CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: atira

Edisi Serbu: Muhibah dinner held in church disrupted

  [Copy link]
Post time 6-8-2011 05:56 PM | Show all posts
Kerja senang ...terus buat conclusion (pastu kata pandai manage)

- kalau org menang project ..kata kroni....= conclusion mudah
- kalau JAIS buat siasatan ...coclusion JAIS salah...(Tak penah baca undang2 ka apa kuasa JAIS?)
- kalau org dpt kerakyatan ...oh nak menangkan parti sipolan2  ( eh mana tau org tu dpt kerakyatan terus sokong parti sipolan2...ntah2 Indon/Singapore/Philipine punya spy ka nak jatuhkan Malaysia

kadang2 aku tengok ..nape la org yg cepat mencapai conclusion ni jadikan panduan...

Siasat la dulu...ini awal2 dah mintak maaf seolah2 memang dah sah2 JAIS salah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2011 06:09 PM | Show all posts
fida sokong JAIS dalam hal ini...kalau khalid still nak backup kristian..maybe sudah tiba masanya kita para pengundi selangor fikir semula kemana kita nak mengundi lepas ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 05:12 AM | Show all posts
Apsal la si totok ni meroyan siap bold2, kaler pink bagai. Dah mcm spammer la pulak. Mentang2 totok ensem mod dok wat tak tau je....

Siap terbabas2 Khalid yg mana satu lak tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 05:16 AM | Show all posts
MURTAD DARI SUDUT PERLEMBAGAANEditorIP_ISIUKMFriday, June 17, 2011





Isu murtad iaitu tindakan keluar dari Islam untuk menganut agama lain sentiasa menjadi isu yang sensitif dalam hubungan beragama di Malaysia.  Terdapat pihak yang cuba memanipulasi isu ini bagi mewujudkan ketegangan antara kaum dengan mempertikaikan peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 11 mengenai kebebasan agama sebagai tidak diaplikasikan dengan betul oleh mahkamah apabila berlaku isu murtad.  Walau bagaimanapun, Perlembagaan sebenarnya telah memberi jaminan hak beragama di Malaysia dalam setiap peruntukan-peruntukan yang telah digubal.  Namun, jaminan hak beragama yang diberikan bukanlah bermaksud hak untuk menukar agama atau dengan kata lain murtad.



Baru-baru ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyebut seramai 686 umat Islam di negara ini memohon pertukaran agama (murtad) dan seramai 135 orang yang permohonannya telah diluluskan membuktikan wabak ini semakin membarah dalam masyarakat kita.  Pegangan akidah yang amat longgar menjadi punca mudahnya seorang penganut Islam menukar agamanya.


Melihat kepada definisi murtad, murtad berasal daripada bahasa Arab, iaitu riddah atau irtidad.  Dari sudut bahasa, perkataan riddah membawa maksud kembali atau rujuk iaitu kembali daripada sesuatu kepada sesuatu yang lain.  Perkataan irtidad pula membawa maksud mereka yang meninggalkan agama Islam untuk tidak mempercayai Islam untuk mempercayai agama lain.  Manakala, dari segi istilah pula, murtad membawa maksud keluar daripada agama Islam atau tidak mempercayai agama Islam sama ada melalui perbuatan, perkataan atau iktikad (Ann Wan Seng,2009).


Terdapat juga pandangan yang mengatakan seseorang Islam dianggap murtad sekiranya ia mencampakkan Al-Quran, mencerca Rasulullah s.a.w, menafikan kefarduan solat, zakat atau dengan sengaja meminum arak dan terlibat dalam perbuatan zina (Al-Dusiiql. (tt), Ifashiah al-Dusuql,  Dar al-Fikr,  Jil.4, hlm. 309).


            Bagi pendapat majoriti ahli fuqaha, hukuman bagi sesiapa yang murtad ialah hukum bunuh.  Walaupun ulama berbeza pendapat mengenai hukuman untuk mereka yang murtad, namun murtad masih merupakan satu kesalahan yang besar dalam Islam dan mereka yang murtad akan dikenakan hukuman sama ada berat atau ringan.  Barat berpandangan perbuatan menghukum mereka yang murtad melanggar hak asasi manusia.


Di dalam peruntukan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan setiap individu itu bebas untuk menganut apa-apa agama.  Oleh itu, setiap penduduk di Malaysia sebenarnya berhak untuk menganut apa-apa agama yang disukainya jika mengikut Perlembagaan Persekutuan.  Namun, bagi penganut agama Islam, mereka masih tertakluk di bawah beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang menghalang mereka untuk menganut agama lain atau dengan kata lain, murtad.  


Dalam kes murtad yang menjadi isu di Malaysia, Perkara 11 iaitu kebebasan ugama yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dimanipulasi untuk kepentingan pihak tertentu.  Pelbagai pihak mempersoalkan Perkara 11 yang sepatutnya diaplikasikan kepada semua kaum tanpa mengira sama ada Islam atau bukan Islam.  Terdapat dua hujah mengenai Perkara 11 bagi menjawab persoalan pihak-pihak tersebut.


Hujah pertama, jika dilihat dari segi tafsiran ‘kebebasan ugama’ itu sebenarnya adalah tidak sama dengan ‘kebebasan beragama’ di mana ‘kebebasan ugama’ itu hanya terhad kepada kebebasan menganuti dan mengamalkan agamanya tanpa ada sekatan seperti mana yang dijelaskan dalam Fasal 1 dan tertakluk kepada Fasal 4 mengembangkannya.  Hal ini demikian adalah berbeza jika terma ‘kebebasan beragama’ digunakan iaitu kebebasan untuk mengamalkan mana-mana agama yang ada di Malaysia.  Undang-undang telah meletakkan keadilan kepada semua kaum secara sama rata di sini iaitu untuk menganut dan mengamalkan agamanya.  Tiada sebarang sekatan dan gangguan sekiranya kaum India hendak merayakan perayaan agamanya dan membina kuil seperti mana tiada sekatan untuk membina gereja dan masjid di Malaysia.


Drafting session of Jabatan Peguam Negara menterjemahkan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan perkataan ‘Freedom of Religion’ sebagai ‘kebebasan agama’ iaitu kebebasan untuk mengamalkan apa yang dikehendaki oleh agama yang dianutinya.  Maka terjemahan ‘kebebasan agama’ oleh Jabatan Pendaftaran Negara selaku pihak yang mempertahankan perlembagaan pada masa itu adalah mengikut kehendak penggubal itu sendiri (Ann Wan Seng.2009).  


Oleh itu, apabila timbul isu keluar dari agama Islam untuk menganut agama lain, seharusnya Perkara 11 tidak boleh dijadikan hujah untuk membenarkan perbuatan murtad sesuka hati.  Hal ini demikian kerana, masih belum terdapat apa-apa kes mahkamah yang memutuskan hak kebebasan beragama di bawah Perkara 11 merangkumi hak untuk murtad.   


Hujah kedua, Perkara 11 (1) tertakluk kepada Fasal 4 dalam mengembangkan agama iaitu membenarkan undang-undang negeri dan persekutuan (bagi Wilayah Persekutuan) untuk mengawal atau membatasi pengembangan mana-mana kepercayaan kepada umat Islam.  Justeru, penyebaran doktrin dan kepercayaan agama bukan Islam kepada kalangan Islam merupakan satu kesalahan jenayah tetapi sebaliknya, penyebaran agama Islam kepada penganut agama-agama lain adalah diharuskan (Mohamed Azam Mohamed Adil,2003).


Perkara 160 (2) ada menyebut ‘Melayu’ ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Bahasa Malaysia, menurut adat istiadat Melayu dan lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya  telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia menetap di Persekutuan atau di Singapura atau ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.


Seperti kes Azlina Jelani yang memohon pertukaran nama kepada Lina Joy dan status agama di kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).  Permohonan untuk menukar agama telah diluluskan oleh JPN, namun rayuan beliau untuk memadam status agama telah ditolak oleh JPN kerana beliau tidak dapat mengemukakan surat atau dokumen perisytiharan keluar Islam sama ada daripada Mahkamah Syariah atau Jabatan Agama Islam.  Akibatnya, beliau telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Sivil mengatakan peraturan tersebut menyalahi Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang telah disebutkan di atas.  Sekali lagi Perkara 11 (1) telah disalahtafsirkan dalam kes ini.  


Perbicaraan kes beliau di Mahkamah Tinggi Sivil berakhir dengan hakim bicara, Faiza Thamby memutuskan bahawa mengikut Perkara 160 (2), seseorang Melayu itu tidak boleh menukar agama Islam sehingga ia mati.  Hal ini demikian kerana, seseorang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat dan budaya Melayu serta fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia.  Jika dia menukar agamanya, status bangsanya akan menjadi suatu perkara yang mengelirukan pula.  


Walaupun beliau telah merayu kepada Mahkamah Rayuan Sivil, mahkamah telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Sivil.  Mengikut mahkamah, perayu bebas untuk menganut agama mengikut kehendaknya.  Namun, bagi seseorang Islam yang mahu keluar daripada agama Islam, permohonan untuk keluar daripada Islam perlulah dibuat terlebih dahulu di Mahkamah Syariah.


Sebelum pindaan Artikel 121, berlaku pertindihan kuasa antara Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil mengenai isu umat Islam termasuklah isu murtad.  Selama 31 tahun setelah kemerdekaan Malaysia, sering berlaku campur tangan Mahkamah Sivil dalam urusan Mahkamah Syariah sehingga menyebabkan  urusan masyarakat Islam diganggu di Malaysia.  Hal ini demikian kerana, perkara yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah boleh dibatalkan dan diubah oleh Mahkamah Sivil sedangkan urusan mengenai Islam haruslah diuruskan oleh Mahkamah Syariah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 05:17 AM | Show all posts
Oleh itu, artikel ini dipinda pada tahun 1988 dengan memasukkan perkara (1A).  (1A) menyebut “mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah boleh mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.”  Pindaan ini memberi ruang kepada Mahkamah Syariah untuk membuat keputusan tanpa campur tangan daripada Mahkamah Sivil serta mahkamah-mahkamah lain.

            Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan, “Islam adalah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian dalam Persekutuan”.  Perlembagaan telah mengiktiraf Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menjadi tanggungjawab bagi negara untuk mempertahankan agama Islam.  Perbuatan murtad misalnya adalah suatu perbuatan menentang Islam.  Di sinilah jaminan hak beragama itu dipelihara.  Apabila sudah memilih Islam, maka setiap penganut agama Islam tertakluk kepada undang-undang Islam.  Oleh itu, untuk memelihara ketertinggian agama Islam, perbuatan keluar dari Islam sesuka hati adalah tidak dibenarkan.

            Terdapat hujah yang mengatakan Perkara 3(1) hanyalah untuk menunjukkan agama Islam tidak lain hanyalah untuk tujuan peribadi dan diberi tempat semasa majlis-majlis rasmi dan bukan merangkumi cara hidup yang meliputi kehidupan hidup bermasyarakat, perundangan, politik, ekonomi, sosial, kebudayaan, moral dan perundangan.

            Namun, hujah ini adalah tidak tepat kerana dilihat seperti menafikan sepenuhnya peranan agama Islam yang merangkumi setiap aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi dan sosial.  Oleh sebab itulah wujudnya Mahkamah Syariah dalam mengadili perkara-perkara berkaitan urusan umat Islam termasuklah menentukan keputusan keluar daripada Islam.  Sudah sewajarnya penganut Islam tertakluk di bawah undang-undang Islam.
Isu murtad yang menimbulkan konflik antara kaum seharusnya diselesaikan dari sudut undang-undang dan bukannya dari sudut emosi bagi memelihara keharmonian hubungan antara kaum di Malaysia.  Oleh itu, undang-undang murtad digubal bukanlah untuk mencabul hak asasi manusia mengikut tafsiran UNDHR tetapi bagi memelihara kepentingan penganut agama Islam keseluruhannnya yang menjadi penduduk majoriti negara ini.
Di Malaysia masih belum dilaksanakan hukum hudud terhadap mereka yang murtad ini.  Walaupun terdapat Mahkamah Syariah di Malaysia dan Enakmen Jenayah Syariah Negeri-negeri dikuatkuasakan, namun undang-undang yang dipakai masih belum berlandaskan undang-undang Islam terutamanya yang berkaitan dengan hudud dan qisas (Arief Salleh Rosman,  2001).

Kerajaan negeri Kelantan misalnya telah menggubal satu enakmen yang diberi nama: Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) Negeri Kelantan.  Walau bagaimanapun, enakmen ini masih belum berkuatkuasa di negeri Kelantan kerana dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.  Sebagai contoh, hukuman bunuh terhadap orang yang murtad dalam Seksyen 23 Ceraian (4), dianggap bertentangan dengan hak kebebasan beragama yang diberi di bawah Perkara II Perlembagaan Persekutuan.  Selain itu, hukuman merampas harta orang yang murtad dalam Seksyen 23 Ceraian (4), dianggap bertentangan dengan hak terhadap harta yang diperuntukkan di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Selain Kelantan, Undang-undang Murtad di Selangor dan Perlis turut dibantah dengan hujah tahanan mandatori selama tiga hingga enam bulan bercanggah dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak asasi individu.  Perkara 5 (1) menyebut “ Tiada seseorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.”  Ia juga bercanggah dengan Perkara 4 (1) yang memperuntukkan “Undang-undang ini merupakan undang-undang tertinggi Persekutuan, dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka, bercanggah dengan Perlembagaan ini akan terbatal setakat mana percanggahan tersebut.”  Kecuali jika berlaku pindaan Perlembagaan secara besar-besaran, hukuman atau tahanan terhadap orang yang murtad dilihat sebagai mencabuli Perkara 18 UDHR.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak mustahil.  Setelah 50 tahun kita merdeka dari penjajahan Inggeris secara fizikal, seharusnya kita turut merdeka dari segi pemikiran.  Kita tidak seharusnya menerima bulat-bulat undang-undang yang digubal yang tidak bersesuaian dengan Islam jika kita mengaku kita ini negara Islam.  Dengan jumlah individu murtad semakin meningkat, seharusnya ada inisiatif di pihak kerajaan untuk mewujudkan peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang yang lebih ketat berhubung perkara ini agar tidak ada pihak yang berani mempertikaikan peruntukan yang telah digubal. Wallahualam.


Gagasan Idea : Nurhidayu bt Rosli
                       Timb. Exco Siasah dan Integriti Nasional
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 05:51 AM | Show all posts
Dah puas jilat jumbo cina, depa jilat jumbo kristian plak..............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2011 01:35 PM | Show all posts
MGPSS tegur MB Selangor

SHAH ALAM 6 Ogos - Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (MGPSS) menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu menyatakan kekesalannya ekoran tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya pada malam Selasa lalu.

Pengerusinya, Datuk Mat Yasir Ikhsan berkata, sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid sepatutnya sudah memahami tugas serta bidang kuasa yang ada pada JAIS dalam menguatkuasakan peraturan serta enakmen agama Islam di negeri ini.

Katanya, kenyataan Abdul Khalid yang kesal dengan tindakan JAIS itu dilihat seolah-olah satu kenyataan bersifat politik yang dilihat mahu menjaga sokongan orang bukan Islam.

"Kenapa Menteri Besar (Abdul Khalid) perlu menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan JAIS itu yang memperlihatkan pihak berkuasa agama itu seolah-olah telah melakukan kesilapan.

"Sepatutnya sebagai ketua pentadbiran negeri ini, beliau sedia maklum mengenai tugas JAIS dalam menguatkuasakan undang-undang Islam di Selangor termasuklah aktiviti yang menyebarkan agama lain ke atas umat Islam," katanya.

"Maka, sepatutnya, Menteri Besar tidak boleh hanya memikirkan soal kepentingan politik semata-mata dalam isu ini sebaliknya harus melihat dari sudut akidah serta undang-undang Islam yang sedia ada," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

P/s:- Kan...ni la sengalnya kalau pilih MB yg tak tentu hala..lum dapat lapuran penuh dari exconya dan pegawainya sendiri(JAIS) awal2 dah minta maaf pada paderi..nampak sangat islam ni hina sehina2nya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 01:37 PM | Show all posts
Thursday, August 4th, 2011 | Posted by dukeofmontecristo
Serbu Gereja DUMC: Hasan Ali pertahan Jais, Khalid Gagap pulak yang kesal..!!!

Memang teruk Hasan Ali kena balun lepas ni. Elok-elok jadi Exco Kerajaan Negeri, silap-silap lepas ni dilucutkan jawatan serta merta. Sudahlah dia dilucutkan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor pada muktamar Pas yang lalu, kali ni dia bakal hilang status Exco pulak?

Perit atau tidak, itulah yang harus Hasan Ali lalui. Khalid Gagap, atas kapasiti Menteri Besar merangkap balaci Ronnie Liu, Teresa Kok dan Eli Wong awal-awal lagi sudah menghubungi Pastor Gereja DUMC tu, Daniel Ho, untuk menunjukkan kekesalannya atas tindakan Jais yang ditemani PDRM menyerbu majlis di Gereja tersebut. Aku rasa, Khalid pasti tergagap-gagap minta maaf pada paderi tu…

Bertentangan dengan tindakan Khalid, Hasan Ali mempertahankan tindakannya dan Jais tersebut. Katanya, dia ada bukti untuk bertindak sedemikian. Malah, Hasan Ali menyatakan bahawa 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sebenarnya, tindakan Jais dan Hasan Ali itu wajar dilakukan. Berbuka puasa di dalam Gereja? Itu sahaja sudah menunjukkan keadaan luar biasa. Seperkara lagi, ada pulak yang cuba lari ketika “lawatan” Jais melalui jalan belakang Gereja itu. Satu lagi tindakan luar biasa. Jika tidak salah, mengapa cuba lari?

Hasan Ali juga mendedahkan bahawa ada pula cubaan untuk menghalang dan menghapuskan bahan bukti! Ni apa kes ni sampai perlu hapuskan bahan bukti? Kantoi sangat ke sampai perlu bertindak begitu. Jelas sekali ada sesuatu yang cuba disembunyikan dalam majlis tersebut. Itu pun lagi mau “auta” ke?

Paling best, aku tengok sikap Khalid Gagap. Punyalah sayang pada DAP sampai terpaksa hubungi sendiri Pastor Gereja tu untuk tunjukkan dirinya tak terbabit dalam hal tu. Hairan betul aku. Apa agama Khalid Gagap ni? Dia Islam ke Kristian? Atau tindakan dia itu hanya semata-mata pasal nak jaga kerusi Menteri Besarnya?


Aku masih menunggu kenyataan dari “Pastor” Khalid Samad. Agak-agak, apa yang akan dia kata mengenai insiden serbu Gereja ni? Dia mengamuk pada Hasan Ali atau pertahan Hasan Ali. Khalid Samad sangat terkenal di kalangan gereja-gereja di Selangor dan dia pun sudah lama mengintai jawatan Exco Selangor. Silap betul dia bertanding Parlimen. Kalau dia bertanding DUN, sudah tentu dia yang jadi Exco, tak pun MB!

Pada aku, dari segi politiknya, kedudukan Hasan Ali dalam bahaya. Keselamatan dia pun agak terancam. DAP ni kebanyakkannya kepala-kepala gangster. Silap haribulan, rumah Hasan Ali kena lontar molotov cocktail. Itulah..dulu orang tawar untuk bergabung dengan BN dan jawatan MB diserah pada Hasan Ali, Pas sombong dan bongkak! Lihatlah apa hasilnya sekarang…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2011 01:39 PM | Show all posts
Friday, August 5th, 2011 | Posted by Adamyan
Isu Gereja: Terbuka Yang Tertutup

Dalam hal keterbukaan ini, Pakatan Rakyat adalah pihak yang paling mahu dilihat menyerlah.  Banyak perkara yang dilaksanakan mereka cuba digambarkan sebagai transperent dibanding dengan amalan oleh kerajaan terdahulu.

Di Selangor sebagai contoh, pengenalan Freedom of Information Enactment Bill dimomokkan sebagai bukti dan tanda bahawa Pakatan Rakyat adalah lebih terbuka dalam semua hal dan tidak menyorokkan apa-apa maklumat daripada pengetahuan rakyat.

Bagaimanapun, dalam isu penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam yang dikesan berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama, Khalid Gagap mengarahkan semua ahli Exconya menutup mulut!!!!

Eh, apasal nak kena tutup mulut pulak?

Rakyat di serata Malaysia menanti dengan penuh minat apa yang sebenarnya berlaku disitu.  Dari laporan akhbar yang diperolehi, ada yang kata majlis makan malam aka berbuka puasa.dan ada yang kata majlis keagamaan

Paling mengejutkan penulis, diantara orang Islam yang hadir pulak dipetik mengatakan itu aktiviti gereja sebagai balasan bantuan yang diberikan mereka kerana mereka ibu tunggal, tiada yang dapat membantu.  Tapi dakwanya masih kekal beragama Islam.

Dalam hal ini siapa yang lebih arif dan dinanti makluman mengenainya kalau tidak pimpinan kerajaan negeri, dah kalau depa pun mulut kena tutup, siapa pulak yang nak dirujukkan perkara ini.  Polis dalam hal ini hanya membantu operasi yang dijalankan JAIS – agensi dibawah kekuasaan negeri Selangor.

So tak boleh nak rujuk kepada pihak polis.

Kita semua nak tahu, penulis juga nak tahu, apa sebenarnya yang berlaku?  Bagaimana negeri yang ‘berkebajikan’ macam Selangor tapi ada antara orang Islam yang terpaksa meminta bantuan dan perlindungan daripada gereja?

Apa jadi Baitulmal Selangor, apa jadi Zakat, apa jadi JKM?  Kenapa mesti sampai minta bantuan gereja?  Semua ini memerlukan penjelasan dari kerajaan Negeri.

Jadi kita secara rasmi persoalkan kewajaran Menteri Besar mempromosikan keterbukaan di satu pihak tapi di kalangan anggota pentadbiran mereka sendiri, Menteri Besar gagap mengamalkan dasar tertutup?

Alasan nak menyembah kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor itu bukan alasan.  Menghadap, bila-bila pun boleh, tanggungjawab kepada rakyat ini yang lebih utamanya.  Penulis rasa ramai orang Islam tertutamanya berasa kesal dan malu dengan tindakan segelintir saudara mereka di Selangor yang sanggup menggadai akidah demi bantuan yang tidak seberapa.

Kenapa jadi begitu dan apa tindakan kerajaan negeri?

Tambahan pula kerajan Selangor bertopengkan Khalid Samad adalah pihak yang paling kuat mahu perkataan Allah swt digunakan di dalam gereja.  Semua ini kalau tak dijelaskan dengan segera hanya akan menimbulkan kesan yang tidak baik kepada keselamatan negara sebab ia secara jelas mencabul perlembagaan Malaysia dalam hal menyebarkan agama bukan Islam dikalangan orang Islam.

Para blogger projek RM 10 juta Pakatan nak cover macam mana pun majlis tu, tetap persepsi rakyat ialah itu adalah majlis keagamaan sebab dibuat dalam bangunan kgereja, dan bila ada orang Islam menyertai, ia sudah menjadi majlis nak memurtadkan orang Islam.

Kononnya juga ada yang kata tindakan Khalid ni bagi mengelakkan pertembuan sesama sendiri para Exconya.  Untuk pengetahuan, separuh ahli Exco Selangor adalah terdiri daripada orang Kristian manakala separuh yang lain itu walaupun beragama Islam tapi dari jenis yang taksub kepada wang dan kuasa sehingga sanggup gadai apa sahaja.

Jadi faham sajalah siapa yang akan menang dalam isu ini nanti ddan siapa pula yang bakal terkorban.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 01:40 PM | Show all posts
Seronok sungguh Khalid Samad “belasah” Hasan Ali…

Seperti yang dijangka, orang yang paling seronok dengan insiden serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) ialah Khalid Samad. Awal-awal pagi lagi dia sudah memberi kenyataan akhbar mem”balun tak hengat” terhadap Hasan Ali. Sudah diduga, Khalid Samad yang sememangnya musuh Hasan Ali di dalam Pas Selangor itu tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menamatkan riwayat karier politik mantan Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

Pagi tadi, mungkin sudah dirancang sebelum subuh lagi, Khalid Samad menyelar Hasan Ali. Kononnya, dia menjauhkan kenyataan Hasan Ali dari kepimpinan Pas Selangor. Dalam ertikata lain, kenyataan Hasan Ali telah dipulaukan ekoran tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor itu mempertahankan tindakan JAIS terhadap gereja tersebut.

Khalid juga mempersoalkan sama ada benar atau tidak Hasan Ali punya bukti untuk bertindak sedemikian terhadap gereja tersebut. Dia cabar Hasan Ali untuk kemukakan bukti tersebut. Khalid berhujah, hanya Hasan Ali seorang saja yang mendakwa bahawa “majlis tersebut bertujuan untuk memurtadkan umat Islam”, sedangkan JAIS hanya mendakwa “ada bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam”.

Persoalannya, apakah bezanya “usaha memurtadkan umat Islam” dan “menyebarkan agama bukan Islam terhadap umat Islam”? Hasil dari usaha memurtadkan umat Islam ialah “seorang muslim keluar dari agama Islam” dan hasil dari “penyebaran agama bukan Islam terhadap umat Islam” juga menyebabkan “seorang muslim keluar dari agama Islam”. Hasilnya sama. Khalid Samad buta hati sangat ke?

Yang paling mahalnya, Khalid Samad berkata…

“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan Jais dan mesyuarat dewan (harian) bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.”

“Kita simpan komen akhir”? Komen akhir apa tu? Komen maut sebagai lambaian terakhir kepada Hasan Ali di dalam Pas? Komen akhir untuk menamatkan riwayat Hasan Ali dalam barisan Exco Kerajaan Negeri? Nampak sangat Khalid Samad ada niat busuk di dalam hatinya terhadap Hasan Ali! Busuk perut! Lebih busuk dari bau bangkai. Dalam bulan Ramadhan pun dia tak boleh kawal busuk hatinya itu..!!!

Yang peliknya, Khalid “Gereja” memberikan kenyataannya kepada Malaysian Insider! Manakala di Harakah Daily, tidak timbul langsung berita Pas Selangor atau Khalid Samad menghentam tindakan Hasan Ali itu. Apakah Khalid Samad fikir Pas Pusat setuju dengan tindakannya menghentam rakan separtinya itu melalui media? Apakah Khalid syok sendiri?

Sementelah itu, saya melihat komen-komen di Malaysiakini berkenaan isu ini jelas menunjukkan rata-rata penyokong dan penganut agama Pas membela Hasan Ali dan mengecam Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan konco-konco DAP mereka. Akar umbi pun tahu menilai. Tapi Khalid Samad kononnya terlampau advance pemikiran liberalnya, sanggup membelakangkan kepentingan aqidah agama umat Islam berbanding motif politiknya.

Itulah rupa bentuk Khalid Samad. Saya tidak tahu apakah dia merupakan “syaitan” dalam bentuk manusia di bumi Selangor. Setahu saya, syaitan dan iblis dirantai serta dihalang untuk menggangu puasa umat Muhammad SAW. Tapi nampaknya dengan ketiadaan syaitan dan iblis laknatullah, Khalid Samad dan Khalid Ibrahim tampil untuk mengambil peranan syaitan dan iblis tersebut…!!!

Wallahua’lam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 01:42 PM | Show all posts
ha ha lawak la korang neh...

aku harap parti2 obsession korang memperuntukkan elaun2 utk korg yg gigih bersusah payah memperjuangkan politaik...opps..i mean politic parti masing2 tanpa mengira platform...

nnt nak raya try2 la mintak baju melayu selai...kaler ikut kaler parti..merah ka...biru laut ka...hijau ka...
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 01:49 PM | Show all posts
Arkib Arkib Agenda Daily Berita Muka Hadapan Muka Hadapan Isu serbu gereja: Tiba-tiba PAS jadi gelabah...
Isu serbu gereja: Tiba-tiba PAS jadi gelabah...

    Sabtu, 06 Ogos 2011 05:20
    HELME HANAFI


Apa pendirian rasmi PAS  dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu malam  ?

Kalau kita ikuti isu ini, pemimpin PAS macam berbalah sesama sendiri, ada yang sokong, ada yang marah habis macam Timbalan Persuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad.

Dan tidak kurang menarik juga adalah kenyataan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggunakan bahasa kiasan macam takut-takut hendak ambil sikap.

Hinggakan kalau kita baca kenyataannya sampai sudah, kita tertanya-tanya, apa sebenarnya pendirian PAS pusat, sokong atau tidak tindakan JAIS buat pemeriksaan pada gereja itu setelah dapat maklumat ada aktiviti sebar agama lain kepada orang Islam.

Mungkin PAS terperangkap antara hendak undi golongan bukan Islam di negara ini serta dasar parti yang sudah berakar umbi di kalangan penyokong-penyokongnya.

Fakta kes kalau ikut kenyataan akhbar Exco agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali, mudah, Jais dapat laporan terdapat pengucapan awam di gereja itu dan ada orang Islam di dalamnya.

Kata Hasan Ali, “di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.”

Dan juga “Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.”

Jika itu benar, maka terang-terang perbuatan tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menghalang agama lain disebarkan kepada penganut Islam di negara ini.

Jadi PAS yang sepatutnya memperjuangkan Islam seperti nama partinya, jadi gabra pula dalam bab ini.

Hendak sokong tindakan JAIS pun takut, tak sokong pun takut...semuanya demi undi.

Sebab itu kalau kita baca Harakahdaily yang menjadi media tradisional penyokong PAS, kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pagi Jumaat yang belasah kaw-kaw Hasan Ali tidak disiarkan.

Khalid terang-terang marah berikutan pemeriksaan ke atas gereja itu antara lain kata, tindakan “masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran” ke tempat suci tersebut haruslah dielakkan,”

Kenyataan Khalid itu disiarkan dengan meriah sekali oleh media pro pembangkang kecuali Harakah.

Mungkin takut backfire di kalangan penyokong sendiri kot.

Begitu juga kenyataan Lim Kit Siang yang dakwa Hasan Ali sudah ‘ menyimpang’ dari kerajaan negeri.

Sebab makin ramai yang perasan, sejak PAS bersama Pakatan mentadbir beberapa negeri ini, parti itu jadi malu-malu hendak perjuangankan hal-hal yang berkaitan kesucian agama Islam.

Tengok saja kenyataan Tuan Ibrahim dalam isu JAIS buat pemeriksaan ke atas gereja ini, “Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu dan janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah,”

Jadi apanya? Bagi kita yang faham sekali lalu maksudnya, pemeriksaan JAIS itu barangkali pada PAS “mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu,”.

Kalau itulah hujahnya, maknanya selepas ini jika ada  ‘ tipoff ‘ aduan terhadap aktiviti jenayah di sebuah rumah, jadi logiknya, polis jangan percaya dulu, anggap itu fitnah dan siasat lanjut dan jangan serbu dulu… begitu?

Sementara hendak siasat segala macam sempatlah penjenayah ‘ raya sakan’ dan lari dulu.

Menurut Hasan Ali, JAIS kena tunggu sejam, baru boleh masuk ke gereja, kerana penganjur utama tidak benarkan.

Kalau ikut ceritanya nampaknya bukannya JAIS main serbu rempuh saja, ikut peraturan juga tu, hinggalah ada yang hendak lari ikut pintu belakang, tapi berjaya ditahan oleh JAIS.

Soalnya kalau tidak buat salah kenapa hendak lari?

Kesimpulan kedua Tuan Ibrahim pula, “janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah,”

Maksudnya dalam bahasa mudah ikut kes ini adalah, orang Islam jangan buat aktiviti di gereja, sebab boleh undang fitnah.

Kata Tuan Ibrahim, “keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campurtangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan,”

Mana satu yang betul ini, hendak cegah ke tidak?

Rasa-rasanya sementara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim suruh semua exconya jangan bercakap soal ini kepada media, penyokong PAS kena duduk muhasabah balik.

Betul ke sokongan mereka kepada PAS membawa makna menaikkan syiar agama, atau sebab kuasa dan lebih takut hilang undi.-5/8/2011-OLEH HELME HANAFI
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 01:50 PM | Show all posts
Serbu gereja : Apa sudah jadi Khalid Ibrahim bercanggah dengan Hasan Ali...

Isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Rabu malam  ketika berlangsung majlis yang dikatakan makan malam muhibbah yang turut dihadiri oleh 12 orang Islam semakin jelas.

Di satu pihak Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim  dari PKR menyuarakan rasa kesal atas kejadian itu sebaliknya Exco Agama Datuk Dr Hasan Ali dari PAS  mempertahankan tindakan JAIS.

Mereka yang mengikuti isu ini dari awal mendapati ada usaha untuk mencetuskan kemarahan kepada Barisan Nasional di mana ada portal pembangkang mendakwa ia mungkin dijalankan atas arahan Putrajaya.

Gelagat ini sudah menjadi kebiasaaan kebelakangan iniapa bila ada ada sesuatu yang dirasai boleh mencetuskan rasa marah orang Kristian.

Serbuan oleh pihak JAIS dan polis itu dibuat pada jam 10 malam.

Penganjur berang kerana mendakwa majlis makan malam itu diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bernada  macam orang nak minta maaf saja berkata menerusi satu kenyataan  beliau secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

Katanya beliau telah minta JAIS menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

Menteri besar menegaskan bahawa kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Dr Hasan pula dalam kenyataannya menegaskan, pemeriksaan itu dilakukan selepas JAIS mendapat bukti adanya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini pada majlis berkenaan.
Beliau memberitahu ada 12 orang Islam menghadiri majlis berkenaan.

Mereka tidak ditahan tetapi  akan disiasat di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang memperuntukkan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

"Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

"Semua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di bahagian penguakuasaan JAIS untuk siasatan lanjut," jelasnya.

Dalam pada itu, Hasan menjelaskan anggota penguat kuasa JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

Menurut beliau penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Beliau berkata pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “Quran” dan “pray” diselitkan pada ucapan di majlis itu.

“Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.-4/8/2011
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 01:51 PM | Show all posts
Serbu gereja: Khalid arah semua exco tutup mulut....

    Khamis, 04 Ogos 2011 23:06
    Administrator

    * Email
    * Cetak
    * PDF

altKEMASKINI Malu dilihat 'berlaga angin' dalam kerajaan sendiri, MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Jumaat mengarahkan semua exconya berdiam mengenai isu serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya.

Khalid yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, beliau juga akan menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat berhubung tindakan JAIS dalam operasi melibatkan Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya itu.

Beliau juga masih menunggu laporan daripada JAIS untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, kata Khalid lagi dalam satu kenyataan hari ini.

"Sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang daripada membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

“Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut," katanya lagi yang mahu supaya golongan yang terkesan dalam operasi berkenaan mendapat keadilan.

“Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat,” katanya lagi.

Beliau turut menyeru rakyat meneruskan semangat keharmonian, hormat menghormati dan tolerasi antara agama yang telah wujud sejak sekian lama di negara ini.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu gereja terbabit selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam yang ucapannya ada diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 -5/8/2011
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 01:53 PM | Show all posts
Saturday, August 6, 2011
SelangorKu: Paderi Didahulukan JAIS Dibelakangkan
Petikan dari malaysiakini

    Kerajaan Selangor memandang serius kejadian di mana polis dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam muhibbah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya, malam tadi.

    Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara peribadi telah menghubungi Paderi kanan DUMC, Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

    "Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

Itulah sikap seorang ketua kerajaan yang beragama Islam di negeri Selangor.

Sepatutnya dia perlu terlebih dahulu mendapatkan laporan dari JAIS yang juga agensi di bawah pentadbirannya, kemudian barulah dia hubungi paderi berkenaan.Kalau JAIS salah barulah dia nyatakan kekesalan atau minta maaf.

Tapi dalam hal ini suasana sudah menjadi terbalik hanya semata-mata hendak jaga dan hendak kejar undi dari kristian dan juga kerana takutkan DAP.

Saya tak mau mengulas panjang-panjang. Sekarang semuanya telah terbukti depan mata kita. Fikirkan sendiri apa akan jadi kepada kita sekiranya mereka-mereka memerintah negara ini kelak.

Politik mereka sudah melebihi had dan batasan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 01:59 PM | Show all posts
di bulan ramadan yang mulia ni,terdedah wajah sebenar parti pas,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2011 02:00 PM | Show all posts
Saturday, August 6, 2011
Acara buka puasa, tapi mula dengan nyanyian dan tarian
Berikut adalah kenyataan rasmi dari Dato Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Islam:

    Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

    Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

    Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

    Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

    Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

    Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

    Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

    Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.


Sementara itu, petikan tulisan Bigdog sini memberi sudut dan butiran maklumat tambahan:



    JAIS have had observe this particular church and other churches on activities ‘befriending’ Muslims. These churches were said to be very generous in providing a lot for the unfortunates which include Muslim single mothers and those who are in dire financial status. And the conveniently but continuously organise social events and these Muslims are invited and treated well.

    In the case of DUMC, the venue of the event was kept ‘hush-hush’ until a few hours before its started. It was organised in a suspicious manner where the attendees wore Muslim friendly attire like Baju Kurung for a social meet at a church. Even though it was said to be ‘Buka Puasa’ event, it was said that the itinerary started with songs and dances at 7:15pm.

    JAIS Officers arrived and entered the church at 945pm. They had a report about an event as part of a process to proselytise Malay Muslims. When they tried to enter into the church main hall and do their investigation, they were stopped by a woman by the name of Sofia. They negotiated to enter and that took at hour. It was said during that time, one of the JAIS Officers heard in one of the lecture was about a Muslim and was talking about the beauty of Christianity, which was thought to be very peculiar.

    The JAIS Officers maintained that they need not a warrant to do an investigation and enter a premise, as per provisions made in the Syariah Criminal Enactment of the State Constitution.

    By the time the managed to enter the main hall, the found some of the evidence like literature were destroyed and they were stopped from going through the rubbish. A pocket-size digital device which has a recording of bible both in English and Malay was also said to be discovered. After questioning the audience, twelve of them were found to be Muslims and their particulars taken.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 02:02 PM | Show all posts
ari ni allah tunjukan adakah mereka akan mempertahankan agama ataupun mempertanhakn undi demi politik..mana lobai2 yang hudud ke ulu ke ilir,hukum allah ke ulu ke ilir,tak berani nak masok ka tread nieh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 02:04 PM | Show all posts
Post Last Edit by Anak_Nogori at 7-8-2011 14:08

Posted by The Unspinners at 11:28 AM 0 comments
PAS relakan murtad demi politik
Pendedahan yang dibuat:

    Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau 'bawah tanah'


    Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

    Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.


    Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

    Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka. - Metro


Isu gereja digeledah di Damansara Utama terus mendapat perhatian orang ramai. Dalam hal ini, parti PAS terperangkap dengan permainan sendiri apabila ada pihak dalam PAS yang mengkritik menghina JAIS dan Hassan Ali.

Dan sekarang., pihak tersebut terdiam bisu kerana isunya lebih berat dan tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana orang Islam di dalam negara ini!

Yang benar dan hak wajib kita pegang dan pertahankan!

Di bawah adalah artikel Ustaz Ridhuan Tee yang turut menyatakan kebimbangan beliau tentang isu murtad Dan gereja di Damanasara Utama. Di antaranya :-

    Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku..

    Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah.

    Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

    Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.


    Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

    Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

    Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal.

    Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

    Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

    Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

    Sekarang ...

       1. Dimanakah pendirian media alternatif pro-pembangkang yang dari mula lagi telah menyelar dan mengutuk tindakan Dr Hassan Ali itu?

        2. Apakah mereka, pemimpin, ahli dan penyokong PAS yang lain mahu menyokong Hassan Ali atau Khalid Samad?

        3. Dalam hal ini, kenapa tindakan Hassan Ali itu dihina dan dikritik oleh PAS sendiri?

        4. Apakah PAS tidak kisah berlakunya aktiviti 'memurtadkan' orang Islam?

    Sungguh pelik dan amat memalukan apabila terdapat blogger pro-pembangkang yang terus menghentam Hassan Ali tanpa usul periksa. Dan sekarang, siapa yang malu?

    Dan isu kontroversi ini yang membimbangkan kita apabila isu kalimah 'Allah' timbul dulu. Isu ini adalah klasikal kepada permasalahan yang timbul apabila kita tidak tegas menangani isu tersebut.

    Salah siapa?

    Yang pasti, Anwar dan kepimpinan PAS seperti Nik Aziz yang merelakannya!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2011 02:11 PM | Show all posts
Pujuk cara halus
Oleh Abdullah Wahab, Muhammad Apendy Issahak dan Yusliza Yakimir Abdul Taib
[email protected]


BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan.

KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.


Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

http://www.hmetro.com.my/articles/Pujukcarahalus/Article
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.148417 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list