CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:04 AM | Show all posts
Wang bulanan pemberian terakhir Allahyarham Rohaizam, digital kamera pemberian terakhir ibu

Oleh
Shamsul Jangarodin

SETIAP bulan Cik Siti Rohani Rabini tidak putus menerima wang belanja daripada anak sulungnya, Encik Mohd Rohaizam Tumadi.

Namun Rabu lalu, anaknya itu terpaksa menggunakan wang beliau untuk membeli kamera digital bagi dibawa ke perkhemahan bersama 130 kakitangan dan guru pelatih dari Institut Pendidikan Nasional (NIE) esoknya.

Cik Siti Rohani, 55 tahun, tidak menyangka wang bulanan lalu adalah pemberian terakhir daripada anaknya, dan kamera digital itu adalah pemberian terakhir beliau bagi anaknya.

Encik Mohd Rohaizam, 26 tahun, meninggal dunia apabila khemah yang dia berada di dalam dihempap sebatang pokok tumbang semasa ribut di kawasan Air Terjun Hutan Lipur Gunung Ledang, dekat Tangkak, Johor, sekitar 5.15 pagi semalam.

Jurucakap Polis Daerah Muar berkata Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Cik Siti Rohani, seorang operator pengeluaran, perkhemahan di Gunung Ledang itu adalah sebahagian daripada satu program NIE yang bermula Khamis lalu.

Mereka ke Gunung Ledang Ahad lalu dan dijadualkan pulang ke Singapura semalam. Program NIE itu berakhir hari ini.

Allahyarham, lulu san Universiti Nasional Singapura (NUS), sedang menjalani latihan di NIE untuk menjadi guru latihan jasmani.

Menceritakan saat-saat menerima berita kematian anaknya, sambil menitiskan air mata Cik Siti Rohani berkata: 'Waktu itu saya baru nak solat subuh. Tiba-tiba telefon berdering. Saya fikirkan Zam, lalu jawab telefon. Seorang pegawai perkhemahan kata Zam cedera sedikit saja.

'Tapi sekitar 8 pagi mereka kata Zam dah tak ada.'

Anak sulung daripada tiga adik-beradik bakal menyambut ulang tahun ke-27 pada 11 Jun.

Bapanya, Encik Tumadi Jaafar, 55 tahun, seorang pegawai logistik, telah ke Hospital Tangkak pagi semalam bersama adik perempuan Allahyarham dan beberapa pegawai NIE untuk membawa pulang jenazah Allahyarham.

Menurut Cik Siti Rohani lagi, tahun ini kali pertama Allahyarham tidak memberinya hadiah hari ibu kerana beliau terpaksa menghadiri perkhemahan itu.

'Tiap-tiap tahun Zam pasti ada hadiah buat mak cik. Cuma tahun ini tak sempat. Dan sejak kebelakangan ini Zam senyap orangnya. Dia tak mesra seperti dulu.

'Dia pergi pun tak cakap sangat. Tahu tahu dia dah naik kereta kawannya. Tak sangka dia pergi dengan begitu cepat buat selama-lamanya,' ujar beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:04 AM | Show all posts
DIDENDA $1,000 KERANA DUA BULAN BERKHEMAH DI PANTAI BERSAMA KELUARGA
Oleh
Khalid Khamis

SEORANG suri rumah, Zarinah Abdul Latiff Khan, semalam didenda $1,000 selepas mengaku bersalah 'berkhemah' di pantai Changi Beach Park hampir dua bulan tanpa lesen atau kebenaran.

Zarinah, 39 tahun, yang sedang mengandung pada waktu itu bersama-sama lima anak dan suami, Encik Suhaimi Mohamad, 42 tahun, mendakwa dia dan keluarga terpaksa berkhemah kerana tiada tempat berteduh.

Semalam Hakim Dearah, Cik May Mesenas, menjatuhkan hukuman denda $1,000 atau sebulan penjara jika Zarinah tidak dapat membayar denda itu.

Zarinah mengaku bersalah atas satu tuduhan iaitu melanggar Peraturan Taman dan Pokok 2005 Nparks.

Dia serta keluarganya dituduh menetap di Changi Beach Park antara 22 Mei hingga 17 Julai tahun lalu tanpa lesen.

Namun hanya Cik Zarinah dituduh kerana para pegawai Nparks yang melawat keluarga itu hanya mengambil butir-butir peribadinya dan bukan suaminya.

Pengurus pendakwaan dan penyiasatan jabatan guaman Nparks, Encik M. Maniam, dalam hujahnya berkata:

'Kami telah menawarkan keluarga itu membayar saman tetapi tiada respon. Perbuatan mereka tidak boleh dibiarkan memandangkan masalah yang kami hadapi di taman-taman di sini dengan kegiatan berkhemah.'

Berita Harian difahamkan keluarga tersebut telah diberi amaran dan surat saman sebelum Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) membantu mencarikan mereka tempat berteduh.

Dalam rayuannya, Zarinah, yang tidak diwakili peguam berkata:

'Kami tiada tempat untuk tinggal setelah flat kami dirampas sebab tidak bayar ansuran. Kini kami tinggal di flat sewa di Bedok North.'

Punca mereka berbuat demikian ialah kerana Encik Suhaimi menghadapi masalah kewangan sehingga tidak dapat membayar bayaran ansuran bagi flat empat biliknya di Blok 223, Tampines Street 21.

Akibatnya, flat beliau dirampas oleh Bank OCBC sekitar Mei tahun lalu.

Terdesak dan tiada tempat untuk berteduh, keluarganya terpaksa 'berkhemah' hampir dua bulan di pantai Changi Beach Park.

Ketika ditemui semalam, Suhaimi, yang bekerja sebagai pekerja membungkus bungkusan terkejut apabila mendengar jumlah denda sedangkan beliau dan isteri tiada wang sebanyak itu.

Mujur beliau dapat meminjam sekitar $500 dan meminta baki denda dibayar secara ansuran.

'Kami tiada pilihan pada waktu itu di mana nak tinggal. Kelima-lima anak saya pun terpaksa ke sekolah dari pantai dan gunakan tandas awam untuk mandi,' katanya yang mempunyai anak yang berusia antara dua bulan dengan 17 tahun.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:05 AM | Show all posts
33 PENDATANG HARAM DIBERKAS DALAM OPERASI ICA
MEREKA terperanjat dan tidak sempat bertindak.

Begitulah reaksi 33 warga asing dan dua pelindung mereka ketika diserbu pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu operasi awal pagi Ahad lalu.

Mereka ketika itu berada dalam sebuah rumah di Joo Chiat Road.

Siasatan awal menunjukkan 33 lelaki warga India dan Bangladesh itu merupakan pendatang haram dan telah duduk di sini melebihi tempoh yang dibenarkan.

Berusia antara 19 dengan 65 tahun, mereka bertugas sebagai pekerja am dan meraih gaji yang tidak tetap, sekitar $15 hingga $40 sehari.

Menurut satu kenyataan ICA kelmarin, para pesalah telah pun dirujuk kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.

ICA mengingatkan orang ramai bahawa adalah satu kesalahan untuk menumpang atau menawarkan pekerjaan kepada pesalah imigresen.

'Pemilik rumah boleh mengunakan sistem pemeriksaan dalam talian ICA, yang dipanggil 'verifi', untuk mengesahkan pas imigresen bakal penyewa rumah mereka,' menurut kenyataan itu.

Para pemilik boleh ke laman www.ica.gov.sg untuk menggunakan khidmat 'verifi'.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) turut mempunyai khidmat serupa di www.mom.gov.sg , yang membolehkan pemeriksaan kesahan pas kerja seseorang.

Di bawah Akta Imigresen, sesiapa yang memasuki Singapura secara haram atau menduduki negara ini melewati tempoh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, di samping sekurang-kurangnya tiga sebatan.

Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang pesalah imigresen diminta menghubungi ICA di talian 1800-391 6150.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:06 AM | Show all posts
PM Lee, Abdullah umum usaha demi manfaat kedua-dua negara Oleh
Puad Ibrahim HUBUNGAN Singapura-Malaysia terus dipertingkat dengan pembentukan satu panel bersama peringkat menteri bagi meneliti bidang-bidang kerjasama dua hala yang boleh diterokai di Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) di Johor.
Bidang kerjasama itu termasuk memudahkan perjalanan ulang-alik Singapura-IDR tanpa pasport dengan memperkenalkan kad bijak, menggalak sektor pelancongan di kedua-dua kawasan dan kerjasama dalam projek sekitaran melibatkan pember sihan sungai di selatan Johor.
Ini diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selepas mereka meluangkan masa sekitar dua jam bersarapan di sini semalam.
Dalam satu sidang akhbar bersama, Encik Lee berkata Singapura telah meneliti projek IDR dan memutuskan ia boleh membawa manfaat dan melengkapi pembangunan ekonomi Republik ini.
'Antara dua negara ini kita akan mempunyai sebuah pusat bertenaga, pusat kegiatan dan kepentingan yang bermanfaat bagi sektor pelancongan, pelaburan, pengilangan dan perkhidmatan serta rakyat kedua-dua negara kerana terdapat peluang-peluang di kedua-dua belah Selat Johor,' kata beliau.
Encik menambah: 'Saya menyarankan kepada Pak Lah, yang bersetuju, bahawa kita harus membentuk jawatankuasa menteri daripada kedua-dua pihak untuk memantau kerjasama dalam IDR.'
Datuk Abdullah berkata pihaknya mengalu-alukan pelaburan Singapura dalam IDR dan mahu melihat projek itu membangun dan maju dengan kualiti tinggi.
'Saya beritahu PM Lee, seperti saya beritahu para pemimpin dan peniaga pelabur lain yang menemui saya, bahawa saya melihat Singapura dan IDR sebagai Hongkong dan Shenzen,' kata beliau.
IDR, yang dinamakan sempena Sultan Iskandar, adalah zon ekonomi khas seluas 2,200 kilometer persegi di selatan Johor - 3.2 kali saiz Singapura - dan melibatkan pelaburan $20 bilion bagi tempoh lima tahun serta $144 bilion bagi tempoh antara 2011 dengan 2025.
Semalam, dua pemimpin itu dan barisan menteri masing-masing turut mengadakan pertemuan delegasi, selain menaiki kapal persiaran MegaStar Aries belayar sekitar pulau Langkawi sambil menikmati jamuan tengah hari.
Majlis makan durian Thai juga diadakan di Resort Four Seasons, tempat retreat dua hari itu.
Encik Lee ditemani Menteri Ehwal Luar, Encik George Yeo; Menteri Pembangunan Negara, Encik Mah Bow Tan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Lim Hng Kiang; dan Menteri Pertahanan, Encik Teo Chee Hean; Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Yaacob Ibrahim; Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Dr Vivian Balakrishnan; dan Menteri Pengangkutan, Encik Raymond Lim.
Sementara itu, Datuk Abdullah menerima undangan Encik Lee untuk mengadakan satu retreat di Singapura. Encik Lee berkata pertukaran seperti itu perlu diteruskan demi merapatkan hubungan.
'Interaksi dan hubungan saling bergantungan kian mendalam, dan kita perlu meningkatkan kemajuan dan suasana positif ini agar kita dapat memandang ke hadapan dan membawa hubungan kita maju setapak ke hadapan ke peringkat baru.'
Encik Lee delegasinya pulang semalam.

Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:06 AM | Show all posts
DUA KEJADIAN MAUT DITIMPA POKOK TUMBANG
Oleh
Hisham Hambari Dan Shamsul Jangarodin

DUA warga Singapura maut dihempap pokok tumbang pagi semalam, seorang di Gunung Ledang, Johor, dan seorang lagi di Bukit Batok Nature Park.

Nahas sekitar 5.15 pagi di Gunung Ledang itu meragut nyawa seorang guru pelatih Institut Pendidikan Nasional (NIE), Encik Mohd Rohaizam Tumadi, 26 tahun.

Kejadian di Bukit Batok Nature Park selang dua jam kemudian pula membunuh Cik Ho Siew Lan, 43 tahun, seorang pembantu klinik gigi. Dua teman mendiang, Cik Ting Kim Hong, 47 tahun, dan Cik Leong Lan Ming, 48 tahun, cedera ringan.

Allahyarham Rohaizam sedang tidur dalam khemah apabila sebuah pokok tumbang menghempapnya. Beliau antara sekumpulan 54 guru pelatih NIE yang sedang menjalani perkhemahan tiga hari.

Seorang rakan Allahyarham yang tidak mahu namanya disiarkan berkata beliau terdengar bunyi batang pokok merekah sejurus sebelum kejadian.

'Ketika itu hujan lebat dan angin kencang. Kami diberitahu sebuah pokok tumbang, melantun atas beberapa batu besar dan kemudian menghempap Rohaizam,' ujar rakannya.

Selepas pokok itu diketepikan, beberapa renjer dan pensyarah memberi Allahyarham bantuan pernafasan tetapi beliau sudah tidak sedarkan diri dan darah mengalir dari hidung dan telinganya.

Dalam satu sidang akhbar petang semalam, Pengarah NIE, Profesor Lee Sing Kong, berkata kejadian berlaku ketika kumpulan yang disertai empat kakitangan NIE dan tujuh renjer hutan Johor itu bermalam di tapak perkhemahan setelah menawan puncak Gunung Ledang sehari sebelumnya.

Allahyarham dikejarkan ke Hospital Tangkak di Johor tetapi disahkan meninggal dunia. Usaha sedang dibuat bagi membawa jenazah Allahyarham pulang.

NIE telah menugaskan tiga kaunselor mendampingi keluarga Allahyarham, manakala tiga kakitangan, termasuk seorang kaunselor, mengikuti bapanya, Encik Tumadi Jaafar, 55 tahun, dan beberapa anggota keluarga ke Hospital Tangkak.

Dekan Program Asas NIE, Profesor Madya Cheah Horn Mun, pula berkata ini kali pertama program perkhemahan yang dimesti kan bagi semua pelatih pendidikan jasmani (PE) tahun pertama itu diadakan di luar Singapura.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:07 AM | Show all posts
Cuba bawa masuk kereta mewah

KLANG: Anak seorang Senator didakwa di mahkamah berasingan semalam berhubung lapan tuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu dan dua tuduhan menipu lebih RM280,000 ($124,768) membabitkan permit import (AP) kereta mewah.

Di Mahkamah Seksyen di sini, Mohd Zullaimy Muhammad, 40 tahun, anak Senator Datuk Muhammad Abdul Ghani, dikenakan lapan tuduhan bersubahat dengan seorang ejen penghantaran, Rusli Othman, 39 tahun, kerana menggunakan borang AP palsu bagi membawa masuk lapan kereta mewah pada 2005 dan tahun lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Unit Setempat Kenderaan Import Setempat Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Pelabuhan Klang.

Dia boleh dihukum denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sugul sepanjang prosiding itu, Mohd Zullaimy mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM150,000 dengan dua penjamin.

Hakim Zunaidah Mohd Idris menetapkan perbicaraannya mulai 21 Januari depan dan memerintahkan dia menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pula, Mohd Zullaimy dikenakan dua tuduhan menipu seorang peniaga kereta, Encik Lau King Hui, 53 tahun, membabitkan AP bagi pembelian kereta mewah tahun lalu.

Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda dan sebat, atau penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Hakim Nurmala Salim menetapkan perbicaraan bermula 25 Februari depan dan membenarkan ikat jamin RM35,000 dengan dua penjamin. - BHM.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:07 AM | Show all posts
MAHATHIR DITERBANGKAN KE KL BAGI RAWATAN LANJUT
LANGKAWI: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dimasukkan ke Hospital Langkawi kelmarin selepas mengadu sesak nafas, kelihatan tenang dan ceria semalam.

Beliau kemudian diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan pesawat khas untuk menerima rawatan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) Malaysia.

Pegawai akhbarnya, Encik Sufi Yusoff, berkata Dr Mahathir menunjukkan tindak balas positif terhadap rawatan yang diberikan oleh sekumpulan doktor pakar dari IJN, Hospital Langkawi dan Hospital Alor Star.

'Kumpulan doktor ini berpuas hati dengan tindak balas positif itu. Oleh itu, beliau boleh dipindahkan ke IJN,' kata Encik Sufi.

Dr Mahathir, 81 tahun, tiba di Langkawi kelmarin bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, untuk lawatan peribadi dua hari.

Beliau kemudian mengadu sesak nafas di hotel penginapannya di pinggir pantai dan dibawa oleh doktor peribadinya, Dr Nasir Muda, dengan kereta ke Hospital Langkawi pada 3.50 petang kelmarin dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Awal dari itu anak lelakinya, Encik Mukhriz Mahathir, memberitahu agensi berita AFP bahawa beliau kurang pasti berapa lama ayahnya akan berada di hospital, tetapi 'kami optimis beliau akan sembuh daripada episod ini'. - AFP, Bernama.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:08 AM | Show all posts
MB: ADA AHLI MAJLIS PIHAK BERKUASA NS FOYA-FOYA, PERAS UGUT
PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, mendedahkan ada segelintir ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu suka berfoya-foya di kelab malam dan pusat karaoke serta memeras pengusaha pusat berkenaan untuk kepentingan peribadi.

Sebagai orang yang diberi kepercayaan mengembleng tenaga membantu kerajaan memajukan negeri, sikap sedemikian amat mengecewakan dan memberi imej buruk pada PBT di mata masyarakat luar, katanya

'Saya cakap ada kebenarannya. Saya mendapat aduan terdapat ahli majlis yang duduk di kelab malam serta pusat karaoke. Saya juga terima surat mengatakan ahli majlis pow orang sana sini.

'Kalau saya dengar lagi ada ahli majlis buat macam tu, saya akan gunakan kuasa saya untuk memecat. Saya sudah letih dengar perangai macam tu,' tambah beliau.

Datuk Mohamad Hasan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutup Seminar Ahli Majlis PBT Negeri Sembilan di Tiara Beach Resort di sini, kelmarin. - Harian Metro.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:08 AM | Show all posts
BUAH KACUKAN 'JAMBU-EPAL' PALSU DI CAMERON HIGHLANDS
PULAU PINANG: Hati-hati kalau membeli buah yang didakwa kacukan 'jambu-epal' ini (gambar) di gerai-gerai buah di Cameron Highlands, Perak, kerana ia produk palsu.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Encik S. M. Mohamed Idris, mendakwa buah kacukan itu berpotensi mengganggu kesihatan pembeli kerana mengandungi pewarna tiruan.

'Ia juga boleh menjejas imej negara kerana penduduk tempatan dan pelancong tertipu memikirkan ia kacukan asli dari Cameron Highlands. Tiada buah kacukan demikian di Cameron Highlands,' katanya dalam satu sidang akhbar di sini kelmarin.

Encik Mohamed Idris berkata beliau menerima aduan daripada penduduk setempat dan pelancong mengenai buah berharga RM10 ($4.46) sepasang itu selepas ia busuk dalam sehari atau dua.

Menurutnya, CAP telah menulis kepada pejabat kesihatan Cameron Highlands dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna minggu lalu.

Presiden Persatuan Petani India Cameron Highlands, Encik P. Viswanathan, menafikan buah 'jambu-epal' itu ditanam di situ. - The Star.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:08 AM | Show all posts
80 anggota dan penyokong PAS masuk Umno

BALING: Seramai 80 ahli dan penyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Kampung Charuk Bemban Dalam, Kupang, di sini, menyertai Umno kelmarin.

Borang keahlian mereka diserah kepada pengerusi Kelab Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, di kampung itu. - BHM.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:08 AM | Show all posts
Lebih banyak kamera pantau tempat jenayah

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menambah 30 unit lagi kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan yang kerap berlaku jenayah.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Abdul Hakim Borhan, semalam berkata antara kawasan itu ialah Ampang, Brickfields, Wangsa Maju dan Petaling Street. - Bernama.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:09 AM | Show all posts
Parti pemerintah dijangka kekalkan kuasa dalam Dewan Perwakilan

MANILA: Menurut kiraan awal kertas undi, calon-calon parti pembangkang mendahului calon parti pemerintah pimpinan Presiden Gloria Arroyo dalam keputusan lapan daripada 12 kerusi Dewan Senat yang dipertandingkan dalam pilihan raya separuh penggal negara itu.

Calon pemerintah mendahului pembangkang di dua kerusi Dewan Senat manakala dua kerusi lagi didahului calon bebas.

Bagaimanapun, parti pemerintah dijangka dapat mengekalkan penguasaan mereka dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 275 kerusi.

Meskipun pembangkang mendahului parti pemerintah dalam Dewan Senat, keputusan masih belum dapat dipastikan kerana hanya 1.5 juta daripada 35 juta kertas undi yang sudah dikira, kata para penganalisis.

'Masih terlalu awal untuk membuat rumusan mengenai trend di Dewan Senat,' kata Encik Earl Parreno dari Institut Pembaharuan Politik dan Pilihan Raya.

Keputusan muktamad dijangka mengambil masa satu bulan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina semalam berkata ia akan menyiasat dakwaan berlaku penipuan undi, selepas pilihan raya dicemari keganasan dan kotak undi dicuri.

Di selatan Filipina, sehingga 100,000 pemilih dilaporkan tidak dapat mengundi disebabkan ancaman keganasan dan kecurian kertas undi.

Dua guru yang menjadi pekerja pilihan raya terbunuh semalam apabila sekumpulan orang yang tidak dikenali membakar sekolah yang menjadi pusat membuang undi di bandar Taysan, di selatan Manila, kata polis.

Kematian mereka menjadikan mangsa yang terkorban akibat keganasan pilihan raya di Filipina kepada 126. - AP, AFP, Reuters, Bloomberg.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:09 AM | Show all posts
IAEA: IRAN MULA PERKAYA URANIUM PADA SKALA LEBIH BESAR
WASHINGTON: Para merinyu nuklear Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata Iran telah mula memperkaya uranium pada skala lebih besar selepas menghuraikan masalah teknikal dalam prosesan berkenaan, lapor akhbar New York Times (NYT) semalam.

Dalam satu pemeriksaan mengejut Ahad lalu ke atas kemudahan nuklear Iran di Natanz, IAEA mendapati para jurutera Iran sudah pun menggunakan kesemua 1,300 emparan.

Ia menghasilkan bahan bakar yang sesuai bagi reaktor nuklear, kata akhbar itu yang menukil diplomat dan pakar nuklear di Vienna.

'Kami percaya mereka sudah mempunyai pengetahuan bagaimana hendak memperkaya uranium,' kata ketua pengarah IAEA, Encik Mohamed El-Baradei, sebagaimana ditukil NYT.

'Mulai dari sekarang, ia cuma masalah mempertingkat pengetahun itu. Kita mungkin tidak senang mendengarnya, tapi itulah hakikatnya,' tegas beliau.

Menurut NYT, para jurutera Iran telah dapat mengatasi masalah memastikan agar emparan berputar pada kadar yang diperlukan untuk membuat bahan bakar nuklear.

Bagaimanapun, bahan bakar yang dihasilkan emparan itu perlu menjalani proses pengayaaan lanjut sebelum ia boleh ditukarkan menjadi bahan bakar untuk membuat bom, kata NYT.

Akhbar itu tidak pasti adakah Iran mempunyai teknologi untuk membuat induk senjata yang cukup kecil untuk dipasang pada peluru berpandunya.

NYT menukil Setiausaha Rendah Jabatan Negara Amerika Syarikat, Encik Nicholas Burns, sebagai berkata jika Iran enggan menggantung kegiatan menjelang sidang puncak Kumpulan G8 bulan depan, Washington akan menggesa agar dikenakan sekatan pusingan ketiga. - AP, Reuters.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:09 AM | Show all posts
MYSPACE DIMINTA DEDAH PESALAH SEKS
SAN FRANCISCO: Para pendakwa kanan di lapan negeri di Amerika Syarikat meminta laman web MySpace mendedahkan pesalah jenayah seks yang telah menyiarkan profil mereka di rangkaian sosial itu untuk mencegah mereka daripada menimbulkan bahaya kepada kanak-kanak yang sering melungsuri laman berkenaan.

Isnin lalu Peguam Negara Connecticut, Encik Richard Blumenthal, dan rakan sejawatan beliau dari tujuh negeri lain menghantar surat kepada laman berkenaan, yang dimiliki News Corp milik jutawan media Encik Rupert Murdoch, untuk menggesanya menyerahkan nama pesalah jenayah seks berkenaan dan alamat mereka.

'Kami amat bimbang pesalah jenayah seks itu akan menggunakan laman MySpace untuk memperdaya kanak-kanak agar membuat pertemuan bersemuka,' tegas para pendakwa itu.

Para pendakwa mengambil tindakan itu selepas sebuah syarikat penyiasat yang diupah MySpace pada Disember 2006 mengesan ribuan pesalah jenayah seks mempunyai profil dalam laman web berkenaan.

Para pendakwa memberi MySpace tempoh sehingga 29 Mei ini untuk mendedahkan nama dan alamat penjenayah seks dan langkah yang bakal diambil untuk membuang profil mereka daripada laman berkenaan. - AFP, Reuters.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:10 AM | Show all posts
REMAJA BAWA KEPALA IBU KE BALAI
TOKYO: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun muncul di sebuah balai polis di Jepun semalam dengan membawa kepala ibunya di dalam sebuah beg.

Menurutnya, dia membunuh ibunya, 47 tahun, dengan harapan dunia akan menjadi lebih aman, menurut laporan.

Remaja berkenaan, yang dilaporkan mengalami sakit jiwa, ditahan ketika dia datang ke balai polis di bandar Aizu Wakamatsu, dalam wilayah Fukushima, dengan membawa kepala ibunya yang sudah dipenggal pagi semalam, kata seorang pegawai polis, Encik Hisayoshi Watanabe.

Sesusuk mayat tanpa kepala, dipercayai ibu remaja itu, dijumpai polis di sebuah apartmen.

Agensi berita Kyodo News berkata budak lelaki itu kemudian ditahan dan didakwa dengan pertuduhan membunuh.

'Saya berharap semua peperangan dan pengganasan akan lenyap dari muka bumi,' demikian budak itu memberitahu polis, menurut agensi berita Jiji Press.

Remaja berkenaan, yang tinggal bersama adik lelakinya, adalah seorang pelajar sekolah tinggi di Fukushima, tetapi dia sering ponteng sekolah. - AP, AFP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:10 AM | Show all posts
Wolfowitz langgar aturan

WASHINGTON: Presiden Bank Dunia, Encik Paul Wolfowitz, melanggar peraturan bank apabila beliau mendapatkan kenaikan pangkat dan gaji yang lumayan bagi pegawai bank, Cik Shaha Riza, pada 2005.

Penglibatan beliau merupakan satu percanggahan kepentingan, menurut sebuah panel khas bank berkenaan.

Bagaimanapun, keputusan untuk memecat atau mengekalkan jawatan Encik Wolfowitz bergantung kepada keputusan lembaga pengarah yang mula bersidang semalam. - AFP, Reuters.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:11 AM | Show all posts
24 maut dek ledakan bom

PESHAWAR: Satu letupan bom di sebuah hotel dekat Masjid Mahabat Khan yang bersejarah, di bandar Peshawar, barat laut Pakistan, menyebabkan setidak-tidaknya 24 orang terkorban dan 30 lagi cedera semalam.

'Bom meletup dekat kaunter penyambut tamu di Hotel Marhabar yang sering dikunjungi rakyat Afghan. Kami sudah menghantar pasukan skuad bom untuk menyiasat,' kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Brigedier Javed Cheema kepada AFP.

'Kami tidak tahu adakah ia satu serangan bom nekad atau ada orang meletak bom itu di hotel berkenaan,' kata ketua polis wilayah, Encik Sharif Virk.

Para doktor berkata mangsa korban termasuk wanita dan kanak-kanak, dan ramai yang cedera dalam keadaan parah. - AP, AFP, Reuters.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:12 AM | Show all posts
Mengaku bersubahat buat kenyataan palsu babitkan 44.5j saham Omega

SHAH ALAM: Ahli perniagaan Malaysia, Datuk Soh Chee Wen, didenda RM6 juta ($2.7 juta) oleh Mahkamah Seksyen di sini kelmarin, selepas mengaku salah bersubahat membenarkan tiga pernya taan palsu dikemukakan kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE) membabitkan 44,592,000 unit saham Omega Holdings Berhad, pada 1997 dan 1998.

Dia didakwa bersubahat melakukan kesalahan itu dengan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Omega Holdings Berhad, Datuk Tiah Thee Kian @ Tony Tiah, 60 tahun.

Hakim Datuk Azimah Omar memerintahkan Datuk Soh, 45 tahun, membayar denda RM2 juta kelmarin, dan tertuduh diberi dua bulan untuk menjelaskan baki denda.

Tertuduh kali pertama didakwa dan mengaku tidak bersalah atas kesalahan itu pada 14 Mei 2002.

Sehingga kelmarin, hanya seorang saksi dipanggil untuk memberi keterangan.

Datuk Soh kemudian memilih untuk mengaku salah.

Pada 5 September 2005, pihak pendakwa mengemukakan tiga pertuduhan terhadap Datuk Soh - iaitu bersubahat dengan Datuk Tiah untuk membenarkan tiga pernyataan palsu dikemukakan kepada KLSE membabitkan 44,592,000 unit saham Omega Holdings Berhad.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu antara 2 September 1997 hingga 12 Januari 1998, ketika menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Promet Berhad, Pengarah Eksekutif dan CEO Plantation and Development Bhd dan Pengarah Urusan Kelanamas Bhd.

Mengikut Akta Sekuriti 1983, bagi setiap tuduhan, tertuduh boleh didenda maksimum RM3 juta atau 10 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.

Peguam belanya, Encik Ng Aik Guan, memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara ke atas Datuk Soh kerana dia telah menunjukkan rasa kesal dan memilih mengaku bersalah di awal perbicaraan. - BHM.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:12 AM | Show all posts
DOKUMEN DIKATA BERAT SEBELAH, ANTI-MELAYU
KUALA LUMPUR: Dokumentasi yang dihasilkan kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, dan dijadikan bahan rujukan seorang penulis buku di negara itu berhubung kejadian rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, dipertikaikan kerana dikatakan berat sebelah dan anti-Melayu.

Sehubungan itu, beberapa pihak mempersoalkan tindakan Dr Kua Kia Soong, penulis buku May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riot of 1969, menjadikan laporan dokumentasi itu sebagai panduan menghasilkan bukunya.

Buku yang diedarkan Ahad lalu, antara lain mendakwa punca rusuhan itu bukan keganasan kaum seperti yang digambarkan selama ini, tetapi golongan kapitalis Umno yang ingin menggulingkan kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Ahli akademik, Profesor Dr Nik Anuar Mahmud, yang meneliti dokumentasi itu mendakwa laporan itu bersifat perkauman dan tidak boleh dijadikan rujukan sejarah.

'Dokumen itu dibuka kepada orang ramai pada 1999 dan ketika itu saya membaca dan membuat salinan. Saya dapati dokumen itu ditulis kakitangan Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur. Laporan itu ternyata bersifat berat sebelah, anti-Melayu dan perkauman,' katanya kelmarin.

Dr Nik Anuar berkata, ia juga menggambarkan Tun Abdul Razak berkomplot menjatuhkan Tunku Abdul Rahman dan merancang kekacauan dengan sokongan polis dan tentera bagi melaksanakan agenda baru Melayu. - BHM.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:13 AM | Show all posts
PEMIMPIN UMNO TUDUH NIK AZIZ PENTINGKAN DIRI
KOTA BARU: Tawaran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk kekal menjadi Menteri Besar Kelantan jika PAS mampu mengekalkan kuasanya di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang menunjukkan belaiu meletakkan kepentingan dirinya dan partinya mendahului kepentingan awam, kata Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Annuar Musa.

Menurutnya, sedang Umno menghormati keputusan peribadinya, Datuk Nik Aziz harus tahu bahawa keadaan kesihatannya mungkin menghalangnya daripada menjalankan tugasnya dengan cekap sebagai seorang menteri besar.

'Beliau harus tahu bila waktunya untuk berundur. Ia bukan hanya mengenai politik. Ia juga mengenai sama ada seseorang itu boleh melaksanakan tugasnya dengan cekap,' kata Datuk Annuar dalam satu wawancara.

Beliau berkata jawatan itu bukan hanya bagi seseorang yang dipilih sebagai pemimpin oleh para penyokongnya, atau seorang yang berprinsip atau alim.

'Calon itu mesti seorang individu yang boleh memimpin negeri bukan saja daripada aspek kerohanian malah juga boleh membayangkan pembangunan negeri, selain mempunyai tenaga yang diperlukan untuk memimpin usaha ke arah mencapai potensi penuh Kelantan,' jelasnya.

'Tidak cukup hanya menghasilkan pemimpin yang boleh bercakap. Kita memerlukan satu pelan induk mengenai bagaimana hendak membangunkan negeri yang telah ketinggalan di belakang yang lain,' tegasnya lagi. - The Star.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:42 PM GMT+8 , Processed in 0.305811 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list