CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Squall-Leonhart

Info Asas Negeri Johor

[Copy link]
Post time 5-7-2007 11:39 AM | Show all posts
Sekalipun diketahui bahawa Datuk Bentara Dalam adalah gelaran salah seorang menteri kanan negeri Johor, tetapi sepanjang catatan sejarah, jawatan tersebut hanya pernah diisi oleh seorang tokoh sahaja iaitu Muhamad Ibrahim Munsyi. Namun demikian, riwayat hidup beliau agak sukar diperolehi kerana beliau tidak seperti bapanya, Munsyi Abdullah yang gemar menulis latar belakang diri dan pengalaman-pengalamannya. Seperti Hikayat Abdullah, Hikayat Pelayaran Abdullah.

       Muhamadd Ibrahim Munsyi telah dilahirkan pada 2 Mei 1849 di Melaka. Beliau dibesarkan di Singapura dan mendapat pendidikan Agama dan Inggeris. Disamping itu, beliau juga mengajar bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai Inggeris seperti Allan Skinner, Dadley Harvey dan ramai lagi dan dipercayai dari sinilah beliau mendapat gelaran 'Munsyi' (pengajar).

       Kebolehannya dalam aspek penterjemahan bahasa dan tulisan menyebabkan beliau dilantik menjadi jurubahasa, jurutulis dan juga pembantu khas kepada Maharaja Johor (Ahmad Fawzi Basri, 1978, 82). Pada tahun 1870-an, beliau berpindah ke Jalan Air Molek, Johor Bahru dan beliau kemudiannya diberi gelaran 'Datuk Bentara Dalam', dan menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan. Melalui jawatan ini, beliau telah memberikan idea-idea pengembangan pendidikan di Johor dan beliau juga merupakan penasihat pendidikan kepada Maharaja Abu Bakar.

       Mengenai penggunaan gelaran 'Datuk Penggawa' dan 'Datuk Bentara' dikatakan hidup semula pada tahun 1883. Hanya tidak dipastikan bila Muhamad Ibrahim Munsyi menerima gelaran Datuk Bentara Dalam (Mohd Fadzi Othman-ANCJS), tetapi selain beliau juga terdapat pegawai-pegawai lain yang turut menerima pengurniaan seperti Muhamad Salleh - Ketua Jabatan Tanah Negeri (Datuk Bentara Luar), Abdul Rahman Andak - Setiausaha Kerajaan (Datuk Seri Amar Diraja), Abdullah Tahir - Pesuruhjaya Polis Negeri (Datuk Sri Setia Raja), Abdul Samad Ibrahim (Datuk Penggawa Barat) dan Jaafar Nong Yahya (Datuk Penggawa Timur) (Ahmad Fawzi Basri, 1978, 85).

Sumbangan Datuk Bentara Dalam

       Sumbangan besar beliau adalah dalam bidang pendidikan negeri Johor. Beliau merupakan Ketua Jabatan pertama apabila Jabatan Palajaran ditubuhkan pada tahun 1883. Pada tahun ini juga beliau menubuhkan empat buah Sekolah Melayu iaitu di Johor Bahru, Pengerang, Padang dan Tanjung Surat.

       Beliau kemudiannya membentuk Jawatankuasa Pelajaran Negeri dan beliau menjadi pengerusinya. Beliau juga seorang tokoh yang berusaha keras bagi memastikan pendidikan bagi kanak-kanak perempuan. Pada tahun 1890, beliau mendirikan Sekolah Melayu Perempuan di Johor Bahru.(Ahmad Fawzi Basri 1978,84)

       Beliau telah benar-benar menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Jabatan Pelajaran dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri, untuk memajukan taraf pendidikan di negeri Johor. Beliau telah mendesak agar pendidikan diwajibkan bagi kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun dan akhirnya beliau berjaya apabila desakan itu diwartakan secara rasmi pada 1 Jun 1902. (Ahmad fawzi Basri,1978,85)

       Selain sebagai penggerak pendidikan, beliau juga dikenali dalam bidang persuratan. Namanya sering dikaitkan dengan 'Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa'. Persatuan ini dikatakan persatuan persuratan yang pertama lahir di negara kita. (Ahmad Fawzi Basri,1978,82)

        Beliau juga merupakan seorang penulis, walaupun tidak mencapai taraf bapanya. Antara hasil tulisannya ialah 'Kisah Pelayaran Muhamad Ibrahim Munsyi' yang menceritakan tentang perjalanannya ke luar negara seperti England, negara-negara Eropah dan India. Beliau juga menulis beberapa buah buku nahu seperti Kitab Pemimpin Jauhar (1877) dan pada tahun 1900, beliau menghasilkan 'Benih Pengetahuan' yang merupakan buku bacaan untuk sekolah rendah. (Mohd Fadzil Othman-ANJCS) Beliau juga menulis rencana umum dalam untuk akhbar Bintang Timor yang diterbitkan di Singapura.

Kesimpulan

        Negeri Johor mempunyai perjalanan sejarah yang agak unik. Negeri ini juga merupakan negeri Melayu terakhir yang menerima campur tangan Inggeris. Ketika negeri-negeri Melayu lain berada dalam keadaan huru-hara, Johor berkembang dengan stabil dan seterusnya memperkukuh kedaulatannya. Peranan tersebut jelas dimainkan oleh tokoh-tokoh intelek Johor yang merangkap pentadbir-pentadbir birokrasi Johor. Nama-nama seperti Datuk Seri Amar Diraja, Datuk Bentara Luar, Datuk Bentara Dalam dan lain-lainnya begitu berpengaruh. Antara nama-nama tersebut, Datuk Bentara Dalam terserlah dalam memajukan sistem pendidikan negeri Johor. Sumbangannya begitu besar sebagai pencetus idea, perancang dan juga pelaksana. Beliau seperti juga manusia lain yang bersifat sementara, tokoh ini telah meninggal dunia pada 5 April 1904.



sumber http://www.segamat.org/archiver/?tid-6193.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2007 11:54 AM | Show all posts
best arr info2 ko ni muar... congrats!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:07 PM | Show all posts
Bibliografi Menteri Besar Johor1886 -1919 : Dato' Jaafar Bin Muhammad
Dato' Jaafar Bin Muhammad dilahirkan di Telok Belanga, Singapura pada tahun 1838. Dibesarkan dan mendapat pendidikan di Singapura. Keluarga beliau dikatakan berasal dari keturunan Kerabat Diraja dan Bendahara Melaka. Tugas beliau ialah memimpin pegawai-pegawai Johor untuk memajukan dan memodenkan pentadbiran Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.
Beliau adalah orang kepercayaan Sultan Johor dalam menguruskan pentadbiran. Ketika baginda Sultan Johor melakukan lawatan ke luar negeri, beliau telah diberi kepercayaan menjadi Pemangku Sultan. Beliau meninggal dunia pada tahun 1919 dan telah dikebumikan dengan penuh istiadat di Bukit Mahmoodiah.

1920 - 1922 : Dato' Mohamed Bin Mahbob
Dato' Mohamed Bin Mahbob dilahirkan pada tahun 1852, beliau banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan di Johor. Di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dengan Jabatan Pelajaran, sebanyak 89 buah sekolah Melayu, empat buah sekolah Inggeris, 22 buah sekolah Cina dan dua buah sekolah Tamil telah didirikan. Apabila enakmen pelajaran diluluskan pada tahun 1902, Dato' Mohamed Bin Mahbob dan Mohd Khalid telah bertindak menguatkuasakan undang-undang tersebut. Dalam enakmen itu, ibubapa atau penjaga diwajibkan menghantar anak mereka yang berumur 7-16 tahun ke sekolah. Sesiapa yang tidak berbuat begitu akan didenda sebanyak RM25.00 atau penjara selama tiga bulan.
Dato' Mohamed Bin Mahbob di lantik menjadi Timbalan Menteri Besar pada tahun 1917 dan apabila Dato' Jaafar meninggal dunia, Dato' Mohamed Bin Mahbob telah menggantikannya pada 16 Julai 1920. Beliau meninggal dunia pada tahun 1926 dan dikebumikan dengan penuh istiadat di Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

1923 - 1928 : Dato' Abdullah Bin Jaafar
Dato' Abdullah Bin Jaafar dilahirkan pada tahun 1875. Memulakan karier sebagai Kapten dalam Pasukan Askar. Kemudian mendapat jawatan Pelatih Pesuruhjaya Polis pada tahun 1900. Pada tahun 1903 menjadi Pesuruhjaya Polis Muar.
Beliau kemudian telah diberi kepercayaan memegang jawatan Pemangku Menteri Besar dan kemudian pada tahun 1923 menggantikan Dato' Mohamed sebagai Menteri Besar. Beliau telah melepaskan jawatannya pada September 1928. Beliau meninggal dunai pada 28.4.1934 dan dikebumikan di Teluk Belanga.

1931- 1934 : Dato' Abdul Hamid Bin Yusuf
Dato' Abdul Hamid Bin Yusuf dilahirkan pada 17.10.1876. Bermula karier beliau sebagai Prebet di dalam Pasukan Askar. Kemudian beliau telah dinaikkan pangkat ke Lans Koperal (1894), Koperal (14 April 1894), Bateri Sarjan (20.1.1895). Beliau memegang jawatan Kapten dalam tahun 1905 dan kemudian dinaikan pangkat Major.
Beliau memegang jawatan Leftenan Kolonel dalam tahun 1920. Pada tahun 1931 beliau telah dilantik sebagai Ahli Jemaah Menteri dimana beliau menggantikan Dato' Musthapa Bin Jaafar pada 23.11.31. Beliau meninggal dunia pada 28.12.1934.

1935 - 1947 : Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid
Ungku Abdul Aziz Bin Abdul Majid dilahirkan pada 17.8.1887. Beliau telah dihantar ke England pada tahun 1905 dan pulang pada tahun 1908. Beliau mula bekerja di Pejabat SUK. Kemudian bertukar ke jawatan askar dengan pangkat kadet (1910), Leftenan dan juga pengiring Sultan (1912). Pada tahun 1915 bertukar ke Pejabat Kewangan sebagai pemeriksa kira-kira.
Pada 11.9.1920, beliau telah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Pada 1.12.1922, beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerja dan pada 22.1.1923 dilantik menjadi Ahli Jemaah Menteri. Beliau telah memegang jawatan Timbalan Menteri Besar pada 5.1.1925 hingga 22.11.1931. Beliau memegang jawatan Menteri Besar pada April 1935 menggantikan Dato' Abdul Hamid Bin Yusuf. Beliau meninggal dunia pada 29.4.1951.

1947 - 1950 : Dato' Onn Jaafar
Dato' Onn Jaafar dilahirkan pada 12.2.1895 di Bukit Gambir, Johor. Ayahnya Dato' Jaafar Muhammad adalah Menteri Besar Johor yang pertama. Beliau mendapat pendidikan di England dan Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Beliau pernah berkhidmat di beberapa buah jabatan kerajaan di Johor dan kemudian memasuki Pasukan Military Force pada 5 Julai 1917 sebagai Kadet. Beliau adalah seorang pejuang kebangsaan dan juga tokoh politik unggul. Beliau adalah pengasas penubuhan UMNO semasa ianya ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru.
Dato' Onn adalah juga seorang wartawan. Beliau merupakan penulis dan pengarang Akhbar Warta Malays dan Lembaga Malaya. Antara kenangan peninggalan beliau ialah 揃uku Selamat Johor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:08 PM | Show all posts
1967 - 1982 : Tan Sri Othman Bin Mohd Saat
Tan Sri Othman Bin Mohd Saat dilahirkan pada tahun 1927 di Muar, Johor. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu, Inggeris dan juga Arab. Beliau pernah menjadi Guru Agama pada tahun 1942. sebelum aktif dalam bidang politik, beliau adalah seorang yang berjaya dalam bidang perniagaan. Beliau berpolitik sejak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946.
Dalam pilihanraya 1964, beliau telah menang dalam pilihanraya. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dalam tahun 1965 dan masih dapat mengekalkan kerusinya dalam tahun 1969. Beliau juga pernah menjadi Perngerusi Grand Prix Johor dan juga Pengerusi Pertubuhan Pengakap Johor dan dianugerahkan Pingat Semangat Rimba pada tahun 1970. Beliau juga diberi status 揇oyen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:09 PM | Show all posts
Asal Usul Nama TempatWujudnya nama sesuatu tempat bergantung kepada beberapa sebab. Adanyang berpunca daripada kepercayaan atau cerita-cerita lisan (Kampung Batu Badak). Ada yang berasal daripada alam semulajadi seperti keadaan sekitar (Kukup), haiwan (Rengit) atau tumbuh-tumbuhan (Gunung Pulai) dan ada mengambil sempena nama tokoh-tokoh tempatan (Tenang). Sesetengah nama tempat pula lahir daripada peristiwa yang berlaku di tempat itu (Gelang Patah). Suatu hal yang menarik ialah perubahan yang berlaku kepada sebutan nama sesuatu tempat itu. Ada kalanya ia merupakan singkatan kata, pengubahan bunyi atau kepilatan sebutan.

Batu Pahat
Nama Batu Pahat dikatakan dari peristiwa memahat batu untuk mendapat bekalan air tawar di pantai Minyak Beku yang terletak di Kuala Sungai Batu, Batu Pahat. Kerja ini dilakukan oleh angkatan tentera Siam (Orang-orang Muslim Pattani Siam ) di bawah pimpinan Awi Dicu dalam abad ke-15 sewaktu hendak menyerang Melaka. Kesan pahatan tersebut masih terdapat hingga sekarang. Kesan ini dikenali sebagai Perigi Siam atau Perigi Batu Pahat. Pusat bandar bagi daerah Batu Pahat ialah Bandar Penggaram. Nama Penggaram itu dikatakan berasal daripada 憄angkal jeram', kerana terdapat jeram di sebuah sungai kecil yang mengalir dari bukit belakang bandar tersebut.

Muar
Muar lahir daripada perkataan 憁uara' iaitu kuala sungai. Ini disebabkan oleh penempatan awal di kawasan tersebut terletak di muara Sungai Muar. Sungai Muar terkenal sejak zaman silam kerana sungainya yang lebar membolehkan para pelayar berlindung di musim gelora. Pelarian Raja Iskandar Syah (Parameswara) dari Singapura setelah dialahkan Majapahit pada awal abad ke-15 menggunakan sungai ini. Demikian pula apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, raja dan para pembesar Melaka melarikan diri melalui Sungai Muar.
Versi lain mengenai kewujudan nama tersebut ialah daripada perkataan 憁uak' (jemu dan 憁u-aru' (Bahasa Tamil) bermaksud tiga sungai.
Terdapat juga sebuah bukit tidak jauh dari Muar di sebelah selatan kawasan tanah lapang ( Padang ) dinamakan Bukit Muar (Bukit Mor).
Bandar Maharani yang menjadi pusat bandar utama daerah Muar mendapat nama sempena nama Permaisuri Maharaja Abu Bakar pada 12 Ogos 1887. Oleh kerana pada masa itu Sultan Abu Bakar masih memakai gelaran Maharaja, permaisuri baginda memakai gelaran Maharani. Bandar itu dinamakan atas nama permaisuri yang megiringi Baginda dalam upacara perasmian bandar itu, Maharani Fatimah.

Mersing
Mersing mendapat nama daripada peristiwa penahanan buang daerah seorang pesuruh Sultan Pahang berbangsa Sikh, kerana melakukan kesalahan yang berat. Penahanan ini berlaku sewaktu Mersing belum ramai penduduk. Pekerja tersebut bernama Amer Singh, dan namanya menjadi terkenal di kawasan tersebut hingga menyebabkan tempat itu dikenali dengan nama Mersing.
Cerita lain yang membawa munculnya nama Mersing ialah dari peristiwa seorang dara bernama Mersing mencintai teruna perantau dari Pahang bernama Awang. Oleh kerana Mersing diminati oleh anak penghulu, bapa Mersing memilih anak Penghulu bakal menantunya.
Untuk memisahkan di antara Mersing dengan Awang, timbullah fitnah. Tetapi Awang berjaya membuktikan kesuciannya dengan menghapuskan fitnah tersebut. Akhirnya bapa Mersing bersetuju menerima Awang menjadi suami anaknya. Namun Awang tetap keras hati lalu meninggalkan keluarga Mersing dan penduduk di situ dalam keadaan menyesal. Dari nama dari itu lahirnya nama Mersing dan didendangkan kisahnya dalam lagu Seri Mersing.

Segamat
Nama Segamat berasal dari ungkapan kata 憇egera amat' atau 憇egar amat'. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, 揝egar amat rasa badan ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 09:09 AM | Show all posts
pic pic mb johor


mb yg pertama

mb kedua

mb ketiga

mb ke-4

mb ke 5
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2007 09:18 AM | Show all posts

mb ke-6

mb ke 7

mb ke 8

mb ke 9

mb ke 10

mb ke 11

sori tak masukkan pic muyidin n ghani... huhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 09:57 AM | Show all posts
sultan-sultan johor

Sultan Mahmud Shah I
(1511-1528)
Sultan Johor 1

Pada 15 Ogos 1511, Melaka telah diserang oleh Portugis lalu baginda Sultan Mahmud Shah I telah melarikan diri ke Bertam, Batu Hampar, Pagoh seterusnya ke Pahang, Bentan dan akhir sekali Kampar. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528 disebut "Marhum Kampar".



Sultan Alauddin Riayat Shah II
(Raja Ali / Raja Alauddin / 1528-1564)
Sultan Johor 2

Sultan Alauddin Riayat Shah II telah pergi ke Pahang menemui Sultan Mahmud Shah (Sultan Pahang 5). Baginda telah memperisterikan Puteri Kesuma Dewi (anak marhum Sultan Mansur Shah - Sultan Pahang 4). Pada tahun 1529, baginda ke Hujung Tanah dan membuka Pekan Tua (Kota Kara). Pada tahun 1535, seramai 400 askar Portugis yang diketuai Estavao Da Gamma telah menyerang Johor. Baginda telah melarikan diri ke hulu iaitu Rebat, Sayong. Seri Nara Diraja (pembesar sultan) kemudiannya meninggal di Sayong disebut "Datuk Nisan Besar". Susulan peristiwa itu Sultan Muzaffar Shah (Sultan Pahang 6) telah datang ke Sayong. Bagaimanapun pada tahun 1536, Estavoa Da Gamma telah menyerang Kota Kara kerana adiknya Paulo Da Gamma dan 30 orang Portugis telah dibunuh oleh orang Melayu. Justeru itu, satu perdamaian telah dimeterai antara kedua-dua belah pihak. Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah II berpindah dan membuka Johor Lama. Baginda telah pergi ke Aru bagi membantu Ratu Aru dari ancaman Acheh. Pada tahun 1564, Sultan Acheh Sultan Alauddin al-Qahar mengalahkan Aru dan manghalau orang-orang Johor. Kemudian Sultan Acheh telah menyerang Johor Lama dari Aru. Sultan Alauddin Riayat Shah II ditawan dan dibawa ke Acheh dan dibunuh disana disebut "Marhum Syahid di Acheh".

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2007 09:58 AM | Show all posts
Sultan Muzaffar Shah II
(Raja Muzafar / Radin Bahar / 1564-1570)
Sultan Johor 3

Sultan Muzaffar Shah II bersemayam di Johor Lama sebelum berpindah ke Seluyut pada tahun 1565. Baginda tidak suka Johor tunduk kepada Acheh. Pada tahun 1568, baginda menghantar tentera membantu Portugis sekaligus mengundang kemarahan Acheh. Pada tahun 1570, baginda mangkat di Seluyut disebut "Marhum Mangkat di Seluyut".



Sultan Abd. Jalil Shah I
(Raja Abdul Jalil / 1570/1571)
Sultan Johor 4

Sultan Abdul Jalil Shah I adalah anak kepada Sultan Muzaffar Shah II. Ketika berusia 8 tahun baginda telah ditabalkan sebagai Sultan, melalui wasiat Sultan Muzaffar Shah II. Sultan Abdul Jalil Shah I mangkat tiba-tiba dipercayai mungkin diracun Bendahara Tun Isap Misai (pembesar sultan) meninggal dan dikebumikan di Seluyut.



Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II
(Raja Umar / 1570 / 71-1597)
Sultan Johor 5

Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berasal dari Pahang, suami kepada Raja Fatimah (adik Sultan Muzaffar Shah II, bapa kepada Sultan Abdul Jalil Shah I). Pada asalnya pembesar ingin melanti Raja Abdullah, anak Sultan Muzaffar Shah II, tetapi dibantah oleh Raja Fatimah dan mahukan suaminya dilantik sebagai Sultan. Tun Sri Lanang dilantik sebagai Bendahara. Pada tahun 1571 Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Tanah Putih selama dua tahun. Pada tahun 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berpindah ke Johor Lama dan membaik pulih semula kota Johor Lama. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II bersahabat semula dengan Acheh (Acheh bergabung dengan Johor menentang Portugis). Pada tahun 1576 dan 1578 Portugis menyerang Johor Lama tetapi ditewaskan. Januari 1573, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II menyerang Melaka dan hampir dapat menawan semula Melaka. Pada tahun 21 Julai 1587, angkatan Portugis yang diketuai Antonio de Noronha ke Johor membedil Kota Johor Lama dan merampas harta. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II berundur ke Batu Sawar pada tahun 1587. Pada tahun 1589, Batu Sawar diserang dan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II melarikan diri. Apabila Portugis balik ke Melaka, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah Iidatang semula ke Batu Sawar memulihkan semula kekuatan. Pada tahun 1596, Raja Fatimah mangkat, dan dikebumikan di Seluyut bersebelahan anaknya Sultan Abdul Jalil Shah I dan abangnya Sultan Muzaffar Shah II. Pada tahun 1597, Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II mangkat di Batu Sawar dan disebut "Marhum Batu Sawar".
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 09:58 AM | Show all posts
Sultan Alauddin Riayat Shah III
(Raja Mansur / 1597-1615)
Sultan Johor 6

Sultan Alauddin Riayat Shah III (anakanda Sultan Ali Jalla Abdul Jalil) bersemayam di Batu Sawar. Pemerintahan diserah kepada sepupu / saudara (berlainan ibu) Raja Abdullahdengan gelaran "Yang DiPertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar menjadikan ia masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar. Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III memerintah di Batu Sawar. Pada tahun 1608 Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan BEndahara Tun Seri Lanang. Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah sewaktu dibawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Jun 1613, Acheh telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, namun Johor telah ditewaskan. Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan puluh orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat [erdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Tetapi Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda, tindakan ini menimbulkan kemarahan kepada Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa ke Acheh semula dan dihukum bunuh. Pada 1615, Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh.



Sultan Abdullah Ma'ayat Shah
(Raja Mansur / 1615-1623)
Sultan Johor 7

Sultan Abdullah Ma'ayat Shah diangkat oleh Sultan Acheh sebagai Sultan Abdullah Ma'ayat Shah dan bersemayam di Batu Sawar. Pada tahun 1618, Sultan Abdullah Ma'ayat Shah berpindah ke Lingga (Daik) dengan meminta bantuan Belanda dan Orang Laut melawan Acheh. Pada tahun 1623, Acheh menyerang Pulau Lingga untuk memburu Raja Bujang (anak Sultan Alauddin Riayat Shah III). Sultan Abdullah Ma'ayat Shah melarikan diri bersama-sama Raja Bujang ke Pulau Tambelan. Sultan Abdullah Ma'ayat Shah mangkat di Pulau Tambelan disebut "Marhum Pulau Tambelan".
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 09:59 AM | Show all posts
Sultan Abdul Jalil Shah III
(Raja Bujang / 1623-1677)
Sultan Johor 8

Sultan Abdul Jalil Shah III merupakan anak saudara Marhum Tambelan, putera Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pulau Tambelan. Sultan Abdul Jalil Riayat Shah III menubuhkan Jemaah Orang Kaya. Pada tahun 1629, ancaman Acheh berkurangan kerana kekalahan teruk kepada Portugis. Pakatan Johor-Belanda berjaya menakluki semula Melaka pada 14 Januari 1640. Belanda berjaya menakluki Melaka pada 1641, manakala Sultan Acheh, Sultan Iskandar Muda mangkat pada 1636 dan Sultan Iskandar Thani mangkat pada 1641 dan Acheh kemudian diperintah oleh Raja Perempuan Ratu Sultanah Tajul Alam. Pada 1641, Sultan Abdul Jalil Shah III datang ke tanah besar Johor iaitu pusat pemerintahan di Makam Tauhid. Selama dua tahun Sultan Abdul Jalil Shah III di Makam Tauhid sebelum berpindah menyeberangi Sungai Damar ke Pasir Raja yang juga dikenali sebagai Batu Sawar pada Oktober 1642. Sultan Abdul Jalil Shah III kekal di Pasir Raja hingga 1673 sebelum bermusuhan dengan Jambi dan meletusnya perang antara Jambi-Johor. Sultan Abdul Jalil Shah III melarikan diri ke Pahang dan bersemayam di Pahang selama empat tahun dan mangkat di Kuala Pahang disebut 'Marhum Mangkat di Pahang @ Marhum Besar"



Sultan Ibrahim Shah
(Raja Ibrahim / Putera Raja Bajau / 1677-1685)
Sultan Johor 9

Sultan Ibrahim Shah merupakan anak Sultan Abdul Jalil Shah III dilantik sebagai Sultan di Pahang pada 1677. Pada 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil mengajak Sultan Ibrahim Shah berpindah dari Pahang ke Riau. Sultan Ibrahim Shah cuba untuk membina semula Kota Johor Lama tetapi tidak kesampaian. Sultan Ibrahim Shah mangkat di Pulau Riau pada 1685 disebut 'Marhum Bongsu".


Sultan Mahmud Shah II
(Raja Mahmud / 1685-1699)
Sultan Johor 10

Sultan Mahmud Shah II ditabalkan menjadi sultan ketika berumur 10 tahun. Urusan pentadbiran dijalankan oleh Bendahara. Pusat pemerintahan berada di Kota Tinggi, dan Johor Lama dijadikan istana hinggap. Disinilah Temenggung menjaga Kota Johor Lama. Sultan Mahmud Shah II dikaitkan dengan kezaliman dan menimbulkan pergolakan dalam negeri. Pada tahun 1697, Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid meninggal dunia dan disebut "Marhum Padang Saujana". Pada 1699, Sultan Mahmud Shah II mangkat dalam usia 24 tahun, dipercayai ditikam oleh Laksamana Bentan dan disebut sebagai "Marhum Mangkat Di Julang" atau "Marhum Kota Tinggi".
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 09:59 AM | Show all posts
Sultan Abdul Jalil IV
(Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil / 1699-1720)
Sultan Johor 11

Sultan Abdul Jalil IV ditabalkan sebagai sultan kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara. Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor. Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama". Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor. Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan. Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang".



Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah
(Raja Kecil / Yang Dipertuan Johor / 1718-1722)
Sultan Johor 12

Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) merampas kuasa sultan dari Sultan Abdul Jalil IV dan 'mengaku' waris Sultan Mahmud Shah II yang sah. Pada tahun 1719, cubaan merampas semula kuasa oleh Sultan Abdul Jalil IV dan anaknya Raja Sulaiman dan Tun Abas, yang berkubu di Seluyut gagal. Sultan Abdul Jalil IV lari ke Kuala Pahang. Raja Kecil telah berpindah ke Riau dan mentadbir Johor dari Riau. Sultan Abdul Jalil IV dari Kuala Pahang ke Kuala Terengganu dan pada tahun 1720 balik semula ke Pahang. Raja Kecil telah menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV. Raja Sulaiman dan Tun Abas dibawa ke Riau tetapi Raja Sulaiman dan Tun Abas tidak mahu tunduk kepada Raja Kecil dan berpakat dengan Bugis Lima Bersaudara dan berjaya mengalahkan Raja Kecil halau balik ke Siak.



Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah
(Raja Sulaiman / Yang Dipertuan besar Johor-Riau / 1722-1760)
Sultan Johor 13

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau oleh Bugis 5 Saudara. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya dilantik Daing Merewah (Kelana Jaya Putera) sebagai Yamtuan Muda Johor Pertama. Di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi dari menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin disebut Perjanjian 1754. Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang, Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 disebut "Marhum Batangan".



Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
(1760-1761)
Sultan Johor 14

Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah dilantik sebagai sultan menggantikan ayahandanya, tetapi Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah menetap di Kuala Selangor sedang gering. Lima bulan selepas kemangkatan ayahandanya, tiba-tiba Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah mangkat dipercayai diracun. Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah disemayamkan di Riau, berhampiran makam ayahandanya.



Sultan Ahmad Riayat Shah
(1761)
Sultan Johor 15

Sultan Ahmad Riayat Shah dilantik menggantikan ayahandanya ketika berusia sembilan tahun. Kuasa pemerintahannya dipegang oleh Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah bersemayam di Kampung Bulang, Riau. Pada tahun 1761, pegawai Belanda telah dating dari Melaka menuntut wang gantirugi perang sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Sultan Sulaiman dahulu. Yamtuan Muda Daeng Kemboja sanggup membayar gantirugi tersebut dan ini mengukuhkan lagi kuasa Yamtuan Muda Daeng Kemboja. Sultan Ahmad Riayat Shah mangkat di Riau dalam usia yang muda dipercayai diracun dan disebut "Marhum Tengah".
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 09:59 AM | Show all posts
Sultan Mahmud Shah III

(Raja Mahmud / 1761-1812)

Sultan Johor 16



Sultan Mahmud Shah III menjadi pemerintah Johor-Riau-Lingga. Akibat daripada perpecahan pentadbiran kerajaan Johor, tiga negeri diperintah oleh pemerintah yang berlainan seperti Singapura-Temenggung, Riau-Yamtuan Muda dan Lingga-Sultan. Pada tahun 1812, Sultan Mahmud Shah III mangkat di Lingga.




Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah

(Tengku Abdul Rahman / 1812-1819)

Sultan Johor 17

Berlaku perebutan kuasa yang mana sepatutnya Tengku Husin (Tengku Long) anak sulung Sultan Mahmud Shah III dilantik sebagai sultan. Perlantikan Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah disokong kuat oleh Belanda kerana akan mendapat kuasa mentadbir pelabuhan seluruh negeri Johor kecuali Riau dan Lingga. British mula hendak campurtangan atas kepentingan Singapura dan cuba mempengaruhi Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah melantik Tengku Husin sebagai sultan.


Sultan Hussain Shah

(Tengku Husin / Tengku Long / 1819-1835)

Sultan Johor 18

Campurtangan British memberi peluang kepada Sultan Husin Shah menjadi Sultan Johor, tetapi sebelum Sultan Husin Shah tiba ke Singapura, Raffles telah membuat perhubungan dengan Temenggung untuk membenarkan pembinaan loji dan meletakkan satu kompeni askarnya di Singapura. Sultan Husin Shah dilantik sebagai sultan pada 6 Februari 1819. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 18 Mac 1824 membawa kepada perpecahan Empayar Kesultanan Melayu Johor. Kuasa Sultan Husin Shah ke atas Singapura hilang setelah menandatangani perjanjian pada 2 Ogos 1824 dengan British (John Crawford) untuk menyerahkan Singapura dan pulau sekitarnya. Sultan Husin Shah berpindah ke Melaka pada 1834 dan mangkat di Tengkera setahun kemudian.


Sultan Ali (tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)

(Tengku Ali / 1835-1877)

Sultan Johor 19


Sultan Ali diisytiharkan sebagai sultan pada 16 September 1840. Berlaku persaingan kuasa dan kekayaan Johor antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim. Pada 10 Mac 1855, termeterai satu perjanjian menyerahkan kedaulatan Johor kepada Temenggung kecuali Muar dan Kesang. Sultan Ali kemudiannya mangkat di Umbai, Melaka pada 20 Jun 1877.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 10:00 AM | Show all posts
Raja Temenggung Tun Ibrahim Seri Maharaja Johor

(Temenggung Tun Daeng Ibrahim / 1855-1862)


Sultan Johor 20

Tidak memakai gelaran sultan untuk menghormati Sultan Ali. Raja Temenggung Tun Ibrahim membuka Iskandar Puteri atau Tanjung Puteri sebagai pusat pentadbiran kerajaan. Raja Temenggung Tun Ibrahim juga mewujudkan sistem pentadbiran kerajaan yang teratur dan tersusun. Pada 1 Februari 1862, Raja Temenggung Tun Ibrahim mangkat.


DYMM Sultan Abu Bakar

(Temenggung Che Wan Abu Bakar / Ungku Abu Bakar / 1862-1895)

Sultan Johor 21



Memakai gelaran Maharaja Johor pada 1868. Berusaha memajukan dan mengukuhkan kerajaan Johor di bawah Dinasti Temenggung. Membuat hubungan diplomasi dengan kerajaan Riau-Lingga. Pada 1 Januari 1866, menukarkan nama Tanjung Puteri atau Iskandar Puteri kepada Johor Bahru dan menjadi pusat pentadbiran kerajaan Johor. Maharaja Abu Bakar memberi galakan kepada orang Cina membuka ladang lada hitam dan gambir dipanggil "Sistem Kangcu". Selepas Sultan Ali mangkat, Tengku Alam (anak Sultan Ali) membantah pemerintahan Muar/Kesang diserah sementara kepada Maharaja Abu Bakar dan melancarkan "Perang Jementah" pada 1879 tetapi gagal. Bagi mengukuhkan azam Maharaja Abu Bakar, baginda memakai gelaran Sultan Johor pada 1 Julai 1886 dengan gelaran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah. Pada 14 April 1895, Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah menubuhkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah memajukan Johor dengan menggabungkan tradisi Melayu dengan kosmopolitan Barat dan digelar Bapa Johor Moden. Pentadbiran Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah yang cekap dan tersusun diakui sendiri British, lantas baginda tidak akan melantik pegawai British sebagai penasihat. Sultan Abu Bakar Alkhalil Ibrahim Shah mangkat di Eropah pada 10 Mei 1895 dan disemayamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.



Dymm Sultan Ibrahim

(1895-1959)
Sultan Johor 22



Dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota pada 23 Mei 1891 dan ditabalkan sebagai pengganti pada 7 September 1895. Dimahkotakan pula sebagai sultan pada 2 November 1985. Sewaktu pemerintahannya, gagasan Civil Service diperkembangkan secara meluas ke seluruh negeri Johor. Ketua jabatan terdiri daripada pegawai Melayu, British hanya membantu, dasar ini menyebabkan British sukar bertapak di negeri Johor. Sultan Ibrahim membubarkan Sistem Kangcu pada 1917 dan ekonomi negeri terus berkembang dengan membina infrastruktur jalan keretapi pada 1904, dan sebagainya. Sultan Ibrahim mangkat di Eropah pada tahun 1959 dimakamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

DYMM Sultan Ismail

(1959-1981)
Sultan Johor 23


Negeri Johor semakin maju dibawah pemerintahan Sultan Ismail. Pembukaan lading-ladang FELDA, KEJORA, rancangan perparitan Johor Barat, Pelabuhan Pasir Gudang, Lapangan Terbang Sultan Ismail, dan kawasan perindustrian diwujudkan dan dibina. Sultan Ismail mangkat pada 10 Mei 1981 di Hospital Besar Johor Bahru dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.



DYMM Almutawakkil 'Alallah

Sultan Mahmood Iskandar Al-Haj

(1981-kini)

Sultan Johor 24



Dilantik menggantikan ayahandanya pada 11 Mei 1981. Dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong kelapan pada tahun 1984. Merupakan pemimpin yang berkarisma, berjaya menggerakkan rakyat untuk memajukan Johor dalam perniagaan, perindustrian, perusahaan, pertubuhan dan badan sukarela.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 08:32 PM | Show all posts
nk tanya blh x? madc try cari ttg 'undang-undang tubuh negeri johor' undang2 ada 4 pindaan..

kalo blh madc nk details bout undang2 nie..

anybody blh tolg x?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 11:26 PM | Show all posts
...berminat sgt nk tau...apakah keturunan Sultan Ali(darah raja melayu johor terakhir) masih memakai gelar kerabat(tengku...@ [email=raja...@tunku]raja...@tunku[/email]). Sahih,makam Sultan Ali ada di Umbai,Melaka. Dimana pula waris keturunan seterusnya. Adakah mereka ini 'dipadam' terus dari catatan sejarah Johor?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2008 01:09 PM | Show all posts
rasanya deyrang masih menggunakan gelaran Tengku utk semua generasi mereka...
Originally posted by kuda-liar at 10-5-2008 11:26 PM
...berminat sgt nk tau...apakah keturunan Sultan Ali(darah raja melayu johor terakhir) masih memakai gelar kerabat(tengku...@ raja...@tunku). Sahih,makam Sultan Ali ada di Umbai,Melaka. Dimana pu ...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 04:23 PM | Show all posts
ada sesiapa tahu sejarah penubuhan Johor Militry Force.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 03:41 PM | Show all posts

Reply #78 hairry's post

interested with JMF? or dah joined? history, got a long story too wrote down here.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 04:27 PM | Show all posts

Reply #78 hairry's post

Pasukan timbalan setia negeri (TSN)
======================
ditubuhkan pada 1885 dgn kompeni percubaan 60 anak melayu johor dan 20 org punjabi.
Anggota melayu sebagai infantri dan anggota punjabi sebagai anggota pasukan meriam
Seorg pegawai inggeris bernama kapten newland dilantik sebagai pemerintah pasukan ini bagi pihak DYMM Sultan.

Orang melayu pertama di tauliahkan sebagai pegawai ialah kapten daud bin sulaiman.

pada 1905 nama TSN diubah kepada PAsukan Tentera negeri Johor (JMF) dan ianya ialah unit anggota tetap.
Unit2 sukarela pula dinamakan Pasukan Tentera sukarela Negeri Johor (JVF)

JMF telah diberi panji diraja pada 11 Mei 1916

tugas/ jasa JMF
==========
~ pada perang dunia pertama menghantar 2 pegawai serta 100 anggota ke berek tanglin singapore
di bawah pemerintahan inggeris.
ditugaskan membantu tntera india mengawal tahanan berbangsa jerman

~menghantar tentera bantuan ke singapore, apabila tentera india (5 light infantry) memberontak

~memberi bantuan dan ditempatkan di PUlau Belakang Mati, Singapura hinga tamat WW1

~bertugas mempertahan kawasan mersing,kluang,batu pahat sbg unit barisan perhubungan.
mengawal padang kapal terbang kat kahang kluang,
menghantar anggota semboyan di pulau2 sekitar mersing utk mengesan aktiviti laut yg mencurigakan.

~tidak banyak bertempur dgn tentera jepun.
Askar Aussie akhirnya meminta Sultan supaya JMF/JVF
tidak 'memadatkan' singapura pada WW2

Antara bekas Pegawai JMF yg terkenal
=====================

Jeneral(b) Ibrahim Bin Ismail (bekas ketua turus ATM)
Tun Hussin Onn (Bekas Perdana Menteri Malaysia
Dato Onn Jafar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.432578 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list