|
[Jenayah]
Kenapa Ramai Isteri Pilih Jadi Bodoh Bila Suami Jadi Dayus?
[Copy link]
|
|
nolya replied at 3-11-2016 11:02 PM
Kenapa orang ramai suka menjustifikasikan isteri2 yg teraniaya dek suami sbg orang yg bodoh, asa ...
Mmg bodoh pun kalau sekali kena lempang atau tumbuk masih mahu bertahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih kerana menghargai pandangan/pendapat saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
nolya you rasa ada tak aspek delivery system yg berkaitan dengan hal ini perlu dibaiki seba ibu ibu ni rasa depa ni helpless and learnt helplessness ni berlaku sebab depa tak rasa dibantu atau tak tahu how to reach help ; support system . ni banyak lah berkisar dengan psychosocial issues.
u think?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau sdr yg menghadapi keadaan yg sebegitu, bagaimana tindakan sewajarnya yg akan sdr ambil. Lempang atau tumbuk dia balek. Atau bungkus baju keluar rumah? Ataukah memberi amaran kpd suami dan tekad menuntut cerai. Kalau sdr ada apa2 idea, kongsikanlah bersama supaya kita sama2 dpt fikirkan sebagai penunjuk jalan bagi mereka yg berkemungkinan mengalami hal yg serupa.
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju tang .. yerp dier rang ni bukan bodoh .. malah ada yang bekerja dengan pangkat yang tinggi
dan ..
setuju juga tang .. kadang2 kita sendiri jadi rimas bila cuba membantu .. tapi terus-terusan diberi pelbagai alasan yang memang tak masuk akal bagi kita yang tak mengalami.
tapi ..
untuk kata dier rang ni bodoh .. takmo ah ..
cuma seperti bak kata Nurmimie .. kita jadi segeram geram nya kan.. kan ..rasa nak goncang-goncang ja pun ada
dan sama lah ..
mungkin cara FC d besarkan ..
enough is enough ..
FC berlembut pada yang tau menghargai kelembutan tu
hormat pada yang tau menghargai hormat kita pada dia
tapi ....untuk tunduk pada pembuli .. minta maaf la dan tipu kalau kata tak menangis
memang tau FC akan menangis.. tapi
kering ja airmata tu .. siap lah
|
|
|
|
|
|
|
|
awaynepian replied at 3-11-2016 06:28 PM
Pernah x korang tgk..apa jadi pada anak2 kesan penceraian??
So kalau x tahu tutup mulut n xpayah ac ...
Anak-anak yang dibesarkan dengan keganasan depan mata lebih teruk dari anak yang tak berbapakan syaitan... percayalah sis |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita selalu bertahan demi cinta... |
|
|
|
|
|
|
|
Punca :
Pertama ramai suami pergunakan hadis palsu n isteri terpengaruh dgn hadis2 palsu ,jd mereka sanggup pertahankan rumah tangga wlupn berbirat2 kena bantai laki durjana...
contoh hadis palsu :
'Di dalam hadis itu diceritakan bahawa Fatimah dan Ali melihat Rasulullah menangis kerana terkenangkan peristiwa isra mikraj kerana di dalam neraka terdapat golongan wanita yang diseksa antaranya rambut mendidih sehingga terkeluar otak kerana tidak tutup aurat,Perempuan yang digantung payudaranya di neraka kerana 'mengotori' tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas'
"Berkahwinlah kamu semua dan janganlah kamu bercerai . Sesungguhnya talaq itu menggegarkan Arasy."
"Syurga itu di bawah kaki suami "
Ramai lelaki bergelar suami menjadikan hadis palsu utk menjerat isteri.Isteri zaman ini perlu peka dgn ilmu agama sahih,bkn cedukan dr internet.
Kedua birokrasi sistem dan undang-undang
AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA
1.1 TUJUAN AKTA INI :
Tujuan Akta ini ialah untuk memberi perlindungan kepada mangsa-mangsa keganasan rumahtangga . Mangsa dalam Akta ini termasuklah isteri.
1.2. KEGANASAN RUMAHTANGGA BERLAKU APABILA SESEORANG :
1 Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa;
2. Secara bersengaja atau dengan sedar meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
3. Memaksa atau mengancam mangsa untuk melakukan apa-apa perbuatan seksual;
4 .Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaannya ; atau
5. Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta.
1.3. MANGSA YANG DILINDUNGI OLEH AKTA INI IALAH :
1. Isteri atau suami
2. Kanak-kanak
3. Orang dewasa yang tidak berkeupayaan
4. Mana-mana anggota yang lain seperti:
i.anak lelaki atau anak perempuan dewasa;
ii.ibu atau bapa;
iii.abang, kakak atau adik;
iv.mana-mana saudara lain yang “pada pandangan mahkamah” hendaklah dimasukkan bagi tujuan perlindungan di bawah Akta ini.
TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL:
mendapatkan pertolongan atau panduan daripada seorang pegawai Kebajikan.
Mendapatkan perlindungan , pertolongan dan panduan daripada pihak polis.
Berjumpa atau menghubungi peguam atau pegawai Biro Bantuan Guaman.
Membuat laporan polis.
Memfailkan aduan di Mahkamah.
Mendapatkan perintah tertentu daripada Mahkamah.
TINDAKAN PEGAWAI KEBAJIKAN:
untuk membuat laporan polis;
memfailkan aduan di mahkamah;
mengatur rawatan perubatan kepada mangsa;
mengatur tempat perlindungan dan pengangkutan untuk pergi ke tempat perlindungan kepada mangsa;
untuk menemani mangsa ke tempat kediaman/tinggalnya bagi tujuan mengambil atau memindahkan barang-barang kepunyaannya;
bertindak sebagai penghubung di antara pihak-pihak .
TINDAKAN DARIPADA PEGAWAI POLIS:
mengambil tindakan, sekiranya sesuai, untuk mencegah keganasan rumahtangga yang sedang dilakukan;
menjalankan siasatan terhadap laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa dan membuat cadangan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mengemukakan pertuduhan jenayah terhadap pesalah sekiranya terdapat keterangan yang mencukupi untuk berbuat demikian;
melaksanakan atau menguatkuasakan perintah yang telah dikeluarkan oleh mahkamah.
TINDAKAN MAHKAMAH:
menerima dan merekodkan aduan yang difailkan oleh mangsa dan mendengar serta membuat keputusan tentang aduan tersebut ;
mengeluarkan perintah yang bersesuaian;
menyelenggarakan rekod berhubung dengan butir-butir terperinci tentang aduan yang difailkan;
TINDAKAN PEGAWAI JBG:
dapat membantu untuk memberi Khidmat nasihat kepada mangsa iaitu menasihati mangsa supaya membuat laporan polis atau memfailkan aduan di mahkamah.
Pegawai Jabatan Bantuan Guaman juga boleh menasihati mangsa cara permohonan di mahkamah untuk mendapat perintah di mahkamah.
Menerangkan bagaimana untuk bertindak mengemukakan saman persendirian bagi pertuduhan jenayah (dalam keadaan tertentu)dan sebagainya.
TINDAKAN ORANG AWAM/RAMAI:
Dengan menyediakan tempat selamat kepada mangsa;
Membuat laporan tentang kejadian keganasan rumahtangga kepada pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis;
Pihak yang memberi maklumat adalah dilindungi dibawah Akta Pemberi maklumat dibawah seksyen 18 (2) Akta) walaupun maklumat yang diberikan kurang tepat atau tidak betul;
Orang awam boleh menasihati suami isteri yang bermasalah dan cuba membawa ke arah pendamaian.
PERINTAH PERLINDUNGAN BERTUJUAN:
untuk menghalang berlakunya perbuatan keganasan rumahtanggga terhadap mangsa.
Untuk menghalang pesalah daripada menghasut orang lain daripada melakukan perbuatan keganasan rumahtangga terhadap mangsa;
Untuk memberi perlindungan kepada mangsa dalam bentuk Perintah Sampingan (Ancillary Order), kuasa menangkap dan sebagainya di bawah seksyen 5.
SATU PERINTAH PERLINDUNGAN TERMASUK PERINTAH:
memberi orang yang dilindungi hak eksklusif untuk mendiami tempat kediaman secara keseluruhan atau bahagian tertentu;
mengkehendaki pesalah membenarkan orang yang dilindungi mengambil barang-barang kepunyaannya;
melarang pesalah daripada memasuki tempat kediaman ,tempat kerja atau sekolah dan membuat hubungan bertulis atau telepon ;
Mengkehendaki pesalah membenarkan orang yang dilindungi untuk terus menggunakan kenderaan pesalah.
PERINTAH SAMPINGAN ADALAH:
berkuatkuasa selama tempoh tidak melebihi 12 bulan daripada tarikh mula berkuatkuasanya perintah sedemikian;
tidak menjejaskan hak-hak dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat;
dikeluarkan oleh mahkamah berdasarkan;
Kelakuan pihak-pihak;
Kemungkinan kecederaan kepada orang yang dilindungi;
Kesannya kepada anak-anak;
Kesihatan pihak-pihak;
Alternatif-alternatif yang boleh di pertimbangkan bagi melindungi mangsa.
Pertimbangan yang dibuat oleh mahkamah ialah atas imbangan kebarangkalian.
Jika membaca pengalaman isteri mangsa dera suami dan mahu mohon fasakh,taklik dll,ia makan masa bertahun2 naik turun mahkamah.Malah ramai suami sengaja gantung wanita tak bertali dan mereka seronok berkahwin lain.
Lebih menyedihkan,repot isteri mangsa dera diambil tindakan polis hanya slps viral.Entah bgmn nasib isteri2 zmn tiada FB utk viral....Atau isteri yg masih tidak peka dgn IT.
Apa yg menyedihkan,ada pegawai agama dan pihak berkuasaa berkata "Kami tak boleh campur,ini soal rumah tangga "
Ketiga Kelemahan wanita
Ada pula isteri biarkan diri didera krn suami satunya tempat bergantung ,mrk hny suri rumah.Memikirkan jk bercerai,nasib anak2 di mana tiada sumber pendapatan .
Keempat berasa malu bergelar janda
Tidak dinafikan masyarakat pandang hina pd janda bercerai (bkn janda kematian suami ) sbbkn isteri biarkan penderaan berlaku.
Kelima tiada sokongan keluarga sendiri
Ramai isteri mengharapkan saokongan ibu bapa,adik beradik bila didera nmn sikap "Jangan jaga tepi kain org" sebabkan penderaan berlarutan.
Keenam keperluan seks
Tidak dinafikan seks amat penting dan membiarkan penderaan semata2 mahukan nikmat seks wlupun badan sakit .
Ketujuh kos guaman
Kos guaman untuk dptkn peguam syarei kdgkala mencecah 10K.Bg isteri tiada pendapatan,ianya sukar.Manakala Biro Bantuan Guaman (khidmat percuma ) amat terhad di mana terlampau banyak kes .
Dan banyak lagi punca dan asbab .
Kes penderaan isaeri berlaku sejak negara merdeka lagi ,namun tiada penguatkuasaan efektif dr pihak berkuasa,menjadi punca ia berlarutan.
Jika kerajaan boleh wujudkan Mahkamah khas saman trafik ,mengapa Jabatan Agama tidak boleh wujudkan mahkamah khas untuk kes penderaan ?
Kdgkala sedih dgn kes di negara bernama negara Islam pabila melihat undang-undang di negara bukan Islam spt Eropah dan Amerika yg lebih baik menjaga hak seorang isteri dr penderaan.(Abaikan kes isteri saman suami sbb enggan bersetubuh )
Mmg menyedihkan melihat dan membaca kes penderaan isteri sama ada fizikal atau mental,nmn sbg rakyat marhain,apa boleh dilakukan?
(Post ini ditulis berdasarkan kajian dlm akhbar,majalah Mingguan Wanita,internet,buku dll)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nolya at 4-11-2016 12:22 AM
Actually kezaliman rumahtangga ini tak semudah untuk diatasi miskipun ada cara2 yg boleh kita sarankan. Bak kata orang, cakap memang mudah ttpi merealisasikannya susah. Sukar di atasi kerana semuanya berpunca drp individu yg mengalami itu sendiri tidak mau bertindak. As people say, nasib seseorang tak akan berubah kalau dia sendiri tidak mengubahnya. Apa lagi dlm soal rumahtangga, kerapkali diperingatkan 'jangan masuk campur'. Betulkah isteri itu tak mau menolong dirinya sendiri atau ada hal2 lain yg menjadi hambatan?
Banyak faktor yg mempengaruhinya, mungkin cara upbringing yg mempengaruhi sikap, keberanian untuk bertindak balas, adat dan hukum serta sokongan yg kurang membantu. Ketika seseorang itu menghadapi masalah kekerasan rumahtangga, pernahkah kita terfikir kronologi mcmana boleh terjadi. Sesuatu yg terjadi mesti bersebab. Adakah kezaliman itu berpunca drp sikap dan karakter suami yg memang lahir sbg seorang yg bertelinga nipis, tidak penyabar, panas baran, mudah aje nak angkat tangan-kaki? Jika begitu harus dicek juga latar belakang asuhan dan keluarganya. Seandainya itu adalah karakter warisan, payah.... memang payah bagaikan rebung dah menjadi buluh. Sebelum kawen dulu, apakah memang tidak terkesan bibit2 sikap panas baran suami? Apakah nak dikata jodoh tersalah kasih.
Bagi wanita yg ada pendidikan, ada kesedaran, tau akan hak2nya (hak asasi manusia), terpenting ada keberanian/guts, tentu wanita trs akan berani bertindak menuntut keadilan di mahkamah syariah. This kind of ladies are the strong minded people who know their rights and damn to what others want to say. They have the fighting spirit and usually they are the winners in this kind of battle. Tapi bukan semua wanita spt itu. Ada wanita cuba bertahan atas bermacam2 alasan.
Kpd wanita yg tak bernasib dlm rumahtangga, yg tidak bertindak dgn bersebab, tak harus kita menjelek2kan mereka. Kita tidak di tempatnya dan kalau kita boleh berkata "kalau aku, aku akan begini-begini," maka tiada isteri yg akan terzalimi. Entah2 suami pula yg menjadi mangsanya. Bayangkan kalau suami lempang dan tumbuk, isteri membalas balik, kalau isteri tu bertubuh besar berbaloi juga. Mungkin ada drama boxing atau wrestling di rumah. Tak tau sape yg akan menang-kalah.
That's why spt yg saya sebutkan sebelumnya, jika suami itu ikhlas terhadap rumahtangganya, isteri dan anak2nya, jadilah imam dan pemimpin yg
baik. Sabarlah dlm persoalan2 yg kecik, suami marah2 isteri jgn pula mengapi2kan. Kalau sampai gawat persoalan rumahtangga barulah dibawa musyawarah secara keluarga, cari orang yg disegani untuk menasihati. Dan kalau memang tak boleh juga, maka isteri ada hak untuk membawa ini ke mahkamah syariah. Solusinya ada, bukan tak ade tetapi yg empunya diri kena berani bertindak. Orang luar, hanya pihak kadhi yg boleh campur tangan.
Sekadar begitu pandangan saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan sahaja ada sense tapi ada isi dan well grounded informed opinion. i pun suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 4-11-2016 12:29 AM
tulah bagi yg tahu hak dan tahu rasional yg kukuh , good groundings, benda ni depa akan bertegas.
cuma i terfikir bagi yg wanita yg tersepit atau catch 22 situation , kan? yg terasa helpless tu ...nak reaching for help pun susah camner dan apakah dilakukan setakat ni untuk bantu.
|
|
|
|
|
|
|
|
wanita suka menjadi hamba, suka diperintah suka menjadi hamba kepada anak2, suka buat kerja percuma basuh baju masak janji dapat main konek dapat anak dan ada anak menjaga semasa tua gittuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu dah kena dera...i dont think la syg lg
Klu laki tu x lps mmg la susah...aku rs rmai je nak larikn diri
Tp x rmai la sekaya warda bole lari pi oversea bila gaduh dgn suami
Lg pon rmai je kan bertahun turun naik mahkamah
Itu yg mgkin sebahagian x mampu...mana nak tumpu kerja lg.. nak urus anak2 lg
Kecuali yg ada support kuat... |
|
|
|
|
|
|
|
Maideen. replied at 3-11-2016 04:49 PM
Tak tahu lah kenapa ramai isteri jadi bodoh bila suami dia jadi dayus. Sepatutnya isteri isteri d ...
Hehehehehe...
Tang pukul dengan kitab tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
wanita perlukan persatuan ,NGO yg membantu seikhlas mungkin,bkn mengharapkan bayaran spt segelintir peguam syarie menjadikan wang matlamat .
Apa yg menyedihkan sikap wanita sendiri (lihat komen dlm FB,forum )
"Padan muka kena bantai suami"
"U yg pilih dia jd laki,padanlah muka "
n mcm2 lg sindiran,cacian dll.Ada jg species wanita gembira melihat wanita lain didera dan disakiti hatta keluarga sendiri.
Wanita sespecies x bernasib baik pun dimaki dan disindir,belum lg wanita yg menjadi isteri kedua.....
Aku sendiri menerima byk kes 2 penderaan dan x mampu bntu mrk ( aku ada tauliah Jbtn Ag ) disebbkn masalah birokrasi dll ,belum lg ancaman bunuh dr suami 2 sbb mahu membantu isteri mangsa dera.Betul aku pernah dpt sms ugutan bunuh dr suami yg tak benarkan aku bantu isterinya yg mahu memohon cerai akibat penderaan.Trauma jg dibuatnya.
Ribuan isteri mangsa dera buat repot nmn isinya "repot ini untuk rujukan pejabat agama"
"repot ini untuk covering diri saya takut2 berlaku lagi "
"repot untuk siasatan pegawai penyiasat "
dan mcm2 jenis repot .
Sbb byk repot NFA ( No Further Action ) lantaran kurang paham dan tidak peka dgn kategori repot .
Aku menghargai wanita sbb aku pernah berada dalam rahim seorang IBU dan ibu adalah wanita..................
Isteri aku wanita dan aku ada 4 orang anak gadis.....................
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimana pula dgn menteri wanita kita, segigih mana nasib wanita yg teraniaya suami diberi perhatian. Apakah pertolongan yg dpt diberi dan memadaikah? Kalau peguam2 di bantuan guaman kurang, tak ade ura2 untuk ditambah? Ataukah memang kalau keseluruhan peguam yg ada disediakan pun, masalah tetap bertambah?
Tak tau saya kalau peguam syarie pun kena dibayar, ingatkan free. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 3-11-2016 08:49 PM
Nasib baik la CG jenis penyabar and a good listener
FC ngaku ja .. FC ada limit untuk jadi pendeng ...
Wow.......... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sekurang-kurangnya 10 kes membabitkan penderaan suami terhadap isteri berlaku di Perak setiap hari.
Presiden Persatuan Wanita Perak Untuk Wanita (Pww), Dr. Sharifah Halimah Jaafar yang mendedahkan mengenai perkara tersebut berkata, daripada statistik itu, hanya empat atau lima kes dilaporkan kepada pihak polis.
Beliau mendakwa, perkara tersebut berlaku kerana sikap segelintir pihak termasuk polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang lepas tangan dalam menangani isu keganasan terhadap wanita.
"Setiap hari Pww menerima antara empat hingga lima panggilan mengenai masalah keganasan rumahtangga. Kalau yang tidak dilaporkan, angkanya mencapai 10 kes dalam sehari.
"Perkara ini telah kita perjuangkan selama 25 tahun, tetapi tetap juga berlaku. Ini adalah satu penindasan dan golongan wanita pula takut untuk membuat laporan kerana bimbang tidak mendapat pembelaan," katanya.
Tegas Sharifah Halimah, birokrasi dan kaunter khidmat pelanggan menjadi masalah utama kepada wanita mangsa dera menyebabkan laporan mereka diabaikan.
Tegas beliau, perkara tersebut berlaku kerana masalah keganasan rumah tangga dilihat bukan satu isu yang perlu dipeduli dan dititikberatkan.
"Kebanyakan wanita yang terlibat dalam masalah keganasan rumahtangga iaitu didera suami sukar untuk mendapatkan perlindungan walaupun telah membuat laporan polis.
"Ini kerana ramai menganggap keganasan terhadap wanita adalah isu peribadi dan tidak boleh ada campur tangan.
"Bila buat laporan, mereka disuruh balik rumah dan berbincang kerana anggota keselamatan lebih menumpukan kes-kes seperti rompak dan rogol. Seolah-olah kes ini tidak serius," katanya. Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Tegas Sharifah Halimah, walaupun Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 wujud untuk membantu golongan wanita yang teraniaya, kes-kes keganasan rumah tangga terus meningkat.
Ditanya alternatif untuk membantu golongan wanita daripada menjadi mangsa dera ujar Sharifah Halimah, Pww dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Wanita UMNO Perak akan mengadakan 'Kempen Lelaki Menentang Keganasan' Ogos ini.
Pada masa sama katanya, Pww akan menjalankan kempen pendidikan bagi memberi kesedaran kepada golongan wanita mengenai hak mereka.
Tujuan utama katanya, adalah supaya wanita yang menjadi mangsa dera tahu hak mereka dan tidak takut untuk tampil mendapatkan pembelaan.
Ujarnya, mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan boleh menghubungi Pww di talian 05-5469715 atau e-mel ke [email protected].
UTUSAN-2012
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab isteri tau syurga di bawah tapak kaki suami!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|