CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: taiqoaboi

HANI MOHSIN: DALAM KENANGAN DAN GAMBAR

[Copy link]
Post time 8-8-2006 09:45 AM | Show all posts
yelah.. saper yang ada?? letak kat youtube ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 11:21 AM | Show all posts
ini gambar allahyarham dulu2 masa baru menimang Hani Karmila.....saat bahagia dia dengan Tiara...
tader maksud apa ku tampal gambar nie...just nak tepek gambor



[ Last edited by  NonaNaga at 8-8-2006 11:25 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 11:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 01:41 PM | Show all posts
tak semmpat die jd cover mag maskulin
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 02:03 PM | Show all posts
semalam tgk Roda Impian dlm kenangan. Sedih siot...........
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 03:58 PM | Show all posts
Originally posted by NonaNaga at 8-8-2006 11:41 AM



kalau boleh baca citer kat article tu kan best...:tq::tq:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2006 03:59 PM | Show all posts
I pun tengok RI semalam. Rasa tak puas.. sekejap aje dah habis....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2006 04:31 PM | Show all posts
Originally posted by Irisha at 8-8-2006 03:59 PM
I pun tengok RI semalam. Rasa tak puas.. sekejap aje dah habis....



tulah, kalau ada yg record boleh share kat sini kan...bestnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2006 06:11 PM | Show all posts
:pray::lebai::pray::lebai:

MOGA-MOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT..
AMIN!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 03:15 PM | Show all posts
semoga arwah tenang disana... Al-fatehah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by cubajaya at 8-8-2006 04:31 PM



tulah, kalau ada yg record boleh share kat sini kan...bestnya


nak tengok gak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2006 04:51 PM | Show all posts
aku pn nk tgk gak....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 11:38 AM | Show all posts
Batik Terengganu hadiah terakhir
Oleh Zubir Mohd Yunus | Foto Tun Izhar Tun Ishak


GARA-GARA tersiarnya gosip dalam Bintang Popular minggu lalu, ramai tertanya-tanya siapakah artis baru yang dikatakan menjadi kekasih terakhir Allahyarham Hani Mohsin

BUKAN mudah memujuk Rabecca Nur membuka mulutnya bercerita mengenai pengalaman serta saat manisnya bersama Allahyarham Hani Mohsin, dua minggu sebelum beliau meninggal dunia. Rabecca seorang gadis yang kuat menyimpan rahsia terutama kisah yang membabitkan hal peribadinya.

Penulis sendiri tidak tahu selama ini Rabecca rupanya menjalin perhubungan akrab dengan Mohsin sehinggalah mendapat panggilan daripadanya pada hari Allahyarham meninggal dunia. Rabecca membuat pengakuan hasratnya menyemai benih cinta bersama Mohsin akhirnya tidak kesampaian.

Rabecca memberitahu, dia mengenali Mohsin beberapa bulan lalu, namun hubungan mereka semakin serius sejak dua bulan kebelakangan. Pada awal perkenalan mereka, Rabecca dan Mohsin sering terserempak di sekitar Ampang Point, Kuala Lumpur, namun ketika itu Mohsin hanya memerhatikan Rabeca dari jauh saja.

Sehinggalah suatu hari ketika Rabecca bersama keluarganya yang baru selesai menonton wayang di KLCC, mereka terserempak pula dengan Mohsin bersama puteri kesayangannya, Hani Karmila, 9.

?armila menghampiri saya dan memberitahu, papanya (Mohsin) hendak berjumpa dengan saya. Akhirnya, Abang Mohsin secara gentleman datang menemui saya walaupun ketika itu saya bersama keluarga. Kami bertukar-tukar nombor telefon dan mulai saat itu kami berkawan baik.

?ari kawan biasa, hubungan kami akhirnya menimbulkan bibit-bibit cinta.

Tapi, Abang Mohsin pernah menyuarakan hasratnya kepada saya, jika inginkan hubungan kami berterusan, dia tidak suka saya bergiat aktif dalam bidang seni dan lebih senang jika saya meneruskan perniagaan keluarga iaitu insurans.

?usteru, saya berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan hubungan kami atau memilih bidang seni. Sebab itu, saya merahsiakan perhubungan kami termasuklah kepada teman rapat, yang tahu saya berkawan dengan Abang Mohsin hanyalah mama saya.

?api, belum sempat saya memberikan jawapan kapada Abang Mohsin, dia sudah pergi selama-lamanya,? kata Rabecca yang ketika menerima berita sedih itu dia berada di Johor Bahru atas urusan keluarga.

Sebaik menerima berita kematian Mohsin, Rabecca pengsan kira-kira 20 minit dan apabila tersedar, dia mengambil pesawat kembali ke Kuala Lumpur.

Menceritakan perubahan yang berlaku pada diri arwah dua minggu sebelum kematiannya, Rabecca memberitahu, sejak kebelakangan mereka bertemu, arwah pasti menghadiahkannya bunga atau cokelat.

?rwah berhasrat menghadiahkan saya dua helai kain batik yang dibelinya dari Terengganu. Tapi, saya terlupa membawa balik kain itu kerana tertinggal di dalam kereta arwah. Namun, atas pertolongan bekas isteri arwah, Datin Seri Tiara, kain berkenaan sudah saya perolehi.

?alam satu insiden lain, arwah pernah menekan brek kereta secara mengejut kerana hampir terlanggar lori di depan kami. Dengan spontan Abang Mohsin kata, `Ya Allah, nasib baik kita tak pergi sama-sama!' Saya terkejut kenapa arwah cakap begitu.

?pabila sampai di rumah, lazimnya arwah akan menghantar saya di depan pintu, tapi hari itu dia mengadu dia penat dan minta saya naik ke rumah sendiri. Tapi, akhirnya arwah naik juga ke rumah saya. Selepas bersalaman dengannya, tiba-tiba arwah memanggil saya untuk bersalam lagi, katanya salam terakhir.

?upa-rupanya itulah salam terakhir saya bersama arwah. Malah Abang Mohsin pernah memberitahu saya, kalau dia mati, biarlah di sisi Karmila...? katanya yang mengakui Tiara mengetahui hubungannya dengan Mohsin apabila Karmila sering menceritakan perihal dirinya kepada Tiara.

Rabecca juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tiara kerana di atas pertolongannya, dia sempat menatap wajah Mohsin sebelum dikebumikan. Salah satu SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) Tiara kepada Rabecca: ?hank you for making him (Mohsin) happy. Rabecca, at least he had some happy moment.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2006 01:12 PM | Show all posts
Rabecca ni sape?
Reply

Use magic Report

mamaturtle This user has been deleted
Post time 11-8-2006 02:04 PM | Show all posts
korang perasan tak yg muka hani n tiara ni masih sama mcm time dorg dapat anak dulu...
maksud aku tak telan di tua laa..menten jek muda dorg ni kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2006 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by cubajaya at 8-8-2006 04:31 PM



tulah, kalau ada yg record boleh share kat sini kan...bestnya


blh tgk kt ria skrg..ulangan roda impian khas  - hani mohsin dlm kenangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2006 08:58 AM | Show all posts
Rahsia selendang putih
Oleh Farihad Shalla Mahmud


Ramadan gamit memori Mila terhadap Hani Mohsin


  


HAMPIR dua bulan, pelakon, pengacara dan pengarah, Allahyarham Hani Mohsin Mohd Hanafi pergi menyahut panggilan Ilahi. Biarpun kini jasadnya selamat disemadikan namun bagi mereka yang pernah melalui detik-detik indah bersama Allahyarham pasti ingatan manis itu akan tetap kekal sehingga ke akhir hayat.

Tentunya, insan yang paling merindui Allahyarham di saat ini adalah anak perempuan tunggal kesayangannya iaitu Hani Karmila. Jiwa anak mana yang tidak menyimpan rindu andai ayah yang disayangi pergi secara mengejut di depan mata.

Sewaktu majlis tahlil Allahyarham berlangsung di kediamannya di Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur malam Ahad lalu, bekas isteri Mohsin, Datin Seri Tiara Jaquelina sudi berkongsi cerita perihal anak gadis kesayangannya yang berusia sembilan tahun itu.

Mengimbas kembali saat peristiwa sedih itu berlaku, Tiara melahirkan kebimbangannya terhadap keadaan Hani Karmila yang turut berada di tempat kejadian.

?ewaktu kejadian itu berlaku, saya memang risau dengan keadaan Mila (Hani Karmila). Maklumlah dalam usia sebegitu dia berdepan dengan sesuatu yang amat berat untuk diterima seseorang yang sebaya dengannya.

?amun apa yang saya lihat, sejak hari pertama pemergian arwah, Mila sudah dapat menerima hakikat pemergian bapanya. Dia nampak sangat matang dari usianya yang sebenar. Mungkin dia faham kerana kejadian itu berlaku depan matanya,? katanya sambil memandang ke arah Mila yang sibuk melayan teman sebayanya ketika itu.

Walaupun jiwa Mila kuat untuk menerima suratan takdir namun apa yang cukup menyentuh hati Tiara ialah cara Mila melepaskan perasaan rindu terhadap ayahnya yang sudah lapan minggu meninggalkannya itu.

?ila sentiasa ditemani selendang berwarna putih yang digunakan untuk menutup muka Allahyarham sebelum dikafankan. Malah, waktu tidur pun dia akan bawa sekali selendang itu bersamanya,? cerita Tiara lagi.



TETAP RINDU: Mila ketawa apabila diusik
Effendi dan Tiara. Turut kelihatan adalah
Ahmad Tarmimi dan Mat London.


Kadang-kadang, menurut pemegang watak utama Puteri Gunung Ledang ini, Mila yang cuba menenangkan dirinya apabila beliau sedih kerana mengenangkan arwah.

?pabila kami pergi bercuti pun dia akan kata ayahnya ada di mana-mana menemani kami sekeluarga. Ada satu hari itu, sewaktu kami bercuti di London, Mila ada memberitahu saya yang dia ada bermimpi arwah bapanya datang menemuinya. Perkara itu terjadi genap 40 hari pemergian Mohsin. Sehari selepas itu pula dia bermimpi bertemu dengan datuknya (bapa sebelah Mohsin).

?aya terkejut kerana Mila tidak pernah menatap wajah datuknya sebelum ini. Saya pun bertanya padanya, bagaimana wajah datuknya itu dan Mila memberikan jawapan wajahnya saling tak tumpah seperti ayahnya,? cerita Tiara panjang lebar.

Ditanya bagaimana sambutan Ramadan mereka sekeluarga tahun ini tanpa kehadiran Mohsin, Tiara berkata perasaan kehilangan itu akan tetap dirasai.

?ubungan kami memang baik walaupun sudah berpisah. Sedih memang sedih apatah lagi mengenangkan keadaan Mila tetapi bersyukur kerana dia masih mempunyai ibu dan keluarga yang menyayanginya.

?ahun ini adalah tahun kedua Mila belajar berpuasa. Lazimnya, saya berjanji padanya jika dia dapat menunaikan ibadah puasa, saya beri hadiah. Macam satu motivasi untuknya,? ujar Tiara menceritakan gelagat anak sulungnya itu.

Mengulas majlis tahlil yang berlangsung, Tiara berkata tahlil ini sepatutnya diadakan minggu lalu iaitu pada hari ke-44 pemergian arwah tetapi terpaksa ditunda atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Saya puas hati kerana majlis berjalan lancar dan dihadiri lebih 200 tetamu terdiri daripada saudara mara terdekat arwah dari Perak, rakan artis, anak yatim, kenalan, jiran dan jemaah masjid termasuk peminat yang sama-sama menyempurnakan majlis yang dimulakan selepas solat Isyak itu,? katanya.

Antara artis yang hadir ialah Ahmad Ibrahim (Mat London), Ahmad Tarmimi Siregar, Ahmad Fauzee dan Fauziah Nawi. Majlis tahlil kali pertama pada 26 Julai lalu itu dianjurkan rakan rapat Mohsin di Alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 06:17 PM | Show all posts
masih lagi mengingati arwah dan semuga rohnya di cucuri rahmat
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2006 08:58 PM | Show all posts
:setuju: :pray:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.357355 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list