|
"RM8000 Hantaran Untuk Orang Ada SPM Je!"- Bakal Pengantin Mengamuk Ha
[Copy link]
|
|
klau perempuan kaki carut mcm ni seringgit pun x layak...
adoi...kasar betul bahasa..
da kawin nnt mst laki mkn maki je hari2
kenyang beb |
|
|
|
|
|
|
|
Patt ditingalkan je time nikah.. Padan muka..
Piang sgt perangai |
|
|
|
|
|
|
|
This girl ada degree.. Then keje ke? Kalo setakat baru abis degree, keje pun tah ke mana duk melangok tanam anggur je kat umah, alih2 nak kawen.. Dinasihati toksah berlagak lah dekkk dgn degree ko tu |
|
|
|
|
|
|
|
omg...real ke ada gegirl mcm ni...haha...habislah kawan/contact dia yg sebarkan whatsapp status tu...boleh bayangkan intensiti makian mcm ni darab dgn dua..
|
|
|
|
|
|
|
|
kita ada SPM je...maknanya hantaran iols nanti RM8 ribu je ke....huwaaa...... |
|
|
|
|
|
|
|
Nilai hantaran ikut sijil ni rasanya pertama kali nampak dari artikel akhbar tempatan kan... seriously tak tahu pula selama ni masyarakat Melayu kita beri hantaran ikut sijil... omg..haha..
https://web.facebook.com/urusinsan/posts/10155463843946010?__tn__=K-R
Zaidi Ismail
8 mins ·
NILAI HANTARAN IKUT SIJIL ?
========================
Saya dah 43 tahun , 10 Oktober 2018 genap 8 tahun saya mendirikan rumahtangga , sehingga hari ini kami masih saling cuba mengenali antara satu sama lain dan sehingga hari ini cabaran perkahwinan tidak pernah hilang. Kalau dicampur dengan waktu dating dan bertunang , usia hubungan kami dah 13 tahun lamanya. Tidak pernah sunyi dengan pelbagai cabaran , onak dan duri.
.
Saya tak nak komen isu viral hantaran ikut nilai sijil dan bakal pengantin perempuan mencarut bagai sebab saya pun tidak tahu hujung pangkal cerita beliau, nanti jadi bahan fitnah pula. Saya cuma boleh komen mengenai hal hubungan dan perkahwinan saya sahaja. Harap jadi pengajaran pada yang lain.
.
Saya dan "ex girlfriend" berkenalan di internet , melalui laman sesawang ekawan. zaman pra-facebook , jumpa hanya beberapa kali dalam setahun kerana saya jarang berada di Malaysia dan sering berada di luar negara. Bila ada kelapangan berjumpa saya akan minta dia bawa bekal dan masakkan untuk saya.
.
Tips 1
.
Test dulu reti masak ke tidak , bukan sekadar reti masak tapi mesti sedap dan kena dengan selera saya , bab makan saya cerewet dan saya suka makan , ini wajib bagi saya dan saya sendiri boleh masak (hasil turunnya Ilmu dari Arwah Mak dan Ayah , memang fail kalau isteri tak pandai masak.
.
Bila kami berkesempatan berjumpa di luar kadangkala terlangsung sehingga ke waktu magrib dan kadangkala sengaja ajak keluar waktu-waktu macam ini dan ada juga cuba try ringan tangan.
.
Tips 2
.
Saja nak tengok dia tegur tak pasal solat dan tahu jaga maruah diri dia atau dia pun ikut sama sayur? Saya nak cari isteri yang ada asas agama dan berani tegur saya kalau saya buat silap.
.
Bila dah mula rasa selesa antara satu sama lain , yakni ada kesefahaman , kurang selisih paham , maka diusulkan untuk bertunang , bertukarlah status ke ex girlfriend kepada tunangan. Ketika ini saya mula suruh benda yang dia tak biasa buat , kalau saya ianya berkaitan kewangan , saya akan suruh dia buat bajet , menyimpan , melabur dan beli rumah. Saya akan "involve" dia dalam hal perniagaan dan pelaburan saya , membiasakan dia dengan "vocabulary" kewangan , beliau mula ada perniagaan sampingan hasil galakan dari saya.
.
Tips 3
.
Nak tahu juga sikap dia tentang kewangan , adakah ianya bersifat " duit aku , duit aku / duit kita atau susah senang kita bersama ? Saya ambil masa lebih kurang tiga (3) tahun (bertunang) untuk membasuh pikirannya. Ketika saya melamar tunang saya untuk menjadi isteri saya , ketika itu saya mempunyai hutang hampir RM 4 juta ringgit hasil kegagalan perniagaan dan pelaburan , saya mengawininya ketika saya tiada apa dan susah , ketika saya baru nak merangkak semula membina apa yang telah musnah.
.
Selang beberapa hari kami bernikah saya bawa isteri saya tinggal di rumah saya , yang ada cuma tikar plastik serta tilam dan bantal , malah dapur masak hanya beralas kotak sahaja , isteri saya terpaksa bertenggong kalau nak masak. Tiada sebarang perabot , mertua dan adik beradik yang singgah hanya duduk bersila diatas tikar plastik. Isteri saya terpaksa menaiki keretapi berulang alik ke tempat kerja , dari jam 5:30 pagi dan sampai rumah jam 8 malam.Begitulah kehidupan kami selama hampir enam (6) bulan.
.
Saya pun berpindah dan menyewa di Bangsar South , selepas hampir 3 tahun , kami bertungkus lumus menguruskan restoran, saya pula sering bertugas di luar negara di samping menambah hartanah yang ada , saya menyewa dan berpindah pula ke jalan Tun Razak , memudahkan isteri saya berjalan kaki sahaja ke tempat kerja beliau dan kini menyewa sebuah banglo 7 bilik di Jalan Gurney. Pejam celik , hampir 8 tahun kemudian , kami mengurus 64 buah hartanah , 2 buah syarikat dan 8 orang pekerja yang kesemuanya milik isteri saya.
.
Dari seorang Girlfriend , Tunang dan akhir Isteri , beliau sentiasa berada di sisi saya , susah dan senang saya hanya dia yang tahu dan berapa hantaran perkahwinan beliau? RM0 , malah kos kenduri di belah pihak perempuan ditanggung sepenuhnya oleh bapa mertua , kerana beliau tahu tanggung jawab beragama dan berapa pula yang saya beri sebagai tanda kasih dan sayang saya pada beliau sebagai hantaran kahwin ?
.
1. Sebuah kereta
2. Sebuah rumah
3. ASB bernilai RM110K
4. 10 Dinar Emas
5. Takaful bernilai RM100K
.
Saya akui majlis perkahwinan saya sederhana sahaja tetapi hantaran saya gempak , beliau tidak pernah minta semua itu , kalau boleh saya nak bagi lebih lagi dan apa kelayakan dan sijil yang beliau ada ? hanya SPM , kenapa saya sanggup untuk menyediakan semua ini untuk beliau? Kerana saya tahu beliau boleh hidup susah dan senang bersama saya dan kerana beliau adalah semangat saya.
.
Kisah hantaran dan perkahwinan dan bagaimana saya KAHWIN PERCUMA >>> https://www.facebook.com/notes/zaidi-ismail/perkahwinan-percuma-cara-saya/10153360503640297/
.
Hidup ini bukan sahaja untuk menerima tetapi juga memberi , sebelum kita sibuk mengungkit apa yang kita patut dapat , pikirkan apa yang telah kita berikan pada sesuatu hubungan itu dan kalau ianya tidak sekufu atau sepadan dari sudut mata kita , "move on" , bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. Carilah yang lebih baik dan sesuai dengan diri kita , itu lebih baik dari menghambur kata-kata nista.
.
Nilai hantaran ikut sijil ? So yesterday laaa sis .... wanita yang mahal tidak perlukan hantaran yang mahal tapi carilah lelaki yang mahal.
|
|
|
|
|
|
|
|
tipuware replied at 25-8-2018 05:30 PM
Tu ko tulis MIL dia sengaja bt perangai..
Yelah betul ko ckp aku confuse pompuan mana. Mcm balas balik. Mak mertua masuk campur. Dah lantaklah. Anak dia nak. Tapi budak perempuan tu baik. Masakkan kemas rumah. Nak balik sekejap jumpa parents mak mertua tak kasi. Jgnlah sampai macam tu. 7 days a week kat rumah mil. Mil sakit dia masakkan. Jgnlah sbb hantaran 15k berdendam buat dia cam babu. Somi dia pun treat dia mcm maid. Kesian |
|
|
|
|
|
|
|
Adudududu...bahasanya..... Penuh makian...tak lambang orang blajar sampi uni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo nk buat majlis kawen grand..cari n guna duit sendiri. Hidup jgn menyusahkan org.. boleh tak? |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 25-8-2018 10:27 PM
Yelah betul ko ckp aku confuse pompuan mana. Mcm balas balik. Mak mertua masuk campur. Dah lantakl ...
Budak perempuan tu baik kot.. rm15k tu skit sgt dibandingkan dgn ihsan dan ketaatan kawan ko tu.. kalau aku,dah kena dah mil n fil tu .. muahahhaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku degree 7k je...engineering lg...ape guna 30k hantaran..tp laki setiap hari mkn kat luar..x reti msk..bayam ngan kangkung pun x kenal..ikan bawal ngan kembong pun x reti beza..msk megi pun x reti.puih la! |
|
|
|
|
|
|
|
Winunu replied at 25-8-2018 10:41 PM
Baca cerita sebenar disini , mengarut budak ni cakap mcm ini .Orang yang tahu cerita sebenar tahulah ...
Ni nk pomot page ke? |
|
|
|
|
|
|
|
giler...nak hantaran mahal janji boleh show off acah2 paling best dan cun mengalahkan retis gred A ..tengku iman afzan aku tgk happy2 jah kawin dgn senashkah Al Quran saja lakinya tengku bakar kasi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kes macam ni pun Ada.... Kawen nilai hantaran Sikit tak bermakna pokai sepanjang zaman ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Eeeee... Kasi free pon takmau ok pempuan camni.
Tolonglaaaa laki yang bijaksana lagi berwawasan sekalian.. Tak payahla ssh2 kawen dgn org camni. Buat siksa hidup je. Lawa cemanapon tak payahla. Apetah lagi kalau tak lawa. Hihi.
Buatlah pilihan yang bijak! |
|
|
|
|
|
|
|
Winunu replied at 25-8-2018 10:41 PM
Baca cerita sebenar disini , mengarut budak ni cakap mcm ini .Orang yang tahu cerita sebenar tahulah ...
Tak habis2 promot page je |
|
|
|
|
|
|
|
Kongsi ilmu xsalah lah.
Kenapa busuk hati sgt dgn aku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Winunu replied at 26-8-2018 08:43 PM
Kongsi ilmu xsalah lah.
Kenapa busuk hati sgt dgn aku.
Then jgn la bg link. Cuba share apa yg link tu ckp. Kat tred lain pun forumers tak dah ckp kan |
|
|
|
|
|
|
|
tipuware replied at 26-8-2018 01:34 PM
Budak perempuan tu baik kot.. rm15k tu skit sgt dibandingkan dgn ihsan dan ketaatan kawan ko tu.. ...
Tulah....budak nya baik. Pandai Masak. Membasuh. Melipat. Kemas rumah. Jaga mil. Tapi org dlm rumah tu tak nampak. Org luar nampak. Org tak reti syukur dapat menantu ok. 2 hari balik rumah mak pak. Mil dia bising mcm baju sebulan tak basuh. Haih |
|
|
|
|
|
|
| |
|