|
Θ- Selamat Pengantin Baru, Mawi & Ekin Gomak-Θ
[Copy link]
|
|
Ini hadiah perkahwinan nak bagi pukeen gomak ....
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti diorang kawin, ko ingat siapa yang akan mulakan untuk pelayaran pada malam pertama - mawi atau ikin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #701 cikgu_murni's post
tak payah pakai suar dalam mcm nih
dia mmg dah ada poket original mcm tu
/- cepat imagin |
|
|
|
|
|
|
|
X SABAR NAK TGK MAWI KAWIN..TETAP SOKONG DIE |
|
|
|
|
|
|
|
Info TV: Lintas langsung sidang media Mawi di Awani
Mawi dan Ikin.
STESEN televisyen berbayar Astro menerusi saluran Awani 501 akan mengadakan lintas langsung menerusi program Gala TV Istimewa Mawi dan Ekin untuk mengumumkan tarikh terpenting yang ditunggu-tunggu peminatnya.
Program yang akan menyiarkan sidang media khas daripada Mawi dan Ikin sendiri
akan disiarkan secara langsung pada 21 Oktober ini bermula jam 2.30 petang sekali gus menjawab persoalan selama ini.
Penonton juga boleh mengetahui perkembangan terkini mengenai tarikh dan majlis perkahwinannya yang bakal diadakan dalam masa terdekat ini.
Temu bual eksklusif Gala TV bersama Mawi dan Ikin mengenai persiapan majlis perkahwinannya juga bakal disaksikan oleh penonton di samping bual bicara eksklusif bersama individu yang juga tulang belakang bagi majlis perkahwinan yang akan berlangsung kelak.
Di samping itu, Gala TV bersama Mawi dan Ikin ini juga bakal menyiarkan perbincangan menarik secara berselang-seli bersama tetamu jemputan dan visual menarik sepanjang kerjaya dan bibit percintaan di antara mereka berdua.
Program ini juga akan dikendalikan penyampai buletin hiburan, Umaira Uyop dan Dang Suria Zainurdin yang akan berada di studio dan bergilir-gilir bersama penyampai buletin hiburan Gala TV, Syazwan Zakariah dan Muzaffar Mustapa serta seorang lagi pengacara jemputan yang akan berlintas langsung dari lokasi sidang media.
Gala TV adalah sebuah program buletin hiburan yang ke udara setiap Isnin hingga Ahad, pada jam 3.00 petang kini akan bersiaran secara eksklusif bersama pasangan artis paling popular tahun ini.
Jangan lupa untuk menyaksikan program khas Gala TV bersama Mawi dan Ekin Selasa ini jam 2.30 petang menerusi Astro Awani saluran 501. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2008/10/21/mstar_mutakhir/20081021115430&sec=mstar_mutakhir
Selasa Oktober 21, 2008
Mawi - Ekin sah bernikah 20 Disember
Oleh WAHIDA ASRANI
SERI KEMBANGAN: Penyanyi popular Asmawi Ani atau Mawi akan melangsungkan majlis pernikahan dengan Nora'Ashikin Rahmat yang mesra disapa Ekin, pada 20 Disember depan di negeri kelahirannya, Johor Bahru.
Mawi yang mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan tentang perkahwinannya dengan bekas pelakon drama bersiri Kawan itu di Palace of Golden Horses sebentar tadi akhirnya menamatkan segala spekulasi tentang tarikh sebenar majlis bersejarah mereka itu yang mula menjadi topik hangat sejak pasangan tersebut mendedahkan kisah cinta mereka pada Mac lalu.
Pernikahan yang akan berlangsung di Masjid Johor Bharu itu akan diikuti pula dengan majlis persandingan oleh pihak perempuan di Stadium Tertutup Johor Bahru di sebelah malam pada 20 Disember nanti, manakala majlis resepsi di pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember di Dewan Felda Taib Andak, Kulai.
Dalam pengumuman tersebut, Mawi turut mengumumkan tentang majlis resepsi istimewa mereka di Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan bertarikh 11 Januari 2009.
Selain itu, Mawi memberitahu perasaan terujanya untuk menghadiri kursus kahwin bersama Ekin pada 4 November ini bertempat di Masjid Putrajaya, Putrajaya.
Seperti mana perkahwinan gilang-gemilang Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa yang disiarkan secara langsung di TV3 dua tahun lalu, kali ini majlis hebat Mawi dan Ekin juga akan turut disaksikan oleh jutaan penonton menerusi saluran Astro yang sah mendapat hak eksklusif untuk menyiarkan majlis perkahwinan pasangan selebriti ini.
Sehubungan dengan itu, Mawi juga bakal mengadakan konsert istimewa bersama rakan-rakan AF yang lain secara percuma untuk peminatnya pada 27 Disember depan di Padang Felda Taib Andak, Kulai, Johor.
Pengumuman istimewa ini disiarkan secara eksklusif di Astro Awani mulai pukul 2.30 petang tadi hingga 4 petang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
21-Oct-2008 | Oleh: Razif Rosdi Mawi-Ekin Nikah 20 Disember, Sanding 3 Kali!
Teks oleh Razif Rosdi
SERI KEMBANGAN, 21 OKT 2008: Walaupun masih merahsiakan jumlah wang hantaran belanja, pasangan Mawi dan Ekin tetap akan melangsungkan perkahwinan mereka secara gah dan besar-besaran di Johor serta Kuala Lumpur.
Mengumumkan perkara ini secara langsung menerusi Astro Awani dari Hotel Palace of the Golden Horses, di sini sebentar tadi, Mawi berkata majlis itu akan dimulai dengan upacara akad nikah di Masjid Johor Bahru pada sebelah pagi pada 20 Disember 2008.
"Pada sebelah malam (20 Disember), kami akan membuat majlis resepsi untuk keluarga sebelah Ekin di Stadium Tertutup Johor Bahru. Ia menonjolkan konsep moden kontemporari.
"Kemudian pada 28 Disember, Ahad, majlis resepsi untuk keluarga sebelah saya pula akan diadakan di Dewan Felda Taib Andak. Kami akan bersanding dalam tema Jawa.
"Seterusnya pada 11 Januari 2009, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di Hotel Palace of Golden Horses dalam tema Arabia," kata Mawi.
Selain itu, Mawi juga akan mengadakan konsert percuma di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember 2008 bersama barisan artis Akademi Fantasia (AF).
Mawi berkata, dia dan Ekin bukan hendak menunjuk-nunjuk dengan mengadakan majlis besar-besaran.
"Kalau kita buat kecil, orang kata kedekut, kalau kita buat besar orang kata riak. Apa yang penting saya fikirkan peminat dan orang yang banyak menyokong saya selama ini. Apabila pihak Astro sudi bekerjasama dengan kami, saya rasa bersyukur dan ingin membalas jasa mereka yang banyak membantu saya selama ini," kata Mawi lagi.
Ekin pula berkata, pada satu peringkat, dia hampir-hampir putus atas apabila menerima cemuhan orang ramai yang menuduhnya dengan pelbagai tohmahan.
"Saya hampir-hampir give-up tapi Mawilah memberikan semangat kepada saya untuk terus bertahan. Keluarga
juga amat memahami. Saya percaya, kalau kita kita sudi memaafkan orang, kita tidak akan lagi berdendam. Saya terima semuanya dengan hati yang tabah," kata Ekin.
Turut hadir pada sidang media bersejarah itu adalah Pengurus Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maestro Talent & Management Sdn Bhd, Freddie Fernandez.
Tentang fenomena artis kahwin dan bercerai berai sekarang, Mawi akui ia tidak pernah melemahkan semangatnya untuk berkahwin.
"Saya sudah bersedia untuk berkahwin dan doakanlah yang terbaik untuk kami berdua, janganlah doakan yang tidak baik," katanya.
Mawi berkata, selama mengenali Ekin pada Februari 2007, dia gembira kerana Ekin begitu memahami kerjaya seninya dan paling penting, Ekin selalu menggembirakan hati ibunya, Puan Ramlah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #709 cloudnine_mm's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cloudnine_mm at 21-10-2008 05:29 PM
21-Oct-2008 | Oleh: Razif Rosdi Mawi-Ekin Nikah 20 Disember, Sanding 3 Kali!
"Seterusnya pada 11 Januari 2009, satu lagi majlis resepsi akan diadakan di Hotel Palace of Golden Horses dalam tema Arabia," kata Mawi.
birthday to'ti |
|
|
|
|
|
|
|
tak tengok tv semalam
aku paste ah.. majlis dorang ni
Awat byk kali nak ber'resepi' nih?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lamar melalui telefon
AKHIRNYA Mawi dan Ekin mengumumkan perancangan pernikahan mereka pada satu sidang akhbar khas di sebuah hotel terkemuka di ibu negara hari ini.
Pada sidang akhbar itu, Mawi merungkaikan segala cerita cintanya dengan Ekin selain perincian majlis perkahwinan di Johor Bahru pada 20 Disember depan.
Bermula dengan perkenalan di kedai makan oleh rakan-rakan mereka, akhirnya bibit-bibit cinta mula wujud sehinggalah Mawi membuat pengakuan Ekin adalah wanita yang bertakhta di hatinya pada majlis Anugerah Bintang Popular 2007 pada Mac lalu.
Wartawan Utusan Malaysia, SHAZRYN MOHD. FAIZAL dan METRA SYAHRIL MOHAMED merakamkan temu bual antara Mawi, Ekin dan wartawan pada sidang akhbar itu.
Bagaimana perasaan Mawi selepas pengumuman tarikh perkahwinan?
MAWI: Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan saya berasa cukup gembira dengan majlis hari ini.
Seperti mana yang saya katakan dulu, saya akan tunaikan janji saya untuk menjelaskan segalanya tentang perkahwinan saya. Hari ini, semuanya sudah terjawab.
Pastinya, saya dan Ekin berasa sungguh lega dengan pengumuman ini memandangkan sebelum ini ramai yang berteka-teki dan membuat spekulasi tentang tarikh perkahwinan saya.
Bukan itu sahaja, tarikh yang kami pilih juga adalah atas perbincangan dua belah pihak dan tiada signifikan kami memilih tarikh tersebut.
Tarikh berkenaan juga dilihat sesuai kerana ia adalah pada musim cuti sekolah.
Bagi saya sendiri, saya merasakan bagaikan melepaskan beban yang terlalu berat untuk saya tanggung selama ini.
Malah, sebelum melangkah ke dewan ini juga, perasaan gemuruh dan gugup melanda diri saya dan sebaik sahaja saya umumkan, semuanya hilang (ketawa).
Nampaknya perkahwian bakal diadakan besar-besaran. Mungkinkah ini impian perkahwinan Mawi?
MAWI: (Terdiam seketika). Jujurnya, saya tidak mengimpikan perkahwinan yang sebegini kerana saya hanya mahukan majlis yang cukup sederhana. Tetapi, saya tidak boleh lakukan sedemikian kerana saya perlu menjaga hati ramai pihak.
Disebabkan itu juga, perkahwinan saya akan disiarkan di televisyen kerana saya mahu semua peminat saya dan mereka yang tidak dapat hadir pada perkahwinan saya kelak, dapat berkongsi bersama hari bersejarah saya.
Malah, sebagai membalas jasa baik peminat dan mereka yang memainkan peranan penting dalam kerjaya saya, pada 27 Disember depan saya akan mengadakan sebuah konsert khas buat mereka di Padang Felda Taib Andak.
Mengenai perancangan perkahwinan kami, apa yang boleh saya katakan, buat masa ini, ada beberapa perkara yang masih lagi dalam perbincangan seperti wang hantaran, destinasi bulan madu dan lain-lain perkara.
Cuma, jumlah dulang hantaran sahaja sudah ditetapkan iaitu sembilan dulang daripada pihak saya dan dibalas 11 oleh Ekin.
Bagaimana Mawi melamar Ekin?
MAWI: (Tergelak). Ketika itu, saya berada di Syria menjalani rakaman program televisyen dan selepas selesai segalanya, saya pulang ke bilik hotel.
Biasalah, kalau dah jauh di mata, mesti rindu (ketawa). Jadi, seperti biasa, saya menelefonnya dan entah bagaimana, soalan itu terus terpacul daripada mulut saya dan ia berlaku pada tarikh 30 April yang lalu.
Saya hanya berkata kepada dia: "Apa kata kita kahwin bulan 12?"
EKIN: Saya memang terkejut apabila dia melamar saya kerana tidak mempercayai apa yang saya dengar ketika itu.
Masakan tidak, melihatkan perangainya yang bagaikan tidak serius dan tiada perasaan itu, sudah pasti membuatkan saya terperanjat (ketawa).
MAWI: Selepas itu, saya terus memberitahu kakak saya dan bulan Jun yang lalu, kami pun menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga Ekin.
Dengan itu, keputusan diambil iaitu menetapkan majlis perkahwinan kami akan berlangsung dalam tempoh enam bulan selepas tarikh merisik itu.
Seperti mana yang saya pernah beritahu, tiada majlis pertunangan dan kami akan terus nikah sahaja.
Apa istimewanya Ekin di mata Mawi?
MAWI: Dia cukup pandai mengambil hati ibu (Ramlah Sarlan) saya kerana ibu saya adalah jenis yang sukar untuk ketawa dan senyum serta sukar untuk diajak berbicara.
Satu hari, apabila Ekin berkunjung ke rumah saya dan ketika itu duduk berbual bersama ibu saya, dia boleh membuatkan ibu saya ketawa dan senang hati.
Itu perkara yang cukup istimewa yang saya lihat pada diri Ekin. Bukan itu sahaja, Ekin seorang yang cukup ringkas dan dia merupakan seorang sahabat yang setia bersama dalam apa jua keadaan sekalipun.
Dia juga seorang pendengar yang setia pada setiap masalah yang saya hadapi dan saya bertuah dapat memiliki seorang insan yang begitu memahami diri saya.
EKIN: Saya melihat Mawi seorang yang cukup sederhana daripada segala segi dan dia juga seorang yang 'gila-gila', memahami dan ceria.
Mengenai tentang menghiburkan ibunya pula, itu bukanlah strategi tetapi semuanya secara kebetulan sahaja.
Saya pun tidak menyangka ibunya boleh ketawa dan tersenyum dengan celoteh saya (ketawa kecil).
Adakah Mawi akan menyekat segala karier seni Ekin selepas berkahwin?
MAWI: Saya tidak pernah menghalang apa yang dia mahu lakukan. Malah, kalau selepas berkahwin nanti, ada yang mahukan kami digandingkan, kami akan menimbangkan tawaran tersebut.
Karier seni saya juga akan berjalan seperti biasa.
Mana-mana kerja yang sempat dihabiskan sebelum saya mula bercuti pada 12 Disember ini, saya akan habiskan.
Jika tidak, semuanya akan diselesaikan apabila tamatnya majlis perkahwinan kami kelak.
Adakah Mawi sudah bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran dan bagaimana pula persediaan Mawi selepas bergelar suami?
MAWI: Mungkin orang akan cakap jika seorang artis itu berkahwin, popularitinya akan jatuh merudum, tetapi saya melihat perkara itu daripada sisi yang cukup positif.
Saya percaya segalanya telah ditentukan Allah dan rezeki juga datang daripadaNya. Apa yang penting bagi saya adalah terus berusaha dengan gigih untuk menjadi lebih baik.
Jarak usia dua tahun antara kami juga bukanlah penghalang, tetapi yang penting keserasian dan kesefahaman dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.
Pastinya, kehidupan saya akan berubah selepas ini. Dulu, keseorangan. Selepas ini, berdua dan saya sudah bersedia untuk bergelar seorang suami dan bapa.
Apa yang penting, saya mengharapkan agar semua pihak mendoakan kebahagiaan kami.
Mengenai anak pula, masih terlalu awal untuk membicarakan soal itu kerana semuanya bergantung kepada rezeki dan saya menerima seadanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by niy at 22-10-2008 07:51 AM
tak tengok tv semalam
aku paste ah.. majlis dorang ni
Awat byk kali nak ber'resepi' nih?
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1022/Kosmo/Hiburan/hi_01.5.jpg
lintas langsung malam pertama takde ke..
takde gambar bunyik pun jadila..
sekian,
bgi pihak Dino. |
|
|
|
|
|
|
|
rindu plak nak tgk kelibat niko kat sini
akhirnya dia pun reti balik ke pangkal jalan, mcm konan
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cikgu_murni at 29-9-2008 12:25 PM
Ini hadiah perkahwinan nak bagi pukeen gomak ....
stim plak tgk suar dlm tu...
b/p
Dino
pi smayang dulu laaa woii...~ niko |
|
|
|
|
|
|
| |
|