Gadis_Venus This user has been deleted
|
Tak payah beli pistol mainan
CHICAGO: Bubba Ludwig belum boleh berjalan, bercakap atau membuka peti sejuk tetapi dia sudah ada lesen miliki pistol di Illinois.
Bayi berusia 10 bulan itu, yang namanya Howard David Ludwig, diberikan kad pengenalan pemilik pistol itu selepas ayahnya, Encik Howard Ludwig, membayar yuran AS$5 ($7.60) dan mengisi borang permohonan tanpa menjangka ia boleh diterima.
Kad tersebut memuatkan maklumat ketinggian bayi itu (68.6 sentimeter), berat badannya (9 kilogram).
Penduduk wilayah itu perlu mempunyai kad itu untuk membeli atau memiliki senjata api atau peluru. Tiada batas umur dikenakan.
Pistol itu akan disimpan oleh ayah kanak-kanak itu dan hanya diserahkan kepadanya apabila dia dewasa kelak. - AP. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Kondom disangka bom
ANKENY (Amerika Syarikat): Para pelajar di sebuah maktab di sini gempar dan terpaksa meninggalkan bilik kuliah selepas pihak sekolah menerima bungkusan yang mencurigakan.
Sangka mereka ia berisi bom tetapi yang ditemui bukannya bom sebaliknya 500 paket kondom.
Bungkusan itu sebenarnya dihantar kepada seorang guru yang mengajar kelas pendidikan seks oleh guru yang sebelum ini mengajar di kelas yang sama, lapor The Des Moines Register. - Agensi. |
|
|
|
|
|
|
|
9 Indonesians arrested for smuggling cigarettes
SINGAPORE: Immigration and Checkpoints Authority (ICA) officers have arrested nine Indonesian men for smuggling 719 cartons of duty-unpaid cigarettes.
The cigarettes were concealed in cardboard boxes and covered in black plastic bags in a tug-boat.
With the help of the Police Coast Guard, the boat was intercepted at the Western quarantine area on Tuesday.
The total cost of customs duties and GST payable is over S$63,300 |
|
|
|
|
|
|
|
New S$5 polymer notes to circulate
SINGAPORE : By the end of the week, wallets will be carrying new five dollar notes.
The Monetary Authority of Singapore (MAS) will issue S$5 polymer notes from Friday, 18 May, the third denomination in the Portrait Series to be converted from paper into polymer.
Speaking on the move, the MAS' Assistant Managing Director, Mrs Foo-Yap Siew Hong said, "Polymer notes are cleaner and last longer than paper notes. MAS received favourable feedback from the public, banks and retailers on the S$10 and S$2 polymer notes introduced earlier. As such, we decided to proceed with issuing S$5 polymer notes."
The MAS also decided to issue the new S$5 note in the Portrait Series just like the S$2 and S$10 polymer notes, as it is familiar to the public. The polymer note will also retain the same size and security features in the other polymer dollar notes.
The $5 polymer notes will circulate alongside the $5 paper notes, both of which will remain legal tender.
With more polymer notes in circulation, the MAS is working closely with relevant banks, transport companies and major machine operators to have note-accepting machines recalibrated to accept the polymer notes. - CNA/sf |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Perubahan perundangan dijangka dalam lima tahun
Oleh
Azahar Mohd
PEMERINTAH akan memperkenalkan perubahan perundangan dalam tempoh lima tahun untuk membolehkan umur persaraan dilanjutkan melebihi 62 tahun.
Menjelang pelaksanaan tempoh tersebut, para majikan akan diajak untuk melanjutkan usia persaraan para pekerja mereka secara sukarela.
Perubahan itu merupakan antara beberapa saranan yang dikemukakan satu jawatankuasa yang ditugaskan meningkatkan daya kerja dan daya saing para pekerja tua.
Kesemua saranan itu telah diterima Pemerintah.
Menteri Negara (Tenaga Manusia dan Pendidikan), Encik Gan Kim Yong, yang juga pengerusi jawatankuasa itu, berkata 'rancangan jangka panjang ialah untuk melanjutkan usia persaraan kepada 67 tahun'.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan laporan akhir Jawatankuasa Tiga Pihak bagi Daya Kerja Pekerja Tua (Tricom) di Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pagi semalam.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik John De Payva, dan Presiden Persekutuan Majikan Nasional Singapura (SNEF), Encik Stephen Lee.
Menurut Encik Gan, perubahan yang sebenar terhadap peruntukan undang-undang itu hanya akan diketahui selepas meninjau kemajuan dan kesan terhadap syarikat-syarikat dan juga pekerja.
'Tricom sedar bahawa penggubalan undang-undang boleh menjadi isyarat dan alat yang amat kuat dalam membentuk sikap dan amalan korporat. Tetapi melihat kepada pengalaman negara lain, penggubalan undang-undang itu sendiri bukanlah penyelesaian yang mudah dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapi warga tua.
'Malah, sekiranya ia dilaksanakan tanpa persediaan yang mencukupi, penggubalan undang-undang boleh membawa kesan negatif hingga menyebabkan syarikat jadi teragak-agak untuk mengambil pekerja matang.
'Lantas peruntukan itu harus dilengkapi dengan usaha memastikan golongan peniaga dapat membuat penyesuaian yang sesuai,' ujarnya lagi.
Kadar pekerjaan bagi warga tua yang berusia 55 hingga 64 tahun ialah sekitar 53.7 peratus tahun lalu.
Tricom mahukan kadar itu meningkat kepada 65 peratus.
Antara saranan lain ialah menambah geran bagi skim Advantage! - yang meningkatkan peluang pekerjaan dan daya saing pekerja tua daripada sekitar $300,000 kepada $400,000 bagi setiap syarikat.
Skim Advantage! akan juga dilanjutkan selama tiga tahun sehingga akhir 2010.
Para pekerja yang berusia lebih 55 tahun juga berpeluang menikmati habuan yang lebih tinggi di bawah Skim Daya Kerja.
Saranan lain termasuk memperkukuhkan jawatankuasa bagi membantu wanita supaya kembali ke alam pekerjaan.
Amalan kerja adil akan juga diperluaskan menerusi Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Kerja yang Adil (TAFEP). |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Upaya bertindak lebih cepat antara matlamat pengerusi baru Mercy Relief
Oleh
Soraya Salim
PENGERUSI baru Mercy Relief, Encik T.K. Udairam, semalam membentangkan visinya bagi badan bantuan kemanusiaan itu.
Badan itu akan mengembalikan tumpuannya pada bantuan kecemasan bencana di rantau ini setelah sejak kebelakangan ini ia banyak terlibat dalam pelbagai projek pembinaan semula di negara-negara yang terjejas oleh bencana.
Di samping itu, kumpulan sukarelawan badan itu akan disusun semula agar dapat bertindak dengan lebih cepat apabila terjadi sesuatu bencana.
'Kami ingin mengenal pasti kekuatan setiap sukarelawan dan mengatur mereka mengikut keperluan tertentu, seperti perubatan, logistik, sumber dan pengangkutan,' kata Encik Udairam, 54 tahun, dalam satu sidang akhbar di pejabat Mercy Relief di Keng Cheow Street semalam.
Beliau dilantik pengerusi Selasa lalu menggantikan Encik Zulkifli Baharudin, yang telah berkhidmat selama empat tahun.
Encik Udairam, ketua pegawai eksekutif (CEO) Hospital Besar Changi sejak 2000, juga berkata badan itu akan turut berusaha membina ikatan kukuh dengan badan bantuan kemanusiaan lain.
Semalam, beliau turut mengumumkan kemasukan dua anggota baru ke dalam lembaga pengarah Mercy Relief, iaitu CEO Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK, Dr Ivy Ng, dan seorang doktor klinik Flinders Practice, Dr Kevin Chan U-Jyn.
Mereka akan mengisi tempat yang dikosongkan Dr Jennifer Lee dan Cik Fang Ai-Lian.
'Saya yakin Mercy Relief akan terus berjaya kerana ia mempunyai sokongan kakitangan yang kuat,' ujar Encik Udairam. |
|
|
|
|
|
|
|
Hospitals running out of room
SINGAPORE: A spike in infectious disease cases and other factors have pushed occupancy rates up at hospitals here |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
FAMILI MANGSA POKOK TUMBANG DIBANTU
Oleh
Hisham Hambari
KELUARGA mangsa nahas pokok tumbang di Bukit Batok Nature Park, Cik Ho Siew Lan, semalam menerima $1,500 sumbangan dana bantuan di visyen Bukit Batok East GRC Jurong.
Bantuan itu disampaikan kepada suami mendiang, Encik Quek Lye Seng, 54 tahun, oleh Anggota Parlimen GRC tersebut, Cik Halimah Yacob, yang menziarahi keluarganya.
Selasa lalu Cik Ho, 43 tahun, meninggal dunia apabila sebatang pokok tumbang menghempapnya sekitar 7 pagi. Dua teman senamnya, Cik Ting Kim Hong, 47 tahun, dan Cik Leong Lai Ming, 48 tahun, terselamat.
Cik Halimah, yang disertai 10 pemimpin akar umbi, turut menawarkan bantuan lain, termasuk dermasiswa bagi anak bongsu mendiang, Quek Chuen Kiat, 17 tahun, pelajar tahun kedua jurusan kejuteraan biomedikal di Politeknik Ngee Ann.
'Encik Quek berkata gaji isterinya sebagai pembantu klinik gigi amat membantu dalam menanggung belanja bulanan keluarga. Beliau bimbang kini tidak dapat melunas bayaran gadai janji rumah dan persekolahan anaknya.
'Jadi ini adalah dua perkara utama yang akan kami cuba bantu sedaya mungkin,' kata Cik Halimah, yang baru pulang pagi semalam daripada lawatan rasmi tiga hari ke Abu Dhabi.
Beliau mengunjungi juga keluarga Cik Ting dan menghulurkan bantuan $500. Cik Leong, yang bujang, tiada di rumah kerana sedang tinggal di rumah saudaranya. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Hasrat bawa isteri ke AS terbantut sebab laporan perubatan Oleh
Chairul Fahmy Hussaini JANJINYA hanya dua minggu.
Tetapi hampir dua bulan kemudian barulah Encik Ami Raif mendapat laporan perubatan isterinya, Cik Aminah Awang, dari pihak Hospital Besar Singapura (SGH) untuk membolehkan isterinya keluar negara.
Dalam mendapatkan laporan itu, Encik Ami, bukan sahaja perlu membayar yuran $74.80 bagi mendapatkannya malah mendapatkan khidmat peguam.
Dan beliau terpaksa membelanjakan $1,500 bagi mendapatkan khidmat peguam demi mendapatkan laporan perubatan itu.
Menurut ayah tujuh anak itu lagi, beliau memerlukan laporan perubatan itu untuk memudahkan isterinya sekiranya perlu menjalani rawatan atau menghadapi kecemasan semasa di luar negara.
Beliau merancang untuk ke Chicago, Amerika Syarikat, pada 3 April lalu kerana anak perempuannya, Cik Faizah, 36 tahun, yang bekerja sebagai jurutera di General Motors bercuti selama sebulan.
Cik Aminah, 70 tahun, menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi selain hilang ingatan sejak 2001.
Menurut pesara berusia 78 tahun itu, pada 14 Mac lalu beliau telah ke SGH untuk mendapatkan laporan itu.
'Mereka kata saya perlu bayar $78.40, saya lunaskan. Mereka janji dua minggu laporan itu siap tetapi pada hari ke-15 laporan itu tidak siap lagi,' ujarnya.
Pada 10 April seorang kakitangan lelaki dari SGH menghubunginya dan berkata laporan itu tidak boleh diberikan kecuali beliau mempunyai surat peguam.
'Jadi keesokannya saya dapatkan khidmat peguam yang menulis surat itu.'
Pada 3 Mei lalu, seorang kakitangan wanita menghubunginya menyatakan laporan berkenaan sudah siap.
Ketika dihubungi, SGH menyatakan Encik Ami memerlukan laporan tersebut untuk 'kes mahkamah' dan kerana itu beliau perlu mengemukakan surat peguam.
Namun Encik Ami menafikan kenyataan SGH tersebut.
'Saya perlukan laporan perubatan itu bukan untuk tujuan mahkamah tetapi semata-mata untuk membawa isteri saya berehat di rumah anak saya di Amerika Syarikat atau di Kuala Lumpur untuk memulihkan keadaan trauma yang dihadapinya itu,' jelas Encik Ami.
Setelah menerima laporan tersebut, Encik Ami terpaksa membatalkan rancangan ke Amerika kerana anaknya telah mula bekerja.
Isterinya mengalami trauma selepas dua anak perempuannya meninggal dunia pada Jun 2004 dan Ogos 2006.
Namun datuk 13 cucu berusia antara enam hingga 24 tahun itu bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian dua anaknya itu.
|
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
REMPUH ENAM WANITA DI PENANG ROAD: LELAKI DITUDUH PANDU MABUK
SEORANG lelaki yang memandu keretanya merempuh sebuah perhentian bas di Penang Road dan mencederakan enam wanita 1 Mei lalu semalam dikenakan tuduhan memandu dalam keadaan mabuk dan cuai.
Mahkamah diberitahu Wong Heng Chiang, seorang eksekutif akaun kanan dengan sebuah syarikat logistik, memandu kereta Toyota Viosnya dalam keadaan mabuk dan membahayakan sekitar 9.23 malam itu.
Wong, 27 tahun, dikatakan memandu sehingga menyebabkan roda depan kanan keretanya melanggar pembahagi jalan, mengakibatkan keretanya terpusing ke kiri, terbabas dan melanggar dua tempat duduk konkrit dan enam pejalan kaki di perhentian bas itu.
Enam mangsa itu ialah Cik Fong Yoke Heng, 58 tahun, seorang kerani; Cik Toh Tong Qian, 20 tahun, pakar kecantikan; Cik Ng Yong Nai, 54 tahun, pembantu klinik; Tan Xiang Xi, 16 tahun, pelajar; Cik Leng Lay Ling, 56 tahun, penjaja; dan Cik Tan Hong Eng, 67 tahun, satu-satunya mangsa yang cedera parah.
Wong, yang diwakili peguam semasa kesnya didengar semalam, dibebaskan dengan ikat jamin $10,000.
Persidangan sebelum perbicaraan bagi kes itu akan diadakan pada 28 Mei. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Ruang berdiri untuk 150,000 di Marina Bay
Oleh
Farid Hamzah
LEBIH ramai penonton akan dapat menyaksikan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, meskipun hanya 27,000 penonton yang dibenarkan masuk ke galeri tempat duduk.
Ini kerana akan terdapat ruang berdiri bagi sekitar 150,000 orang di sekitar kawasan Marina Bay yang ingin sama-sama merasakan suasana sambutan hari tersebut.
Buat julung-julung kalinya, NDP tahun ini akan diadakan di sebuah pelantar terapung yang dibina khas di atas air Marina Bay.
Antara lain, perayaan tahun ini akan menggunakan air di sekeliling kawasan tersebut, selain di udara bagi pertunjukan yang berbeza daripada NDP lalu.
Selain itu, sambutan NDP tahun ini akan berlangsung sepanjang enam minggu - bermula 18 Julai hingga 26 Ogos ini.
Kesemua butiran tersebut didedahkan oleh jawatankuasa penganjuran NDP tahun ini, yang merupakan Jurutera Kombat Singapura dengan sokongan pertubuhan sektor awam dan privet.
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2007, Kolonel Teo Jing Siong, berkata sambutan tahun ini tidak dapat dibandingkan dengan yang lalu memandangkan sambutan kali ini akan menawarkan berbagai format baru.
'Ini kali pertama ia diadakan di kawasan tersebut dan di atas pelantar air.
'Maka akan terdapat berbagai risiko operasi.
'Pada masa yang sama, kami jangkakan kesesakan lalulintas dan orang ramai yang akan membanjiri kawasan itu,' jelasnya lagi di satu taklimat media semalam.
Menurutnya, perbincangan mengenai konsep NDP tahun ini telah bermula tiga tahun lalu.
Di taklimat media itu, jawatankuasa penganjur juga telah mendedahkan acara-acara pesta yang akan berlangsung sepanjang enam minggu bermula Julai.
Antaranya termasuk konsert di taman, larian separuh maraton, pesta air, dan pertunjukan bunga api.
'Tahun ini kami ingin orang ramai menyertai dan sama-sama menjayakan sambutannya,' jelas Kolonel Teo lagi.
Sementara itu, warga Singapura yang berada di luar negara juga akan dapat menyaksikan acara-acara NDP secara langsung menerusi laman NDP tahun ini.
Lebih menarik lagi, laman tersebut yang hanya selesai disediakan tengah hari semalam, menggunakan kaedah flash.
Di laman tersebut, selain daripada berbagai butiran mengenai sambutan tahun ini, para pengunjung juga berpeluang mendapatkan maklumat seperti konsep dan bagaimana pelantar atas air itu dibina, gambar-gambar sambutan NDP lalu dan menikmati galeri lagu-lagu NDP.
Beberapa siri peraduan telah diatur untuk orang ramai menyumbang idea dan fikiran mereka mengenai Singapura, menerusi kata-kata, gambar dan klip video. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
SGH MOHON MAAF
HOSPITAL Besar Singapura (SGH) memohon maaf kepada Encik Ami Raif kerana tidak memberi penerangan yang jelas kepadanya tentang mengapa surat peguam diperlukan bagi mendapatkan laporan perubatan.
Pengurus Khidmat Pengurusan Maklumat Kesihatan, Cik Anne Goh, dalam kenyataannya kepada Berita Harian baru-baru ini berkata:
'Encik Ami Raif telah membuat permohonan mendapatkan laporan perubatan pada 14 Mac 2007 untuk dikemukakan kepada mahkamah bagi pihak isterinya.
'Sayangnya, kakitangan kami tidak memaklumkan kepada Encik Ami bahawa kami memerlukan surat daripada pihak peguam.
'Susulan daripada itu, kami menghubungi beliau bagi memintanya mengemukakan surat peguam. Kami telah pun meminta maaf kepada Encik Ami atas kecuaian itu.
'Kami memaklumkan kepada Encik Ami mengambil laporan itu apabila ia siap kerana ini mengikut arahan awalnya bahawa beliau mahu mengambilnya sendiri.'
Menurut SGH adalah satu prosedur biasa bagi pemohon menjelaskan tujuan permohonan mereka, contohnya, untuk tuntutan insurans, untuk mendapatkan pandangan perubatan kedua, ataupun bagi dikemukakan ke pihak mahkamah.
Bagi keperluan mahkamah, surat peguam diperlukan. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
BOLEH MOHON TIKET MULAI ESOK
PERMOHONAN untuk mendapatkan tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini akan dibuka mulai esok.
Warganegara dan Penduduk Tetap (PR) Singapura boleh memohon untuk mendapatkan tiket-tiket tersebut menerusi telefon, Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), stesen AXS, mesin SAM, dan laman NDP.
Mereka boleh memohon untuk mendapatkan tiket untuk acara previu yang akan berlangsung pada 28 Julai ini, atau semasa NDP (9 Ogos).
Setiap seorang hanya dibenarkan membuat permohonan bagi satu persembahan sahaja.
Orang ramai yang berminat boleh membuat permohonan untuk mendapatkan dua, empat atau enam tiket sehingga 28 Mei ini.
Selepas itu, pemilihan akan dibuat menerusi undian elektronik dengan kehadiran para auditor daripada firma KPMG.
Mereka yang berjaya dalam permohonan akan dihubungi menerusi telefon antara 10 Jun dan 19 Jun ini.
Mereka boleh mengambil tiket masing-masing di jambatan penghubung di tingkat dua, Marina Square, mulai 23 Jun hingga 2 Julai ini.
Pada masa yang sama, tiket-tiket NDP juga boleh dimenangi menerusi peraduan di laman NDP (www.ndp.org.sg) dan di media cetak atau siaran.
Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat atau memberi sebarang maklum balas, orang ramai boleh menghubungi talian 1800-637-2007. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Terletak di kawasan kediaman mewah, Masjid Mydin tidak lokek tabur jasa kepada warga Muslim dan bukan Muslim di sekelilingnya
Oleh
Soraya Salim
SEKILAS pandang, ia persis rumah-rumah privet di sekelilingnya.
Dengan reka bentuk moden dan saiznya yang padat, Masjid Mydin tampak cukup 'selesa' dan sebati di tempat kediaman orang-orang mewah di Jalan Lapang dekat Kembangan itu.
Namun zahirnya sama sekali tidak memberi bayangan tentang semangat proaktif ahli masjid, yang sanggup keluar daripada 'zon keselesaan' mereka bagi manfaat jemaah.
Bahkan yang bukan Islam juga mereka dekati, dengan niat menjalin persahabatan dan menyebar mesej sebenar Islam.
Ini semata-mata demi mencapai tiga objektif utama yang telah ditetapkan pihak masjid - membantu keluarga miskin, membina modal sosial dan menjadi mesra belia.
Oktober lalu misalnya, kumpulan kariah masjid telah mengatur langkah membantu para penduduk berpendapatan rendah di kawasan Bedok North, Bedok South dan Chai Chee.
Selain makanan, keluarga-keluarga susah ini turut menerima habuan yang kadangkala merupakan sumbangan duit zakat para jemaah masjid.
'Yang berkhidmat di sini semuanya para sukarelawan, termasuk diri saya. Kami tidak mempunyai kakitangan sepenuh masa yang dibayar gaji.
'Meskipun demikian, seberapa yang kami mampu, kami sentiasa berusaha menolong mana-mana pihak yang memerlukan bantuan,' kata Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Mydin, Encik Abdul Rashid Dahalan.
Beliau, 58 tahun, menceritakan bagaimana masjid itu menjadi perhentian pertama beberapa orang yang dalam kesusahan, terutama pada bulan Ramadan.
Ini langsung mencetuskan idea bagi pihak masjid memulakan dana kebajikan untuk membantu mereka, tambah Setiausaha LPM Mydin pula, Encik Abdul Rahim Mahmood.
Sesungguhnya, di mana ada keperluan, di situlah pihak masjid akan berusaha melakukan sesuatu untuk mengisi keperluan tersebut.
Encik Abdul Rashid memberi satu lagi contoh di mana Masjid Mydin memulakan kelas Al-Quran bagi sekumpulan kaum ibu sebagai mengisi masa mereka ketika menunggu anak-anak selesai kelas di tadika bersebelahan.
Bermula dengan hanya 10 orang wanita apabila kelas itu dimulakan dua tahun lalu, jumlahnya kini berkembang hingga lebih 30 wanita.
Dan apabila jemaah memberi maklum balas agar papan tanda didirikan di Jalan Lapang dan Jalan Senyum untuk memudahkan orang ramai mencari lokasi masjid, anggota LPM segera membuat permohonan kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Sifat masjid yang mesra masyarakat inilah yang membuat ramai orang lama kawasan Kembangan tertarik untuk berkunjung ke masjid itu hingga ke hari ini.
'Keunikan Masjid Mydin adalah ikatan yang telah terjalin sejak pembukaan masjid ini seawal tahun 1930-an dulu ketika ia hanya sebuah surau,' kata Encik Abdul Rashid lagi.
'Meskipun ramai daripada jemaah masjid telah berpindah ke luar kawasan Kembangan, mereka tetap mengekalkan hubungan yang rapat bersama masjid.
'Mereka akan tetap ke sini untuk mengerjakan solat Hari Raya dan menghadiri majlis-majlis anjuran masjid.
'Bekas penduduk kampung juga menyumbang wang dan makanan dengan murah hati, terutamanya pada bulan Ramadan,' katanya.
Asalnya sebuah surau yang bertubuh kayu, Masjid Mydin telah dibangunkan semula dengan kos sekitar $2 juta sekitar lima tahun lalu.
Namun, ia terpaksa mengumpulkan sendiri sebahagian besar daripada dana yang diperlukan untuk tujuan itu.
Mujur ia mempunyai harta wakaf, iaitu Wakaf Al-Jabr yang dulunya ditadbir Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA), dan sumbangan murah hati para jemaah untuk menampung biaya peningkatan.
Dengan pembinaan semula itu, masjid tersebut kini dapat menampung sekitar 1,000 jemaah pada satu-satu masa, berbanding 400 jemaah sebelum ini.
Bahkan, masjid itu juga unik kerana ia terletak di kawasan yang didiami segelintir pemimpin Melayu setempat antaranya mantan Menteri Negara Kanan, Haji Sidek Saniff; mantan Anggota Parlimen (AP), Encik Ibrahim Othman; dan juga mantan Setiausaha Politik (Ehwal Dalam Negeri), Allahyarham Harun Abdul Ghani.
Menyedari juga pemilik rumah di sekeliling masjid yang bukan Islam, Masjid Mydin amat prihatin akan peranannya untuk mendekati mereka.
Justeru setiap perayaan Tahun Baru Cina misalnya, anggota masjid akan membuat kunjungan dari rumah ke rumah untuk mengagihkan limau dan kad ucapan.
Maklum balas penduduk juga tidak diambil ringan.
Setelah seorang penduduk mengadu tentang laungan azan subuh yang kuat, pihak masjid mengambil langkah menutup pembesar suara yang terletak berhadapan rumahnya.
Masalah kesesakan trafik yang berlaku setiap solat Jumaat dan Hari Raya juga telah pihak masjid huraikan dengan bantuan daripada Polis Trafik.
SEKILAS MASJID MYDIN
Lokasi: 67, Jalan Lapang, Singapura 419007
Talian: 6243-2129
Asalnya sebuah surau yang bertubuh kayu, Masjid Mydin telah pun melalui proses peningkatan dan dibuka semula secara rasmi pada 2001.
Ia dibina oleh seorang broker tanah bernama Ena Mohamed Mhydin Ebrahim. Beliau juga telah mewakafkan rumahnya yang dijadikan Madrasah Irsyadunisa' di kawasan yang sama pada 1943.
Selepas melalui pembaharuan, masjid kini mempunyai auditorium, dua bilik darjah serbaguna dan dilengkapi sistem audiovisual dan alat hawa dingin demi keselesaan jemaah.
PEGAWAI KANAN MASJID:
Pengerusi: Encik Abdul Rashid Dahalan
Naib Pengerusi: Encik Mohd Shaik Abdul Kadir
Setiausaha: Encik Abdul Rahim Mahmood
Bendahari: Encik Mohd Zaini Mahmood |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
ALU-ALU SUMBANGAN TENAGA GOLONGAN BELIA
PERHATIAN para belia!
Jika anda gemar melakukan kerja-kerja kebajikan dan ingin melakukan sesuatu yang bermakna bagi mengisi masa lapang anda, Masjid Mydin mahukan anda.
Masjid itu kini sedang giat mendapatkan tenaga muda untuk menjadi sukarelawannya dalam usaha menjadi lebih mesra belia.
Pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Mydin, Encik Abdul Rashid Daha lan, akur pihaknya menghadapi kesukaran menarik golongan belia untuk menyertai kegiatan-kegiatan masjid.
'Dulu keadaannya berbeza, kami dapat menarik belia dari Universiti Nasional Singapura (NUS), Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan juga madrasah.
'Kini golongan belia hanya akan datang ke sini jika dipanggil pihak masjid untuk membantu dalam kegiatan sempena Ramadan atau kerja-kerja membersihkan masjid,' katanya.
Menurut Encik Abdul Rashid lagi, dari masa ke masa, para belia diberi peluang memainkan peranan di masjid seperti memimpin takbir Hari Raya dan mencuba jawatan pengerusi, setiausaha atau pentadbir masjid.
Namun lebih daripada menarik golongan belia, pengerusi baru masjid itu - yang dilantik Mac tahun lalu - juga mempunyai rancangan menjadikan Masjid Mydin lebih terbuka kepada orang ramai, terutama mereka yang bukan Islam.
'Saya ingin melaksanakan dasar 'pintu terbuka' dan mengajak mereka yang bukan Islam mengenali keindahan Islam. Ini sangat sesuai untuk masjid ini kerana ia terletak di kawasan bukan Islam.
'Harapan saya ialah kita dapat memulakan satu program tukikan dalam bidang perbandingan antara agama,' tambah beliau. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Hartanah Richard Yong, Loo Say San dan Matilda Chua akan diletak di bawah naungan Pegawai Pemegang Harta
TIGA bekas pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi selepas gagal melunaskan tuntutan bayaran yang dikeluarkan para peguam badan kebajikan itu kelmarin.
Ketiga-tiga terbabit ialah Richard Yong, Loo Say San dan Matilda Chua.
Pengisytiharan itu datang hanya beberapa jam selepas Yong dan Loo didapati bersalah kerana cuai dalam menjalankan tugas mereka semasa menjadi pengarah NKF oleh Mahkamah Rendah.
Kedua-duanya didenda $5,000 seorang.
Kini, hartanah ketiga-tiganya akan diletakkan di bawah naungan Pegawai Pemegang Harta, seorang pegawai mahkamah yang dilantik sebagai pengamanah dan penerima estet individu yang muflis.
Pegawai itu akan mentadbir estet berkenaan, termasuk menjual aset-aset, mendaftar tuntutan hutang dan mengeluarkan dividen kepada kreditor.
Yong, Loo dan Chua juga diharamkan daripada ke luar negara. Dan, segala tindakan undang-undang ke atas mereka atau yang dimulakan mereka akan digantung.
Pengisytiharan muflis itu datang tiga bulan selepas ketiga-tiganya mengaku gagal melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengarah semasa berkhidmat dalam lembaga pengarah NKF.
Pengakuan itu membuka jalan untuk NKF membuat tuntutan berjuta dolar terhadap mereka dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) NKF, T.T. Durai.
Namun, jumlah yang perlu dibayar oleh ketiga-tiganya hanya dijangka didengar di mahkamah lewat tahun ini.
Selain daripada itu, ketiga-tiga bekas pengarah itu dan Durai juga berhutang lagi $2.5 juta dengan firma guaman NKF, Allen & Gledhill (A&G), bagi kos guaman dek saman sivil yang berleretan.
A&G mengeluarkan tuntutan perundangan ke atas Yong, Loo dan Chua April lalu.
Di dalamnya mereka dituntut membayar $100,000 setiap seorang bagi kos guaman dan lebih $800,000 sebagai pampasan dalam beberapa kategori yang tidak perlu dinilai.
Ia merangkumi bayaran $230,000 kepada Chua dan kos guaman sebanyak $570,000 bagi saman malu NKF lama ke atas Singapore Press Holdings yang gagal.
Difahamkan Durai sedang cuba merunding mengenai cara pembayaran dengan NKF.
Kegagalan Yong, Loo dan Chua untuk melunaskan permintaan tersebut mendorong A&G untuk memfailkan permohonan muflis terhadap mereka.
Dalam kes yang berasingan, Yong dan Loo kelmarin didapati bersalah kerana cuai dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengarah sebuah badan kebajikan oleh Mahkamah Rendah dan didenda jumlah maksimum $5,000 seorang.
Kedua-duanya juga diharamkan menjadi pengarah mana-mana syarikat bagi tempoh empat tahun ke atas Yong dan tiga tahun ke atas Loo.
Yong dan Loo didapati bersalah kerana gagal menjalankan tugas mereka dengan tekun lantas menyebabkan NKF membuat bayaran berlebihan kepada syarikat sofwe Forte Systems Inc dalam 2004.
Mahkamah diberitahu bagaimana Yong dan Loo gagal merujuk kepada ketua IIT NKF, Krishnan Ja yaraman, mengenai jumlah tugas yang diselesaikan Forte sebelum meluluskan bayaran yang melebihi apa yang sepatutnya. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Skim bolehkan politeknik guna ukur tara selain keputusan peperiksaan
SKIM Permohonan Langsung Politeknik (DPA) yang pertama akan bermula 11 Julai ini bagi pengambilan pelajar untuk tahun akademik 2008.
Menerusi skim itu, politeknik akan diberi lebih kelonggaran untuk menggunakan kriteria lain selain keputusan peperiksaan dalam proses pemilihan pelajar.
Satu kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE) semalam menyatakan bahawa lima politeknik di sini akan mengambil sehingga 2.5 peratus daripada kohort pelajar tahun 2008, atau sekitar 100 pelajar setiap politeknik, menerusi DPA.
Lima politeknik itu adalah Politeknik Nanyang, Politeknik Ngee Ann, Politeknik Republic, Politeknik Singapura dan Politeknik Temasek.
Di samping itu, sehingga 30 peratus tempat dalam setiap kursus politeknik akan dihadkan bagi pelajar-pelajar di bawah skim DPA.
Skim itu juga membolehkan pelajar mendapat pengesahan tempat di politeknik sebelum mereka menduduki peperiksaan GCE peringkat 'O'.
Malah, mereka yang diterima masuk menerusi skim DPA boleh memanfaatkan pelbagai program khas di politeknik, sebelum kelas bermula secara formal April nanti.
Khususnya, sebuah Program Persediaan Politeknik akan dijalankan oleh politeknik untuk semua pelajar DPA dari pertengahan Januari tahun depan hingga Mac.
Program itu bertujuan meluaskan pengalaman pembelajaran pelajar dan mempersiapkan mereka bagi kursus-kursus politeknik.
Antara lain ia akan melibatkan kem pelajar, kegiatan pembangunan kepimpinan dan lawatan industri.
Pelajar yang berminat menyertai skim DPA boleh melungsuri lelaman politeknik-politeknik tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Mereka juga boleh melungsuri lelaman MOE di www.moe. gov.sg/education/admissions/post-sec/dpa/ atau menghubungi pusat khidmat pelanggan MOE di 6872-2220. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
HUKUMAN DITUNDA KE ATAS LELAKI CURI BARANGAN DIPERBUAT DARI BESI
Oleh
Khalid Khamis
DARIPADA pinggan logam kepada meja keluli tahan karat.
Inilah antara barangan yang menjadi sasaran pencuri di tengah-tengah harga besi yang kian meningkat di pasaran sekarang.
Mahkamah Rendah kelmarin menunda hukuman ke atas tertuduh, Sokhaimee Khamis, 44 tahun, yang mengaku bersalah atas tuduhan mencuri meja keluli tahan karat dari sebuah kedai kopi pada 26 April lalu.
Dia membuat pengakuan itu dalam sesi mahkamah pada 8 Mei lalu.
Sebab mengapa hukuman itu ditunda tidak diketahui.
Kedai kopi yang menjadi sasarannya itu sedang diubah suai sewaktu kejadian dan dijangka dibuka 28 April lalu.
Kecurian itu hanya diketahui oleh pengurus projek syarikat itu, Encik Tan Teck Meng, sekitar 11 pagi.
Sokhaimee mengaku mencuri tujuh meja bernilai $910 sekitar 5 pagi di Food Loft Pte Ltd Coffeeshop yang terletak di Blok 323, Bukit Batok Street 33.
Meja-meja yang dicuri itu dimasukkan ke dalam van sewanya yang diletakkan berdekatan kedai tersebut.
Barangan yang dicuri itu kemudian dijual kepada sebuah syarikat besi sekerap di Toh Guan dengan harga $400.
Hakim Daerah, Encik Aedit Abdullah, diberitahu bahawa Sokhaimee dan rakannya, Mohammed Firdaus Abdul Rahim, 23 tahun, telah bertemu di belakang kedai itu sekitar 4.45 pagi.
Mereka berdua bersepakat memecah masuk kedai kopi itu dan mencuri meja keluli tahan karat.
Mereka memecah masuk ke dalam kedai selepas membuka penutup bergulung dengan mudah kerana sistem kuncinya belum berfungsi.
Pihak polis diberitahu mengenai kejadian itu dan telah mengekori mereka berdua.
Selepas menjual meja yang dicuri dan semasa mahu beredar daripada kedai sekerap itu, van mereka dipintas polis dan mereka diberkas.
Kesemua meja besi dan wang keuntungan berjumlah $400 dirampas polis.
Sebelum ini, Mohammed Firdaus telah mengaku bersalah atas kesalahan mencuri dan telah dihukum penjara lima bulan. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
USAHA SEMARAKKAN LAGI TAMAN WARISAN MELAYU
Oleh
Halifi Hussin
SUASANA di pekarangan Istana Kampong Gelam yang tersergam indah di North Bridge Road akan disemarakkan lagi dengan lebih 40 jenis acara yang telah diatur sepanjang tahun ini.
Lembaran baru yang bakal diterajui pihak pengurusan Taman Warisan Melayu (TWM) itu akan mengikut selera masyarakat umum serta warga asing untuk memahat minat mereka berkunjung ke muzium bersejarah tersebut.
Badan bukan berasaskan keuntungan itu akan memperjuangkan visi barunya untuk mencapai matlamat sebagai sebuah entiti berwawasan, aktif dan berteraskan keusahawanan.
Menurut Pengerusi TWM, Encik Zainul Abidin Rasheed, visi baru pihaknya hanya dapat dikecapi dengan sokongan padu setiap lapisan masyarakat setempat, khususnya di kalangan masyarakat Melayu.
'Saya berharap orang ramai dapat tampil menghulurkan bantuan baik dari segi prasarana, sebagai sukarelawan mahupun menerusi sumbangan dana,' katanya.
Namun, matlamat program cabutan amal TWM baru-baru ini untuk mengumpul dana sebanyak $200,000 bagi membiayai acaranya masih belum tercapai, malah terpaksa ditunda hingga 9 Jun.
'Kami masih mengharapkan sokongan masyarakat. TWM ingin merayu kerjasama orang ramai untuk membantu penjualan kupon amal kami,' kata Pengurus Besar TWM, Encik Eddy Noor Hassan.
Dana itu akan membiayai pelbagai inisiatif dan acara utama TWM seperti Pesta Makanan, Rentak Ramadan, Jejak Warisan dan Pesta Seni Melayu.
Usaha mengumpul dana dan tajaan TWM juga akan dirancakkan lagi menerusi unsur komersial yang akan diselitkan dalam acaranya.
Antaranya adalah menerusi program tajaan bagi syarikat swasta yang akan berpeluang memasarkan produk atau perkhidmatan mereka. Ini selain pengiktirafan sebagai 'Teman Warisan', yang ditabal Lembaga Warisan Kebangsaan (NHB) bagi tajaan serendah $50,000 setahun.
TWM juga akan melakar pelbagai strategi pemasaran proaktif dan inovatif untuk menjana kos operasi tahunannya sebanyak $1.5 juta. Ini termasuk beberapa inisiatif baru seperti penjualan cenderahati serta pelancaran Buku Warisan Melayu yang bakal diterbitkan TWM.
Untuk menarik belia pula, TWM akan mengadakan program pendekatan seperti Sukarelawan (Rela Untuk Warisan), Kumpulan Fokus Pelajar, Kad Ahli dan Galeri Belia.
Muzium bersejarah itu juga akan dijadikan wadah tetap bagi anak seni Melayu Singapura seperti Encik Iskandar Jalil dan Encik Sarkasi Said mempamerkan serta berkongsi kepakaran mereka.
Sementara itu, TWM juga telah mengorak langkah untuk bekerjasama dengan badan serta institusi pendidikan setempat bagi menghasilkan program pendekatan budaya.
Ini memandangkan sokongan padu yang diberikan badan seperti Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore, GRC Jalan Besar dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Lam Soon bagi programnya sebelum ini.
Encik Eddy berkata: 'Kami berharap dengan program yang telah kami aturkan, ia akan menyemarakkan lagi suasana TWM, sekali gus meningkatkan tarafnya sebagai ikon masyarakat Melayu di sini dan bahkan pusat kesenian serantau.'
ACARA UTAMA TAMAN WARISAN MELAYU 2007
Pesta Seni Melayu
Bila: 11 hingga 19 Ogos
Selain menyediakan wadah bagi anak seni Melayu Singapura untuk menonjolkan bakat mereka, pesta itu juga akan memaparkan kesenian rumpun Melayu Nusantara terunggul melalui persembahan budaya, seni dan hiburan.
Cabaran Warisan
Bila: Jun hingga September
Kuiz yang dianjur buat julung-julung kalinya itu bertujuan memupuk semangat kebangsaan di kalangan belia dengan menerokai warisan dan budaya Melayu serta menggalak keinginan untuk mempelajari tentang perpaduan kaum di Singapura.
Trilogi: Pesta Belia, Makanan dan Keharmonian Kaum
Bila: Jun
Pesta trilogi itu akan menawarkan pelbagai kegiatan seperti peraduan batik antarabangsa, Persidangan Sate dan kunjungan ke galeri serta muzium mesra belia di Arts House dan The Substation.
Rentak Ramadan
Bila: September
Salah satu program unik Taman Warisan Melayu, para pengunjung akan diundang berbuka puasa bersama golongan kurang bernasib baik di pekarangan Istana Kampong Gelam selain berkunjung ke pasar malam yang menawarkan pelbagai juadah dan barangan. |
|
|
|
|
|
|
Gadis_Venus This user has been deleted
|
Penggodam pamer gambar berahi di Jawi dan jabatan pelajaran
KUALA LUMPUR: Macam laman web lucah!
Penggodam komputer yang berniat menjatuhkan maruah Islam telah menceroboh laman web Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan mempamerkan gambar dan aksi lucah wanita Eropah.
Orang ramai mula menyedari kedua-dua laman web jabatan kerajaan itu menjadi mangsa godam ketika melayarinya sejak tiga hari lalu.
Sebilangan mereka menghubungi Harian Metro untuk pengesahan dan penggodam didapati hanya melakukan kerja tidak berfaedah itu melalui pautan laman web terbabit.
Seorang pelayar laman web berkenaan, Encik Mahmud Abas, 30 tahun, berkata beliau terkejut apabila mendapati laman web Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diceroboh.
Menurutnya, beliau melayari laman web jabatan itu Selasa lalu untuk mendapatkan alamat sekolah anaknya tetapi disajikan dengan gambar lucah dan aksi berahi wanita Eropah.
'Ketika itu, saya di pejabat dan rakan lain juga terkejut. Mereka mulanya menyangka saya melayari laman web lucah tapi apabila saya menerangkan, perbuatan menggodam laman web jabatan berkenaan mula terdedah,' katanya.
Berikutan itu, beliau dan rakan melayari beberapa web jabatan kerajaan lain sebelum menemui web Jawi yang turut menjadi mangsa godam golongan tidak bertanggungjawab.
Mengulas kejadian godam itu, Ketua Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cik Adelina Iskandar, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan dan membantu jabatan berkenaan memulihkan web masing-masing.
Pegawai Perhubungan Awam Jawi, Idris Hussin, pula berkata tindakan segera akan diambil bagi mengatasi masalah itu. - Harian Metro. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|