CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DanIno

DR H.M TUAH ISKANDAR ALHAJ

[Copy link]
Post time 6-2-2007 02:53 PM | Show all posts
ehmmmmmmmmm:hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2007 03:11 PM | Show all posts
X minat....  x minat....
klu kat magazine ada slot dia, skip jek.
huhu...
ingat kan eda sorg je rasa nyampah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 12:33 PM | Show all posts
aku dah beli buku jatidiri tu.....baru bab 3....so..far still tak dpt apa2 lagi.....hari ni lupa bawak pulak..biasanya aku baca buku ni bla time balik opis..sambil tunggu....husband aku dtg......

maybe..sbb aku tak fokas kut masa baca tu....@ bab awal2 tu meleret2 sikit...akupun tak pasti....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 01:34 PM | Show all posts
tapi bila baca ruangan tuah dlm MW aku rasa penulisan dia meleret
kadangkala cam apa yg dia cerita tu tak ada kaitan ngan apa yg dia sebenarnya nak sampaikan
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 04:56 PM | Show all posts

Reply #55 zailani3524's post

zailani ni razzi ar mansur kah? kan signature tu ada link utk ke laman armansur....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 09:26 AM | Show all posts

ermmm

Originally posted by ting at 6-2-2007 02:01 PM
Baru-baru ni aku ada dengar citer dia kena tangkap khalwat...ada sapa-sapa boleh confirm ke..Aku pelik juga kat TV3 pun dah lama tak nampak...kot2 betul sampai kena banned


mana lak sumber ko dapek nie?
baru hr tue aku tgk die ader jer
anyone can prove this?
plz...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2007 07:29 PM | Show all posts
Originally posted by CRK at 6-2-2007 02:22 PM
ishh ko biar betul
dari mana ko dapat citer tu???

Abang aku yang cakap...dah lama dia kata...tapi aku tak tahu nak confirm dgn siapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2007 03:55 PM | Show all posts
Hmmm........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2007 08:18 AM | Show all posts
aku dah habis baca buku jati diri..still rasa tak puas & tak dpt  apa yg aku nak..hari ni aku nak beli buku imiginasi cemerlang lak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 08:27 AM | Show all posts

Reply #69 rodzie's post

so apa pandangan u ngan penulisan dia?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 12:59 PM | Show all posts
Originally posted by CRK at 15-2-2007 08:27 AM
so apa pandangan u ngan penulisan dia?


mmm/....smlm dah baca dlm 5 helai...buku imiginasi cemerlang...

saya rasa ...buku ni lagi ok compare tu..jati diri....tapi still tak berani nak ckp coz tak habis lagi...
buku jatidiri...dia banyak cerita sejarah sikit...saya ni dr sekolah lagi dah kureeng..sejarah2 ni.....so...mengantuk & banyak skip...
...rasa tak puas coz...semangat..sikit je naik..sbb byk merewang...& rasa tak puas,,..coz i rasa x dapat apa yg i nak...& dia banyak iklankan buku membina imiginasi gemilang...

sorry to say..tak berapa best...

[ Last edited by  rodzie at 16-2-2007 01:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 10:26 AM | Show all posts
dia ni marketing oriented.. even dlm article2 dia kat majalah, dia promote website, sistem sms ngan buku2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 03:31 PM | Show all posts
Mutiara Kata Dr Tuah Iskandar


揙rang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 03:32 PM | Show all posts
DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
PENULIS  yang prolifik ini telah menghasilkan lebih 50 buku dalam pelbagai bidang. Bagaimanapun, novel adalah genre yang pertama diceburinya apabila mula-mula bergiat dengan penulisan kreatif. Terkenal juga sebagai motivator di radio, tv dan majalah, Tutor di UiTM dan Pensyarah Eksternal di Ansted University. Beliau memenangi Anugerah Belia Negara Kategori Inovasi dan Kreatif daripada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1999.

Pencapaian beliau dalam bidang penulisan turut menjangkau hingga ke peringkat antarabangsa. Beliau telah menerima anugerah The Outstanding People of the 20th (Century Award dari International Biographical Centre, England pada tahun 1999 dan telah dilantik menganggotai The Research Board of Advisor oleh American Biographical Institute, Amerika Syarikat pada tahun 2000. Di samping itu beliau juga adalah Honorary Member Ansted University Advisory Council yang berpusat di United Kingdom mulai tahun 2001.

Sehingga kini  beliau telah menerima 28 anugerah lain termasuklah Hadiah Buku Terbaik Kebangsaan (1992), Hadiah Sastera DBP - Maybank (1996), Hadiah Sastera Darul Takzim (1996 & 1999) dan Anugerah Emas Pengkaryaan Kumpulan Karangkraf (1996 & 1999).

Terbaru beliau menerima anugerah AU Foundation Award 2002 daripada AU Foundation yang beribu pejabat di United Kingdom.
Persatuan yang dianggotainya termasuklah British Graduate Association Malaysia, American Universities Alumni Malaysia, Persatuan Penulis Johor dan Persatuan Wartawan Melayu.


Hasil penulisan DR. HM Tuah Iskandar al-Haj  
- Aku Di Hatimu
- Biar Betul-Betul
- Buat Sampai Jadi
- Fikir-fikirlah
- Hatimu Untuk Siapa
- Inikah Cinta
- Jangan Tidak-Tidak
- Membina Cinta Sayang
- Membina Hati Bahagia
- Membina Imaginasi Cemerlang
- Membina Jati Diri Gemilang
- Membina Peribadi Anggun
- Membina Personaliti Terbilang
- Membina Rasa Cinta
- Nak Ke Tak Nak
- Original
- Stefa Isle
- Umrah & Ziarah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 03:34 PM | Show all posts
Membina jati diri gemilang / HM Tuah Iskandar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 03:39 PM | Show all posts
Rugi lengah berkahwin

Faktor kewangan, urusan rumah tangga dan anak-anak tidak sepatutnya menjadi alasan untuk melambatkan perkahwinan pasangan muda hari ini.




--------------------------------------------------------------------------------
MEMETIK kata dari buku bertajuk Membina Rasa Cinta, nukilan pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar, cinta lahir bersama lahirnya manusia. Ia satu perasaan yang sukar difahami. Anda tidak boleh lari daripada cinta kerana semakin anda cuba menyendiri semakin ia datang menghampiri.Kata orang dahulu pula, tidak elok bercinta lama-lama, takut nanti dikebas orang. Pepatah ini membuktikan bahawa jalinan cinta yang sudah lama dibina sepatutnya diakhiri dengan ikatan perkahwinan.Justeru itu, jangan berlengah untuk menggapai waktu kemuncak ke alam pernikahan. Ini kerana cinta tidak akan berakhir dalam sebuah kehidupan yang hakiki.Setiap insan inginkan kebahagiaan, disayangi, dibelai, dihargai dan dihormati oleh apa yang dinamakan cinta. Menurut Tuah, waktu bercinta, cintalah pasangan seadanya dan apabila berkahwin, cintalah pasangan sebenar-benarnya.Dalam meniti usia yang semakin lewat senja, rugi sekiranya ada dalam kalangan kita melewatkan perkahwinan, biarpun tiada lagi yang ingin dipertaruhkan kala percintaan sedang membara.

Kata Tuah, tempoh menjalinkan hubungan cinta yang terlalu lama boleh mendatangkan impak pada sesebuah kebahagiaan yang dinikmati dalam alam percintaan. Ini sekali gus akan meletakkan pasangan berhadapan dengan pelbagai risiko tanpa dipinta.



DR. HM TUAH ISKANDAR
--------------------------------------------------------------------------------

揝aat dilamun cinta, janganlah sesekali membiarkan masa berlalu dengan begitu lama, takut ia mengundang perkara yang tidak diingini. Antara risiko yang mungkin melanda pasangan ialah rasa bosan yang tidak diduga dan boleh muncul pada bila-bila masa.

揅inta yang dibina sejak sekian lama tidak semestinya boleh menimbulkan rasa kasih dan sayang yang berterusan. Pasangan mungkin beralih pandangan pada suatu sudut yang berbeza. Ia boleh membentuk rasa bosan, hilang perasaan, keraguan dan kurang keyakinan terhadap pasangan.

揚erlu diingatkan, cinta tidak semestinya indah. Ia selalunya dipenuhi 1001 rasa termasuklah marah, merajuk, sedih, ungkit-mengungkit, sakit hati, gaduh, tidak mengerti dan dendam yang tiada kesudahannya,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2008 04:06 PM | Show all posts
tak minat la dr ni.. kalau baca kolumn dia dlm majalah ke paper ke, ending dia mesti dia cakap "jangan lupa rujuk dalam buku saya yang berjudul...."
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by KakTimah at 1-6-2006 02:23 PM
Dia ni adalah diantara motivator yang I paling meluatt sekali..

I tak suka cara dia beri motivasi.. cara dia nak motivate people tu..macam menunding dan mencarik kesalahan orang.. then.. style dia bagimotivasi seolah-olah macam nak meniru gaya DR. Fadillah Kamsah..Prrrfkh meluat aku

Apalagi kalo dengar dia bagi ceramah dkat radio.. siap berpantunbagai.. dah lah ceramah takde isi.. ntah apa yang nak disampaikan pun Itak tau tau la.. macam takde hala tuju cara dia bagi ceramah tue..

Buku2 yang dia tulis pun ala2 merepek..



Bagi i lak dia ni bukan merepek tp ayat dia tu berlapis2..dia byk guna perumpamaan dengan cerita
bg yg tak paham, mmg nmpak mcm merepek kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2008 07:15 PM | Show all posts
Hebat...........................
Pakar dalam bidangnya.........
Anak melayu yang berjaya dan kacak sekali...........
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 11:18 PM | Show all posts
payah jadi pakar motivasi

[ Last edited by  izzuddin at 7-4-2008 12:51 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.108606 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list