CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
Post time 2-3-2005 10:44 AM | Show all posts
halu ...citer nie macam slow sikit kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2005 10:49 AM | Show all posts
Jas ingat nak beli cd citer ni. Berapa harga dierr sekarang yek? maklumlah dah lama tak beli cd jepun!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 11:03 AM | Show all posts
Originally posted by jasmine at 2-3-2005 10:49:
Jas ingat nak beli cd citer ni. Berapa harga dierr sekarang yek? maklumlah dah lama tak beli cd jepun!!!



ff:

jas dah tengok filem sepet..best sangat, limau harap jas pergi tengok..!:love:
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2005 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 2-3-2005 11:03:



ff:

jas dah tengok filem sepet..best sangat, limau harap jas pergi tengok..!:love:


dah tengok lah limau.. jas pegi ahad lepas!!! memang best citer ni...
Reply

Use magic Report

iedin This user has been deleted
Post time 2-3-2005 04:48 PM | Show all posts
tgk citer ni buat aku berdebar2 jer...jatuh cinta sesangat ngan citer ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2005 05:37 PM | Show all posts

PRIDE - Period 3 (27/2/2005)

sori lambat...2 hari tak dapat online...

Hyoudo (Koichi Sato) bercakap dengan team Blue Scorpions before practise...dia cakap team tu boleh tahan musim ni, tapi still tak boleh tewaskan Green Monster, jadi Blue Scorpions tak boleh jadi juara...Halu (Takuya Kimura) cakap diorang kekurangan 'pride'...Saeko (Saori Takizawa) 'announce' yg Hyoudo nak masukkan pemain baru dalam team...lepas bacakan 2 nama, Saeko pandang Halu...Yamato (Kenji Sakaguchi) mula jadi panik...

Aki dan Yuri (Noriko Nakagoshi) pulak tengah makan...Yuri persoalkan sebab Aki boleh terlibat dengan 'game' percintaan tu...Aki cuba pertahankan Halu...

Yuri: "Aku mesti nak serius sebab aku tak nak terluka."
Aki: "Tapi agaknya Halu pun tak nak terluka, sebab tu dia jadikan percintaan tu satu permainan."
Yuri: "Jadi dia cuma fikirkan diri sendiri. Agaknya dia memang seorang yg dingin, macam ais."


team Blue Scorpions terkejut bila dapat tau Makoto (Ryuta Sato) yg kena tinggalkan team...Yamato dan Tomo-kun (Somegoro Ichikawa) protes, cakap Makoto masih muda...diorang mintak Halu 'backing' diorang, tapi Halu cakap dia setuju dengan coach Hyoudo...

lepas tu Halu pergi rumah Yamato...Yamato bagitau Halu yg teammates tertanya2 sama ada Halu dengan coach Hyoudo ada perjanjian rahsia...Yamato bagitau Halu yg dia percayakan Halu disebabkan apa yg pernah terjadi masa kat sekolah menengah...Halu pandang semacam je kat Yamato bila Yamato cakap macam tu, jadi Yamato diam...Yamato cakap dia tak jawab bila Yuri telefon dia...dia mengaku yg dia pernah 'kiss' Yuri tapi tu je yg dia pernah buat...

Halu: "Kenapa tak bagitau je yg kau tu bukan anak orang kaya?"
Yamato: "Aku tak berkeyakinan macam kau. Aki-san terima perjanjian kau, tapi aku cuma nak nampak bagus dari pandangan seorang perempuan..."
Halu: "Tapi tu macam mengelakkan diri...kau tu pengecut sebenarnya."
Yamato: "Aku tak nak tengok dia kecewa."
Halu: "Hmm...aku pulak, nak tengok semua rupa pada perempuan yg aku sukai...rupa gembira dia, rupa marah dia, malah rupa sedih dia pun aku nak tengok."
Yamato: "Halu-san tak berani! Halu-san yg sebenarnya penakut...Jangan pedulikan akulah."
Halu: "Siapa yg nak pedulikan kau?"

Halu dengar tapak kaki kat luar koridor...Halu panggil Yamato keluar, dia tau Aki yg balik...kebetulan Aki tengah nak bukak pintu rumah dia ternampak Halu, lepas tu dia nampak Yamato...bila je Yamato nampak Aki, dia terus nak lari masuk rumah tapi Halu dah 'grab' tengkuk dia dan suruh dia 'greet' Aki...

Halu, Aki dan Yamato berborak kat Face Off...Aki terkejut bila dapat tau hal sebenar...dia tanya dah sejauh mana hubungan Yamato dan Yuri...tapi Aki bagitau Yamato yg dia boleh faham kenapa Yamato tak boleh nak 'confess' kat Yuri...Halu pulak macam tak boleh faham...Tomo-kun datang dengan Chika (Megumi)...Halu panggil diorang 'pasangan bodoh'...Tomo-kun bawak Makoto dan yg lain2 untuk bercakap dengan Halu...dua orang lagi team members yg kena tinggalkan team dah 'accept' keputusan coach...tapi diorang rasa Makoto patut diberi lagi satu peluang...

Tomo-kun: "Halu, mesti kau ada sebab kenapa kau tak sokong Makoto...Dah jadi impian Makoto nak main hoki ais bersama kau..."
Halu: (to Makoto) "Kan kau dah capai impian kau? Kau dah sampai had kau. Kita ni pekerja syarikat. Kau masih muda untuk kerja di syarikat. Tempat dalam pasukan dah terhad. Ramai yg tak dapat bermain kecuali kalau ada kekosongan. Bagi mereka tempat kau. Bagi pada orang yg lebih berbakat."

teammates mula protes, ada yg persoalkan motif Halu...ada yg cakap Halu ada perjanjian dengan coach Hyoudo dan sepatutnya Halu yg diberhentikan...Makoto cakap dia akan lebih berusaha keras, tapi Halu serang Makoto...Tomo-kun try halang tapi tak dapat...Halu suruh Makoto bangun...Halu nak Makoto tunjukkan semangat melawan...

Halu: "Siapa yg lebih dahsyat?! Siapa yg lebih dahsyat, aku atau mereka lebih dahsyat?!"

Makoto takut nak melawan...Halu tanya lagi tapi Makoto cuma boleh menangis...Halu mengeluh dan keluar dari bar...Aki kejar Halu...

kat satu restoran, Aki tanya Halu...

Aki: "Sebagai kapten, awak kan kena menyokong ahli pasukan dan menentang coach? Makoto menyanjungi awak. Dia nak jadi macam awak. Macam mana awak boleh pukul dia? Betul kata Yuri. Awak memang dingin macam ais. Saya ingat awak seorang yg bertimbang rasa..."
Halu: "Bertimbang rasa? Bagi perempuan, apa tu bertimbang rasa? Bawakkan beg untuk kamu? Bukakan pintu untuk kamu? Saya tak pernah cakap yg saya ni baik...Saya tak pernah cakap yg saya ni bertimbang rasa."


Aki jadi geram dan nak tinggalkan restoran, tapi dia patah balik sebab dia tak bawak duit nak balik sendiri...sebab dia tengah geram, dia suruh Halu belanja dia makan...

Hyoudo dan Yoko (Yuriko Ishida) berborak kat luar rumah Yoko...Hyoudo bawakkan maklumat pasal kerja tetap untuk Yoko...Yoko beritahu Hyoudo yg Halu nak jaga dia dan Wataru demi Anzai...Halu nak Yoko hidup demi Anzai...Yoko cakap, mesti susah bagi Hyoudo sebab jadi coach Halu lepas Anzai...Hyoudo nafikan dan Yoko puji dia berani...tapi Hyoudo cakap dia cuma ada keberanian...sebelum dia pergi, Hyoudo beritahu Yoko yg dia pun tak nak Yoko jatuh cinta pada orang lain...

pagi yg sama, Yamato kat bilik membasuh...secara tak sengaja, dia terjumpa seluar dalam wanita kat dalam mesin basuh...dia dengar ada orang menjerit dari belakang, rupa2nya tu Aki...diorang mula berborak...Yamato ucap terima kasih kat Aki sebab kejar Halu malam tadi...Aki cakap dia marahkan Halu dan nak bagitau Halu apa yg dia fikir...Yamato cakap mesti Halu gembira...

Halu pulak tengah training sorang2...

Yamato beritahu Aki apa yg pernah jadi masa sekolah menengah...

Yamato: "Halu jadi kapten masa tu. Prestasi pasukan kami agak baik dan mungkin kami boleh jadi antara yg terbaik dalam kejohanan tu...Tapi masa kem musim panas, Halu suruh kami berlatih tanpa henti. Sesetengah dari kami tak tahan dan dibawa ke hospital. Sekolah dan PIBG dapat tau, jadi Halu nak bertanggungjawab dan tarik diri. Masalahnya, tak ada siapa pun yg sokong dia. Dia keseorangan."

Yamato: "Tapi saya pernah nampak Halu berlatih seorang diri sehingga lewat malam, bila semua orang dah letih dan tidur. Masa tulah saya sedar yg Halu nak pasukan jadi juara. Saya rasa, Halu dah dapat pengajaran masa tu. Sebab tu dia lebih suka bersendiri. Sebab tu jugalah, saya rasa ada sebabnya dia bertindak begitu pada Makoto. Dia bukannya sedingin yg disangka. Dia tak pernah salahkan sesiapa masa dia disingkirkan. Sebab tulah saya berterima kasih pada awak."
Aki: "Saya rasa, masa tu bukan Halu sorang je yg tarik diri."
Yamato: "...Itu sebab yg lain. Saya sebenarnya tak sukakan hoki ais."


Aki beritahu Yamato tak perlu cakap perkara yg sebenar pada Yuri...sebagai kawan, dia pun nak Yuri berubah...Aki harap Yamato boleh ubah pandangan Yuri...

[ Last edited by whitedove on 2-3-2005 at 05:38 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2005 05:38 PM | Show all posts

sambungan Period 3...

Hyoudo bercakap dengan Halu kat locker room...Hyoudo cakap, kalau dia cemburukan Anzai, Anzai pulak cemburukan Halu...Hyoudo cakap Halu lebih berbakat dan ada sesuatu yg Anzai tak ada...Hyoudo tak nak Halu jadi macam Anzai...Halu cakap dia tak pernah terfikir pun nak menandingi atau jadi macam Anzai...masa ni team members masuk locker room...diorang mintak Hyoudo bagi Makoto lagi satu peluang...Hyoudo setuju, kalau dalam 'game' seterusnya Makoto boleh buat satu 'assist' (bantu jaringkan gol), Makoto boleh terus berada dalam team...Halu macam terkejut dengan tindakan Hyoudo...

hari tu Aki tunggu kat jambatan perpisahan macam biasa...

Halu pergi melawat Yoko...Yoko cakap Halu ada persamaan dengan Hyoudo, jadi kalau Halu tak suka Hyoudo, maknanya Halu tak suka diri sendiri...Halu mengaku yg dia memang tak sukakan diri dia sendiri...bila Yoko tanya kenapa, Halu cakap agaknya sebab dia seorang yg dingin...

Aki tengah nak tinggalkan jambatan bila tiba2 dia dengar suara sorang lelaki panggil dia...perlahan je Aki pusing nak tengok siapa yg panggil dia, dia nampak Halu dari sebalik tiang tengah jambatan...

Yamato jumpa Yuri kat bar...Yamato tak jawab panggilan telefon Yuri, jadi Yuri sangka Yamato nak tinggalkan dia...bila Yuri nak tinggalkan bar, Yamato halang dia...Yamato cakap dia akan balas cinta Yuri kalau Yuri nak, dan kalau Yuri betul sukakan dia...

Aki masak something untuk Halu kat rumah dia...Aki mintak maaf sebab cakap Halu 'dingin'...Halu agak Yamato bercerita kat Aki lagi...

Aki: "Apa yg awak buat adalah untuk pasukan, tapi akhirnya awak keseorangan."
Halu: "Ping pong pang pong...Ini adalah jabatan anak yg hilang. Adik Satonaka-kun keseorangan lagi."
Aki: "Awak dah dapat pengajaran, jadi mesti ada sebab apa yg awak buat pada Makoto."
Halu: "Tak ada sebab. Cuma...saya tak suka orang pemalas dan pengecut. Saya benci orang yg tak nak buat sedaya upaya. 'Saya gembira dengan diri saya sekarang', itu cuma alasan bagi orang yg tak nak mencuba. Orang2 macam ni cuma tahu cemburukan orang yg berada di atas. Merungut, mengeluh...tak nak cuba bersungguh2, berseronok, minum arak...Selalu berputus asa bila dah sampai tengah jalan. Orang macam ni buat saya geram."


Makoto dan team members yg lain masa ni tengah minum arak dan berseronok kat Face Off, tapi Makoto tak nampak gembira...

Halu: "Masa kat sekolah menengah dulu, saya cuma nak bagi pengajaran pada mereka. Saya tak kisah keseorangan. Lagipun susah nak sehaluan dengan orang2 yg macam ni."
Aki: "Macam mana dengan Makoto?"
Halu: "Pasukan tak perlukan orang macam dia."
Aki: "Tapi tak semua orang boleh jadi nombor 1!"
Halu: "Itu saya tahu. Tapi apa yg saya nak cakap, mereka tak sepatutnya berhenti mencuba...cuba sehingga melebihi had diri sendiri. Orang macam ni barulah ada perasaan hormat pada orang yg berada di atas sebab diorang tahu kesusahan yg dialami."
Aki: "Begitu ke maruah awak? Kalau macam tu, tak ada orang yg akan bersama awak."
Halu:"...Ini ada satu pengumuman. Ada sesuatu yg sedang hangus."

Makoto dah habiskan bir dia dan mula nak tinggalkan Face Off...

Yamato dan Yuri pulak kat satu bilik hotel...Yamato peluk Yuri...

awal pagi esoknya, Halu sampai kat gelanggang latihan dan terjumpa Aki yg tengah menunggu dia...diorang berjalan ke locker room...Halu masuk dulu dan ternampak sesuatu, terus dia berhenti kat pintu...Aki jengah ke dalam locker room dan nampak Makoto tengah menangis teresak2...Halu berdiri je kat pintu dengan fikiran yg terganggu...Aki hulurkan tangan dan genggam tangan Halu...

kemudian kat ofice, Aki dan Chika perasan yg Yuri takde kat meja dia...Aki beritahu Chika yg Halu kejutkan dia kat jambatan perpisahan...

Aki: "Yang peliknya, aku rasa lega dan bukannya kecewa bila tahu itu sebenarnya Halu. Aku ingat, aku akan gembira bila dia dah balik, tapi semasa aku berdiri kat situ, aku berharap yg dia tak akan balik secepat tu."
Chika: "Siapa suruh kau terlibat dalam permainan ni? Aku takut, kau yg akan terluka teruk nanti."


kat locker room, team Blue Scorpions tengah bersedia untuk 'game' hari tu...Halu bagi isyarat kat Yamato untuk kumpulkan team members, tapi takde yg bagi respon...ahli pasukan beritahu Halu yg diorang dah tak anggap Halu sebagai kapten dan diorang nak Tomo-kun gantikan Halu...Yamato nak protes tapi Halu cakap, itu mungkin sesuatu yg baik dan terus tinggalkan locker room...bila semua orang pun nak tinggalkan locker room, Makoto tiba2 je menjerit...

Makoto: "Kenapa aku tak tahu? Kenapa tak ada orang yg beritahu aku?!"
Tomo-kun: "Ini untuk kebaikan kau jugak..."
Makoto: "Apa yg korang tahu?! Korang tak tahu apa pun! Cuma Halu-san dan coach je yg perasan...diorang je boleh nampak betapa takutnya aku! Pemain pasukan lawan menyerang macam jentolak. Lepas tulang aku patah 6 bulan yg lalu, aku jadi takut nak main. Halu-san dan coach nampak keadaan aku. Kaki pun aku tak dapat gerak, aku langsung tak boleh buat apa2! Aku sukakan hoki ais, tapi aku dah jadi takut nak main!"

Makoto dah mula menangis...yg lain2 cuma mampu senyap je...

Makoto: "Macam mana kamu semua boleh cakap macam tu pasal Halu-san?! Kamu kan pernah nampak macam mana Halu-san berlatih seorang diri? Orang biasa tak mampu buat macam dia! Orang lain akan menjerit atau pengsan. Macam tulah pentingnya hoki ais pada dia! Tak ada siapa yg lebih sayangkan hoki ais melainkan dia! Siapa cakap dia tak layak jadi kapten? Kamu semua yg sepatutnya sedar diri!"

perlawanan sangat sengit...lepas second period Blue Scorpions dah leading 3-2...dua org lagi team members yg kena berhenti dari team pun ada kat grandstand tengok perlawanan...Yuri akhirnya sampai ke grandstand...Yuri cakap dia kesiangan, Aki dan Chika dapat agak yg Yuri dah bermalam dengan Yamato...

kat locker room, coach Hyoudo ingatkan Makoto yg third period adalah peluang Makoto yg terakhir...sebelum tinggalkan locker room, Halu dan Hyoudo pandang satu sama lain...

masuk third period, pasukan lawan dah dapat catch up...Makoto ke depan untuk halang pemain lawan, tapi at last dia stop dan mengelak...Halu masuk balik ke gelanggang, dan lagi sekali dia pandang Hyoudo...Makoto try nak halang sorang pemain lawan tapi dia pulak yg ditolak ke tepi...pemain lawan tu suruh dia jangan halang laluan...Makoto jadi takut, tapi bila dia tengok pemain lawan tu, dia teringat kata2 Halu, "Siapa yg lebih dahsyat?! Siapa yg lebih dahsyat, aku atau mereka lebih dahsyat?!" Makoto akhirnya sedar yg dia lebih takutkan Halu...dia jerit pada pemain lawan tu yg Halu lebih menakutkan...Makoto tolak pemain lawan ke tepi...bola hoki berhenti dekat dengan Makoto...Yamato jerit pada Makoto suruh tengok Halu...Makoto nampak Halu dan pukul bola tu ke arah Halu, tapi bola tu stop dekat pemain lawan...however, Halu berjaya rampas balik dan try nak hantar bola pada orang lain, tapi takde satu pun yg 'free'...akhirnya Halu decide nak bertindak sendiri...dia berjaya tembusi 3 orang pertahanan lawan...Halu pusing belakang gol lawan dan nampak Makoto...Halu pass bola pada Makoto...penjaga gol pihak lawan terkejut dengan tindakan Halu dan try nak halang Makoto, tapi Makoto pass balik bola kat Halu, dan Halu jaringkan gol masa penjaga gol lawan tengah distracted...dalam erti kata lain, Makoto dah berjaya buat 'assist' untuk Halu jaringkan gol...team Blue Scorpions menang 'game' tu dan seluruh team raikan Makoto...Halu lambai selamat tinggal untuk 2 orang team members yg tengah tengok perlawanan tu...

kat locker room, Makoto tenung je surat perletakan jawatan yg pada mulanya dia nak bagi coach...Halu, Yamato dan Tomo-kun masuk...Halu baling bola hoki pada Makoto...bila Makoto nampak macam nak menangis, Halu dan Yamato mula usik Makoto dan panggil dia 'ayam'...

malam tu, Aki pergi cari Halu kat gelanggang...Halu tengah duduk atas kereta tolak ais...

Aki: "Diorang semua tengah tunggu awak kat Face Off."
Halu: "Tapi 'mama', diorang tak nak saya jadi kapten."
Aki: "Takkan awak masih marahkan mereka pasal tu?"
Halu: "Saya minta maaf, 'mama'."

diorang sama2 ketawa...Aki panjat naik atas kereta tolak tu...Aki tanya sama ada Halu nak bersendiri, tapi Halu jawab tak...Halu suggest pergi ke Face Off, tapi Aki macam keberatan...

Halu: "Kenapa?"
Aki: "Halu...Halu kan pandai tembusi pertahanan seseorang?"
Halu: "..."
Aki: "Jadi tekalah...apa yg saya sedang fikir."
Halu: "...Saya cuma nak bersama kamu sekarang."
Aki: "Halu yg fikir begitu."
Halu: "Aki yg fikir begitu."

Halu ajak Aki jalan2 dengan kereta tolak tu, dan kereta tolak tu mula bergerak ke seluruh gelanggang...

Halu: "Saya cuma nak bersama kamu sekarang."
Aki: "Halu yang fikir begitu."
Halu: "Aki yang fikir begitu."
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 12:14 AM | Show all posts
Citer ni...dah buat kite suka plak kat Takuya Kimura...character Halu tu hidup. Dulu tak faham kenapa org minat sgt mamat ni. Now I understand.. mmg berlakon dahsyat!:tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2005 09:30 AM | Show all posts
Dapat jugak jas beli cd citer ni.. semalam sempat tengok 2 cd!! memang puas hati!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by jasmine at 2-3-2005 10:49 AM:
Jas ingat nak beli cd citer ni. Berapa harga dierr sekarang yek? maklumlah dah lama tak beli cd jepun!!!



rasanya RM21.90...harga tak turun dr tahun lepas...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 11:02 AM | Show all posts
wah.. sesiapa yang dah tengok citer nie, apa lastnya boleh beritahu?..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by limau at 2005-3-3 11:02 AM:
wah.. sesiapa yang dah tengok citer nie, apa lastnya boleh beritahu?..


mana aci kena bagitau dulu... tak suspen la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 11:05 AM | Show all posts
alah tak sabar le..hihi
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by limau at 3-3-2005 11:02:
wah.. sesiapa yang dah tengok citer nie, apa lastnya boleh beritahu?..


Nanti jas pm limau!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2005 04:24 PM | Show all posts
rasanya ending dia mesti happy ending.......lambatnya nak tunggu hari sabtu ni.....
walaupun munna  dah beli vcd tapi nak tunggu sampai cite ni habis tayang kat tv dulu....barulah seronok sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 09:04 AM | Show all posts
Originally posted by munna at 3-3-2005 06:24 PM:
rasanya ending dia mesti happy ending.......lambatnya nak tunggu hari sabtu ni.....
walaupun munna  dah beli vcd tapi nak tunggu sampai cite ni habis tayang kat tv dulu....barulah seronok sikit....



Berapa harga? beli kat kota raya ker ? nama kedai ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2005 09:07 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 2-3-2005 07:38 PM:
Hyoudo bercakap dengan Halu kat locker room...Hyoudo cakap, kalau dia cemburukan Anzai, Anzai pulak cemburukan Halu...Hyoudo cakap Halu lebih berbakat dan ada sesuatu yg Anzai tak ada...Hyoudo tak  ...



Thank's whitedove aku pun lambat tengok kene attend kenduri kawin plak
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 09:25 AM | Show all posts
ok ni lagu tema citer ni yang dinyanyikan oleh Queen!
Klik
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 11:41 AM | Show all posts
Originally posted by gie_my at 4-3-2005 09:04 AM:



Berapa harga? beli kat kota raya ker ? nama kedai ?


munna beli temerloh, pahang. tapi kat sini harga dia mahal sikit dari kat kl.... munna beli dlm RM28.00.....area kl mungkin dapat below RM 25.00
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2005 11:57 AM | Show all posts
kejap jerr abih seminggu...  esok dah nampak balik muka Halu & Aki....  :bgrin:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.211003 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list