CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: SangPertala

Rumah Berhantu! Mendirikan rumah di atas tanah berpenunggu, page 55

  [Copy link]
Post time 23-4-2011 09:31 PM | Show all posts
ahap nada 'berdesing' kat telinga tu yg akan tentukan


ex bf aku dlu pnah ckp...klu ade org mengumpat die or mengata telinga die akan berdesing... pastu aku mcm tkot2 lak nk mengata die..huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2011 10:09 PM | Show all posts
Reply 740# SangPertala


    haaa...bab himpit2 nih pun ada kisahnya.

aku selalu dengar orang cerita bab kena himpit. kakak ipar aku paling rajin kena benda nih. aku selalu terlongo je laa dengar. sebab aku kena usik tak pernah lagi kena himpit.

sekali tu, dalam tahun 2006 bulan disember, aku bercuti ke cameron highland and stay kat strawberry park resort. unit aku tu bila buka tingkap memang menghadap hutan. aku pun buka laa tingkap nak amik anggin katanya..kihkih. padahal dah remang senja tu. ok, fine...macam aku kata, aku kan dah alah bisa tegal biasa ngan usik2 jelma2 nih..terlupa plak nak tutup tingkap. but then dalam 15 minit kemudian aku terperasan yg tingkap ternganga, aku pun tutup laa. sebelum tutup tu sempat aku tenung batang pokok kat hutan tu. kaler putih batang pokok mati tu (serupa macam batang pokok kaler putih yg aku nampak kat gua musang masa aku lalu kecil2 dulu...sempat aku ngomel sorang2..haha)

Disebabkan sejuk benar dan campur penat, aku ngan suami aku niat jamak takhir jahh. so, kami berdua tido di waktu maghrib...plan nak bangun dalam pukul 11 pm gitu. tetiba, aku terbukak mata tak semena2. lembaga hitam ala2 berbulu gitu tengah syiok nak tindih aku. barulah aku tahu gitu rasa kena tindih. tak leh nak gerak sekalipun rasa abis tenaga aku nak melepaskan diri. nak baca pun macam tak keluar. serius, aku tak takut, aku cuma rimas. macam kena tekan. sekali aku dalam usaha nak kuis suami aku yg tido macam tak hingat dunia tu, aku dapat capai dengan hujung jari lengan suami aku...time2 tu juga  lembaga tu bangun and berdiri tegak depan pintu bilik. masa tu aku dah boleh bersuara dan baca laa apa yg patut. dalam 2 minit main ku-chakk gitu, dia lesap.

tapi aku dengar memang gitu. kalau kita dapat capai orang sebelah (kalau ada laa..), makhluk tu akan lepaskan kita.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 10:10 PM | Show all posts
Reply 742# Nichelena

kalu xde org sblh camno..? kene penyek sampai ke sudah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 10:11 PM | Show all posts
ex bf aku dlu pnah ckp...klu ade org mengumpat die or mengata telinga die akan berdesing... pas ...
miamy Post at 23-4-2011 21:31


haha..ngade2 ahh ex bf  ko tuh. bukan tersedak2 ke? (kata orang2 tua laa..aku tersedak kalau makan gelojoh atau lapar tahap dewa hantu raya makan).

tapi yg bab berdesing nih memang ada kaitan dengan 'makhluk', tak kiralah samada syaitan (hantu2 segala tu) atau jin (bab kena sihir, saka, damping or sekaum dengannya).
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 10:19 PM | Show all posts
Reply  Nichelena

kalu xde org sblh camno..? kene penyek sampai ke sudah ke?
halimi78 Post at 23-4-2011 22:10


kalau tak de orang kat sebelah, ko kena gigih berusaha khatam ayat qursi tu laa. kan kalau kena himpit, mulut macam mumbling jahh..macam dia tak bagi ko baca. lama laa sket dia dapat tindih ko..syiok laa dia...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2011 10:21 PM | Show all posts
Reply 745# Nichelena

kalu maya karin yg penyek.. lamo sket pong xpe..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2011 10:56 PM | Show all posts
haha..ngade2 ahh ex bf  ko tuh. bukan tersedak2 ke? (kata orang2 tua laa..aku tersedak kalau mak ...
Nichelena Post at 23-4-2011 22:11


die mmg ngada2 ponggg...:@ die kata larr...die leh rasa...aku masuk telinga kanan kua telinga kiri je lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 09:22 AM | Show all posts
Reply 703# BiancoFisso

Ha, lain kali jgn cakap lepas. Org kata, kalau benda tu ada kat kita dia suka sgt kalau kita sebut2 pasal dia. Suami akak, kalau mlm2
cukup x suka kalau diskas benda2 mcm ni kuat2. Bab tindih ni, akak pun heran, betul ke keje makhluk halus?
Ke sbb kita dlm keadaan separa sedar. Akak pun biasa kena esp bila dlm keletihan sgt.

Kat rumah ni, ada satu bilik kat belakang yg asalnya tandas. Tp tuan rumah dah converted kan kpd bilik tidur. Pastu dia bubuh tingkap cermin tinted dan pintu pun tinted mcm pintu pejabat. Bilik ni agak gelap n a bit scary. Kalau x pasang lampu walau pun siang tetap gelap. Anak2 mmg takut nak masuk sorang2. Ekceli bukan anak2 je, akak pun meremang bulu tengkok kalau masuk. Tp menten berani ler depan anak2. Nanti depa x mo tiduq bilik tu lg haru. Derang tidur kat bilik ni sbb ada aircond.

Masa anak2 jantan akak tidur situ x de apa2 pun berlaku. Sekarang yg 2 tu dah dok asrama. Derang tidur mati kot. Tak sedar apa. So tinggal yg kecik2 ni darjah 3,2 dan 5 thn. Pastu akak tambah lagi katil utk anak pompuan. Masa tu umur dia 7 thn. Yg peliknya
tengah2 mlm dlm pukul 2.30 ke atas dia mesti ketuk pintu bilik akak n suami nak tidur dgn kitorang. Hampir tiap2 mlm.
Bila akak marah2, warning dia jgn ketuk lagi pintu bilik,dan menyibuk tidur bilik umi dan ayah, dia akan ambik wudhuk dulu sebelum tidur. Bila ditanya pasai apa tengah2 mlm dtg bilik umi, sampai la dia x mo habaq. Mmg susah skit nak bercakap minah tu.
Kadang2 akak nampak ada tanda lebam kat kaki atau peha dia. Tapi akak x nak lah menambahkan takut dia. Buat x tahu jek lah.
suruh dia buat adab tidur sebelum tidur. Pernah lah sekali tu akak sesaja la pi baring2 dgn derang kat bilik tu. Masa tu suami outstation. Akak baring la sekali kat katil gegirl nih. Tiba2 terlelap dan kena tindih. Puas baca ayat qursi baru terlepas. Pastu terlelap lagik, kena tindih lagik. 3 kali akak kena. Pastu bangun terus belah gi bilik sendiri.

Bila akak citer kat suami, dia kata x de apa lah dlm rumah ni. Mungkin sbb bilik tu asalnya tandas. Pastu akak kerap baca Quran dan suruh derang solat dlm bilik tu. Thn ni gegirl akak tu x pernah lagik dah ketuk pintu bilik akak tengah2 mlm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2011 09:26 AM | Show all posts
Reply 742# Nichelena

Ye betul. Kena tindih ni sebenarnya x de lah menakutkan sgt sbb x nampak kot. he he.... cuma tu lah, langsung x leh bergerak. Kalau nak lepas, kena sekuat hati seolah2 mcm kita nak menendang ke atau nak melepaskan tangan dr ikatan ke. Any explanation dr segi saintifik ke pasal ni? Ada sesiapa tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 01:28 PM | Show all posts
waah pandainye bukak laptop.. skeri2.. Huhuhu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 03:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nichelena at 24-4-2011 15:20

lagi kisah usik-mengusik

kali ni anak2 aku yg kena. tapi anak2 aku tak lemah semangat. cumanya budak2 kan sinonim ngan seram2 tak tentu hala nih kan. pastu sibuk suh aku teman gi bilik air. cehh...

fyi, makhluk2 nih dia ada 2 masa yg dia sangat suka menyibuk main2,lintas2, panggil2 nih. tengah rembang (dalam pukul 12 noon-zuhur dan senja).

kisahnya anak2 aku main hide n seek sesama dia. tengahari memang tak depeluang laa diorang nak lepas keluar. so, main dalam rumah, balik langsir, bawah katil dan segala tempat yg dia boleh menyorok. masa kejadia aku tak de. aku sampai je depan pintu, suami aku dah sengih2...katanya anak2 kena usik ngan 'kawan mummy'..pfffttttt

anak aku cerita dia kena cari adik2nya yg menyorok. dia nampak sangat adik2 dia masuk bilik sebelah menyorok dan tak keluar2. memang tak dejalan keluar lain walaupun bilik to connected. saja je anak aku tunggu depan pintu bilik...alih2 adik dia keluar ikut bilik celah langsirruang tamu. bolehhhhh???? hahaha

adik2 nih suka laa dapat terkejutkan kakaknya. padahal dia tak tahu kakaknya dah biru muka...ye laa, abis tu sapa dalam bilik yg dia tengah jadi mak guard tuh kan. dia gi jenguk, memang tak de orang...huhuhu

kisah lain pulak...bab panggil2 nama ni...

kerap sangat laa aku kena kecil2 dulu. sampai sekarang anak2 aku pulak kena.

dulu, masa aku tengah leka main2, aku dengar mak aku panggil nama aku.mak abah aku ni plak, kalau dia dah panggil, haruslahh kena cecepat mengadap. aku pun berlari laa dapatkan mak aku. aku dengar suara mak aku dari dalam bilik dia. sekali aku tolak pintu, mak aku tengah solat. ok fine..maybe aku lambat sampai laa kot coz rumah aku agak besarjugak. maybe mak aku dah angkat takbir dulu. aku pun bersila laa nak tunggu mak aku abis solat. sekali aku dok mengira mak aku punya rakaat (dia solat zuhur)..eehhhhhh, apasal mak aku dah nak tahiyyat akhir???tak pee..aku tunggu lagi walaupun aku dah cuak. sekali mak aku abis bagi salam, mak aku nampak aku dok melengung kat sebelah dia. "kenapa masuk bilik mak?" (mak aku memang jaga bab anak2 masuk bilik mak abah nih). aku pun jawab laa.."kan mak panggil tadi?"..mak aku jegil mata kat aku.."masa bila mak panggil? apa tak nampak ke mak tengah solat?"...

aku garu2 kepala yg tak gatal dan berlalu pergi. dah laa kena marah ngan mak aku, pastu konpius sapa plak panggil aku? dah sah2 laa tu suara mak aku...hmmm

dan selepas kejadian tu, selalu laa aku kena. tak berani aku nak take for granted yg hantu yg panggil. buatnya memang mak aku panggil camne? dan selalu gak laa aku kena hamput ngan mak aku sebab tetiba ngadap dia tanya "mak panggil?" ...marah orang tua tu pasal dia tengah leka buat kerja...wakakaka

***tengah aku menaip nih, tetiba je keyboard aku kuar mode arabic font. jenuh laa aku adjust tak jadi. terpaksa restart. sebab tuh jadik edited*** (aku speku jahh nih kot2 laa 'makhluk' tak bagi aku story. wakaka. aku banyakkk lagi kisah2nya)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 06:02 PM | Show all posts
wah siap tkar ke mode arabic n wat kaco kat pc.. ?? Kalo btol.. mmg pndai kmpiter.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 06:25 PM | Show all posts
Reply 751# Nichelena

skeri...... tp nak jugak lg.. sambunggggggg...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 06:54 PM | Show all posts
Reply  Nichelena

skeri......  tp nak jugak lg.. sambunggggggg...
halimi78 Post at 24-4-2011 18:25



    tak pernah lagi jumpa....dalam mimpi selalu lah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 06:59 PM | Show all posts
wow~~~ gilos punye citer umah2 korang ni.... ak bace pun skeri da meri... kat umah ak pun xlah sextrem ini...sekdar die membunyikkan diri... tanpa menunjukkan wajah ade la... kalo die tunjuk muke die... mau gak ak pengsan~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2011 07:08 PM | Show all posts
ex bf aku dlu pnah ckp...klu ade org mengumpat die or mengata telinga die akan berdesing... pastu aku mcm tkot2 lak nk mengata die..huhuhu
miamy Post at 23-4-2011 21:31



   hehehehe.... 1st aku nak ucap selamat selamat selamat dan selamat harijadi kepada miamy..... semoga Allah beri keberkatan diusia mendatang.............  

pasal kes takut nak mengata tu jdkan iktibar hokeyhh... JGN MENGATA ORANG....  hahahahahaha.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2011 07:09 PM | Show all posts
salam ismaaaaaaaaaaa..


ilah sihat......lama tak nampak gi manaaaaaaaa
ilahkhatibrani Post at 21-4-2011 20:24



    sihat..ada je..cuma tak masuk bod ni...anak dah setahun lebih baru berani masuk...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 07:43 PM | Show all posts
wah siap tkar ke mode arabic n wat kaco kat pc.. ?? Kalo btol.. mmg pndai kmpiter.. Hehe
missbeyond Post at 24-4-2011 18:02


aku speku jahh. kesian hantu kena fitnah kalau tak betul.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 08:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nichelena at 24-4-2011 20:03

ini kisah rumah lama family aku.

kisahnya, mak abah aku bina rumah yg family aku ada sekarang berdikit2 laa..ye laa, keje gomen ngan mak aku meniaga sikit2. diorang mula2 beli tanah ni dari tokey cina sekitar tahun 70-an. abah aku upah laa orang buat rumah kayu kecil. lepas tu dalam 5 tahun, bisnes mak aku ok sikit, depa buat pula rumah 2 tingkat. atas family aku duduk, bawah sewakan beberapa pintu. family aku besar laa. kiranya rumah baru ngan rumah lama satu tanah. bila duduk rumah baru tu (separa kayu), maka rumah lama tinggal macam tu je. barang2 ada laa lagi. jadi port abang kakak aku melepak ngan kengkawan diorang.

disebabkan aku nih anak bongsu, umur plak jauh beza ngan abang dan kakak atas aku, maka aku main laa sengsorang kalau anak jiran tak ada. aku pun tak tahu laa apasal aku suka benar berkeliaran kat rumah lama tu (padahal bukan jauh mana pun..kawasan rumah mak aku tu dalam 1 ekar gak laa). sekali tu, aku tengah main masak2 sorang2 (sadis tul..aku la mak, aku la apak, aku laa anak dalam sesi lakonan sorang2 tu...hahaha), aku nampak kelibat anak jiran aku yg muda 3 tahun dari aku. aku panggil dia liza. aku nampak dia kat bilik air lama...tak sempat aku nak panggil, dia dah blah. datang laa idea aku nak ajak dia main sekali.

aku pun turut laa dia kat rumah dia. aku ketuk pintu, mak dia yg buka. aku pun tanya, "liza mana kak Y?" (aku panggil kakak jahh sebab abang kakak aku baya mak si liza tu). kak Y tu semacam jer tengok aku. dia ngan muka berkerut jawab, "eh, Nick semalam dah tanya kann...kan liza dah seminggu kat kampung. lusa baru balik."

fineeee...patut laa aku main sorang2. lupa plak aku. dah tu yg aku nampak tadi liza mana plak? still..aku blurr sorang2. tak kuasa aku nak explain kat orang2 tua ni. kang dia kata aku tersampuk plak.

dan kejadian tu pun berlaku tengah rembang pukul 12 noon. padan muka aku kannn...hilang mood aku, balik terus mandi, makan...tidooo lagi baik. huh!

dan rumah lama tu sekarang adalah tapak rumah bungalow mak aku sekarang. rumah separa papan 2 tingkat tu, dah jadi rumah sewa.  dan tadaaa...banyak lagi laa yg terjadi sampai aku dah naik lali.

aku cuma cerita kat arwah abah aku jahh apa yg aku nampak dan lalui sepanjang hidup aku (abah aku meninggal masa aku umur 10 tahun). abah aku laa yg selalu baca2 kat aku and guide aku. abah aku kata aku ada gift. entahlahh...aku pun tak tahu nak kata apa. tapi aku kerap dejavu.. bawak je laa aku kat satu2 tempat..kalau aku rasa macam pernah pergi, maka jadikan laa aku tourist guide..insyaAllah tak sesat. ekekeke

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2011 08:09 PM | Show all posts
Reply 754# noor2


    harap 'beliyau' sudi tunjukkan diri... bkn takat dlm mimpi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049338 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list