|
tekezut iols pepagi ada yg tersampuk jinifrit... gulppppp
|
|
|
|
|
|
|
|
xAthenax replied at 15-8-2015 01:25 AM
yang macam botol shampoo vosene tu ke?
SYORGGGAAAA WANITAAAAAAAAAAA
Hahaha...syampu vosene ada lagi ke produk dia skrg kak thena....dah jadi antik tu hihi... |
|
|
|
|
|
|
|
ada persamaan tak?...
VO5 ni rebranding Vosene ke?..
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 replied at 15-8-2015 08:30 AM
ada persamaan tak?...
VO5 ni rebranding Vosene ke?..
A'ah mcm tu la bentuk botol vosene circa 70an dulu.. Antiknya hihihi....Rebranding ke...entah ye tak tau pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
nhuser replied at 15-8-2015 08:35 AM
Eh, sama eh hahaha
Entah ye...akak bukan pakar kuih talam...hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya tak sama lah....kuih talam atas bawah tepung kan?...
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 replied at 15-8-2015 08:40 AM
rasanya tak sama lah....kuih talam atas bawah tepung kan?...
Agaknya kot...akak kurang suka kuih lembik2 ni...pandai org melayu dulu2 cipta peribahasa kan...talam 2 muka..dah la bermuka2 lembik pulak tu hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya talam kacang merah
|
|
|
|
|
|
|
|
peribahasa ini lagi hebat....sgt sesuai dgn zaman kini...
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 replied at 15-8-2015 08:47 AM
kuih talam ada mcm2 jenis...talam keladi...talam pandan...talam kacang merah...
Kalau talam tepung kacang hijau dgn talam suji akak mkn juga...ok la sedap juga...talam ubi pun ok tp salah mkn angin...btw akak nak tanya La Cucur kat klcc tu bisnes siapa ye melayu ke cina...pernah beli talam kat situ ...ok la juga |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 replied at 15-8-2015 08:52 AM
peribahasa ini lagi hebat....sgt sesuai dgn zaman kini...
Wah pandai budak zaman skrg ni meng upgrade kan makna2 kuih ye..advance tu hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
achikkkk... sedapnyaaa kuih seri muka tu...my fav!
|
|
|
|
|
|
|
|
Good morning ...amboiii....banyaknya kuih... act ai kuih talam aka serimuka ni ai xleh nak telan sbb trlalu lembut..bukan kuih ni je..kuih lapis kuih kaswe.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by achik2009 at 15-8-2015 09:12 AM
baca artikel ini...
La Cucur, warung tengah kota
SALWANI MD ZAIN & FOTO: ROSLI TALIB
20 Januari 2014
BUKAN suatu yang mustahil apabila sepotong kuih dijual pada harga RM1.20 di tengah kota terutama di dalam premis pusat membeli-belah seperti KLCC. Lebih istimewa, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis kuih tradisional seperti di kampung sendiri setiap hari.
Kuih tradisional yang mungkin sukar dihidangkan di tempat lain, kini boleh dinikmati dalam rasa asli seperti hasil air tangan ibu di kampung. Itulah istimewanya menu dan kuih-muih yang disajikan La Cucur. Lokasinya, di kawasan tumpuan ramai seperti KL Sentral, KLCC, Bangsar Village dan bangunan CIMB Jalan Tun Perak.
Warung popular itu sering dikunjungi ramai saban hari dan sesak terutama waktu pagi dan tengah hari bagi menikmati hidangan nasi lemak, nasi dagang, mi bandung, laksa johor, soto, manakala kuih-muih seperti bingka ubi kayu, kasui, pulut lepa, seri muka dan kuih lapis.
Dari segi operasi, La Cucur mula menerima kunjungan pelanggan seawal jam 8 pagi hingga 10 malam. Pendek kata, dalam tempoh masa itu, anda boleh menikmati hidangan dalam suasana segar dan stok dibawa masuk pada awal pagi, dan tengah hari yang boleh menampung permintaan hingga ke malam.
Jadi memang berbaloi menikmati hidangan di La Cucur, harganya mungkin berbeza dengan kuih-muih di luar, tapi kenikmatannya jelas terasa.
Tidak salah sesekali menjamu selera di tempat eksklusif. Jika rasanya sedap mungkin peluang kedua menyusul dan jika sebaliknya, cukuplah sekali dan biarlah ia menjadi kenangan.
Soal harga usah difikirkan kerana makan di tempat berbeza, tentu harganya juga berbeza. Namun bagi yang berkeinginan mencuba resipi asli seperti menikmati masakan dari kampung, pujian semestinya meniti di bibir.
Lokasi menarik Singgah Rasa kali ini adalah untuk mereka yang sedang mencari kuih muih tradisional di samping hidangan sampingan dari pelbagai negeri.
La Cucur nama yang dipilih, warung di tengah kota yang beroperasi seawal jam 8 pagi hingga 10 malam setiap hari, melalui beberapa cawangan seperti di pusat membeli-belah KLCC dan KL Sentral dengan perkhidmatan layan diri.
La Cucur beroperasi di bawah pengurusan Pandan Sutera Sdn Bhd yang diketuai Pengarah Urusannya, Datuk Paduka Sharifah Hishmah Shahabudin melalui dapur pusat mereka yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Menurut Sharifah pada awal operasi, memang ada yang memandang sinis dengan harga yang ditawarkan tidak kurang juga yang bertanya dua tiga kali semasa membuat pembayaran.
Namun lama-kelamaan pelanggan boleh menerima keadaan tersebut dan sedar, harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti sajian yang dinikmati.
“Kami hasilkan kuih-muih bukan seperti untuk dijual tetapi lebih kepada masakan untuk makan sendiri. Jadi rasanya juga berbeza berbanding penyediaan secara banyak yang kadangkala menjejaskan kualiti rasa.
"Menu kami mendapat sambutan baik kalangan pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat mahupun pelancong asing,” katanya.
Beliau menambah, premis di KLCC lebih luas berbanding KL Sentral dan cawangan lain. Namun dengan mengamalkan perkhidmatan layan diri, pelanggan bebas membuat pilihan walaupun datang ketika waktu kemuncak seperti pagi dan tengah hari.
“Operasi di KLCC kini mencecah 15 tahun dan cawangan ini sering dikunjungi ramai pada waktu pagi, tengah hari dan minum petang.
"Kami akan menambah menu dalam tiga hingga empat kali sehari. Cawangan ini juga boleh memuatkan sehingga 70 pelanggan dalam satu-satu masa,” katanya.
Lebih 40 jenis kuih
Anak kelahiran Perlis ini berkata, daripada 40 jenis kuih-muih tradisional yang dijual antara yang menjadi pilihan ramai adalah bingka ubi kayu, seri muka dan kuih lapis.
“Tiga menu ini paling laris, kadangkala tak sampai waktu tengah hari sudah habis. Mereka yang selalu membeli, pasti akan membuat tempahan atau datang awal untuk menikmati kuih kesukaan mereka itu,” katanya yang kadangkala menerima tempahan kuih daripada pihak korporat untuk tujuan mesyuarat dan minum petang.
Tambahnya, selain menyajikan kuih-muih, makanan berat seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi tomato, mi kari, laksa johor dan soto turut disediakan. Lain-lain masakan tradisional popular kebanyakan negeri turut disajikan setiap hari.
Pendek kata, tidak perlu ke tempat lain sekiranya rindukan masakan kampung, semuanya dihidangkan di depan mata!
Selain menu tersebut, syarikat dalam perancangan memperkenalkan makanan sejuk beku.
“Sebagai mempelbagaikan menu, kami sedang mencari individu berminat untuk menjadi operator yang memerlukan pelaburan melebihi RM100,000 bagi membuka satu cawangan La Cucur, bergantung kepada lokasi dan saiz kedai,” katanya.
INFO
- Cucur bermaksud kuih-muih mengikut loghat utara, manakala penggunaan ‘La’ adalah untuk menampakkan jenama itu lebih bertaraf antarabangsa.
- Bagi memberi wajah baru kepada La Cucur, syarikat membelanjakan RM200,000 untuk mengubah suai kedai pada 2011 di KLCC.
- La Cucur mempunyai empat cawangan terletak di Bangsar Village, bangunan CIMB di Jalan Tun Perak, KL Sentral dan Suria KLCC, namun cawangan KLCC adalah penyumbang utama kepada jualan syarikat setiap bulan.
- Pada awalnya beroperasi dengan keluasan kedai 68 meter persegi, kini La Cucur diubah suai dengan keluasan 274 meter persegi di pusat membeli belah KLCC.
- www.facebook.com/la cucur KLCC
http://www.sinarharian.com.my/juadah/la-cucur-warung-tengah-kota-1.242346
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 replied at 15-8-2015 09:10 AM
baca artikel ini...
Tkasih achik2009... Akak gugel berkali2 juga nak cari info pasal la cucur ni..tak jumpa artikel ni..terer la achik cepat aje dpt hehe...alhamdulillah ...lepas ni tak perlu was2 lagi...tahniah pada pemilik dia...tempat mkn dia mmg sentiasa penuh...kuih2 dia sedap ..cukup rasa...ada satu kuih ubi tu sedap sgt mcm dia campur nenas..ada byk lagi yg sedap2.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|