|
share pengalaman dlm dewan mahkamah syariah
[Copy link]
|
|
Macam2 boleh baca kat thread ni. Aku pun haritu kena cerai ngn laki aku. So esok nak submit borang pengesahan cerai luar mahkamah tu.
Time sebutan nanti, hakim cuma akan pastikan sama ada talak jatuh atau tak ke. Kalau tiba2 laki tu kata dia cuma lafaz sbb dia marah sangat and dia tak nak cerai macam mana. Pihak pmpn pun tak nak cerai jugak. Hakim akan suruh kita berbaik ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tanya pada sesiapa yg ada pengalaman atau ada info..sy dah selesai sebutan kes Hak Penjagaan anak bulan lepas. Tapi baru sekarang perasan, mcm mana nak dptkan surat tu ye? pihak mahkamah akan pos atau kita kena pegi collect?
Terima kasih in advance pd yg sudi reply.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. Nak share aritu awal bulan dah pegi Mahkamah. Alhamdulillah saya buat fast track. Semuanya dipermudahkan. Masa masuk dewan bicara tunggu giliran kes dipanggil, tengok kes2 sebelum dibicara memang takut tgk hakim tanya soalan2, takut tak boleh nak jawab masa giliran saya. Tapi Alhamdulillah masa turn saya, semuanya dipermudahkan. Rasa kes saya dibicarakan dlm 10 - 15 mnt mcm tu. Mgkn jugak sbb dua2 pihak bagi kerjasama. Hakim tanya soalan kat saya and bekas suami lepas tu terus bagi keputusan. Hakim suruh saling bermaafan. Lepas lafaz talaq terus rasa lega sgt2. Sebab semuanya selesai tanpa ade pergaduhan. Seram jgk dgr kes2 lain tu, mcm2 kisah ada. Semoga dpt jd pengajaran kita semua. |
|
|
|
|
|
|
|
lafaz walaupun sebab marah, talak tetap jatuh... biarlah suami taknak ke, isteri taknak ke, tetap jatuh... kalau masih nak bersama, kena rujuk la... kalau tempoh iddah dah lepas, kena nikah semula...
|
|
|
|
|
|
|
|
27/6/19 Sebutan kali pertama
Refer post #703
22/7/19 Sebutan kali kedua
Suami masih tak hadir. Hakim arahkan lantikan hakam. Actually i tak dengar sangat (lebih kpd tak faham) apa yg hakim cakap. Alhamdulillah i ada engage lawyer. Lepas je settle sebutan, i terus keluar dewan dgn lawyer sampai terlupa nak collect ic. Lawyer cakap dia terkejut sbb hakim dah skip 1 step. Sepatutnya step selepas ni adalah pengesahan berlaku syiqaq.
Pembantu mahkamah kejar i sbb nak pulangkan ic. Pastu lawyer tanya dia...kena lantik hakam terus ke? Dia jawab aah. Hakam panel. Pastu lawyer tanya balik. Betul ke hakam panel? Dia cakap nanti dia recheck n call lawyer tu balik.
Seminggu lepas naik court tu, i pun call lawyer, sbb nak tanya dia, mahkamah arahkan i lantik hakam family ke tak. Lawyer kata kena lantik hakam family n kena bawa masa next bicara. I pun discuss dgn abg n dia agree utk jadi hakam i.
29/8/19 Cerai talak 1 melalui hakam
8.45 am i, abg i dgn wife dia dah sampai court. I pun whatsapp lawyer bagitau dia i dah sampai n ada bawa hakam. Dia jawab otw. Around 9.30 dia WA kata dia silap court. Dia pegi court petaling, sedangkan kes i kat bangi. Hangen je i. Dah la weols tunggu dekat sejam dah.
Around 10.30 dia sampai court. Kitorang pun masuk dlm dewan bicara. Pastu nama i kena panggil. Lawyer pun bagitau hakim yg plaintif (i la tu) ada bawa hakam. Hakim buat muka pelik...pastu dia cakap bukan hakam keluarga, hakam panel. Pastu 2 org hakam panel pun duduk sebelah lawyer. Hakim cakap .... (I tak dgr n tak faham) dlm 2 minit, pastu lawyer cakap kat i dah. Kitorang semua keluar dari dewan bicara. Rupa-rupanya ni proses lantikan hakam. Hakam ni mahkamah yg lantik.
Hakam panggil i ikut diorang masuk bilik lain (mcm bilik kaunseling). Diorang suruh i tunggu kat luar bilik tu dulu...dlm 1/2 jam diorang panggil i masuk. Hakam ni ada 2 org. Sorang mewakili i, sorang lagi mewakili my ex. Diorang pun start interview i kenapa nak cerai bla bla bla. Apa2 bukti boleh tunjuk kat hakam.
Bukti i yg paling kukuh adalah gambar anak i kena rotan. Mmg teruk dia kena rotan. Ni berlaku tahun 2016. Last sekali hakam tanya, nekad ke nak cerai? I cakap nekad. Lepas tu hakam suruh i pegi balik dewan bicara. Masa ni dah pukul 12++.
Kat dewan bicara dah tak ramai org. Tinggal sorang 2 je. Pastu nama i dipanggil semula. Hakam 1 (wakil i) bentangkan report dia. Pastu hakim tanya pada i...bila date keluar rumah. Bila last bersama. Lepas bersama dah dtg period ke belum. Hari ni suci atau tak. Pastu hakim suruh hakam 2 (wakil ex) lafazkan cerai. Hakim sambung iddah start hari ni (29/8) selama 3 kali suci. Alhamdulillah settle.
Air mata i berlinang juga. Tapi nak kata sedih sangat tak jugak. Nak kata happy pun tak.
Mcm i bagitau dlm post sebelum ni, lawyer estimate i kena pegi court at least 6x. Step dia mcm ni;
1. Sebutan kali pertama
2. Sebutan kali kedua
3. Pengesahan syiqaq
4. Lantikan hakam family
5. Lantikan hakam panel
6. Keputusan
Kes i hakim skip step 3&4. Step 5&6 dibuat dlm masa 1 hari. Lawyer pun terkejut sbb laju betul hakim ni. Apa2 pun i bersyukur.
Sorry ye panjang sangat. I tak tau nak summarize.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rahana347 replied at 30-8-2019 11:27 PM
27/6/19 Sebutan kali pertama
Refer post #703
kalau Tuhan permudahkan, memg mudah la jalannya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, khatam sudah selama 2 hari.
Aku doakan kepada semua yang sedang dalam proses bercerai or apa2 sahaja kes. Semoga Allah permudahkan urusan dan mendapat penyelesaian yang lancar.
Aku pun tengah dalam dilema. Cuma xtau nak buat apa. Tengah berperang dengan diri sendiri.
Cuma nak tanya korang2 yang bercerai dengan amannya nih. Macam mana korang berbincang ye?
face 2 face ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak masuk juga nanti
Cedok ilmu di sini
Tq tuan tanah |
|
|
|
|
|
|
|
sebutan means dh dpt penghakiman ker or bru sesi sebutan n ada trial utk kes puan ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
pada yang nak dan dah berpisah,
apa kata korang tengok dan belajar balik dengan ustaz atau yang ada ilmu tentang WAKTU IDDAH.
ramai antara kita tak tahu bab tu..
yang dah tahu, baguslah..boleh la share-share,
sebab dalam waktu tu, ada hak isteri dan suami
sebagai contoh, sepanjang waktu iddah, macam mana aurat antara pasangan tu?
ni yang aku belajar dulu..
kalau salah tolong betulkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
sis blh ke sy nk tahu prosuder kaunselor jkm |
|
|
|
|
|
|
|
Lembaga replied at 5-11-2019 11:05 AM
sis blh ke sy nk tahu prosuder kaunselor jkm
Sis pegi je ke mana2 jkm yg terdekat. Kat kaunter, bagitau je staff yg sis nak buat appointment dgn kaunselor. Nanti staff kat kaunter tu akan bagi form n ambik no fon sis.
Masa saya hari tu, kaunselor sendiri yg call utk set appointment date |
|
|
|
|
|
|
|
Lembaga replied at 5-11-2019 11:05 AM
sis blh ke sy nk tahu prosuder kaunselor jkm
Sis pergi je ke mana2 pejabat jkm (saya berurusan di jkm hulu langat).
Sis bagitau staff kat kaunter yg sis nak buat appointment dgn kaunselor. Nanti staff tu akan mintak no fon sis. Utk kes saya, kaunselor sendiri yg call utk set appoinment date. Try la. Moga Allah mudahkan urusan sis
|
|
|
|
|
|
|
|
akudansesuatu replied at 4-11-2019 10:39 AM
pada yang nak dan dah berpisah,
apa kata korang tengok dan belajar balik dengan ustaz atau yang ada ...
Apa auratnya? |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 25-8-2019 10:17 PM
lafaz walaupun sebab marah, talak tetap jatuh... biarlah suami taknak ke, isteri taknak ke, tetap ...
Ye betul tu
Talak dah jatuh
Nak sahkan shj |
|
|
|
|
|
|
|
kimbora replied at 15-7-2019 09:24 PM
Macam2 boleh baca kat thread ni. Aku pun haritu kena cerai ngn laki aku. So esok nak submit borang p ...
Cane kimbora?
Suami mengaku lafaz tak?
Dah rujuk ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Utk sesiapa yg bermasalah lafaz cerai luar mahkamah
1. Kalau nak cerai jgn cerai kt rumah, dlm kereta dll ye. Kena g mahkamah syariah. Isi borang nk cerai.
2. Kalau dah lafaz luar mahkamah, kena laporkan dgn pergi mahkamah syariah dan isi borang sah lafaz cerai.
3. Submit borang, masa tu juga tmpt sy ni beri tarikh utk bicara.
4. Naik mahkamah. Hakim akan tanya butir2 seperti dalam borang yg kita isi. Hakim tanya saya dulu. Lepas sy, suami pula ditanya. Suami mengaku ada lafaz. Jd, sabit talak jatuh.
5. Sah lah bercerai.
Nak sahkan lafaz ni perlu byr ye.
RM50 buka aduan.
RM30 kot utk dpt laporan bicara tu
Proses bicara sangat cepat. Tak lebih 10 minit.
Kes pertama sblm sy, talak tak jatuh sbb suami tak mengaku. Isteri pun tiada bukti kukuh iaitu mesej drp suami. Sbb suami tak mengaku, suami kena angkat sumpah. Lepas bsumpah, hakim kata masih sah suami isteri...
Ps: i rs suami tu bohong hihi... |
|
|
|
|
|
|
|
Donutfilling replied at 5-11-2019 05:40 PM
Cane kimbora?
Suami mengaku lafaz tak?
Dah rujuk ke?
Hi donut. Kes dah settle, kitaorang rujuk balik. Mula2 sebelum pergi mahkamah, dah tanya suami nk rujuk ke tak. Dia kata tak nak. Okay lh kalau dia tak nak kn.
Kitaorang pasangan last yg sampai masa bicara tapi ada pasangan lain tengah bicara. Masa nak bicara tu lupa bagi suami dia punya copy saman. Lepastu hakim suruh kitaorang keluar bincang dulu.
Keluar tu suami pi toilet. Balik toilet tengok mata merah. Terus dia cakap dia nak rujuk balik. So kitaorang masuk bicara lepastu bgtau hakim yg kitaorang nak rujuk. Dia pun ngaku dia salah, tak dapat kawal marah katanya. Maka rujuk lah balik kami hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kimbora replied at 6-11-2019 10:43 PM
Hi donut. Kes dah settle, kitaorang rujuk balik. Mula2 sebelum pergi mahkamah, dah tanya suami n ...
Alhamdulilllah kimbora selesai
I tak tau pulak boleh minta nk rujuk kat hakim on the spot
Missed the info somehow
Mmg menonong aje g sbb nk sahkan talak
Sbb lepas bicara tu staf kt ofis tanya, tak rujuk ke dgn hakim tadi? |
|
|
|
|
|
|
| |
|