Originally posted by PurpleAxe at 18-2-2008 10:48 PM
apa yang nak ditunjuk
dan apa yang nak di ajar
hamba pun tak tahu nak memujuk
inikan pula nak mengajar...
..
mandi malam terasa sejuk
tak baik juga mandi malam
biar kanda saja yang memujuk
kalau nak belajar jo ker tepi kolam.......
Originally posted by PurpleAxe at 18-2-2008 11:14 PM
anak itik terkejar-kejar
jatuh tersungkur sering berlaku
memang sesuai tempat belajar
duduk di tepi kolam baca buku.... .
kasihan itik asik dikejar
kaki pula terkena paku
dah tahu pun tempat nak belajar
biar kanda saja yang membaca buku........
Originally posted by masarju at 20-2-2008 10:54 PM
hendak membeli siput lokan
lokan dimasak oleh Cik Nona
sayangkan isteri tinggal2kan
sayang suami pula bagaimana?
jika nak sihat selalu bersukan
badan letih tak bermaya
sayang isteri tinggal2kan
sayang suami jaga hidangannya.........