a. _ e _ u _ _ _ a _ u _ i _ a
~ rebung madu tiga b. _ u _ _ a _ _ a _ _ _ e _ a _
~ durian daun lebat c. a _ a _ _ e _ u _ _ e _ u _
~ acar telur rebus d. _ i _ a _ _ e _ u _ _ a _ a _
~ kicap telur dadar e. _ o _ i _ a _ _ a _ _ i _ i
~ roti bantal gigi
sfhzuraz posted on 17-10-2014 02:38 PM
~ SOALAN 12 ~
lada hitam
~ SOALAN 12 ~
lada hitam
jintan halus
jintan kasar
ini maksudnya jintan manis dan jintan putih kan?
ketumbar
bawang putih
Di atas adalah sebahagian resepi sejenis makanan...
i - Apakah nama makanan tersebut...? DAGING HITAM MANIS BEREMPAH
ii - Lengkapkan resepi di atas...
300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan
bahan A
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nak lebih pedas
~~~~~~~~~
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 bj cili merah ~ dihiris
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
minyak
~~~~~~~~~ bahan B
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis
~~~~~~~~~ cara-cara memasak
Gaul daging dengan bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dari bawang besar dan cili merah.
Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yang dah diperap tadi.
Kacau-kacau daging dan goreng lebih kurang 10 minit hingga air daging keluar.
(Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tapi kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air untuk mengempukkan daging)
Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering.
(bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu)
Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
Kacau sekejap dan boleh dihidangkan panas-panas.