Menjalani pemeriksaan kandungan bersama suami tercinta adalah momen yang sentiasa diimpikan seorang isteri. Melihat kemajuan dan tumbesaran bayi bersama suami boleh dikatakan tanda menghargai pengorbanan isteri yang bersusah-payah mengandungkan anak selama sembilan bulan 10 hari.
Mungkin ada di antara isteri dan ibu di luar sana yang tidak pernah merasai detik berharga ini, maka ramai juga yang menitiskan air mata saat menyaksikan momen yang dirakamkan Norman dan Memey.
Video itu telah ditonton lebih setengah juta kali dan mendapat pelbagai komen positif daripada netizen.
Ramai wanita berasa terharu dengan perbuatan Norman yang melayan isterinya seumpama puteri. Malah, ada yang hampir menitiskan air mata dan berdoa supaya mendapat layanan yang sama apabila berumah tangga kelak. Norman juga tidak ketinggalan menitipkan doa buat sang isteri agar dipermudahkan semua urusan.
Foto: IG Norman Hakim
Norman dikurniakan lima orang anak yang dua daripadanya adalah hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas isterinya, Abby Abadi. Norman memang terkenal di kalangan netizen sering memuat naik ucapan manis yang ditujukan kepada anak-anak dan isteri di akaun IG. Biarpun dahulu berlaku kontroversi antara norman dan Abby, namun mereka kini hidup dalam keadaan harmoni denagn keluarga masing-masing serta saling mendoakan. - CARI
Post time 11-7-2018 05:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
putehkundor replied at 11-7-2018 04:17 PM
dah nama pun husband...
bongok la....
Kadang2 kesian tgk netizen, hidup dorang terlalu teruk sgt ke?
Dorang selalu mcm pelik kalo tgk suami artis lyn artis ngn baik sampaikn pegang baby pun dorang dah takjub sgt.. gamaknya laki memasing kt umah lagi byk pegang tepon kot.
Post time 11-7-2018 05:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by de_ikea at 11-7-2018 06:19 PM
Semoga slamat kelahirannya memey.
Memey antara retis yg mampu turned the netizens to 360 degrees. Iols sendiri suka tgok memey ni skrg. Untung sheols. Elok suaminya skrg, bisnes maju, rumah cantik, family rapat-rapat, pandai masak, cakap lembut je, anak-anak comel.
Memey antara retis yg mampu turned the netizens 360 degree. Iol ...
sy pun suka..siapa sgka diorg boleh jd mcmni kan..aman je..alhmdulillah..jd kesimpulannya semua org boleh ubah diri dan khidupan msing msing ke arah lebih baik. hilangkan hasad dengki dan iri hati,bermaaf maafan..insyallah bahagia.dah mcm ustazah pula.hehe
Post time 11-7-2018 05:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Norman tu lembut..romantik..si abby klu bertekak dia je menang.jodoh dia ngan abby setakat tu je..apa yg aku perati abby ni wlupun ht dia baik,dia xpandai jg ayat dia..xsuka,xsependapat dia sembur je..xblh la mcm tu..ngan konon besan tu pun aku tgk dh xde update dh..light.km tu onh pnh post u mrh kat i ke tp abby xde respon pun.apapun aturan Allah nmg dh terbaik..norman sgt sesuai ngan memey