|
|
Noor Nabila Larang Sharnaaz Ahmad Berlakon Adegan Panas
KUALA LUMPUR: Noor Nabila tidak membenarkan bakal suaminya Sharnaaz Ahmad untuk melakonkan babak-babak panas yang boleh menjejaskan rumah tangga mereka yang bakal dibina.
Nabila atau Noor Nabila Mohd Noor, 33, berkata, Sharnaaz, 32, seharusnya lebih mengetahui batas-batas yang perlu dijaga sebagai seorang suami.
"Jangan cari pasal, saya tidak benarkan kalau dia berlakon babak-babak panas seperti dalam filem Hollywood tu.
"Tapi di Malaysia sekarang ramai sudah pelakon wanita bertudung dan tidak perlu babak panas untuk menimbulkan rasa romantik. Banyak sahaja drama yang mendapat perhatian tanpa melakukan adegan seperti itu.
"Pada saya dia sendiri sudah tahu batas-batas yang perlu dijaga olehnya selepas berkahwin nanti," ujar Noor Nabila kepada mStar Online.
kredit to mstar online
wow.. belum pape lg ya bang dah dpt warning.. |
|