CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:14 AM | Show all posts
YU RAKSASA
Encik Tan Hwa Yong, 38 tahun, dan rakan-rakannya mulanya menyangka pukat mereka tertangkap 'naga laut atau raksasa' di kawasan perairan Pulau Pinang 11.30 malam, Jumaat lalu.

Rupa-rupanya mereka tertangkap seekor ikan yu tukul seberat lebih satu tan dan sepanjang enam meter. Menurut Encik Tan, ini kali pertama beliau menangkap seekor ikan sebesar itu itu.

Ikan tersebut difahamkan dijual kepada seorang pemilik restoran makanan laut di Jalan Besar, Hutan Melintang, dengan harga RM2,000 ($891). - Harian Metro.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:18 AM | Show all posts
Ke mahkamah dek gula-gula

DALLAS: Angkara gula-gula pelbagai masalah dihadapi.

Seorang lelaki, yang ditahan kerana cuba mencuri tayar sebuah trak, telah didakwa mencuri sebuah treler sarat mengandungi gula-gula Skittles bernilai AS$250,000 ($378,825), kata polis.

Sedang Alan Chavez, 22 tahun, dituduh melakukan kecurian itu, tujuh daripada 28 palet gula-gula dalam trak itu masih hilang.

Chavez mengupah orang AS$500 untuk mencuri rim dan tayar trak itu. - AP
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 16-5-2007 10:19 AM | Show all posts
Mahkamah pun pakai 'fengshui'?

BEIJING: Sebuah mahkamah di selatan China, tempat beberapa hakim terlibat dalam rasuah ditangkap, menafikan ia telah menugaskan pakar fengshui untuk mengubah nasibnya.

Akhbar China Daily memetik pegawai Mahkamah Rakyat Pertengahan Shenzhen di Guangdong sebagai berkata dakwaan itu tidak benar, walaupun mahkamah tersebut memang sedang menjalani beberapa perubahan.

Fengshui, yang bermakna angin dan api, adalah seni China lama yang cuba menempatkan barang-barang dalam harmoni dengan sekitarannya.

Akhbar Beijing News minggu lalu memetik media lain sebagai berkata beberapa perubahan dilakukan pada mahkamah itu selepas diusul usulan seorang pakar fengshui Hongkong. - AP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:09 AM | Show all posts
Rakan tergamam dapati mangsa sudah meninggal

Oleh
Farid Hamzah

PUAS mereka meneriak nama Mohammad Rohaizam Tumadi tetapi tidak menerima sebarang respons.

Dalam suasana gelap gelita, Encik Irving Ng, 34 tahun, dan dua lagi rakan se khemah, gamam seketika apabila melihat Allahyarham Mohammad Rohaizam, dihempap sebatang pokok besar.

Mereka cuba berbual dengannya tetapi Allahyarham tidak lagi bermaya.

Encik Ng, yang juga sedang menjalani latihan di Institut Pendidikan Nasional (NIE) bersama Allahyarham, dengan menahan sebak, menceritakan demikian ketika ditemui di Pusara Abadi semalam.

Beliau menambah: 'Hujan begitu lebat sekitar 4.30 pagi dan air mula mengalir masuk ke khemah kami. Kami membetulkan khemah dan berbual-bual seketika sebelum sambung tidur. Tidak lama kemudian, kami semua tersentak selepas khemah kami bergegar kuat.

'Dalam samar-samar, saya ternampak Mohammad Rohaizam, yang hanya beberapa meter dari saya, dihempap sebatang pokok besar.'

Menurutnya, kumpulan mereka itu sepatutnya mula bergerak dari kawasan tersebut sekitar 7.30 pagi untuk pulang ke Singapura selepas berada di Gunung Ledang sejak Khamis lalu.

Allahyarham, 26 tahun, dan masih bujang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kesemua mereka - 54 guru pelatih NIE - menyertai perkhemahan itu yang diwajibkan bagi semua pelatih pendidikan jasmani (PE) tahun pertama.

Kawasan kejadian itu merupakan tapak yang khusus ditetapkan bagi tujuan perkhemahan.

Dalam acara pengebumian pagi semalam, saudara-mara dan sahabat-handai Allahyarham dan kakitangan NIE berada di Pusara Abadi untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.

Ayah saudara Allahyarham, Encik Tajudin Jaffar, 43 tahun, berkata bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tangkak menunjukkan Allahyarham mengalami kecederaan parah di kepala dan dadanya.

Sementara itu, NIE dalam e-melnya kepada Berita Harian berkata pihaknya akan cuba menentukan jenis sokongan kewangan yang boleh diberi kepada keluarga Allahyarham.

'NIE juga sedang berusaha menghantar permohonan untuk mendapatkan tuntutan insurans di bawah polisi Kemalangan Kumpulan Peribadi yang melindungi pelajar kami serta tuntutan lain yang layak diterima keluarganya,' kata NIE.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:10 AM | Show all posts
DUA BEKAS PENGARAH NKF DIDENDA $10,000
Oleh
Khalid Khamis

BEKAS pengarah Yayasan Buah Pinggang Singapura (NKF), Richard Yong dan Loo Say San, semalam masing-masing didenda maksimum $5,000 atas kesalahan di bawah Akta Syarikat.

Yong, bekas pengerusi, dan Loo, bekas bendahari, didapati gagal menjalankan tugas dan cuai sehingga menyebabkan NKF membayar lebih bagi projek perisian komputer yang terbengkalai.

Projek itu dijalankan firma Forte System Pte Ltd, milik Pharis Aboobacker, rakan bekas ketua pegawai eksekutif NKF, T.T. Durai.

Semalam, Hakim Daerah Cik Jasvender Kaur, juga mengharamkan mereka daripada memegang jawatan sebagai pengarah.

Tempoh pengharaman itu adalah tiga tahun bagi Loo, 58 tahun, dan empat tahun bagi Yong, 65 tahun.

Ketika menjatuhkan hukuman, Cik Kaur berkata:

'Jelas, Loo tidak mempunyai pengetahuan dan pemahaman luas bagi projek teknikal dan tidak sedar akan hak NKF di bawah perjanjian itu.

'... Yong pula berada dalam keadaan lebih teruk. Dia seperti tidak tahu-menahu apa yang sebenarnya terkandung dalam perjanjian dan keperluan dalam menghasilkan projek sofwe itu.

'Saya berpuas hati anda berdua telah cuai!'

Di bawah perjanjian yang dipersetujui pada September 2001, Forte diperlukan menghasilkan sofwe bagi memenuhi keperluan NKF tetapi terbengkalai kemudiannya.

Cik Kaur menambah bahawa menjadi seorang pengarah bukan seperti satu perhiasan atau sebagai ketua 'patung' sahaja.

Loo dan Yong bernasib baik kerana mereka boleh dipenjara sehingga setahun bagi kesalahan tersebut.

Kedua-duanya, yang diwakili peguam bela Encik Chia Boon Teck dan Encik Peter Low, dalam rayuan masing-masing berkata mereka tidak melakukannya dengan sengaja dan telah menabur bakti kepada NKF tanpa dibayar apa-apa.

'Loo dan Yong menganggap mereka telah membuat keputusan komersial pada waktu itu dan bertindak bagi kepentingan NKF.

'Mereka ingin menekankan bahawa mereka tidak berniat langsung untuk bertindak dengan niat tidak baik atau secara tidak jujur,' kata Encik Chia.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:10 AM | Show all posts
SEKS BAWAH UMUR: BELIA DIKENAKAN PROBESEN 12 BULAN
SEORANG belia yang mengaku bersalah mengadakan seks dengan budak perempuan di bawah umur di anak tangga sebuah blok dikenakan probesen 12 bulan semalam.

Rizwan Rahim, 18 tahun, juga diarah melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama 80 jam dan ibu bapanya dikenakan membayar bon $5,000.

Dia adalah seorang daripada tiga belia lelaki yang dihadapkan ke mahkamah kerana mengadakan seks dengan budak perempuan yang sama.

Dua lagi, Muhammad Fendi Ahmad, 23 tahun, telah dihukum penjara 12 bulan dan Muhammad Hafiz Abdul Kadir, 19 tahun, pula didenda $9,000 apabila kes mereka dibawa ke mahkamah bulan lalu.

Kes Rizwan dirujuk ke Mahkamah Masyarakat memandangkan umurnya yang masih muda.

Budak perempuan itu baru berusia 12 tahun ketika bertemu dengan ketiga-tiga belia tersebut secara berasingan dan melakukan seks.

Mahkamah diberitahu bahawa Rizwan mengenali budak perempuan itu menerusi chatline di Internet sekitar April tahun lalu.

Mereka terus berhubungan dan dalam salah satu perbualan mereka, budak perempuan itu mendakwa berusia 14 tahun.

Pada Oktober lalu, Rizwan pertama kali bersua dengan budak perempuan itu ketika berkunjung ke flatnya sempena Hari Raya.

Pertemuan seterusnya adalah pada Disember apabila Rizwan mengajak budak itu bertemu berdekatan bloknya selepas waktu sekolah.

Mereka bertemu dan melakukan seks di anak tangga di tingkat dua Blok 191, Boon Lay Drive.

Perbuatan pelajar menengah dua itu akhirnya diketahui ibunya yang kemudian membuat laporan polis pada 26 Januari lalu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:11 AM | Show all posts
MINGGU KELUARGA KEBANGSAAN SEDIAKAN LEBIH 80 ACARA
Oleh
Soraya Salim

LEBIH 80 acara dan kegiatan menarik untuk seisi rumah akan disediakan sempena Minggu Keluarga Kebangsaan (NFW) tahun ini.

Daripada acara membaca oleh 10,000 bapa kepada anak-anak mereka, kepada kegiatan bersepatu roda dan berbasikal di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Kesemua itu bertujuan membina keluarga kukuh - tema NFW tahun ini.

Kempen itu akan berlangsung dari 26 Mei hingga 3 Jun dengan sambutan dilanjutkan hingga ke 30 Jun.

Acara NFW kali ini juga lebih istimewa kerana ia julung-julung kalinya dianjurkan oleh Majlis Keluarga Kebangsaan (NFC) sempena ulang tahunnya yang pertama.

Kegiatan menarik lain termasuk pesta filem yang akan diadakan di Stadium Negara pada 16 Jun ini dan juga di Kebun Bunga pada 30 Jun.

Pelbagai ceramah kekeluargaan turut diadakan di samping kegiatan untuk orang bujang mencari pasangan hidup.

Butir-butir sambutan berserta laporan tahunan badan tersebut diumumkan pengerusi NFC, Encik Lim Soon Hock, dalam satu sidang akhbar di Perpustakaan Negara semalam.

Laporan itu melakarkan pelbagai inisiatif yang bakal dijalankan tahun ini, terma suk pelancaran portal dalam talian ThinkFamily.sg - wadah untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu kekeluargaan - dan penerbitan buku bertajuk 101 Cara untuk Menikmati Keluarga Anda.

Menurut Encik Lim, setelah sibuk berunding dengan beberapa badan kekeluargaan dan agama tahun lalu, NFC akan memberi tumpuan kepada penyelidikan, penerbitan dan dasar-dasar keluarga.

'Ancaman besar yang kita hadapi hari ini lahir daripada kesan-kesan globalisasi - semakin ramai yang menangguhkan perkahwinan dan melahirkan anak. Bagi mereka yang sudah berumah tangga pula, kerjaya lebih dipentingkan daripada keluarga.

'Jadi cabaran yang kita hadapi kini adalah untuk meyakinkan setiap orang untuk menjadikan keluarga keutamaan pertama mereka,' katanya.

Senarai kegiatan sempena NFW terdapat di www.nationalfamilyweek.com.sg .
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:12 AM | Show all posts
HOSPITAL KHOO TECK PUAT
HOSPITAL Alexandra@Yishun kini dikenali sebagai Hospital Khoo Teck Puat, kata Menteri Kesihatan, Encik Khaw Boon Wan, dalam ucapan di Persidangan HIMSS AsiaPac di Pusat Konvensyen Raffles City semalam.

Ini menyusuli derma sebanyak $125 juta yang diberi keluarga mendiang Khoo, seorang jutawan dan banker terkenal.

Daripada jumlah itu, $100 juta adalah bagi kos pembinaan dan bakinya untuk membantu golongan memerlukan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:12 AM | Show all posts
Orkestra Melayu Singapura akan buat persembahan empat hari di The Hague

ORKESTRA Melayu Singapura (OMS) kini berada di Belanda untuk membuat persembahan selama empat hari di Pesta Tong Tong di The Hague, hingga Ahad ini.

Pesta tersebut merupakan sebahagian daripada edisi ke-49 Pasar Malam Besar - sebuah pesta tahunan Serani terbesar di dunia sejak 1959.

Ia memaparkan warisan tradisional Melayu dan Indonesia dan dihadiri lebih 100,000 pengunjung setiap tahun.

Menteri Sekitaran dan Sumber Air yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, sempat meluangkan masa mengucapkan selamat jalan kepada 20 anggota OMS itu di Lapangan Terbang Changi, kelmarin.

Kumpulan itu termasuk empat pemuzik undangan daripada Orkestra Cina Persatuan Rakyat (PA) dan Orkestra India Singapura, yang akan memainkan alat muzik tradisional masing-masing.

Bertemakan Gema Warisan, persembahan OMS akan menggunakan alat muzik Melayu, Cina, India dan Barat untuk mendendangkan irama tradisional, Barat dan juga gabungan kedua-duanya.

Antara irama yang akan dipersembahkan ialah Nelayan, Jong Jong Inai, Udang Sama Udang, Gema Kosmopolitan, dan Trance Ulek Mayang.

OMS yang ditubuhkan pada 1991 itu terdiri daripada pemuzik sukarelawan dan pernah membuat persembahan di Korea Selatan, Jepun dan Hongkong.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:13 AM | Show all posts
KAJIAN: 39% SOFWE DIDAPAT CARA HARAM
SATU kajian mendedahkan 39 peratus sofwe yang dipasang dalam komputer-komputer peribadi di Singapura pada tahun lalu diperoleh secara haram.

Perangkaannya lebih kurang sama berbanding pada tahun sebelumnya iaitu 40 peratus.

Walaupun hanya satu peratusan mata, ia memaparkan satu trend menurun dalam penggunaan sofwe ciplak di sini.

Menurut badan yang mengawas penggunaan sofwe ciplak, Gabungan Sofwe Niaga (BSA), kerugian perniagaan sofwe disebabkan sofwe ciplak bertambah kepada AS$125 juta ($189 juta) tahun lalu berbanding AS$86 juta pada tahun sebelumnya.

BSA adalah badan antarabangsa yang mewakili industri sofwe.

Kemajuan dilihat pada beberapa pasaran ekonomi baru, terutama China, dengan kadar penggunaan sofwe ciplak turun 10 peratusan mata dalam tiga tahun.

Menurut BSA, kadar penggunaan sofwe ciplak di Singapura turun 4 peratusan mata sejak tiga tahun, daripada 43 peratus dalam 2003 kepada 39 peratus tahun lalu.

Ini menempatkan Singapura dalam senarai 20 negara teratas dengan kadar terendah dalam penggunaan sofwe ciplak buat dua tahun berturut-turut.

Menurut BSA, Singapura mencatat kemajuan konsisten dalam usahanya menangani masalah tersebut.

Ia yakin bahawa menerusi pendidikan berterusan dan langkah penguatkuasaan yang tegas, Singapura akan dapat membendung berleluasanya penggunaan sofwe ciplak.

Secara global, bagi setiap AS$2 pembelian sofwe, AS$1 pembelian lain adalah bagi sofwe ciplak.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:15 AM | Show all posts
KAMI TAK MAKAN RASUAH Oleh
Iman Nabila Ashik WANG 'tumbuk rusuk' yang diumpan oleh seorang pemandu mabuk tidak sedikit pun melemahkan kewibawaan dua pegawai polis trafik, Sarjan Nor Faizal Yahya dan Koperal Hairelrizal Hashim.
Meskipun ditawarkan rasuah $100, dua pegawai itu tetap teguh menegakkan undang-undang dan menjalankan kewajipan mereka.
'Ini merupakan sebahagian daripada tugas kami dan saya rasa bangga dapat melakukan apa yang betul.
'Pengalaman ini memang berharga,' kata Koperal Hairelrizal semasa ditemui di Ibu Pejabat Polis Trafik, semalam.
Menceritakan apa yang berlaku, Sarjan Faizal, 30 tahun, berkata mereka sedang menjalankan rondaan apabila menerima panggilan kemalangan di Sembawang Park.
Di tempat kejadian, mereka melihat sebuah kenderaan masuk ke dalam longkang di tempat meletak kereta taman itu.
Ketika itu, pemandu yang terlibat sedang diperiksa paramedik.
Dua pegawai polis itu mula curiga apabila pemandu tersebut kelihatan kurang stabil dan berbau arak.
Lantas, Koperal Hairelrizal, 22 tahun, yang menyertai pasukan polis trafik sekitar tiga tahun lalu, menjalankan pemeriksaan breat halyser yang mengesahkan pemandu itu mabuk.
Sarjan Faizal berkata: 'Saya rasa dia terdesak dan ingin mencuba nasib. Ini kali pertama saya cuba dirasuah. Rasa terkejut pun ada kerana tak sangka dia berani buat begitu.'
Pemandu itu kemudian ditahan dan wang $100 yang ditawarkan dirampas sebagai bahan bukti.
Dia akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk serta memandu dengan cuai.
Komander Polis Trafik DAC Ng Guat Ting, memuji kedua-dua pegawainya kerana menolak rasuah itu.
'Saya begitu bangga dengan mereka. Integriti dalam pelaksanaan tugas amat penting bagi kami dalam Pasukan Polis Singapura dan kami amat menghargai tin dakan mereka,' ujar beliau dalam kenyataannya kepada media semalam.

Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:16 AM | Show all posts
Kadar baru hasil pendapatan tambahan menyusuli sokongan penderma

Oleh
Halifi Hussin

PESAKIT ginjal yang menjalani rawatan dialisis di pusat-pusat kelolaan Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) akan dikenakan bayaran lebih murah bermula 1 Julai ini.

Mereka hanya perlu membayar $1,690 sebulan bagi 13 sesi rawatan - atau $130 bagi setiap sesi - berbanding $1,820 sebelum ini.

Di bawah pengurusan lama NKF, pesakit ginjal perlu membayar $2,600 sebulan.

Kadar baru itu merupakan hasil semakan keempat yang dibuat pengurusan baru NKF sejak mengambil alih tugas mulai Julai 2005.

Pengerusi NKF, Encik Gerard Ee, berkata bayaran lebih rendah itu adalah adalah hasil pendapatan tambahan yang diperolehnya menyusuli keyakinan dan sokongan penderma yang kian stabil.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian pusat dialisis NKF yang baru dibina dengan belanja $1.5 juta di Blk 365, Woodlands Avenue 5, semalam.

'Setelah mengkaji semula pencapaian kami sejauh ini, usaha mengurangkan kos dan penyusunan semula telah menghasilkan sumbangan kewangan yang positif.

'Pungutan dana dari LifeDrops kami kini stabil, beberapa bekas penderma kami juga telah kembali menyumbang dan penderma baru juga tampil menyokong,' katanya.

Hasil semakan tersebut, sekitar 1,500 daripada 2,004 pesakit ginjal NKF akan membayar tidak lebih $400 sebulan bagi rawatan dialisis setelah ditolak subsidi.

Daripada bilangan itu, sekitar 380 hanya perlu membayar tidak lebih daripada $50 sebulan.

Ketika ditemui media, Encik Ee menjelaskan pihaknya akan menjalankan semakan setiap tahun tetapi bergantung kepada sokongan penderma.

Bilangan penderma LifeDrops setiap bulan kini berjumlah sekitar 200,000 berbanding 270,000 sebelum NKF yang diterajui Encik T.T Durai dilanda masalah.

Sementara itu, Encik Ee kini ingin menggalak orang ramai mengunjungi pusat-pusat dialisis NKF di serata Singapura untuk melihat sendiri bantuan yang disediakan.

'Jika lebih ramai tampil menderma, mungkin tahun depan kami dapat kurangkan lagi kos rawatan dialisis kami,' kata Encik Ee lagi. Menurutnya, tumpuan NKF kini adalah untuk memulihkan keyakinan para penderma.

'Kami akan melakukannya dengan meningkatkan pemahaman mereka tentang bantuan yang kami hulurkan melalui pusat-pusat kami,' katanya.

Contohnya, pusat NKF kini memberi tumpuan kepada rawatan menyeluruh kepada pesakit ginjal.

Pesakit akan diberi kaunseling, disalurkan kepada badan berkenaan seperti CDC jika memerlukan bantuan kewangan selain memadankan mereka dengan pekerjaan.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:16 AM | Show all posts
ZULKIFLI UNDUR DIRI DARIPADA MERCY RELIEF
Oleh
Soraya Salim

BADAN bantuan kemanusiaan, Mercy Relief, kini mempunyai ketua baru setelah pengerusinya, Encik Zulkifli Baharudin, mengundurkan diri daripada jawatan itu kelmarin.

Mengambil alih tempatnya ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hospital Besar Changi, Encik T.K. Udairam.

Encik Udairam sebelum ini adalah salah seorang anggota Lembaga Pengarah Mercy Relief.

Ketika dihubungi Berita Harian semalam, Encik Zulkifli berkata bahawa ia tidak bermakna sumbangan beliau akan terhenti di situ.

'Saya tetap boleh menyumbang sebagai seorang sukarelawan. Memang saya berhasrat melakukan demikian dan menyertai misi-misi pada masa depan,' katanya.

Encik Zulkifli juga adalah penerima 'Anugerah Jauhari Berita Harian' pada 2005.

Sebagai pengerusi sejak empat tahun lalu, beliau bertanggungjawab menggembleng sumber, termasuk sukarelawan dan keperluan bagi membantu mangsa tsunami di Aceh dan Sri Lanka.

Encik Zulkifli berkata, perubahan kepimpinan itu baik kerana ia akan menarik bakat-bakat baru di samping memberi suntikan kesegaran kepada Mercy Relief, yang asalnya ditubuhkan sebuah badan Melayu/Islam, Perdaus.

'Sejak hari pertama menjadi pengerusi, saya telah beritahu diri saya bahawa saya perlu memberi laluan kepada orang lain. Namun, kejadian tsunami berlaku dan selepas itu bencana alam lain, jadi saya harus meneruskan khidmat saya,' tambahnya.

Selain Encik Zulkifli, dua anggota lain - Pengerusi Ernst & Young, Cik Fan Ai Lian, dan pakar runding Temasek Holdings, Dr Jeniffer Lee - turut mengundurkan diri.

Ditanya pula harapannya terhadap pengganti beliau, Encik Zulkifli yakin Encik Udairam akan dapat menambah nilai dan memberikan perspektif baru memandangkan beliau mempunyai latar belakang dalam sektor perubatan.

'Sejak kebelakangan ini misi-misi kami juga semakin memberi penekanan terhadap bantuan perubatan, justeru pengalaman Encik Udairam sebagai pentadbir hospital amat berguna.'

Beliau menambah: 'Saya amat gembira melihat bagaimana Mercy Relief telah berkembang menjadi sebuah badan sekular untuk semua warga Singapura. Kami kini bukan sahaja dipandang mulia di sini tetapi juga di mata dunia.'

Encik Udairam ketika dihubungi semalam berkata adalah masih terlalu awal untuknya memberikan komen.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:16 AM | Show all posts
Saranan dibuat dalam sidang Menlu OIC

ISLAMABAD: Presiden Pakistan, Jeneral Pervez Musharraf, semalam mengusulkan agar diadakan satu pasukan damai Islam untuk dikerah ke kawasan perang Iraq di bawah kelolaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Presiden Musharraf membuat saranan itu sedang para menteri luar negara-negara Islam berkumpul di ibu kota Pakistan untuk menghadiri satu sidang yang akan membincangkan cara-cara mengatasi apa yang dikatakan sebagai fenomena Islamophobia.

'Jika semua puak yang berpe rang... berbagai-bagai puak, jika mereka menerimanya, maka mungkin (pembentukan) satu pasukan damai Islam di bawah riayah PBB boleh ditimbang,' kata beliau dalam sidang tersebut.

'Kita harus menghentikan campur tangan dari luar di Iraq, pembunuhan beramai-ramai... kemusnahan yang sedang berlaku di sana harus dihentikan,' tambahnya.

Jeneral Musharraf, seorang pemimpin tentera yang mengambil alih kuasa dalam satu rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah dalam 1999, mengetengahkan falsafah politik yang disebutnya sebagai 'kesederhanaan penuh kesedaran' bertujuan untuk mengurangkan ketegangan dalam Dunia Islam dan antara Dunia Islam dengan pihak Barat.

Menurutnya, keadaan hidup miskin membuahkan fahaman pelampau. Beliau menggesa agar diadakan usaha bersama bagi membangunkan sekitaran sosio ekonomi dunia Islam.

'Terdapat keadaan tertinggal yang membawa kemusnahan, ada ketidaksamaan umum yang meruncing dan keadaan hidup yang miskin' dalam dunia Islam, kata pemimpin Pakistan itu.

'Dunia Islam keseluruhannya dalam keadaan meluncur ke bawah,' ujarnya.

Sidang tiga hari menteri-menteri luar itu dihadirikira-kira 600 wakil dari 57 negara anggota Pertubuhan Muktamar Islam (OIC). - AFP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:17 AM | Show all posts
IBU HAMIL MATI, SUAMI DAN ANAK CEDERA
BANTING (Selangor): Seorang ibu mengandung tiga bulan maut, manakala suami dan anaknya cedera dihempap pokok kelapa sawit yang tumbang ke atas rumah mereka ketika hujan ribut di Batu 9, Jalan Tanjung, Kampung Sijangkang, awal pagi kelmarin.

Difahamkan ketika kejadian 1.40 pagi itu, Allahyarhamha Rosmawati Rashidin, 27 tahun, sedang tidur bersama suami dan anak perempuannya, 10 bulan, di bilik tidur utama rumah pusaka berusia hampir 60 tahun itu.

Allahyarhamha Rosmawati, yang tersepit di bawah batang pokok itu, dikeluarkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat sekitar 30 minit kemudian tetapi meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Suaminya, Encik Mohd Arshad Ajis, 29 tahun, cedera di kaki manakala anak mereka, Nurul Azwa, luka di leher.

Encik Mohd Arshad berkata beliau terkejut daripada tidur apabila terdengar deruan kencang angin sebelum terlihat pokok kelapa sawit dan pokok rambutan tumbang ke atas isterinya yang tidur di sebelahnya.

'Pokok itu tumbang menimpa tubuh isteri saya yang sedang memiring. Saya tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya. Malah, kami bertiga jatuh ke kolong apabila lantai papan pecah,' kata beliau.

'Saya sempat menarik anak kami tetapi saya tidak dapat menggerakkan Rosmawati kerana dihempap pokok. Beliau masih bernyawa ketika itu.

'Apabila anggota bomba mengeluarkannya, arwah isteri masih hidup dan meninggal dunia tidak lama kemudian,' tambahnya ketika ditemui kelmarin.

Ibu mangsa, Cik Tursiah Bahari, 59 tahun, yang mendiami rumah itu bersama suaminya, tidak menyangka kejadian malang boleh menimpa anak perempuannya di rumah pusaka mereka itu. - BHM.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:17 AM | Show all posts
PENUBUHAN PANEL UNTUK IDR BUKAN TANDA M'SIA LEMAH
KUALA LUMPUR: Penubuhan jawatankuasa khas peringkat menteri antara Malaysia dengan Singapura khusus bagi memantau kerjasama Wilayah Pembangunan Iskandar (IDR) tidak bermakna negara ini lemah atau bertolak ansur dengan negara kepulauan itu, persidangan Dewan Negara diberitahu semalam.

Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Encik Ahmad Shabery Cheek, berkata tidak timbul soal Malaysia lemah, bertolak ansur atau mengalah kepada Singapura dalam memajukan IDR.

'Ini kerana dalam membangunkan IDR kita perlukan penglibatan masyarakat antarabangsa.

'Kita mahu pelabur dari negara-negara Timur Tengah seperti Kuwait, Qatar serta Amiriyah Arab Bersatu (UAE)... kita mahu pelabur dari Jepun dan Australia serta negara-negara lain melabur di WPI.

'Tetapi kita tidak boleh katakan Singapura tidak boleh (melabur) sedangkan Singapura juga adalah salah satu potensi besar untuk kita menarik pelabur nereka dan dimanfaatkan secara bersama,' katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Encik Ahmad Shabbery menolak tanggapan Senator Mohd Puad Zarkashi bahawa jawatankuasa itu akan menyebabkan Malaysia terlalu bergantung kepada pelabur Singapura untuk menjayakan IDR serta memberi ruang kepada Singapura membangkitkan banyak perkara yang akhirnya menyebabkan Malaysia serba salah seperti soal pembinaan sebuah taman tema di IDR, pembinaan kereta api laju Malaysia-Singapura dan sebagainya. - Bernama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:18 AM | Show all posts
NASIHAT DAFTARKAN JANTINA BAYI KHUNSA SEBAGAI 'TIDAK JELAS'
KUALA LUMPUR: Ibu bapa Malaysia disaran supaya tidak mendaftar bayi mereka yang didapati khunsa, atau mempunyai dua alat kelamin, di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negara itu sebagai 'lelaki'.

Sebaliknya, mereka harus mendaftarkan jantina anak berkenaan sebagai 'tidak jelas', Dewan Parlimen Malaysia diberitahu kelmarin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata pendaftaran jantina sebagai 'tidak jelas' pada sijil kelahiran itu bertujuan melihat kecenderungan seseorang khunsa itu sama ada mirip lelaki atau perempuan apabila dewasa kelak.

'Jangan daftar 'lelaki' dulu sebab bila dia besar nanti, jika berat ke arah perempuan, payah nak tukar (di JPN) nanti.

'Khunsa ini memang dia pun tidak tahu mereka lelaki atau perempuan. Tetapi sekiranya mereka rasa lebih kepada perempuan, mereka dibolehkan berpakaian perempuan. Jika hendak jadi lelaki, perlu disuntik lebih hormon lelaki,' kata beliau ketika menjawab soalan Senator Datuk Jins Shamsudin.

Datuk Abdullah berkata, hasil perbincangannya dengan Kementerian Kesihatan juga mendapati khunsa boleh dipulih melalui suntikan hormon dan diberi sesi kaunseling.

Menjawab soalan Senator Datuk Rizuan Abdul Hamid pula mengenai ketiadaan garis panduan cara berpakaian wanita Islam sehingga cara bertudung lebih kepada mementingkan fesyen, Datuk Abdullah berkata garis panduan itu tidak perlu.

'Ia tidak perlu kerana kewajipan dan etika berpakaian secara menutup aurat telah ditegaskan dalam Al-Quran. Prinsip Islam dalam berpakaian hendaklah menutup aurat tanpa menetapkan kaedah yang digunakan bagi mencapai matlamat menutup aurat,' tegasnya. - BHM.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:18 AM | Show all posts
PRESIDEN BANK DUNIA RAYU DIKEKAL JAWATAN
WASHINGTON: Presiden Bank Dunia, Encik Paul Wolfowitz, semalam merayu kepada lembaga pengarahnya agar membenarkan beliau mengekalkan jawatannya, sambil berjanji akan membuat perubahan pada gaya pengurusan di tengah-tengah skandal pilih kasih yang membelenggui kepimpinannya.

Amerika Syarikat telah mengulangi soko ngannya kepada ketua bank dunia itu tetapi, pada masa yang sama, berkata ia terbuka kepada 'semua pilihan' tindakan yang bakal dilakukan oleh bank itu.

Ini dilihat oleh pihak media Amerika sebagai satu tanda kemungkinan Encik Wolfowitz, 63 tahun, bakal meninggalkan jawatannya.

'Saya merayu kepada setiap seorang daripada anda agar berlaku adil dalam membuat keputusan anda kerana keputusan anda bukan saja bakal mempengaruhi hidup saya, malah akan mempengaruhi bagaimana institusi ini ditanggapi di Amerika dan dunia,' kata Encik Wolfowitz kepada lembaga pengarah eksekutif Bank Dunia.

Menurut transkrip peguamnya, Encik Wolfowitz telah menjawab semua dakwaan bahawa beliau mendahulukan 'kepentingan peribadinya' semasa menaikkan pangkat dan gaji temanita dan kakitangannya, Cik Shaha Riza, yang boleh menimbulkan risiko kepada misi bank pembangunan itu. - AFP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:18 AM | Show all posts
Amaran jeneral di selatan Thai

NARATHIWAT: Seorang pegawai kanan tentera Thailand semalam memberi amaran golongan pemberontak merancang melancarkan serangan besar-besaran di wilayah selatan yang diduduki majoriti masyarakat Islam, selepas lagi tiga penduduk wilayah itu ditembak mati.

'Suasana di selatan kini semakin buruk dan golongan militan mungkin melancarkan serangan besar-besaran ke atas tentera,' kata Jeneral Panlop Pinmanee. - AFP.
Reply

Use magic Report

Gadis_Venus This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:18 AM | Show all posts
KL rampas 13kg heroin

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia mungkin membuat rampasan heroin terbesarnya tahun ini selepas ia merampas hampir 13 kilogram dadah itu yang dipercayai untuk edaran ke negara-negara Asia Pasifik, kata satu laporan.

'Rampasan itu adalah yang terbesar tahun ini,' kata Pengarah Jabatan Narkotik, Abang Wahap Pinang, yang dipetik satu laporan agensi berita Bernama lewat kelmarin. Menurutnya, ia dianggarkan bernilai RM11.7 juta ($5.2 juta). - AFP.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.142280 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list