|
[Dunia]
Kren Tumbang di Makkah. Summary Tragedi page 1 Update
[Copy link]
|
|
enchikfitz replied at 13-9-2015 04:16 PM
InshaAllah. Biar Allah swt yang adili hamba2Nya. Hanya Dia yang tahu semuanya. Semoga amal dan tak ...
kita doa lah yg baik baik utk mereka kan tiada salahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Insya Allah.
Takziah diucapkan kpd ahli keluarga jemaah haji yg terkorban.
Drp Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan.
|
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga replied at 13-9-2015 11:30 PM
Igt org yg pergi mekah ni x pergi jln2 tmpt lain ke. Ntah2 da habis pusing 1 dunia and da pergi me ...
Kan2? Kdg2 yg suka provok ni konon2 g travel europe best gilaaaaa la sgt belum pnh smpi pun tmpt2 tu. I have known some friends mcm ni. Dok provoke sana provoke sini ujung2 sendu di aldilfitri je. Ckp nk hebat tp habuk pun tarak. Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
KT49 nie kiranya baru smpai sana..
Ya allah sedihnya |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Doakan juga jemaah lain yang hilang tu ditemukan dgn selamat. Hopefully.
|
|
|
|
|
|
|
|
pinkypinkylady replied at 13-9-2015 04:26 PM
Kan2? Kdg2 yg suka provok ni konon2 g travel europe best gilaaaaa la sgt belum pnh smpi pun tmpt2 ...
biasanya camtu la. habuk tarak |
|
|
|
|
|
|
|
Harap yang tiga lagi itu terselamat . Mungkin ada jemaah yg terpisah dan tersesat jalan . Sama sama kita doakan yg terbaik utk mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga mangsa. Semua semua roh yg meninggal ditemparkan di kalangan syuhada. Aaminnn |
|
|
|
|
|
|
|
sofiazara replied at 13-9-2015 08:00 PM
saya setuju..
Thanks sofiazara |
|
|
|
|
|
|
|
pinkypinkylady replied at 14-9-2015 12:26 AM
Kan2? Kdg2 yg suka provok ni konon2 g travel europe best gilaaaaa la sgt belum pnh smpi pun tmpt2 ...
Btul tuh..pusing satu dunia tk sma ngn nikmat p mekah..laen sgt even ms bt umrah..ketenangan hanya Allah je yang taw..kalo pi europe tu besh stkt mata kasar tp ati ttp pk mcm2..pi mekah tenang..rs diri bgitu kerdil dan one day kite pasti akn btemuNya.. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 12-9-2015 10:35 AM
Kematian itu adalah pasti cuma cara matinya shj yg pelbagai. Mati di tanah suci Makkah, mudah2an ...
This comment catched me! |
|
|
|
|
|
|
|
Tragedi Makkah: Keluarga Rohana Ismail pasrah
KOTA BHARU: Keluarga Rohana Ismail, 54, dari Taman Guchil Jaya, Kuala Krai, pasrah dengan berita pemergian mangsa yang disahkan meninggal dunia selepas dilaporkan hilang dalam insiden kren tumbang di Masjidilharam, Jumaat lalu.
Anaknya, Muhamad Hafizan Muhammad Noor, 26, berkata dia mengetahui berita sedih itu daripada ayahnya, Muhammad Noor Harun, 56, melalui panggilan telefon, 15 minit sebelum pengumuman rasmi mengenai penemuan mangsa yang maut akibat tragedi terbabit. "Kami diberitahu bahawa ayah sudah mendapat berita itu sejak 8.30 malam tadi (waktu tempatan) selepas membuat pengecaman mayat di hospital di sana.
"Sejujurnya kami masih lagi dalam keadaan sedih dan sukar untuk menerima pemergian ibu memandangkan kami lima beradik sangat rapat dengan arwah sejak kecil sampai sekarang," katanya yang juga anak ketiga kepada mangsa ketika dihubungi.
Bagaimanapun, Muhamad Hafizan yang bekerja sebagai pereka set di Media Prima, Shah Alam akan mengingati pesanan ayahnya yang menyuruh mereka kuatkan semangat selain terima qada dan qadar pemergian ibunya itu walaupun pahit untuk ditelan.
"Mungkin rezeki ibu pergi dan meninggal dunia di Tanah Suci Makkah. Mayat Ibu akan disemadikan di sana (Makkah) dan arwah nenek juga turut dikebumikan di tempat sama sebelum ini" katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
auntieagony replied at 12-9-2015 02:22 PM
Innalillahiwainnaillaihirojiun.
Semoga yg terkorban ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.
Aamiin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tragedi Makkah: Keluarga Munah Jusoh reda dengan suratan takdir
KOTA BHARU: "Saya terkejut apabila mendapat khabar mak meninggal dunia dalam tragedi kemalangan di Makkah," kata anak Munah Jusoh, Che Halimah Che Muda.
Bagaimanapun, Che Halimah, 45, berkata mereka sekeluarga reda dengan suratan takdir yang menimpa ibunya itu. Katanya, beliau mengetahui khabar sedih itu selepas menonton televisyen pada jam 11.45 malam ini tidak menyangka ibu meninggal dunia akibat kejadian itu.
"Wakil Tabung Haji melawat kami tengah hari tadi, mereka memberi semangat kepada kami dan kami berharap mak terselamat dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Beliau juga menyatakan ibunya begitu teruja untuk menunaikan ibadah haji bersama bapa, Che Muda Che Tahir, 76.
|
|
|
|
|
|
|
|
fuhhhhhh 2 hari akak cuti internet bukan main lagik chuolsss yer!!!
kren jatuh komen kena banned bagaiii...hebak2 chuolssss...terbaekkk dari poremcari...
apa2 hal ahkak angie ucapkan takziah la pada jemaah yg terkorban...
tapi lesson learned pada kak hangie atas tragedi nih ginilah....
manusia nih merancang sebaik2 nya namun ALLAH jugalah yg maha perancang...
so ahkak angie percaya gomen saudi dah lakukan safety measures yg ketat untuk jamaah namun kalo Allah kata kun..maka kun lah!!!!
tayah nak CASH kan orang sangat chuolsss....kita nih kapal MAS 2 ketul satu hilang satu kena tembak tu nak kira acaner plak???? yg hilang lagiklaaaa haghammm tatau apa berita....belum lagik cerita bala jerebu yg berkoyan2 anak2 kawan ahkak masuk sepital...
maka lesson learned yg kedua... muhasabah diri nok...tayah la nak CASH ke OVEFDARFT org sangat...anyway...ribut2 padang pasir nih takla begitu RARE...agak common untuk transition cuaca macam skang ni haaa....ahkak dah biasa dah lalu jenis ribut ala2 citer mummy ni hatta nak amik anak2 balik sekolah jek pon.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kami amat merasa kehilangan emak - Nor Baizura Badri
GAMBAR kenangan Jemaah Haji, Rusiah Suar (tengah), bersama keluar di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya sebelum berangkat ke Makkah. - Foto Yahya Zainuddin.
SUNGKAI: "Kami sekeluarga reda pemergian mak dan mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman." Demikian kata Nor Baizura Badri, 27, anak ketiga kepada Rusiah Suar, 56, seorang daripada lapan jemaah Malaysia yang dilaporkan hilang selepas kejadian tren tumbang di Masjidilharam, Makkah, Jumaat lalu.
Katanya, dia terlalu sedih dengan berita malang itu kerana dirinya dan kakaknya, Nor Haizan, 34, tidak pernah berpisah dengan ibu mereka. "Kami amat merasa kehilangan emak," katanya. Beliau berkata, pada jam 5 petang tadi rumahnya dikunjungi oleh pihak Lembaga Tabung Haji (TH) diketuai oleh Timbalan Pengarah TH Perak bersama Pengurus Tabung Haji Slim River serta tiga pegawai yang lain. Katanya, namun beliau berasa pelik dan tertanya-tanya apabila rombongan sama sama datang semula ke rumahnya jam 8 malam.
"Ketika itu kami sedang menonton televisyen untuk mendengar sidang akhbar oleh pihak TH dan kehadiran rombongan daripada TH (ke rumah) menyebabkan kami sekeluarga mula risau. "Pihak TH kemudian memaklumkan kepada kami bahawa ibu kami meninggal akibat tercedera ketika kren tumbang dan ketika itu kami semua tidak dapat menahan kesedihan.
"Pihak TH turut memaklumkan semua urusan pengebumian jenazah akan diuruskan oleh pihak TH di sana dan berharap kami sekeluarga reda dengan ketentuan Ilahi," katanya. Nor Baizura berkata, ibunya menjadi ibu tunggal selepas bapanya, Badri Saliman meninggal dunia lapan tahun lalu dan sejak itu dia dan kakaknya tidak pernah berpisah dengan ibu mereka. Arwah meninggalkan seorang lagi anak iaitu Nor Haryati, 31, dan anak tiri, Khairulnizam, 44, serta enam cucu.
|
|
|
|
|
|
|
|
anyway..redha tuh redha la jugak..
tapi haruslah kematian itu ada pembelaan...
kena la ada pihak bertanggungjawab..
jangan jadik macam kapal MH17 ari tu
mati sajork hagham takde sapa nak mengaku....
tungguler hasil siasatan yg tatau bila nak sudah...
ke mati kat mekah ngan mati kat ukraine tu skema pahala syahid lain2 chuolsss???? |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur abah selamat - anak Abdul Muluk
IPOH: "Saya sudah hampir mahu menangis tadi kerana terlalu gembira, saya bersyukur teramat sangat kerana abah selamat," kata Abdullah Mubarak Abdul Muluk, 28. Beliau anak kepada Abdul Muluk Ishak, 71, jemaah Malaysia yang dilaporkan hilang selepas kren tumbang di Masjidilharam, Makkah, Jumaat lalu, tetapi disahkan selamat.
Abdullah Mubarak berkata, beliau mengakui gementar ketika menonton siaran langsung sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, sebentar tadi.
"Saya begitu 'suspen' dan gementar terutama ketika Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyerahkan telefon bimbit kepada Menteri yang saya sangka (abah) macam dah tak ada (meninggal dunia) tetapi rupa-rupanya Menteri umumkan abah ditemui di penginapan jemaah Thailand dan selamat.
"Saya lega malah naluri saya sebelum ini kuat mengatakan abah tak ada apa-apa," katanya ketika dihubungi dari sini malam tadi.
Abdullah Mubarak berkata, berita gembira itu juga menyusul selepas ahli keluarga bersama penduduk sekitar rumah mereka di Taman Pantai Wang, Kampung Sungai Batu, Pantai Remis, mengadakan solat hajat di Masjid Al-Kariah Kampung Sungai Batu bagi memohon bapanya dan jemaah lain yang hilang selamat ditemui.
"Ini mungkin berkat solat hajat yang diadakan tadi memohon pertolongan Allah SWT," katanya. Katanya, sehingga kini beliau belum dapat menghubungi ibunya, Embon Ibrahim, 57, bagi berkongsi kegembiraan itu.
"Saya sudah cuba menghubunginya tetapi gagal," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-9-2015 01:35 AM
Awak rasa macam tu sebab awak terlalu fokus apa yang awak suka lakukan.
Tapi awak pernah ke pusing satu dunia melihat ke indahan alam dan melihat kesan kesan sejarah yang mana diluar fikiran awak?
|
|
|
|
|
|
|
|
EJALTI replied at 12-9-2015 10:33 PM
Senior iols dan wifenya kat tempat keja iols bertolak ke Mekah hari. Weols panggil dia uncle. Semoga ...
Aamiin.. Mudah2an... |
|
|
|
|
|
|
| |
|