|
Originally posted by karlreef at 15-11-2008 11:52 AM
yg penting Balada tahun ni ade....
ZZ,AZ, Liza Hanim, Kak Melah.....
nak kena bgtau sume ke?? takyah la eh.....
oh yg penting anak emas Media Prima si Paizal Tahir tu masuk jugak dgn ...
6 lagu lg.. sape la agaknye.. |
|
|
|
|
|
|
|
ZZ,AZ, Liza Hanim, Kak Melah.....
Ramlah Ram & Liza Hanim tak dapat la...mana you dapat info? Semifinal Balada thn ni 3 org je wanita - ZZ, Dina & Ayu..yang lain 2 band & 7 guys... |
|
|
|
|
|
|
|
Ade2....adik beradik dua org tu akan berentap sesama sendiri kat semifinal Balada nanti...
By the way, jiju ke sape2 bleh tak letak markah bagi lagu Putri Tarian Kasih (Anis Aneesa) and Panas (Ifa Raziah)...tak puas hati betol mcmana 2 lagu tu terpilih over lagu Sejengkal Bayang...markah Sejengkal Bayang lebih sikit ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu..musykil yg amat...lagu Tanpa tu lagu Balada ke???? and lagu Bukti tu ada elemen Pop & Rock ke????
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #766 elbee's post
peminat hartawan tu tak sempat undi. sibuk beli tiket selamat pagi cinta coz ada pieere andre |
|
|
|
|
|
|
|
korang ader tak baca Pancaindera, Mingguan Malaysia ari nih citer pasal Muzik-muzik?! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #761 karlreef's post
kalo ikut hint dr karlreef..
BALADA SEMI FINALIST
Anuar Zain - Teman Terulung
Ramlah Ram - Ketentuan
Liza Hanim - Lara
Ziana Zain - Dingin
Faizal Tahir - Sampai Syurga
Faizal tahir - Cuba
6 lagi aku teka..
Nubhan - Ada Untukmu
Dina - Sejauh Ini
Ayu - Hanya Di Mercu
Spider - Bila Nak Saksi
Sixth Sense - Tak Bisa Memilihmu
Fiq - Bukti |
|
|
|
|
|
|
|
PANDAI2 JE KATA LIZA, RAMLAH MASUK SEMI FINAL.
KALAU X MASUK DUA ORG TU, MAI SINI SI KARLEEF TU AKAK NAK *&^%%% DIA
KAN DH BGTAU. ADA 3 JE WANITA YANG LAYAK
ZIANA, DINA AND AYU
beta,
FIQ AKAN BERTANDING KATEGORI POP ROCK
SPIDER ( BILA NAK SAKSI ) UNDER BALADA.
PELIK AKAK!!!!
ala... ramai kwn2 kpd artis dah sebar2 sapa yg masuk semi ni.. so, akak bukanlah org terawal tahu...cuma yang terawal post kat sini...
BALADA AKAK DAH TAU SAPA YG MASUK SEMI? BOLEH KE AKAK AWAL SGT DEDAHKAN KAT SINI. NTI TAK SURPRISE PULAK.. |
|
|
|
|
|
|
|
byknya budak realiti tv kat BALADA..
zz and az je 'org tua' aka veteran |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by elbee at 16-11-2008 09:40 AM
korang ader tak baca Pancaindera, Mingguan Malaysia ari nih citer pasal Muzik-muzik?!
Muzik-Muzik semakin lesu
ANDA pernah menyaksikan Muzik-Muzik? Tahukah bila siarannya dan pukul berapa? Apabila Wanda tanyakan perkara ini, mungkin ramai yang mengangguk, tidak kurang juga yang akan menggelengkan kepala.
Tetapi Wanda percaya, semua orang tahu apa itu Muzik-Muzik. Jika tidak, takkanlah program carta lagu itu terus menjadi antara yang paling diminati penonton TV3 dan mampu bertahan hingga hari ini.
Sudah masuk edisi ke-23, Muzik-Muzik nyata mampu mengekalkan keunggulannya. Masih dikenali dan masih relevan.
Namun dalam masa yang sama ramai yang menganggap Muzik-Muzik kelihatan sudah semakin lesu. Tidak seperti dulu - meriah dan gah.
Mungkinkah sejajar usia yang sudah meningkat membuatkan pengisiannya juga tidak lagi sehebat masa lalu? Atau mungkinkah pengisiannya itu sendiri yang membuatkan Muzik-Muzik dewasa ini menjadi semakin kurang umph!
Wanda kurang pasti kerana setahu Wanda mereka yang bertanggungjawab di belakang tabir program hiburan ini sentiasa bekerja keras memastikan Muzik-Muzik terus berada pada standardnya.
Cuma ada bisik-bisik mengatakan bahawa program ikon itu semakin tidak bersemangat. Sedangkan satu ketika dahulu, pada awal kemunculannya, Muzik-Muzik menjadi antara program hiburan paling dinanti setiap minggu.
Ia mewarnai dunia hiburan tempatan dan satu ketika dahulu, ramai yang mahu duduk depan kaca TV untuk menonton lagu apa yang masuk carta, lagu mana yang terpaksa keluar dan carta lagu manakah yang naik.
Juga tentu sahaja mahu menyaksikan persembahan artis undangan popular yang menyanyikan lagu-lagu popular mereka.
Tetapi dewasa ini, sudah tidak ramai yang begitu kisahkan Muzik-Muzik. Malah mungkin siarannya juga ada yang tak pasti bila dan pukul berapa bagi mereka yang bukan fanatik.
Yang peminat tahu dan mula memberi perhatian ke pada program yang kini dikendalikan oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail itu adalah pada setiap penghujung tahun.
Apabila orang mulai 'tersedar' mengenai Anugerah Juara Lagu (AJL) dan ketika itulah, orang mula mengambil tahu semula tentang program carta lagu ini.
Kalau mereka tidak pedulikan program mingguannya, peminat tetap mahu tahu tentang separuh akhir Muzik-Muzik. Semuanya semata-mata untuk mengetahui lagu manakah yang berjaya memasuki peringkat akhir bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
Mereka mahu tahu siapa yang berjaya melepasi halangan untuk ke peringkat kemuncak acara yang dianggap paling "berprestij" dalam dunia hiburan tanah air itu, kononnya.
Tetapi kebanyakan mereka tidak lagi tertunggu-tunggu lagu mana yang masuk pencalonan pada setiap minggu atau mahu tahu lagu manakah yang menduduki carta teratas. Sedangkan dulu, ramai yang ikut beratur di Jalan Liku, Bangsar untuk sama-sama menyaksikan kemeriahan secara langsung program tersebut.
Berbeza dengan hari ini kerana bagi kebanyakan peminat, mereka hanya menunggu kehadiran AJL bagi menyaksikan lagu manakah yang terbaik dan layak bergelar juara.
Wanda sendiri pernah merasai kemeriahan Muzik-Muzik zaman 90-an dan menyaksikan bagaimana peminat begitu teruja untuk melihat artis yang bertanding.
Malah dahulu, media saban minggu membuat liputan mengenai program tersebut berbanding hari ini yang Wanda rasa, tidak lagi dipraktikkan kecuali liputan untuk separuh akhir dan malam kemuncak.
Dalam usaha untuk mengembalikan kegemilangan Muzik-Muzik, Wanda rasa, TV3 patut memikirkan semula strategi dan langkah proaktif. Dengan tenaga kerja muda yang masih kental kreativitinya, Wanda pasti usaha untuk menaikkan semula zaman kegemilangan Muzik-Muzik akan berhasil.
Sementelah sudah masuk edisi yang ke-23, rasanya pihak penerbit patut memikirkan semula langkah untuk memberi kesegaran baru kepada program pertandingan carta lagu popular tersebut. Biar orang tengok dan tertunggu-tunggu. Seperti dulu-dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
mendap ke thread ni?............... |
|
|
|
|
|
|
|
lagu DAFI tu membazir slot je masuk semi final
patut bagi
RAMLAH RAM
LIZA HANIM
SHILA |
|
|
|
|
|
|
|
akak dengar lagu Amy Search songo tu ... mana etniknya?
sama je mcm dia nyanyi lagu rock dia.. suralaya dalam d'major tu...
cuma ada bunyi gamelan yg x brp nak dgr tu kat intro dia...
amy yg berusia 50thn akan fight dgn budak2 muda kecuali makcik ifa raziah yang patutnya x layak masuk tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
cakaplaa sapa masuk balada n pop rock..
kalo stkt etnik malas nk amik tahu pun...
sharing is caring maa...bukannya kena tangkap pun kalo bagitau...
pls................
bole kita stat predict lagu mana yg layak masuk AJL...
pls.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|