CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: axxie

♥Istana V Faizal Ramly♥ Disebalik tabir Momok The Movie @ Astro Ria

[Copy link]
 Author| Post time 4-12-2009 08:15 PM | Show all posts
698# icelemontea


pegi la meroyan kat umah kafail nunnn.........kasi upppp sikit umah kebanggaan anda ittewww........

assalamualaikum.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2009 01:23 PM | Show all posts
salam semua....
TQ axxie......yg  axxie tgk tu....yg baru siar ke..yg dah ulangan?......masih diulang2 lagi ke?
klu cam tu....chunna kena tunggu depan tv 24jam arr...harus tk wat kije lain
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2009 09:00 PM | Show all posts
axxie....tadi ada chunna tgk GALA TV..pkl 3.30ptg...Pejal ada...tp tak ckp apa pong....yg byk bckp datok Aziz Singah...tu pun psl filem pulau asmara....takde lah pulok psl penafian Pejal kawen tu....last2 tu diorang tayang trailer filem tu....nmpk cam best jee....Pejal pun nmpk macam serasi sgt2 blakon citer tu...takde lah ala2 lagi........chunna rasakan Pejal ni akan meletop sebagai pelakon arr....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 12:39 AM | Show all posts
assalamualaikum

Lama tak masuk sini..apa khabar chunna , axxie dll semoga kalian sihat dan ceria2 sokmo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 12:20 PM | Show all posts
703# chunna


ada....Faizal ada cakap pasal gosip tu..... Mungkin dah kena edit kot.... Kena tunggu ulangan lagi ni....huhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 12:21 PM | Show all posts
www.utusan.com.my/utusan/info.as ... an&pg=hi_04.htm


Faizal zip mulut soal kahwin


Ahad lepas Niezam buat pendedahan bekas juara Akademi Fantasia Keempat (AF4), Faizal kononnya dah kahwin dengan orang Temerloh senyap-senyap.

Sumber mana yang bagi tahu ni biarlah Niezam rahsiakan tapi kalau singgah di Temerloh tu, memang ramai yang dok bercerita Faizal dah bernikah.

Wanita yang dimaksudkan dikatakan seorang pelakon tambahan filem Momok The Movie yang turut berlakon bersama Faizal.

Rabu lepas Niezam berjumpa dengan Faizal semasa sidang media filem Pulau Asmara. Dalam filem tu Faizal pun berlakon.

Selepas dikorek dan dikorek kisah perkahwinan tu, Faizal tak nak cakap banyak. Dia lebih selesa untuk zip saja mulut dia tu.

"Saya tak nak komen. Saya tak nak kata ya ataupun tidak," katanya.

Ujar Faizal perkara itu agak peribadi. Ada sebab-sebab tertentu dia terpaksa zip mulutnya kerana terpaksa jaga hati banyak pihak.

Cuma Faizal janji jika suasananya sesuai dan ada dua, tiga benda sudah selesai dia akan buat penjelasan mengenai status dirinya sekarang.

"Banyak andaian orang buat mengenai saya. Ada yang kata saya pernah kena tangkap basah dan macam-macam lagi.

"Tapi saya ni tak jahat. Saya percaya, kalau kita buat benda baik, buat apa nak takut?" soalnya yang seolah-olah mengiyakan dia sudah jadi suami orang.

Tapi kan, betul ke ada orang kata perkahwinan Faizal tu mendapat halangan pihak tertentu? Tak apalah Faizal, harap-harap masalah yang Faizal lalui dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-12-2009 12:25 PM | Show all posts
salam.....

aku tolong tepek je.... Jangan lak ada yang gadoh2 lagi pasal ni....huhuhu...

hope Faizal lebih berjaya.... Dan aku sebenarnya tak kisahpun samada Faizal dah kawen atau belum. Aku minat dia sebab bakat dia, bukan sebab kisah peribadi dia....

senyum sokmolah.....:kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 12:26 PM | Show all posts
www.utusan.com.my/utusan/info.as ... an&pg=hi_11.htm


Mampukah Pulau Asmara pecah panggung?


Judul filemnya iaitu Pulau Asmara agak menarik tetapi sejauh manakah filem ini mampu menarik perhatian ramai belum dapat dijawab lagi. Bukan mahu mempertikaikannya tetapi itulah perkara pertama yang akan diperkatakan apabila membicarakan soal pelakon yang membintangi filem ini.

Pulau Asmara mengisahkan tiga sahabat baik yang berlainan karakter lakonan Faizal (AF4), Sheikh Bolkiah dan Abby Aziz.

Mereka bercuti ke Pulau Langkawi untuk mencari ketenangan. Di pulau itu mereka bertemu dengan tiga orang gadis lakonan Leez (AF4), Nadia Kesumawati dan Sasha Arsheela.

Ketiga-tiga gadis tersebut mempunyai kisah berbeza yang akhirnya menjerumuskan mereka di alam percintaan. Jika dilihat kepada nama-nama tadi, membuatkan kita tertanya-tanya mampukah filem ini untuk mencapai box-office atau pecah panggung apabila ia ditayangkan pada 17 Disember ini?

Sebabnya sudah menjadi kebiasaan kepada penerbit filem untuk mencuri tumpuan penonton dengan mengumpan nama-nama popular.

Malangnya Alakazam Production Sdn. Bhd. melakukan tindakan berbeza apabila membariskan nama-nama baru yang masih belum teruji bakat mereka untuk diangkat di layar perak.

Bagaimanapun penerbitnya, Datuk Aziz Singah menganggap peluang yang diberi adalah lebih penting daripada memikirkan soal nama-nama besar.

Sebaliknya beliau turut memuji keupayaan pelakon-pelakon tersebut membintangi filem berkenaan yang memakan masa selama tiga minggu penggambaran di Langkawi.

Kata Aziz, jika syarikat produksi menafikan hak dan kemampuan pelakon-pelakon baru, selama itulah bakat-bakat baru tidak boleh menonjol.

"Kami menyedari pelakon-pelakon filem ini tidak sekuat mana tetapi keyakinan kami lebih kepada jalan cerita yang ditampilkan untuk mencapai kepuasan kepada penonton," katanya.

Jelas Aziz lagi agak sukar untuk menilai kehendak penonton tetapi pihaknya percaya sokongan media adalah perlu untuk membolehkan filem yang menelan belanja lebih RM1 juta ini mendapat sambutan.

Katanya, kekuatan jalan cerita adalah elemen penting untuk Pulau Asmara kerana filem genre romantik drama ini dilakonkan oleh artis baru yang sebenarnya mempunyai bakat hebat.

"Semua pelakon memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang penggambaran. Malah teknik sinematografi dengan kamera digital yang digunakan menambahkan lagi kehebatan Pulau Asmara," katanya.

Antara strategi filem arahan Uttam Kumar Thangiah ini untuk menarik perhatian penonton dengan mengadakan peraduan yang menyediakan sebuah kereta Proton Saga 1.3 SE sebagai hadiah utama.

Selain kereta, hadiah yang mesti dimenangi ialah motosikal, telefon bimbit dan percutian mewah.

Peraduan ini akan bermula dari 14 Disember akan datang menerusi sisipan Mega, Utusan Malaysia dan Pancaindera, Mingguan Malaysia.

Pembaca boleh meneka gambar artis dengan menampalkan keratan gambar yang disiarkan melalui akhbar berkenaan beserta tiket wayang filem tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2009 12:28 PM | Show all posts
704# irone


sihat2 je ni irone....makin gebussss.......hahaha....
hope irone dan yg lain2 pun sihat sokmo dehhh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2009 12:31 PM | Show all posts
satu je aku nak cakap buat masa ni la.....

sampai bila Faizal nak letak spek itam kat kepala dia tu ehh....

tahun depan boleh tak Faizal tukar gaya tu.....cari style yang lebih macho gittewww....hukkk.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 01:05 PM | Show all posts
salam semua.....
TQ axxie.....kita tk suka gadoh2 laa...nak2 pasal Pejal...lg pun dia bkn wat salah....klu btul dia dah kawen ..oklah....dari terus duk wat maksiat mcm sesetengah artis tu.....kawen tknak...duk usung kehulu kehilir...tinggal serumah mcm laki bini......eh..tak pasal2 aku beri ceramah free..hehe...terlebeh sudahhhh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 01:09 PM | Show all posts
704# irone




salam irone....chunna baek2 saja.....irone pulak...macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 01:16 PM | Show all posts
710# axxie



axxie...spek itam kat kepala tu....trademark dia kot.....
boleh axxie cadangkan ...macamana gaya macho tu...tempekla kat cini...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 01:45 PM | Show all posts
aku tak pahamla sikap wartawan ni....selalu persoalkan kejayaan bakat2 baru...patutnya diorang sapot kaw2 pd artis2 baru ni...
dulu...diorang ni persoalkan filem momokthe movie...sbb perteruhkan Faizal AF4..tp bila filem tu berjaya kutip lebih RM2juta...senyap pulak...
skrng ni...filem Pulau Asmara lak...kita tunggu je lahhh...arap2 filem tu akan berjaya jugak
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 07:44 PM | Show all posts
Salam Warga Istana.... amacam korang sumer... Sorry lama den tak masuk post artikel pasal Faizal kat sini... Banyak gossip2 jah kebelakangan nih... betul ke tak biar tuan punya badan yang jawap sendiri...
Ni artikel pasal kerjaya Faizal yang den jumpa tuk hari nih....

Sumber Utusan 06 Dec 09

Sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 07:45 PM | Show all posts
Salam Chunna... axxie... irone... dan kawan2 yang lain...
Den beransur dulu... Adios....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2009 11:52 PM | Show all posts
716# Anok_Tupa


wassalam YB....
nak beransur dah ke....
cepatnya.......huhuhu....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 01:26 AM | Show all posts
waalaikumsalam yg memberi salam  n tq juga atas tempekan kisah faizal...hal peribadi biarlah menjadi hak peribadi...kita pun tak kisah kalau dah jodoh dia kerana yg pasti kami hanya minat bakat yg ada pada dia...semoga pulau asmara membawa tuah pada faizal..good luck faizal
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 10:12 AM | Show all posts
salam semua....
TQ bang Tupa.....lama tak nampak..

betul tu....kawen tu hak dia...dia punya sukalah....
kita peminat sokonglah kerjaya dia selagi dia masih berada dlm dunia seni ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 12:33 PM | Show all posts
Salam Warga Istana.... amacam korang sumer... Sorry lama den tak masuk post artikel pasal Faizal kat sini... Banyak gossip2 jah kebelakangan nih... betul ke tak biar tuan punya badan yang jawap sendir ...
Anok_Tupa Post at 6-12-2009 19:44

salam YB......tengkiu 4 the article......

salam sumer warga faizal senyum sokmo.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.064839 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list