CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] Rumah Borak Negeri Sembilan #65

 Close [Copy link]
 Author| Post time 9-3-2022 11:05 AM | Show all posts
tari replied at 9-3-2022 10:53 AM
alamak
pembaris dah hilang la

kan dh kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2022 11:06 AM | Show all posts
tari replied at 9-3-2022 10:53 AM
mano poei pembaris ni

aduh du du

dh kata kan hgn berharap sgt dgn pembaris
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:07 AM | Show all posts
ciksurie replied at 9-3-2022 10:58 AM
kawe tak deme pun
paling tinggi suhu dlm 36.9
sero nak deme sikit kawe telan panadol

supo boss kawe jugok tu.
dia kata ada rasa sesak dada, x selesa.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:09 AM | Show all posts
tari replied at 9-3-2022 11:00 AM
hehehe

bz lawat kawasan kaedahnya

byk tpt nk singgah...mek apa tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:17 AM | Show all posts
mattzzx replied at 9-3-2022 10:59 AM
sha tak kenal?
matt pun tak kenal juga.....

pernah dgr nama dia tp x kenal orgnya
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 11:19 AM | Show all posts
ciksurie replied at 9-3-2022 11:01 AM
sihat yg lain mektari
kecuali batuk shj

Alhamdulillah

stage 2 ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-3-2022 11:21 AM | Show all posts
SOTONG PHAT PHET(THAI)

500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)

BAHAN KISAR
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air

CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang . Masakan seketika dan tutup api .

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 11:22 AM | Show all posts
Tashu replied at 9-3-2022 11:17 AM
pernah dgr nama dia tp x kenal orgnya

matt pun sama juga
orang bagi tahu yg matdul tu baik budi pekertinya, sopan santun, hormat orang tua...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-3-2022 11:23 AM | Show all posts
Stew Daging

Bahan-bahan:
500 g daging
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar mentega
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang saleri (dihiris)
1 sudu besar puri tomato
Sedikit daun thyme
Sedikit daun basil
2 helai daun bay
2 biji buah tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam kasar
1 sudu besar kicap manis
1 batang lobak
2 biji kentang (dibelah 4)
Kacang pis
1 biji lada benggala (dihiris)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
Rebus daging hingga empuk. Ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih, saleri hingga kekuningan. Masukkan tepung gandum.
Masukkan puri tomato, daun bay, basil, thyme, lada hitam, tomato, kicap, kentang, dan lobak.
Masukkan daging dan air rebusannya hingga mendidih.
Masukkan kacang pis, lada benggala, garam dna gula.
Taburkan daun parsley. Jika kurang pekat, boleh tambah bancuhan tepung gandum.
Sedia untuk dihidang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:23 AM | Show all posts
mattzzx replied at 9-3-2022 11:22 AM
matt pun sama juga
orang bagi tahu yg matdul tu baik budi pekertinya, sopan santun, hormat orang t ...

dia tinggal kt mana?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:24 AM | Show all posts
kembong masak pedas ala thai

Bahan2....
6 ulas bwng putih
3 btg serai
Cili merah besar 2 btg
Cili hijau besar 2 btg
Cili padi hijau 5 biji
Cili padi merah 5 biji
Nak pedas lebihkan cili padi..
Blend bahan diatas guna chopper lagi senang....
1 sb sos tiram
5 sb sos cili
1 sb sos ikan
Bwng besar holland
Daun limau

Cara2....
Tumis bahan blend sampai masak, lepas tu masukkan semua sos.... perasakan dgn gula, garam dan aji skit.. tak nk letak aji pun takpe.... bahan tu semua agak2 ye... klau pekat buh air skit.. dan last sekali masukkan bwng holland dan daun limau....
Ikan kembong goreng kunyit dulu ye..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:25 AM | Show all posts
Apam Jagung

1 cawan jagung tin
1 cawan air suam
1 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pewarna makanan kuning
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
Sedikit garam

Cara-cara :
1. Masukan semua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
2. Tuang ke dalam bekas, dan biarkan ia kembang lebih kurang 2 jam.
3. Tuang adunan ke dalam loyang atau lompang. (Sapu dahulu dengan minyak masak supaya senang apam dikeluarkan nanti selepas masak).
4. Kukus selama 15minit.
5. Hasilnya apam jagung yang cantik kekuningan, ringan dan gebu. Boleh juga dihidangkan bersama kelapa parut bergaram.
Resepi ini boleh menghasilkan 25 biji apam jika menggunakan acuan kuih lompang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:26 AM | Show all posts
ayam berempah special

Ayam terpulang ikut msing2( saya gunakn sekor ayam besar- potong 18
Bwang besar 5 bji
Bwang putih 1 labu
Halia 1 inci
Lengkuas 1 inci( hiris nipis2
Serai dalam 15 btg( potong memanjang)
Serbuk kri babas daging
Serbuk kunyit
Garam..
Daun kari..

Bersihkn ayam, tos sampi  tak de air ayam..
Blend bwang besar, bwang putih, halia, lengkuas .Kemudian, blend serai ( sedikit demi sedikit)..Campurkn kesemua dlm bkas..Tapis...Perah bhan2 ni..Masukkn dlm ayam, gaul  sampai sebati..Dah sebati, msukkn serbuk kri, serbuk kunyit & gaul lagi..Last skali, msukkn gram..Jgn bnyk2 nnti msin ayam tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:28 AM | Show all posts
Kari Gulai Ikan Bawal

Bahan
2 ekor ikan bawal besar ptg 3
Bahan hiris
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 ruas jari halia.
Bahan tumis
Daun kari
1 sdb halba campur.
Tumis dulu bahan hiris masukkan juga daun kari biar garing tapi tidak hangit,baru masukkan halba campur,perlahankan api supaya halba tak meletup-letup, kemudian baru masukkan bahan2 kisar

Bahan kisar dgn 1 cawan air
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 ruas jari halia
1 ruas jari lengkuas
1 batang serai.

Masak smpi wangi n air sedikit menyusut, masukkan pula
2 sdb cili kering kisar, (harini tambah 1sdb serbuk cili )masak lagi 15 minit,tambah sedikit air jika kering kemudian masukkan
6 sdb serbuk kari Babas yg pedas yg dicampur dgn sedikit air dulu jadikan pes.
Masak sehingga setengah jam lamanya atau sehingga rempah masak elok,lagi lama lagi elok karinya. 'kami mmg masak kari agak lama dgn menggunakan api perlahan lebih kurang sejam lamanya supaya maung rempah2 tak terasa sgt. Masak biar smpi pecah minyak.
Tambah sedikit air supaya tak hangit.
Masukkan air asam jawa
Tambah air utk lebih berkuah,masak lagi sehingga mendidih,
Masukkan
Sekotak kecil santan kotak atau bole kurangkan.
Tambah

1 sdb cuka makan tujuan utk ikan tak lembek.
Garam/serbuk secukup rasa megi.
Masuk bendi,
Masuk ikan,
Biar ikan masak
Tambah tomato n cili hijau di akhir masak supaya tomato tak lembik. 'Terung bulat ditambah jika suka

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 11:29 AM | Show all posts

tau xpe
yg dah bangun bz bersiap

xde makna dorang nk mencari subuh2 kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:29 AM | Show all posts

Orang perempuan bila dia sedar dia makin 'menua'....
1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga.
2. Dah takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.
3. Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.
4. Dia malas layan drama. "Ikut kau lah Bedah". Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.
5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana.
6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya.
7. Dia banyak bersendiri. 'Me Time' dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. 'Me Time' sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri.
8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.
9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana.
10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar... 'Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian'.
11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa.
12. Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan 'hati'. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2022 11:29 AM | Show all posts
Tashu replied at 9-3-2022 06:56 AM
hampir tercapai sasaran page 30 pagi ni

dah capai kan

tahniah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:31 AM | Show all posts
tari replied at 9-3-2022 11:29 AM
tau xpe
yg dah bangun bz bersiap

yup mmg pun, line clear helok time tu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2022 11:31 AM | Show all posts
Tashu replied at 9-3-2022 06:57 AM
sapo lagi retis jemputan semlm?

xde sape

2 ketui tu je

mengatal d'meletop
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2022 11:31 AM | Show all posts
tari replied at 9-3-2022 11:29 AM
dah capai kan

tahniah

go to target hr ni lak, page 60
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.871634 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list