CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jerukPetai

KUALITI GURU-GURU HARI INI!!

[Copy link]
Post time 7-9-2005 08:05 AM | Show all posts
BERITA HARIAN 7 SEPT

SAYA terpanggil untuk membalas komen yang ditulis 慦heeping Devil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2005 12:39 AM | Show all posts
ha ah la...masa miss praktikal kat skolah ada budak kpli ( miss lulusan bacelor sains kepujian dengan pendidikan major biologi di upm..bukan kpli)...nak jadi cikgu sb takde kerja...bile praktikal mula merungut malas nak jadi cikgu..jadi cikgu kene ikhlas tau..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2005 12:32 AM | Show all posts
tu lar pasal.... kena ikhlas dan rasa bersyukur sbb ada kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 03:25 PM | Show all posts
apa pun yang bagusnya cikgu- cikgu lepasan maktab. Hantar la ke mana je boleh hidup walaupun ke sekolah orang asli. Kalau nak bandingkan cikgu lepasan U dengan lepasan SPM/ STPM ni memang berbeza dari segi kualiti kerjanya.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2005 07:49 PM | Show all posts
tapi ade gak cikgu cikgu maktab tua yang malas ngaja ape...especially yg ngaja skolah rendah dulu pastu tetiba tah camne leh masuk sek men plak
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2005 09:34 PM | Show all posts
Ini dialog seorang guru kepada guru yang lain,

"Hujah yang mengatakan guru KPLI tak ikhlas dan menjadi guru sebab tak dapat kerja lain adalah hujah yang sangat senanag dipatahkan, kalau seseorang tu befikir"

"Macam mana pulak tu?"

"Hujah ni sebsenarnya kalau kita berfikir lebih dalam sikit memang memakan diri pihak yang paling suka membangkitkan isu ini."

"Pihak yang membangkitkan isu ini? Maksud kau...."

"Betul. Mereka dah lupa agaknya. Pulanglah ke masa lampau dan saat mereka mula menyertai profesion ini. Fikirlah kenapa rakan-rakan lepasan SPM mereka   (yang masih belum matang lagi)  tidak memilih untuk jadi guru dan kenapa mereka memilih untuk jadi guru. Fikir juga bagaimanakah dan siapakah golongan pelajar yang memilih untuk menyertai profesion ini. Keikhlasan mereka berada di tahap yang sama, secara umumnya."

"Hm..., soal ni memang tidak boleh dilihat secara emosi, nanti semua pihak tak puas hati dan saling menuduh."

"Betul!"

Aku saja tulis dalam bentuik dialog ni bukan sebab kerek atau poyo tapi aku memang tak suka tulis betul-betul sebab nanti ada yang terasa. Kedua-dua golongan ni aku amat hormati tapi biarlah kita semua bersikap munasabah dan mengamalkan budaya berfikir yang setahap lagi lebih dalam.

Sekian.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2006 02:23 AM | Show all posts
adat la tu. mana pun mesti ada yang jadi nila.

namun saya juga pernah terasa hati pun ada nak gelak pun ada bila kawan saya sendiri yang dah grad izajah dan dah kerja bagus tapi nak apply cikgu sebab dia rasa kerja cikgu senang. dia nak relax.  gaji nak banyak. bayangkan peluang yang betul-betul untuk mereka yang benar-benar bersemangat nak jadi cikgu telah diambil oleh orang semacam ini?

namun ada juga pelajar KPLi semaktab dengan saya, apabila saya tanya mengapa ambil guru walaupun sudah berkerja gaji lebih banyak dari guru (dulu dia arkitek) jawapannya " saya tak mahu terlibat dengan rasuah" kalau macam ini saya pun bukan takat respect lagi dah..tahap tabik spring lagi.

sebenarnya pada pendapat saya, kalau boleh bagi la mereka yang pernah berpengalaman menjadi guru ganti atau guru sandaran untuk merebut KPLI. ini yang saya banyak tanya mereka guna kabel dasar laut.

maka..adalah lebih baik jadi cikgu bekas arkitek tadi...
Reply

Use magic Report

gennosukesama This user has been deleted
Post time 8-2-2006 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by miss_comel at 6-9-2005 11:38 PM
aku kesian gak kat student aku..byk yg ada masalah...semua nak perhatian aku..tak terlayan jugak siot..pening..pening



laaa..cikgu rupanya. miss ngaja jah berapa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2006 09:04 AM | Show all posts
gaji nak besar

tapi masa ngajor tak nak banyak

tapi sempat laks ngajo tusyen ker aper

pastuh kat sekolah ngajo cam ndak tak ndak jerr
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2006 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by singajantan at 11-2-2006 09:04 AM
gaji nak besar

tapi masa ngajor tak nak banyak

tapi sempat laks ngajo tusyen ker aper

pastuh kat sekolah ngajo cam ndak tak ndak jerr


This one I have to agree... some of my friends ada mengajar tuisyen...mcm ni la perangai depa... but tak semua gitu... Me pulak takde masa nak pi ajar kat pusat tuisyen pasal keje kat sekolah jer dah banyak, tambah pulak dgn kelas tambahan lagi.... Eiii...tak sanggup mak.... kurang duit pun takper la.... bukan kaya giler pun kalau dok mengajar kat pusat tuisyen tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 11:35 AM | Show all posts
betull

tak semuaa

tapiii ramai gakss yang buat camtuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2006 07:20 PM | Show all posts
jadiklah guru yg lain dr yg lain2.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2006 10:43 AM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 6-2-2006 02:23 AM
adat la tu. mana pun mesti ada yang jadi nila.

namun saya juga pernah terasa hati pun ada nak gelak pun ada bila kawan saya sendiri yang dah grad izajah dan dah kerja bagus tapi nak apply cikgu ...


....errr.. sajer jer nap reply.. sebab aku terasa ati lar kat org yg suker blame SEMUA lepasan kpli...
okey....
ader sorang member aku... ader experience sebgai R&D engineer lebih 3 tahun...
ader experience ngajar(guru sandaran) selama 2 bulan... ader experience ngajar tuition waktu malam selama 2 tahun..
minat gile2 nak jadi cikgu...
Biler org tanyer dier.. "kenapa dari dulu tak apply kursus pendidikan kat U?.."
Dier jawab balik... "aku sajer nak cari experince kerja private.. dah puas kejer private.. baru aku boley  jadi pendidik... mengajar anak orang dengan lebih berkesan"....

so kepada yg dok blame kat lepasan kpli tu... cuber pikir2 smula....

#tak semua yg apply kpli tu memang takder kejer... ramai gak yg dah ader kejer baik and profesional..
#tak semua lepasan kpli tu kejer hampasss... kalo buat observation.... buat betol2 observation tu.. jgn observation berat sebelah... tak kire lah you ni profesional macam maner pun.. ader firm berjuta2 lemon pun.. tapi kalo you punyer statement tu base on observation yg berat sebelah... org tak pandang sikit pun...
#in my office.. i can tell you... dari 50 org design engineer... 10 drpdnyer dah pernah apply KPLI... these people are not the so called unemployed graduates... they are professionals... issue tentang.. "bagi peluang kepade yg lebih deserve"... saya tak boley lar 100% agree or disagree ngan issue ni... tapi pade saya... If you wanna hire somebody to do the job.. of course you ALWAYS wants the best isn't?.. hehehe so.. bior ler org yg memilih tu yg pilih saper dier nak pilih jadik cikgu.. yg nak apply tu.. biorler sesaper jer gi apply.. tak kire ler doktor pakar mata sekali pun.. kalo dier nak apply and bebetol minat nak jadik cikgu.. bior ler dier gi apply.. and kalo dapat.. biorler dier jadik cikgu.. jgn nak pertikaikan lagi tang dier dah dapat kejer bagus or stabi tu...

sebab aper.. you kener ingat betol2...

kerjaya sebgai cikgu ni bukan calang2 woi.. tak sama ngan jadik engineer.. doktor.. lawyer.. tokey..etc..
sebab..org yg bergelar cikgu ni lar yg akan menghasilkan "engineer.. doktor.. lawyer.. tokey..etc.." ni nanti...
so.. kalo org yg nak diberikan peranan berat giler ni tak dipilih dari yg betol2 layak.... susah jadiknyer nanti.. aper slahnyer engineer or arkitek apply jadik cikgu... kalo dier ader talent.. biarler dier buat kejer tu...

Tapi... NIAT KENER BETOL lar.... jgn sebab "kejer senang"... "takder kejer lain arrr"...dll... habis budak nanti...

#btw... aku tengah tunggu result kpli aku ni... dah interview ujung bulan 8 aritu.. hopefully dapatlar... kalo tak dapat.. takperlar.. aku akan teruskan tanggungjwb aku sekarang ni.. hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2006 08:04 PM | Show all posts
aku rasa kalu ada pon jenis cikgu KPLI cam ni.... kes2 terpencil je.. bkn stakat KPLI, semua kursus guru pon ada yg jenis2 camni. mungkin dia tersalah pilih profesion, tapi.. kalu seorang guru dah pegang title tu,, biasanya tau la siapa dia. makna dan definisi guru menggambarkan tanggungjawab mereka. bkn utk main2 atau sekadar nak makan gaji

kalau tak, tak kan la semakin popular kerjaya guru dan semakin ramai graduan mohon KPLI, minta nak jadi cikgu dan terpaksa KPM tolak ramai calon dlm pemilihan guru semata2 nak cari guru yg berkualiti.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 06:11 PM | Show all posts

Reply #73 tokwan's post

Tokwan,

mengenai kawan saya tu, memang saya dgr dengan telinga sendiri, so kalau dia sebut saya nak ambil KPLI sebab niat saya nak mengajar dan sebelum ni nak timba ilmu macam hang kata tu, sejuk la gak hati...tapi kalau dah kata, aku dah bosan dengan kerja aku ni dan kerja cikgu tu senang...maka apa yang hang boleh fikir. dan aku harap kawan aku ni yang kini dah posting agar tidak buat kerja cikgu tu ambil mudah jer...maklumla..sebelum masuk guru dah anggap kerja mudah, goyang kaki, cuti banyak....

satu lagi yang sering aku dgr dan pernah aku jumpa,ada yang guru KPLI ni suka berlengah, ambil mudah, buat sambil lewa membuat kerja, bila ditanya... "ala gred gaji aku sama dengan guru besar" ....apa yang guru-guru lain rasa?

anyway..cuba-cubalah risik dengan kalangan pensyarah intitusi pendidikan guru (dulu maktab) ada lagi cerita yang dianggap "terpencil" tapi aku bukan anti guru KPLI. cuma nak ingatkan kepada yang baru dapat KPLI ni bahawa anda bukan seperti mereka yang orang selalu katakan. sekolah aku bukan tak da cikgu KPLI, ada tapi biasalah ada lah juga yang jenis jalan mendongak ni. bagi kerja sikit dah kata banyak kerja. kita pun sama juga buat kerja tu.

antara masalah sebenar yang orang dok pertikai ialah, penggunaan kabel dasar laut yang belum kena gempa bumi tu. kalau betul depa nak pilih orang yang layak, saya tak kisah. tapi sepatutnya, golongan graduan yang ambil pendidikan lebih diutamakan kerana mereka menjalani latihan lebih lama, sama macam KDPM, KPLI hanya setahun dan itu pun kalau ikut bilangan hari, tak sampai pun setahun. semua dibuat macam ekspress. kalau anda masuk nanti anda tahulah dengan pensyarah tak da, dengan itu dengan ini...maka dalam situasi macam ni boleh nilai siapa yang lebih bersedia nak berhadapan dengan sepak tendang dunia pendidikan? walaupun dia sebelum ini seorang jurutera yang hebat tapi kerjanya sebelum ini hanya berhadapan dengan golongan berkerjaya, berpendidikan dan dah matang tetapi  disekolah, pelanggan anda adalah golongan kanak-kanak dan remaja yang dalam minda mereka hanya pentingkan keseronokan...dua dunia yang berbeza bukan.

namun hanya anda, selaku guru KPLI sahaja yang boleh buktikan, anda layak sebagai guru KPLI.Selamat Berjaya. Kami nantikan khidmat anda yang setaraf dengan apa yang anda ada selama ini...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2006 07:30 PM | Show all posts
Charlie,
betoi...mereka2 yg mcm tu hanya menghancurkan institusi perguruan sahaja. sekaligus pemikiran student2 yg diajarnya. mintak kurang2 lah golongan yg mcm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2006 10:14 PM | Show all posts
Originally posted by CharlieDale at 30-12-2006 06:11 PM
Tokwan,

mengenai kawan saya tu, memang saya dgr dengan telinga sendiri, so kalau dia sebut saya nak ambil KPLI sebab niat saya nak mengajar dan sebelum ni nak timba ilmu macam hang kata tu, seju ...


Mungkin ada tapi setakat n iaku tak jumpa cikgu2 KPLI yang macam ni (entah nasib baik ke malang.. heheh..).

Sekolah aku antara yang paling ramai guru KPLI, boleh dikatakan Guru KPLI lagi ramai dari KDPM lepasan maktab. Tapi yang ironinya selalunya yang buat masalah Guru KDPM lah. Samada berkaitan P & P atau ko-kurikulum atau hal2 yang berkaitan sekolah. Tapi ada juga guru KDPM yang bagus.

Guru2 KPLI sekolah aku memang tak ada membeza-bezakan samada KPLI ke KDPM ke... cuma segelintir Guru KDPM mungkin berasa rendah diri atau mempunyai PHD.

Kata-kata kawan aku seorang guru KDPM... "Aku bukan nak kutuk cikgu2 KDPM, aku sendiri pun KDPM cuma kau tengok sendiri macam mana pernagai dan mentaliti cikgu2 KDPM berbanding dengan KPLI. Cikgu2 KDPM kebanyakannya mentaliti dia teruk dan kau boleh tengok sendiri benda2 yang tak logik dan tak munasabah diorang buat. Lepas tu kau tengok sendiri cikgu2 KLPI. Apa perbezaannya? Senang cakap cikgu2 KDPM ni ramai yang teruk, kalau yang bagus tu ada jugak, tapi tak ramaila... cikgu KPLI ni mentaliti dia lain sikit, mungkin sebab banyak ilmu dan pengalaman hidup. Yang teruk atau buat kerja tak munasabah tu memang ada tapi tak ramai la..."

Lepas tu dia ceritakan apa yang bakal2 guru (KDPM) dekat maktab dia sendiri selalu buat. Aku nak cerita sini pun tak sanggup. Perlakuan2 yang aku dengar tu aku rasa kalau korang dengar pun korang mesti panik dan risau dengan halatuju masyarakat kita. Benda ni memang berlaku cuma disembunyikan. Kalu nak tahu lebih lanjut boleh siasat sendiri.

Mungkin sebab kawan aku ni sebenarnya sepatutnya masuk U juga selepas SPM tapi disebabkan ada masalah tertentu  dia tak jadi masuk. Alih2 dia masuk maktab pula jadi mentaliti dan pandangan hidup dia ni lain sikit...

Aku bukan nak kata cikgu KDPM tak bagus atau cikgu KPLI bagus. Kesimpulannya ada cikgu KPLI yang bagus dan ada cikgu KPLI yang tak bagus. Sama juga ada cikgu KDPM yang bagus dan ada cikgu KDPM yang tak bagus. Kementerian tak ada kuota tertentu untuk hantar berapa peratus cikgu yang bagus, berapa peratus cikgu yang tak bagus untuk mana-mana sekolah. Jadi pastilah ada sekolah yang dapat cikgu teruk dan tak berminat atau dapat cikgu yang bagus dan bersemangat (sama ada KPLI atau KDPM). tak hairanlah ramai yang terus menghukum dan buat "sweeping generalization" berdasarkan pengalaman masing2 atau dengar cerita orang.

Mungkin fenomena sekolah aku unik sebab rata2 cikgu sekolah aku cikgu baru sama ada KPLI atau KDPM. Masa aku kat sekolah lain yang ramai dengan cikgu2 lama sama ada lepasan KDPM ataupun sijil tak ada pula masalah macam ni. Mungkin cikgu2 yang dah berpengalaman ni lebih matang dan bijak sikit.

Apa2 pun hampir semua guru sekolah aku yang bermasalah tadi dah ditukarkan ke sekolah lain bermula 2007 ni disebabkan sekolah aku mempunyai lebihan guru. Hampir sepuluh orang dan semuanya KDPM. Sampai guru-guru sekolah aku buat lawak cakap sekarang ni tak seronok la dah tak ada orang jahat... :lol (in good humour).

Apa yang aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri dan mungkin tak sama dengan pengalaman cikgu2 lain di sekolah masing-masing.


Akhir kata harap tak ada yang tersinggung dan saya mohon maaf awal-awal kalau kisah benar yang saya ceritakan ni melukakan hati mana-mana pihak.

Semoga rakan CharliDale tu mengambil serius tugas beliau sebagai seorang guru... :ah:

Selamat Hari Raya!

:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2006 07:32 AM | Show all posts
Aku juga adalah lepasan KPLI..

di sekolah aku.. hanya ada 2 org guru KPLI berbanding guru-guru KDPM.. majoriti dah berumur.. tp aku tak pernah dgr mana2 guru membezakan antara KPLI dan KDPM..

Tapi kalu asa praktikal.. ada kawan aku KPLI.. yang hampir digagalkan oleh guru pebimbing.. bayangkan.. buku rekod harian pun taksiap.. so aku yakin.. dalam banyak2 guru KPLI.. ada juga yang hampas.. yang teruk... tp ada juga yang betul2 berminat..
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2007 12:04 AM | Show all posts
Originally posted by tuahayam at 31-12-2006 07:32 AM
Aku juga adalah lepasan KPLI..

di sekolah aku.. hanya ada 2 org guru KPLI berbanding guru-guru KDPM.. majoriti dah berumur.. tp aku tak pernah dgr mana2 guru membezakan antara KPLI dan KDPM..

...


Betul tu. Ikhlas atau tak berdasarkan KPLI ke KDPM ke... Yang bagus tetap bagus, tak kira lah KDPM ke KKPLI ke sijil ke...

Masa aku praktikal dulu ramai cikgu2 KDPM yang dah berumur dan diorang takdelah membeza2kan KPLI ke KDPM ke...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2007 10:25 AM | Show all posts
kan aku dah mention, dalam apa jua pekerjaan, pasti ada yang jadi nila dan lumpur. tapi antara cikgu KDPM yang aku jumpa yang mempunyai masalah sedemikian disebabkan mereka memang tak berminat langsung sebab yang isi borang kakak, yang applykan abah, yang luluskan dan uruskan sedara mara....sampai lani jadi biawak hidup kan sekolah. yang kena bala siapa? cikgu-cikgu yang komited. for sure cikgu yang biawak hidup ni diberikan tugasan yang mudah, ajar pj atau moral dan tiada jawatan penting. yang komited..berlonggoklah jawatan samapai tak terkejar. jadinya..semua lingkup...yang tak buat kerja terus la meleweh..yang terlebnih kerja tak siap siap kerja.

anyway sampai lani cikgu ni tak disahkan jawatan, baba potong gaji tu adalah amalan bulanan kerani sekolah.

aku juga tak punyai masalah dengan cikgu KPLI sekolah aku terutama yang baya-baya dan bawah aku. dan memang ada cikgu KPLi sekolah aku yang susah sikit nak diberikan kerja. tapi macam aku cakapla...hanya korang sendiri yang boleh memperbetulkan tanggapan orang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053624 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list