CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Neksu

RESEPI DAGING

[Copy link]
Post time 25-4-2006 04:46 PM | Show all posts
Originally posted by IbuNana at 25-4-2006 03:14 PM
Assalamaualikum,

Nak tanya...sapa ada resepi daging masak asomah (ejaan betoi ke tidak..tak pasti)

p/s: saya baru join forum masak memasak ni...syok le...macam masuk kelas motivasi pulak...


Ibu, cuba citer sikit macam mana rupa masakan tu. rendang ke, goreng ke, rebus ke atau macam mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2006 12:58 PM | Show all posts
kadang-kadang malas nak makan nasi..so kakliza just masakkan  begini..
boleh juga tukarkan daging dengn isi ayam..yg dihiriskan nipis dan kecil...



FRIED MINCE MEAT

Bahan
400 gm daging kisar [basuh dan toskan]
1 labu bawang besar [potong dadu]
4 biji tomato [cincang]
1 biji lobak merah [potong dadu]
1 tin cendawan butang[ potong kecil]
1 biji cili capsicum hijau
1 s/b lada hitam
3 s/b sos tomato
minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga layu.
2. Masukkan daging dan kacau supaya masak serata.
3. Masukkan tomato cincang, carrot, sos tomato, dan semua bahan.
4. Masakan sehingga pekat dan nampak naik minya.
5. Rasakan garam dan biar masak sehingga nampak pekat.
6. Hidangkan.


[ Last edited by  hanieliza at 6-5-2006 01:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2006 03:40 PM | Show all posts
daging asomah ni mcm daging pesamah?kalau magazine lama2 dulu byk ada resepi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2006 03:48 PM | Show all posts

deng deng daging

daging biar sebuku besar.
bwg putih
bwg merah
kicap masin
halia
rempah kari(optional)

Rebus daging sampai empuk dan potong nipis biar ira daging menegak.Perap dgn bwg dan rempah serta kicap kemudian di goreng garing.Kalau suka boleh tumis cili,asam jawa dan kicap skit dan gaul dgn daging.Sesuai utk bekalan jln jauh atau pos ke luar negeri,tapi tanpa cilinya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2006 03:55 PM | Show all posts

Masak Lemak Cili Api Daging Salai.

Daging disalai dan dipotong kecil.(boleh digrill atau letak atas kuali dan balik2kan sampai hitam skit)
bwg putih 2 biji
bwg merah 5 ulas
kunyit hidup atau kunyit serbuk
serai di titik
cili api ikut suka
daun kunyit.
santan sekotak atau sebiji kelapa.
Blendkan seme bwg2 ,kunyit dan cili api,masak dgn santan.Masukkan serai dan daging yg ditumbuk skit biar lembut.
Akhir masuk daun kunyit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2006 04:04 PM | Show all posts

Daging Berlada

Daging 1 kg
cili boh 1 senduk
kicap manis dan kicap pekat 2 sudu kecil
bwg merah 8 ulas
bwg putih 2 ulas
halia skit
belacan(optional)
asam jawa pekat dlm 2 sudu besar(kalau suka lebihkan air asam)
tomato biji

Daging dipotong kecil,kalau suka boleh rebus kejap dgn air yg skit.Tumiskan cili boh(masukkan gula skit utk color cantik) dgn bwg,halia yg diblend.Bila dah pecah minyak masukkan air asam jawa dan kicap.Masukkan daging serta airnya..masak sampai pekat dan daging lembut,akhir sekali masukan tomato dipotong 4.Rasanya pedas2 masam.(bahan2nya agak2 je)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2006 05:53 PM | Show all posts
baru lepas mencuba resepi daging masak hitam manis maklang...
memang terangkat....
trimer kasih share resepi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 12:16 PM | Show all posts
Ini D masak untuk dinner tadi... Resipinya memang D suka sebab mudah disediakan untuk ibu yang bekerja... Ini versi daging sate yang kita masak dan tidak dicucuk... penting bila buat resipi ini garam, gula dan air asam kena cukup jadi rasanya macam daging sate tapi versi potong... rempah pun kena cukup...

Masukkan daging, rempah, serbuk ketumbar, jintan halus minyak, garam, gula, air asam dalam periuk...


Bila dah masak ini dia hasilnya


DAGING MASAK KETUMBAR JINTAN

Bahan-bahannya

1 kg daging, dipotong nipis
1/2 cawan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 cawan gula hitam
1/2 cawan gula pasir
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
1/2 cawan minyak

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
1 inci lengkuas

Cara-caranya
1.  Masukkan daging dalam periuk/ kuali.  
2.  Masukkan bahan yang telah dikisar, minyak, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, air asam, air, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
3.  Gaul rata dan masak daging dengan api sederhana sehingga kering.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2006 06:43 PM | Show all posts
nampak cam senang... boleh cuba ni..makan ngan roti pun sodap.rasanya macam daging "Ungkep" orang Jawa punya masakan ke D?atau cam sate..

tak payah perap dulu yer D?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 09:36 PM | Show all posts
Originally posted by Shiela at 6-5-2006 05:53 PM
baru lepas mencuba resepi daging masak hitam manis maklang...
memang terangkat....
trimer kasih share resepi tu...


cayalah kak shiela. gossip.... gossip gak ek. masak tetap on je :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 01:25 PM | Show all posts

Corned Beef

Assalamualaikum semua.... sesiapa di sini boleh beri resepi masakan berasaskan 'corned beef' iaitu daging lembu rebus yang  di kisar bersama jagung dan ditinkan.   Sebelum nie Dura selalu makan dengan roti sebagai sandwich atau kubis goreng corned beef.  Corned beef yang Dura beli adalah jenis Ramly atau Ita.   Tapi corned beef Ramly susah nak dapat sekarang nie
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2006 04:37 PM | Show all posts
Originally posted by Shiela at 6-5-2006 05:53 PM
baru lepas mencuba resepi daging masak hitam manis maklang...
memang terangkat....
trimer kasih share resepi tu...


macih sbb sudi mencuba....:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 12:09 PM | Show all posts
bebola daging bistik.

bebola daging:
mincebeef ramly atau daging kisar.
telur sebiji
garam dan lada sulah skit
tepung skit hanya utk lekatkan.
baking powder secubit.

campurkan seme bahan di atas ,kemudian bulat2kan dgn sudu dan goreng garing skit.Tak payah garing sgt cuma nak masakkan kejap je.Adunannya mmg lembik cam nak buat cekodok kalau nak bulat2 cam pegedil campurkan tepung lebih.

sosnya:
satu tin kacang peas cap REX atau yg jenis lembut.(rex ni kacangnya besar dan airnya dah cukup rasa)
cili sos 1 sudu besar
tomato sos 2 sudu besar
kicap masin sesudu kecil.
kentang potong nipis yg telah digoreng
bawang besar .
bawang putih 1 ulas
bawang merah 3 ulas
halia skit tak sampai 1cm.
lada sulah skit.

tumbuk bwg putih,bwg merah dan halia kemudian tumiskan.Masukkan sos cili,tomato dan kicap serta lada sulah,biar masak kejap dan naik minyak.Kemudian masukkan kacang peas bersama airnya,kentang goreng,bebola daging dan bwg besar.Kalau nak masukkan sos tomato or cili lebih ikut suka.Bila didih tutup api biar pekat,sedap dimakan dgn roti masa panas2.Kalau nak kuah lagi pekat boleh masukkan air tepung jagung.

p/s tak perlu tambah garam dan gula.sos dan kicap dah cukup rasa,begitu juga air kacang peas.Kalau kacang peas jenis keras rasanya tak sedap dan air dari kacang peas pun tawar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by Nek_Fiona at 21-5-2006 12:09 PM
bebola daging bistik.

bebola daging:
mincebeef ramly atau daging kisar.
telur sebiji
garam dan lada sulah skit
tepung skit hanya u ...



:tq::tq::tq: nek for de recipeeee :love:

[ Last edited by  eena05 at 21-5-2006 01:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2006 08:09 PM | Show all posts
sama2 eena....selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by soulha at 21-3-2006 06:03 PM



:mll::mll::mll: mmg sedap resepi daging maklang kawin nie..dah 2x try..yg last semlam jng marah yer mklang saya modife tambah kerisik 1sudu besar mmg sedap sesngt.rasa2 masa kenduri ari tuu,, ...


ooo...sedap ekk.....lepeh ni jangan try  2x jer...buat haghi2...:nerd: kdg2 maklang pun tambah kerisek gak...saje nak ubah selera :ting:

[ Last edited by  MAKLANG at 22-5-2006 09:56 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2006 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by inai at 17-2-2006 08:08 PM


Semalam dah try respi DAGING MASAK HITAM MANIS MAKLANG TAWIN ni....licin sepinggan..toce..toce.


tocang..tocang...sbb sudi cuba..ingatkan dah tak laku....:nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 10:01 AM | Show all posts
Originally posted by MAKLANG at 22-5-2006 09:58 AM


tocang..tocang...sbb sudi cuba..ingatkan dah tak laku....:nyorok:


laku lagi maklang, maisya kalau beli daging mesti buat resepi maklang ni....sedap...masak guna pressure cooker so daging dia lembut jer...adeh! dah lama tak beli daging...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 10:09 AM | Show all posts
Originally posted by maisya at 22-5-2006 10:01 AM


laku lagi maklang, maisya kalau beli daging mesti buat resepi maklang ni....sedap...masak guna pressure cooker so daging dia lembut jer...adeh! dah lama tak beli daging...


ye ke laku ... macih lerr:tq: nah tacang goreng....sedap nih :love:
ff:
maklang pun ada pressure cooker tapi tak pernah guna sbb masaknya pun skit benor...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2006 02:37 PM | Show all posts
hari tu ada mintak resepi daging masak lemak ngan ita...dah cuba dan sedapppp...thanks ita....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.174575 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list