.......sebab malas nak beli whipping cream sebab ianya dijual dalam container yg besar.....nanti tak habis tak tau nak buat apa lagi?

kak liza

2 sd besar blubeberry filling tu nak masukan masa bila?

[ Last edited by  sitipayung at 6-4-2006 04:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2006 04:05 PM | Show all posts
Originally posted by sitipayung at 6-4-2006 04:02 PM



kalau ganti dengan whipping cream dgn susu cair boleh tak?.......sebab malas nak beli whipping cream sebab ianya dijual dalam container yg besar.....nanti tak habis tak tau nak buat apa lagi? ...


Nie soal jawab dari alaf21
APAKAH KRIM PUTAR?

Boleh puan terangkan apakah krim putar yg selalu digunakan untuk membuat cheese cake? Adakah ia boleh dibuat sendiri atau kita boleh dapatkan
di pasar raya? Kalau ia boleh didapati di pasar raya apakah jenama yg selalu digunakan untuk membuat cheese cake?

Krim putar (whipping atau double cream) jenama ANCHOR atau PRESIDENT (dlm kotak seperti susu UHT). Jika tiada, boleh digantikan dengan Reduced Cream NESTLE (dlm tin). Ia boleh dibeli di pasaraya, di tempat dingin (bersama dadih, keju dll). Anda boleh gantikan krim putar dengan susu cair tetapi tambah 1 camca besar tepung jagung ke dalam adunan (lazimnya untuk 2 buku atau 500 gm krim keju).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.087874 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list