|
♥Istana V Faizal Ramly♥ Disebalik tabir Momok The Movie @ Astro Ria
[Copy link]
|
|
Salam semua.......
Murai Comey lebih tahu ttg aktiviti pejal samaada dia kahwin ke tidak..he..he..yang betul member masih trang tang tang...
Bye
lib_d_Taiping Post at 3-12-2009 10:08
kesian akak lib, tertepo rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
762# axxie
dah nak meletup baru nak mengaku. terkena sindrom sama ngan retis bulu mata 3 tingkat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
762# axxie
dah nak meletup baru nak mengaku. terkena sindrom sama ngan retis bulu mata 3 tingkat tu.
icelemontea Post at 12-12-2009 11:12
bulu mata 3 tingkat???
sape retis tu.....??? |
|
|
|
|
|
|
|
tp kan Pejal.....kitorang terkilan laa....
takkan tak leh kenal kakak ipar....tak lama lagi..anak sedara lak...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah la Faizal.....x lama lagi nak timang anak plak......mengaku jugak akhirnya.....apa yg susah.......x luak pun.....hehehe...... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah faizal... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by axxie at 13-12-2009 12:01
Mingguan Malaysia hari ni...
Faizal AF4 nikah Nur Ashikin 12 Februari lalu
| RAMLY Yaacob (kanan) dan Zalidah Awang ketika ditemui di kediaman mereka di Kampung Alor Pak Bang, Marang, semalam.
|
MARANG 12 Dis. - Ibu bapa Faizal AF4 hari ini mengesahkan anak mereka adalah suami kepada pelakon, Nur Ashikin Mior atau lebih dikenali dengan panggilan Ikin dan mereka telah bernikah pada 12Februari lalu.
Ikin yang sudah dua tahun dikenali Faizal merupakan pelakon tambahan dalam filem Momok The Movie yang turut dilakonkan oleh Faizal.
Bapa Faizal, Ramly Yaacob, 60, mengakui beliau lewat mengetahui tentang perkahwinan tersebut, namun pasrah dengan apa yang berlaku dan bersedia menerima Ikin sebagai menantu sekiranya itu pilihan Faizal.
"Dia (Faizal) yang nak kahwin dan itu pilihan dia. Biarlah, kami terima saja (dengan siapa Faizal kahwin)," katanya kepada pemberita dirumahnya di Kampung Sungai Kerak di sini hari ini. Turut hadir,isterinya, Zalidah Awang.
Ramli, seorang kontraktor memberitahu, beliau dan keluarga hanya mengetahui pernikahan Faizal dengan Ikin yang berlangsung di rumah pengantin perempuan, kira-kira dua bulan selepas majlis tersebut.
Beliau turut menolak dakwaan kononnya mereka sekeluarga menghadapi krisis dengan Faizal disebabkan tidak menghadiri majlis perkahwinan di Temerloh pada Februari lalu.
"Kami tak ada masalah dan tak ada krisis, cuma dia (Faizal) tak nak beritahu (pernikahan) kerana dia rasa perlu berahsia dulu sebelum memutuskan untuk buat pengumuman mengenainya.
"Sebenarnya kami pun tak tahu siapa pilihan hatinya sebab dia ada ramai kenalan wanita. Biasalah sebagai artis, dia ada ramai peminat,jadi biarlah dia pilih sendiri siapa bakal isterinya. Dia ada alasan sendiri dan tak nak susahkan orang.
"Lagipun, orang lelaki kalau nak kahwin tak macam perempuan, lelaki mudah (kahwin) kerana tak perlu cari wali, orang perempuan pula kena cari wali dulu baru boleh kahwin," jelasnya.
Menurutnya, beliau sekeluarga bercadang untuk mengadakan kenduri disebelah pengantin lelaki di rumahnya di Kampung Sungai Kerak di sini dalam waktu terdekat ini.
Ibu Faizal, Zalidah, 48, pula sewaktu ditemui turut bersetuju dengan suaminya bahawa mereka sekeluarga merestui perkahwinan Faizal dan terserah kepada anak sulungnya itu untuk memilih siapa isterinya.
Katanya, Faizal sebelum ini ada pulang ke rumahnya bersama isteri pada Hari Raya Aidiladha dan bermalam di rumah datuknya yang terletak berdekatan.
Akhbar hari ini melaporkan pengakuan juara AF4 itu bahawa beliau sudah berkahwin dengan wanita pilihannya dan majlis pernikahan berlangsung di rumah keluarga perempuan di Temerloh pada 12 Februari lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by axxie at 13-12-2009 12:03
Mingguan Malaysia hari ni...
Faizal AF4 mahu jual rumah di A Famosa
MARANG 12 Dis. - Juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Faizal membuat keputusan menjual kondominium miliknya di A Famosa Resort di Melaka pada harga kira-kira RM400,000.
Kondominium itu merupakan hadiah yang dimenangi penyanyi itu setelah menjuarai AF4 selain beberapa hadiah utama lain.
Menurut bapa Faizal, Ramly Yaacob, keputusan itu dibuat Faizal sendiri kerana sehingga sekarang premis itu terbiar kosong dan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan mencecah lebih RM2,000 setahun.
Beliau memberitahu, sejurus kondominium itu dijual, Faizal bercadang membeli dua kediaman lain yang lebih praktikal di Kuala Lumpur dan negeri kelahirannya, Terengganu.
"Kami sudah berbincang dan Faizal bersetuju untuk jual saja rumah ini, sehingga sekarang tak ada penyewa malah Faizal tak tinggal di situ kerana terpaksa berulang jauh dari Kuala Lumpur.
"Jadi, dia (Faizal) buat keputusan untuk jual saja rumah itu, hasil jualan rumah itu untuk beli dua rumah, di Kuala Lumpur dan Terengganu," katanya kepada pemberita di kediamannya di Sungai Kerak di sini hari ini.
Menurutnya, Faizal juga tidak mahu menanggung beban lain termasuk untuk melengkapkan sejumlah perabot bernilai kira-kira RM30,000 sekiranya ingin menyewakan premis itu kepada orang lain.
Selain kondominium itu, Faizal yang menjuarai AF4 tiga tahun lalu turut memenangi hadiah kereta Toyota Vios di samping wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Paris serta beberapa barangan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by axxie at 13-12-2009 12:11
Metro hari ni...
Bapa baru tahu
Oleh NAZDY HARUN
[email protected]
MARANG: “Saya menerima dengan hati terbuka perkahwinan Mohammad Faizal dengan wanita pilihannya yang hanya dikenali dengan panggilan Norasyikin, walaupun berita perkahwinan mereka hanya diketahui dua bulan lalu,” kata Ramly Yaacob, 60, bapa penyanyi Faizal AF4 dari Kampung Sungai Kerak Satu, di sini.
Menurutnya, sebelum ini Faizal pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin, namun mereka sekeluarga menganggap ia satu gurauan sehinggalah mengetahui anaknya sudah berkahwin dua bulan lepas.
Katanya, wanita pilihan Faizal berasal dari Temerloh, Pahang dan pernah berlakon bersama dalam Filem Momok The Movie sebagai pelakon tambahan bersama Faizal ketika itu.
Sebelum berkahwin, Faizal pernah membawa pulang isterinya itu, namun dia tidak menduga anaknya benar-benar berkahwin dengan wanita berkenaan sehinggalah Faizal sendiri mengesahkannya.
“Saya tidak tahu di mana mereka berkahwin dan hanya tahu mengenainya melalui perbualan telefon apabila dia mengakui sudah beristeri.
“Kami berhasrat mengadakan majlis kenduri di sini, namun tarikhnya belum ditetapkan kerana dia (Faizal) kini sibuk mempromosikan filem di ibu negara,” katanya.
Bagaimanapun dia tidak terkejut dengan berita perkahwinan itu dan menganggap jodoh anaknya sudah sampai walaupun mereka berkahwin secara sembunyi.
Malah dia juga tidak tahu mengapa Faizal dan isterinya memilih untuk merahsiakan perkahwinan mereka.
Ibunya, Zanidah Awang, 48, berharap peminat Faizal dapat menerima keputusan yang diambil anaknya itu dan menganggap tindakan berkenaan bertujuan menjaga popularitinya.
Mereka sekeluarga bercadang ke Kuala Lumpur berjumpa anak dan menantu dalam masa terdekat bagi mengetahui situasi sebenar berikutan tersebarnya berita perkahwinan Faizal yang berlangsung 12 Februari lalu di lokasi tidak diketahui.
Zanidah berkata, dia menerima perkahwinan berkenaan kerana itu adalah pilihan anaknya dan dia menolak khabar angin yang mengatakan anaknya ditangkap khalwat sebelum ini.
“Kami sekeluarga tidak berapa mengenali isterinya itu kerana dalam pertemuan tahun lalu, dia diperkenalkan sebagai peminat Faizal dan kami tidak menyangka akhirnya mereka berkahwin,” katanya.
Seorang penduduk kampung yang ditemui, Mohamad Zuhaidi Omar, 19, berkata dia amat terkejut dengan berita perkahwinan Faizal AF4, yang diketahui tiga hari lalu melalui perbualan bersama rakan yang baru pulang dari ibu kota.
“Saya sangka sebagai artis, Faizal akan melangsungkan perkahwinan secara besar-besaran, sebaliknya dia memilih untuk merahsiakan perkahwinannya itu.
“Kami sebelum ini hanya mengetahui berita mengenai dia ditangkap khalwat dan penduduk kampung tidak mengetahui sejauh mana kebenaran berita terbabit sehinggalah dikhabarkan mengenai berita perkahwinannya secara sembunyi,” katanya.
Bagaimanapun katanya perkahwinan adalah hak peribadi penyanyi itu dan Faizal mungkin mempunyai alasan tersendiri bertindak demikian. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by axxie at 13-12-2009 16:53
Faizal AF4 hanya telefon ibu bapa maklum nikah Oleh Suraya Roslan
[email protected] Keluarga dapat tahu selepas dua bulan penyanyi kahwin
MARANG:"Kami hanya mengetahui berita perkahwinannya dua bulan selepas berkahwin. Itupun hanya melalui panggilan telefon saja. Kami pun tidak pasti di mana lokasi sebenar dia berkahwin kerana tidak dimaklumkan mengenainya," kata Ramly Yaacob, 60, bapa juara Akademi Fantasia (AF)4, Mohammad Faizal atau lebih dikenali Faizal AF4.
Ramly ketika ditemui di rumahnya Sungai Kerak Satu, di sini semalam, turut mengesahkan menantunya yang hanya dikenali sebagai Norasyikin, 23, berasal dari Temerloh, Pahang itu adalah pelakon tambahan Momok The Movie yang juga pernah dibintangi Faizal.
"Setahu saya dan isteri, Faizal bernikah dengan Norasyikin dan kini tinggal di Kuala Lumpur. Awal tahun lalu, Faizal memaklumkan kepada kami dia ingin berkahwin, tetapi kami menganggap ia gurauan dan agak terkejut apabila tiba-tiba dimaklumkan dia sudah berkahwin pada 12Februari lalu.
"Walaupun terkejut dan terkilan, kami reda dan menerima berita pernikahannya dengan hati terbuka. Kami percaya mungkin ada sebab tertentu Faizal merahsiakannya," katanya sambil menafikan andaian wujud sebarang masalah keluarga sehingga Faizal memilih untuk merahsiakan perkahwinan.
Ibu Faizal, Zanidah Awang, 48, pula, berkata mereka sekeluarga tidak diminta oleh Faizal untuk merisik atau mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya ketika itu dan mereka hanya pernah berjumpa menantunya ketika Faizal membawanya pulang ke rumah sebelum mereka bernikah.
"Kami hanya jumpa (menantu) sekali saja sebelum mereka berkahwin,itupun dia hanya memperkenalkan gadis itu sebagai peminatnya. Namun,kami tidak menduga dia akan berkahwin dengan wanita itu, sehingga dia mengaku sudah berkahwin melalui panggilan telefon dua bulan selepas itu," katanya.
Zanidah berkata, selepas mengetahui anaknya berkahwin, mereka sekeluarga berhasrat mengadakan kenduri kesyukuran di rumahnya, namun belum menetapkan tarikh berikutan kesibukan Faizal mempromosikan filem lakonannya, Pulau Asmara di ibu kota. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat berhujung minggu.....
apa macam..???
hehehe........Banyak lak kuar citer Faizal.....
Esok kalau baby dah kuar, jangan lak main sorok2 lagi ya Faizal...
Bagitau je....nanti boleh la kami kirim ucapan atau hadiah....
hmmm.......apa agak2nya nama utk anak Faizal nnt ehh...
jom sama2 fikir jom.....
senyum sokmo forever n ever..... |
|
|
|
|
|
|
|
sebijik laa rupa ayah Faizal ni dgn Faizal.....huhuhu....
Faizal guna ni {:1_139:} je bgtau dia dah kawen.....{:1_120:} |
|
|
|
|
|
|
|
salam sumer......aku x faham kenapa faizal x bagi tau family yg dia dah kawin?.....kenapa perlu sorok? camni cara faizal menyelesaikan masalah selama ni ke? aisey......patut la......huhu |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua....
fuhhhh...klu pasal kontroversi.....abih semua paper kuarkan citer Pejal....walhal sblum ni ...sesetengah paper tu..macam tk sudi je siarkan ttng kerjaya dia |
|
|
|
|
|
|
|
775# axxie
tu laa axxie...klu nak tgk wajah Pejal bila dah tua nanti....tgklah wajah ayah dia skrg niii..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
776# Along_XX
along...aku rasakan..takleh nak salahkan Pejal 100%....klu btul2 dia nak sorok dari mak ayah dia....dia takkan bawa balik gadis tu kerumah n nyatakan hasrat nak berkahwin....nape mak ayah dia tk ambek serius masa tu...apa...bawak balik anak dara org satu mainan ke?...w/pon Pejal ckp peminat...takkan mak dia tk faham....adakah semua peminat Pejal bawak kerumah?
mungkin jugak mak dia tk setuju kot....yelah...mak ayah dia takkan nak ngaku kat wartawan kan....yg dia tk setuju.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|