|
Hazama Segan Depan Kamera ( Gua.com.my )
29 OCT 2012, 12:00AM | FARHANA AB RAHMAN
Bakat pemilik nama Hazama Ahmad Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Hazama dalam bidang nyanyi memang tidak dapat dinafikan lagi. Juara program Akademi Fantasia musim ke-9 ini kini melebarkan sayap ke bidang lakonan pula.
Filem Apa Celop Toqq (ACT) arahan pengarah muda Ahmad Idham merupakan percubaan pertama Hazama di layar perak. Hazama merasa begitu berbangga di beri kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem tersebut.
“Saya seperti tidak percaya ketika ditawarkan untuk berlakon filem tersebut namun peluang keemasan ini haruslah digunakan sepenuhnya. Kepercayaan yang diberikan oleh Ahmad Idham cukup membuatkan saya terharu,”kata Hazama ketika sidang media filem Apa Celop Toqq di Sunway Pyramid semalam.
Mengakui pengalaman pertamanya berlakon filem begitu berharga, Hazama tidak menafikan yang dia mengalami sedikit kesukaran kerana malu ketika berhadapan kamera. Namun cabaran ini disahut dan dia telah berjaya menghidupkan watak yang diberikan.
Bercerita mengenai pengalamannya, Hazama tidak menafikan dirinya sedikit lalai yang menyebabkan kemalangan kecil ketika penggambaran filem tersebut. Dia menganggap yang kelalaian ini menjadikan dirinya lebih berhati-hati untuk masa hadapan.
Hazama bakal muncul sebagai watak pembantu kepada Aaron Aziz untuk filem arahan Ahmad Idham seterusnya yang berjudul 'Lari'. Filem aksi tersebut lebih berat jika dibandingkan dengan filem ACT yang lebih berunsurkan komedi.
Walaupun teruja menceritakan pengalamannya dalam bidang lakonan namun Hazama menegaskan yang bidang nyanyian masih menjadi keutamaan kepada dirinya. Dia akan cuba untuk membahagikan masa sebaik mungkin untuk kedua-duanya.
“Saya akan tampil dengan album pertama yang diterbitkan oleh Audi Mok pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan. Album ini mengandungi 3 lagu bonus khas untuk para peminat yang tidak jemu menyokong saya,” ujar Hazama mengakhiri perbualan. |
|
|
|
|
|
|
|
Langkah Berani Apa Celop Toqq (Gua.com.my )
29 OCT 2012, 12:00AM | FARHANA AB RAHMAN
Berdasarkan sambutan yang cukup memberangsangkan menerusi siri Apa Celop yang disiarkan di TV3, Ahmad Idham mengambil langkah berani untuk membawa siri tersebut ke layar perak. Tidak dinafikan siri ini mendapat sambutan menggalakkan terutamanya di kalangan peminat sukan permotoran.
Filem genre komedi yang berjudul Apa Celop Toqq (ACT) merupakan filem terbitan Excellent Pictures yang ke 8. Walaupun filem ini berbeza dari segi jalan cerita dan pelakon utama namun pengarah muda ini masih mengekalkan identiti siri yang telah menjadi satu fenomena.
ACT menampilkan Hazama buat pertama kalinya di layar perak dan mengisahkan mengenai Hazama seorang anak muda yang menyimpan impian untuk menjadi penyanyi. Hazama yang bekerja di sebuah bengkel membaiki motosikal mengharungi liku-liku hidup disamping melayan kerenah teman baiknya, Tapai (Taiyuddin Bakar).
Tapai sedikit sebanyak membawa kesusahan kepada Hazama kerana sikapnya yang gemar berlumba motor dan berhutang dengan samseng. Pada masa yang sama, Laila (Intan Ladyana) yang merupakan seorang wartawan telah ditukarkan ke bahagian hiburan kerana kesilapan yang dilakukan olehnya ketika bertugas di meja jenayah.
Hazama telah ditimpa musibah akibat rakan baiknya telah bertemu dengan sorang lelaki yang digelar Abang Samad yang hidup sebatang kara. Sedikit demi sedikit rahsia telah terbongkar apabila Abang Samad telah jatuh sakit.
Filem terbaru pengarah muda ini dilihat agak mendatar kerana jalan ceritanya yang sedikit hambar. Namun tidak dinafikan lakonan Azad dan Taiyuddin sebagai pelakon pembantu filem ini berjaya menghidupkan watak.
Percubaan pertama Hazama sebagai pelakon baru juga boleh dipuji kerana dia kelihatan bersahaja melakonkan watak yang diberikan. Perwatakan Hazama dan watak yang dilakonkan nampak bersesuaian dengan dirinya.
ACT ini lebih santai dan menghiburkan namun menerapkan mesej-mesej positif seperti nilai persahabatan yang erat. Filem yang bakal berada di pawagan pada 25 Oktober ini dijangka mampu menarik para peminat sukan permotoran. |
|
|
|
|
|
|
|
Hazama tercalon dalam APM 2012!
Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)
Anji - (Hatiku) Berhenti Di Kamu
Awi Rafael - Bila Aku Jatuh Cinta
Budi - Doremi
HAZAMA - CINTA TERAGUNG
Sandy Canester - Lelaki Dungu
Duo/Kumpulan Baru Terbaik
Armada - Mau Dibawa Ke Mana
Audionauts - Maha Bisa Rahsia
HAZAMA & AMY SEARCH - SIMETRI
Pulse! - Tetap Berazam
Salam Musik & Altimet - Alamak! |
|
|
|
|
|
|
|
hai gagahian ...lama dah tak masuk sini...tahniah paklang tercalon kt APM ngan semifinal muzik2...kedua2nya dgn dua lagu caiyok2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Credit to Buahmulut.com
|
|
|
|
|
|
|
|
Ampoooooooooooon uols....lama mak tak masuk sini, lama tak bertenggek kat porum kekdahnya, ada life
|
|
|
|
|
|
|
|
Congrats Ama..........tak sangka sampai 2 pencalonan gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Ama ni rezeki sangat, every Juara Lagu ada
Last year tak masuk final tapi perform pulak |
|
|
|
|
|
|
|
uols...sapa yg dah nengok muvi Ama, last weekend nak nengok tapi beraya lah pulak...tengok kat Astro 1st je kot |
|
|
|
|
|
|
|
Dhah posted on 29-10-2012 04:52 PM
Hazama tercalon dalam APM 2012!
Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)
Hazama tercalon dalam APM 2012!
Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)
Anji - (Hatiku) Berhenti Di Kamu
Awi Rafael - Bila Aku Jatuh Cinta
Budi - Doremi
HAZAMA - CINTA TERAGUNG
Sandy Canester - Lelaki Dungu
Duo/Kumpulan Baru Terbaik
Armada - Mau Dibawa Ke Mana
Audionauts - Maha Bisa Rahsia
HAZAMA & AMY SEARCH - SIMETRI
Pulse! - Tetap Berazam
Salam Musik & Altimet - Alamak!
wah APM pon ada........wah congrats noks, Apis tak de lak dalam category ni ek
|
|
|
|
|
|
|
|
awat porum ni dah lain....mana legend untuk quote instead of reply |
|
|
|
|
|
|
|
iols rasa Majnum boleh masuk, walopon nengok kat bod gosip tak de yg shortlist lagu ni ke finale nanti
Simetri pon mungkin boleh masuk sebab katanya 2 retis senior je masuk top 30 ni, Amy and Ramlah Ram (itu pon duet kan) |
|
|
|
|
|
|
|
alyssasarah posted on 30-10-2012 05:05 PM
uols...sapa yg dah nengok muvi Ama, last weekend nak nengok tapi beraya lah pulak...tengok kat Astro ...
x de jah kat astro 1st..dah di istiharkan oleh pemegang mupti Excellent Pictures
nangess la uolss
|
|
|
|
|
|
|
|
alyssasarah posted on 30-10-2012 05:07 PM
Hazama tercalon dalam APM 2012!
Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki)
Dek Apis bertanding tuk kategori Senior Jah..
Abe Ama baru merangkak kaedahye
|
|
|
|
|
|
|
|
alyssasarah posted on 30-10-2012 05:13 PM
iols rasa Majnum boleh masuk, walopon nengok kat bod gosip tak de yg shortlist lagu ni ke finale nan ...
Join la weols kepoh kat twitter nun ahakss.. masuk ke tidak tgk nasib Ama la jah uhukk
dah berdas2 tembakan dilaharkan kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
mekmalu posted on 30-10-2012 01:10 AM
hai noks, lama x nmpak uols......... akhir nye dpt jgk majnun masuk kan
weols cuma blh ...
uols...iols memang rindu nak masuk sini lagi nak berpompom ngan uols sume...
sume kena masuk dlm reminder ni uols....
anugerah skrin-AMA perform 9 NOV
semi final muzik2....-2 lagu -MINGGU 11 nov ngn 25 nov
AIM-2 lagu 17 dec
APM-2 lagu 15 DEC
|
|
|
|
|
|
|
| |
|