|
~SUKE DUKE MAWI 2006 [january sampai terkini]~
[Copy link]
|
|
Mawi pergi brunei bersama pemenang2 ABP yg lain dan belajar main golf kat situ...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 1-12-2006 11:54 AM
Isu Mawi bermalam kat umah Ina
ini tahun lepas punya .. kan ke peristiwa suke duke 2006? |
|
|
|
|
|
|
|
hantar biskut n kad raya kpd wrtwn..:nerd: |
|
|
|
|
|
|
|
Isu tidak mahu bergambar dengan artis wanita |
|
|
|
|
|
|
|
Jadik 'jantan' penghias Bi-Pop beberapa kali dalam tahun ni jerk;
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mawi diabadikan dlm wang syiling
ps: sara ada baca tapi lupa kat mana sumber tuh |
|
|
|
|
|
|
|
ada paste kat page belakang, mysara |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi selamat dari cubaan mahu menjatuhkannya
Kuala Lumpur: Fenomena ?awi? nampaknya akan bertahan terus berikutan terjalinnya persefahaman di antara pihak pengurusan dan kelab penyokong artis tersebut.
Semalam Naib pengurusi Kelab Penyokong Mawi (Mawi FC) Rozita Shahadan mengumumkan bahawa kelab tersebut tidak akan di bubarkan dan mahu menyokong Mawi seterusnya.
Freddie Fernandez ...Semasa ditanya oleh para wartawan mengenai kedudukan Maestro Talent dengan Mawi FC semalam.
(The Star)
"Mawi FC boleh menyumbangkan tenaga ke arah kejayaan Mawi seperti memberi pendapat untuk meningkatkan persembahan Mawi,? katanya dalam sidang akhbar.
Pihak pengurusan Mawi, Maestro Management pula akan terus membantu kelab tersebut dalam menjalankan aktivitinya bersama artis tersebut.
?ami dapat membantu Mawi FC untuk mendapatkan 'sponsorship' bagi aktiviti-aktiviti kelab ini," kata Ketua eksekutif kumpulan Maestro Freddie Fernandez.
Mawi bagaimanapun tidak hadir di majlis tersebut.
Baru-baru ini, gara-gara percanggahan pendapat dalaman antara bekas pengerusi kelab tersebut, Mohd. Nor Izam dan pihak Maestro telah mengundang rasa resah baik peminat Mawi dan artis tersebut.
Mohd Nor pula telah mengeruhkan keadaan dan "menentang" Mawi secara terbuka dengan mengadakan sidang akbar sejurus selepas pelancaran album sulung artis itu dan mengumumkan akan membubarkan kelab penyokong artis itu.
Walaubagaimanapun Fernandez mengharapkan tiada lagi rungutan dan permintaan yang bukan-bukan dari peminat kepada artis itu.
"Janganlah minta nombor telefon bimbit Mawi. Tak kan dia nak beri? Bayangkan, beratusan 'misscalls' yang bakal dia terima dalam sehari. Mampus nanti," kata Fernandez.
Kontroversi atau tidak, album Mawi tetap laris. Setakat ini lebih daripada 75,000 album telah terjual. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mawi, Felix, Amylea duta Mamee Sllrrrp!
REZEKI anak jati Felda Taib Andak, Kulai, Johor, Asmawi Ani atau Mawi terus melimpah ruah. Sejak bergelar juara Akademi Fantasia 3 (AF3) pelbagai pihak mula mengintainya.
Setelah diangkat menjadi duta Canon, produk herba keluaran Felda Herbal Corporation Sdn Bhd (FHC) dan terbaru duta telefon bimbit keluaran tempatan pertama M Mobile, tawaran demi tawaran terus menghujani anak muda ini.
Terbaru penyanyi yang semakin popular dengan lagu Aduh Saliha itu dipilih menjadi duta mee segera baru Mamee Sllrrrp keluaran Mamee-Double Decker (m) Berhad.
Namun kali ini Mawi berkongsi tuah bersama dua lagi rakan seperjuangannya iaitu naib juara AF3, Felix Agus dan pemenang tempat ketiga Amylea.
Pada majlis itu Mamee-Double Decker turut menyumbangkan RM 20,000 kepada Jawatankuasa Penyelaras Program Pemulihan Komuniti Negeri Melaka bagi membantu anak-anak kurang upaya yang turut diraikan pada malam itu.
Naib Presiden Kanan Mamee Double Decker, Rusli Hashim berkata, pemilihan tiga bintang AF sebagai duta produk selaras dengan falsafah Mamee Sllrrrp melihat kepada populariti mereka ketika ini.
?ereka dipilih bukan saja kerana bakat malah semangat waja dan kesungguhan mereka dalam mencapai kejayaan. Secara ringkas, mereka adalah model yang paling sesuai.
?ita sudah pun melihat kesungguhan, kecekalan dan stamina mereka yang cekal berusaha mencapai tahap tertinggi dalam AF dan nilai ini selaras dengan nilai utama Sllrrrp,? katanya.
Mamee juga turut menunjukkan rasa prihatin apabila menyumbangkan 100,000 paket mee segera Mamee kepada mangsa bencana gempa bumi di Pakistan. Pelancaran ini juga sebagai langkah pertama dalam senarai aktiviti yang dirancang bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Mamee Sllrrp dihasilkan untuk menepati gaya hidup belia yang berusia antara 15 hingga 24 tahun dengan kehidupan serba aktif sama ada di sekolah atau sosial.
Dalam majlis itu juga, tiga bintang AF turut menghiburkan tetamu yang diraikan pada petang itu. Terpancar kegembiraan di wajah lebih 40 kanak-kanak yang diraikan pada petang itu apabila dapat bersalaman dan turut menerima duit raya.
Mamee Sllrrrp mempunyai tiga perisa iaitu Kari Berapi, Ayam Sensasi dan Asam Laksa Wow. Produk lain yang pernah dikeluarkan syarikat itu adalah Mister Potato Crisps and Chips, snek Double Decker, Nutrigen dan snek Mamee Monster. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi World - Banglo baru Mawi RM200,000
Pelan rumah enam bilik dilukis pelajar Universiti Teknologi Malaysia
KULAI: Banglo baru dua tingkat untuk ibu bapa juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi di Felda Taib Andak, di sini, dijangka siap dalam tempoh tiga bulan apabila kerja pembinaannya bermula selewat-lewatnya dua minggu lagi.
Rumah asal keluarga Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani yang dibina sejak 1971 itu akan dirobohkan terlebih dulu sebelum tapak tanah di kawasan seluas 0.1 hektar berkenaan akan diratakan.
Bapa Mawi, Ani Ahmad, 65, berkata rumah tiga bilik yang didiami keluarganya ketika ini berada lebih rendah berbanding paras jalan dan Mawi mahu proses meratakan tanah dibuat bagi memastikan ia sama dengan aras jalan.
?umah itu akan dirobohkan bulan ini dan buat sementara waktu, mereka sekeluarga akan berpindah dan tinggal di rumah kakak Mawi, Rashidah di kuarters perumahan guru di sini," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin.
Beliau berkata, banglo baru dua tingkat dengan kos kira-kira RM200,000 itu memiliki enam bilik iaitu empat di tingkat atas dan dua di aras bawah dan ia dibina berdasarkan pelan yang dilukis pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Mohd Fairus Atan.
Selain dua bilik tidur, tingkat bawah dilengkapi bilik solat dan istirehat, ruang tamu, ruang keluarga, dapur kering dan dapur basah serta tempat meletak kereta di bahagian luar.
Di tingkat atas pula, katanya, ada empat bilik termasuk bilik tidur utama yang bertentangan dengan tiga bilik lain selain ruang keluarga dan balkoni.
"Mawi kata dia hendak duduk tingkat atas. Saya dan isteri akan tinggal di bilik bawah. Selain dekat dengan bilik sembahyang, dalam keadaan sudah tua ini, susah juga kalau kena naik turun tangga selalu," katanya.
Ani yang lebih mesra dipanggil Pak Atan itu berkata, beliau sudah berunding dengan tukang rumah, Ahmad Misidek atau dikenali dengan nama Ahmad Kacang mengenai pembinaan banglo dua tingkat itu.
"Keluarga saya kenal dan memang percaya dengan kemahiran Ahmad Kacang. Tambahan pula, dia pernah membaiki rumah ini sebelum ini," katanya.
Pak Atan berkata, beliau tidak pernah mengharapkan balasan daripada Mawi dan sentiasa bersyukur dengan kejayaan anaknya itu sebagai penyanyi.
?aya bersyukur anak saya tetap berhajat ingin membina rumah baru dan menghantar ibu bapanya ke Makkah mengerjakan umrah,? katanya.
Mengenai hubungannya dengan Mawi, Pak Atan mengakui mereka sukar bertemu kerana kesibukan anaknya itu, tetapi beliau faham dengan keadaan anak kelimanya itu sebagai penyanyi.
"Baru-baru ini, saya sempat ke Genting Highlands ketika Mawi memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
"Ibunya, Ramlah Sarlan, 65, pula sempat melihat Mawi membuat persembahan ketika Konsert AF3 Hotlink Tour di Plaza Kota Raya Johor Bahru, baru-baru ini," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mawi World - Mawi dimarah peminat akibat gosip cinta
KUALA LUMPUR 3 April - Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi, hari ini memberitahu dia menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat yang memaki hamun gara-gara gosip cintanya dengan penyanyi dan pelakon, Diana Rafar.
Di samping SMS itu, Mawi berkata, dia juga menerima SMS daripada peminat wanita berusia yang menasihatinya supaya bersabar menghadapi dugaan hidup sebagai artis.
Kata Mawi, apa yang berlaku mungkin kerana salah faham peminatnya yang tidak mengetahui cerita sebenar.
Apa yang penting kata penyanyi yang berasal dari Kulai, Johor ini, dia berada di pihak yang benar dan masih setia dengan tunangnya, Nurdiana Mohd. Naim atau Diana.
Mawi berkata demikian kepada pemberita selepas persembahan sempena Minggu Setiausaha di Menara Kuala Lumpur, di sini.
Gosip percintaan Mawi dengan Diana Rafar tercetus apabila mereka berdua dikatakan keluar memancing di Subang Jaya, minggu lalu.
Berikutan `kekecohan' yang berlaku, Mawi berjanji akan lebih berhati-hati dalam apa juga tindakan selepas ini.
``Mungkin pada pandangan saya apa yang dilakukan tidak salah tetapi tidak kepada peminat,'' katanya.
Kata Mawi, segala kenyataannya mengenai hubungan dengan Diana Rafar adalah benar dan tidak berniat menipu peminat.
``Saya tidak takut kerana berada di pihak yang benar. Pertemuan saya dengan Diana Rafar adalah secara kebetulan dan malam itu adalah pertama kali saya bertemunya.
``Ketika itu, saya dan rakan-rakan sedang memancing di mana Diana Rafar datang berjumpa dengan pengurus saya, Aman Ramli untuk menghantar kertas cadangan,'' ujar Mawi.
Tambah Mawi, dia menganggap hubungannya dengan Diana Rafar sebagai rakan artis memandangkan dia artis baru.
Ditanya perasaan tunangnya Diana berikutan isu tersebut, Mawi yang akan muncul dengan album baru berbentuk qasidah pada 11 April ini berkata, dia yakin Diana akan memahami situasi yang berlaku.
``Saya sudah cerita segalanya kepada dia dan kami sama-sama kena banyak bersabar,'' katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi World - Edisi KL : Kalung ibu RM150,000
KUALA LUMPUR: Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005, Asmawi Ani atau Mawi akan menghadiahkan set perhiasan Koleksi Diraja Rafflesia berharga RM150,000 yang dimenanginya kepada ibu tersayang, Ramlah Sarlan, 65.
Ini kerana, bagi Mawi, sokongan dan dorongan ibunya banyak membantu melonjakkan kariernya selepas bergelar juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Ogos lalu.
Jika tidak kerana berkat doa ibunya, Mawi percaya karier seninya tidak akan sampai ke tahap sekarang, dengan pelbagai deretan kejayaan.
Menurut Mawi, ibunya adalah individu paling layak menerima set mutiara mewah itu sebagai menghargai pengorbanannya selama ini.
?bu banyak menyokong saya daripada belakang. Biarpun dia tidak hadir menyaksikan kemenangan saya tempoh hari, doanya selama ini sudah cukup buat saya.
?ia jenis yang tidak gemar keluar jauh. Kalau dekat contohnya ketika saya mengadakan persembahan di Danga Bay beberapa bulan lalu, dia turut hadir memberi sokongan.
?ebenarnya, itulah kunjungan pertama ibu menyaksikan persembahan saya. Selepas itu, dia lebih gemar menyaksikannya menerusi siaran langsung di televisyen.
?aya tak perlu berfikir panjang untuk membuat keputusan itu. Ibulah yang paling sesuai menerima set berharga itu,? kata Mawi ketika dihubungi Harian Metro semalam.
Dengan jumlah 351,570 undi, Mawi menewaskan saingan terdekatnya, Siti
Nurhaliza Taruddin, 27, dalam acara kemuncak ABPBH 2005 di Arena of Stars, Genting Highlands, di sini, malam tadi.
Selain set rantai mutiara dan subang diperbuat daripada mutiara terpilih bertatah emas dan permata itu, dia membawa pulang hadiah kereta Kia Optima Edisi Terhad bernilai RM125,000 sebagai bintang paling popular.
Mawi turut mengungguli dua kategori lain ABPBH 2005 iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.
Meskipun sudah mencipta nama, penyanyi kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor itu tidak melupakan asal usul terutama kedua-dua ibu bapanya.
Dia juga bercadang membawa ibu bapanya menunaikan umrah selain mendirikan rumah dua tingkat untuk keluarganya di kampung.
?alau tak ada aral, mungkin Mei ini mak dan ayah akan menunaikan umrah. Rumah di kampung juga dalam perancangan,? katanya.
Rumah baru Mawi itu mempunyai enam bilik iaitu empat bilik di tingkat atas, manakala dua lagi di bahagian bawah rumah untuk kegunaan ibu bapanya, Ani Ahmad dan Ramlah.
Ia dijangka membabitkan kos ratusan ribu ringgit akan mula dibina di tapak asal rumah keluarga penyanyi popular itu, bulan depan dan dijangka siap pertengahan tahun ini.
Mengenai kereta Kia Optima, Mawi berkata, beliau tidak bercadang untuk menjualnya, sebaliknya akan digunakan secara bergilir-gilir dengan kereta lain yang sudah dimenanginya sebelum ini.
Kereta lain Mawi ialah Suzuki Swift (hadiah AF3), Proton Savvy (sebagai duta Eon) dan sebuah kereta mewah hadiah daripada orang kenamaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi World - Konsert Aura memang ?empar
Sesuai nama konsertnya - Aura M Mobile - begitulah gambaran disaksikan Ahad lalu di Stadium Merdeka menerusi aksi Mawi, Ella, KRU, Khafi
BIARPUN langit ketika itu menunjukkan tanda seakan hendak hujan, ia bukanlah halangan kepada lebih 4,000 penonton untuk membanjiri Stadium Merdeka, Kuala Lumpur malam Ahad lalu. Barangkali taktik penganjur, VC Communication Sdn Bhd menghimpunkan beberapa nama besar dalam sebuah konsert seperti ini membuatkan penonton teruja menyaksikannya.
Ia sebagai menghargai pelanggan VC Communication Sdn Bhd, yang membantu melariskan telefon bimbit buatan mereka, M 10 yang kini terjual melebihi 8,000 unit, biarpun baru berada di pasaran.
Lewat 15 minit daripada waktu asal, konsert dimulakan dengan persembahan paluan gendang ala-Citrawarna yang menampilkan pelbagai kaum. Acara simbolik ini memaparkan bahawa telefon bimbit ini sesuai digunakan pelbagai bangsa. Ia kemudian diikuti persembahan tarian kebudayaan sebelum pengacara, ZZ dari radio Era mengumumkan persembahan pertama Khafi menerusi lagu yang dipetik daripada album sulung, Satu Jengkal.
Lagu Teka Silangkata dipilih sebagai lagu pembukaan, diikuti single pertama mereka - Kisah Kau dan Aku dan diselang-seli persembahan solo Faizal menerusi lagu Tiada Yang Kedua diikuti lagu terakhir, Fantasi Cinta.
KRU membuatkan penonton tidak senang duduk dengan lagu terbaru mereka, Buat Hal Lagi yang berirama rancak lagi bertenaga, selain lagu berentak ala dikir barat moden berjudul Tak Kisah sebelum meninggalkan pentas dengan Yang Terhangat Di Pasaran.
Namun, Norman sempat mengusik adiknya, Yusry di pentas sewaktu ingin memperkenal artis yang akan mengambil alih pentas itu dengan menyebut nama ?rra? bukannya Ella. Bagai diserang histeria, itulah situasi yang berlaku saat Ratu Rock ini muncul di atas pentas. Dengan memakai seluar jeans paras lutut dan kemeja, Ella menggamatkan suasana stadium dengan lagu yang dipetik daripada album runut bunyi, Gol & Gincu, Teruja.
Seperti biasa, lenggok manja Ella mengundang gelak tawa penonton. Ketika lagu Kesal berkumandang, Ella ada kala mendiamkan diri, tersenyum dan hanya mengangkat bahu apabila peminatnya turut serta menyanyikan lagu itu bersamanya. Itulah penangan Ella yang diketahui sudah agak lama tidak muncul dalam konsert besar seperti ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi World - Bapa Mawi selamat dikebumikan
JOHOR BAHRU 2 Julai - Jenazah bapa penyanyi popular Mawi, Allahyarham Ani Ahmad, 66, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak dengan dihadiri oleh kira-kira 200 penduduk, jiran sekampung dan saudara-mara penyanyi tersebut di Kulai, dekat sini hari ini.
Jenazah tiba di rumah keluarga angkat Mawi bersebelahan rumah asal keluarganya yang kini dalam proses pembinaan, kira-kira pukul 4 pagi ini.
Kira-kira pukul 7 pagi, penduduk kampung, sanak saudara serta segelintir peminat Mawi mula menziarahi jenazah Allahyarham Ani atau nama gelarannya Pak Atan untuk memberikan penghormatan terakhir.
Mawi yang kelihatan tenang dengan pemergian bapanya itu, menyambut ketibaan tetamu yang datang untuk menziarahi Allahyarham Ani.
Allahyarham yang meninggal dunia kira-kira pukul 9.55 malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, akibat komplikasi jantung, dibawa keluar kira-kira pukul 12 tengah malam menuju ke rumah keluarga Mawi di Felda Taib Andak, di sini.
Mawi atau Hasmawi Ani, 23, yang berada di Johor Bahru selepas membuat persembahan di Danga Bay sempena pelancaran Bulan Citarasa Malaysia menerima panggilan mengenai kematian itu kira-kira pukul 10.15 malam semalam dan bergegas pulang ke rumahnya.
Pada pukul 9.40 pagi ini kenderaan jenazah tiba di perkarangan rumah tersebut untuk membawa jenazah ke Masjid Jamek Nurussa?dah untuk disembahyangkan.
Mawi yang setia berada di sisi bapanya itu turut mengiringi jenazah sehingga ke dalam kenderaan tersebut sambil diikuti oleh beberapa saudara serta jiran kampung.
Selepas disembahyangkan kira-kira pukul 10.20 pagi, jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Felda Taib Andak di sini untuk dikebumikan.
Allahyarham selamat disemadikan pada pukul 10.35 pagi dan bacaan talkin disampaikan oleh imam dua masjid jamek berkenaan, Mohamed Hanafi Mohd.
Selepas pengkebumian itu, bapa bekas tunang Mawi, Nur Diana iaitu Md. Naim Samijan turut menziarah pusara bapa Mawi bersama rakan-rakannya.
Pegawai Eksekutif Maestro Talent Management Sdn. Bhd., Freddie Fernandez, Penyampai Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Melaka, Isma Halil Hamzah serta kenalan rapat Mawi dan keluarganya turut menziarahi keluarga Mawi.
Mawi ketika ditemui berkata, beliau redha dengan pemergian bapanya setelah menjalani rawatan penyakit jantung di IJN kira-kira dua bulan.
Mengenai langkah seterusnya selepas kematian bapanya, Mawi berkata, buat sementara waktu beliau terpaksa menghentikan aktivitinya dan akan berada di kampung kira-kira seminggu untuk menemani ibu dan ahli keluarganya.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana menziarahi jenazah bapanya dan membantu urusan pengkebumian |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi World - Kalau ingin putus tunang, ikutlah adat
KUALA LUMPUR 2 Julai - Pelbagai pihak mempersoalkan tindakan bintang Akademi Fantasia 3, Mawi memutuskan pertunangannya dengan Nordiana Mohd. Naim melalui telefon.
Menurut mereka, Mawi tidak seharusnya bertindak demikian dan menyifatkan tindakan Mawi itu sebagai tidak gentleman.
Presiden Yayasan Wanita Islam, Najwa Abdul Aziz berkata, tindakan Mawi itu bukan sahaja tidak manis di mata masyarakat, malah menyimpang dari amalan orang Melayu yang penuh dengan adat.
Menurutnya, biar apa pun alasan yang menjadi punca keretakan hubungan mereka, namun ia bukan alasan untuk Mawi bertindak dengan cara begitu.
?Memutuskan pertunangan melalui telefon amat kurang manis dan agak janggal pada mata masyarakat kita. Mawi jangan lupa, kita masyarakat Melayu yang amat mementingkan adat.
Wakil
?Kalau dulu, boleh merisik dengan menghantar wakil keluarga ke rumah tunang, kenapa putus tunang tidak mahu lakukan perkara yang sama?? katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu putus tunang Mawi dengan Nur Diana atau Ina semalam.
Mawi mengesahkan dia menghubungi Ina dan memutuskan ikatan pertunangan mereka melalui telefon.
Sementara itu, Pengurus Majlis Dakwah Islamiah Malaysia, Mohd. Fitri Aziz menasihatkan Mawi supaya bertindak mengikut adab dan tidak terlalu mengikut emosi.
?Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tetapi saya harap beliau (Mawi) tidak memutuskan pertunangannya disebabkan sudah popular dan bekas tunangnya pula tidak terkenal seperti dirinya.
?Kalau ingin putus tunang juga, ikutlah adat, tidak manis buat begitu,? katanya.
Sementara itu, seorang pembaca Utusan Malaysia turut melahirkan rasa kecewanya terhadap tindakan Mawi itu.
Fadzlullah Abdullah dari Taman Mayang Jaya, Petaling Jaya yang menyatakan kekesalannya melalui kiriman faks ke pejabat Utusan Malaysia hari ini memberitahu, Mawi tidak melihatkan sifat kelakian sebenarnya.
?Mawi mengambil jalan mudah dengan menyatakan sudah suratan takdir sebagai alasan putus tunang dan minta semua pihak terimanya dengan hati terbuka.
?Saya juga pelik mengapa Mawi menyatakan dia memerlukan restu keluarga dan dia hormati keputusan keluarga dalam perkara ini
?Siapa yang ingin berkahwin dan siapa yang buat keputusan, saya fikir peminat-peminat Mawi boleh mentafsirkannya sendiri,? katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi World - Soseh-soseh : MAWI ada kekasih lain?
SILIH berganti ujian menimpa Mawi. Belumpun reda isu hubungannya dengan tunang retak menanti belah, tiba-tiba ayah Mawi, Ani Ahmad atau Pak Atan pula meninggal dunia.
Sebagai anak seni, SS harap Mawi tabah menghadapi setiap ujian. Dah namanya selebriti terkenal, dalam sibuk peminat bercerita perihal keretakan hubungan Mawi dan Ina, SS menerima pelbagai e-mel yang meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan juara AF3 itu.
Tidak kurang juga ada meminta SS menghantar pesan minta Ina bersabar dan menganggap apa yang berlaku sebagai hikmah. Dalam pada itu, orang di keliling Mawi nampaknya seperti tidak terkejut dengan cerita ini dan seolah-olah sudah menjangkakan ia akan berlaku.
Hairan juga SS mereka tidak terkejut. Risik punya risik, ada yang menyampai berita Mawi dikatakan sudah ada kekasih lain, seorang pendatang baru dalam dunia lakonan dan model.
Orangnya memang cantik dan boleh tahan. Malah, sebelum ini artis terbabit pernah memberi kenyataan bahawa dia berhabis beribu ringgit mengundi Mawi sewaktu penyanyi yang popular dengan lagu Kian itu berada dalam Akademi Fantasia lagi.
Artis wanita ini mempunyai kakak turut aktif dalam seni. Apabila rakan SS telefon kakaknya bertanyakan perkara itu, dia terkejut dan menyatakan bagaimana pula boleh timbul cerita sedemikian kerana adiknya dan Mawi langsung tidak punya kaitan.
Menurut sumber di keliling Mawi pula, mereka beberapa kali terserempak artis ini bersama Mawi. Bukan setakat itu saja, Mawi dikatakan pernah berkaraoke dengan artis ini, malah sewaktu penggambaran untuk cover album Qasidah, artis terbabit turut berada di sisi Mawi.
Mendengar cerita teman-teman di keliling ini buat SS tambah bimbang, sebab tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Cuma SS harap Mawi terus harap tabah dan menjadi lelaki berani kerana benar. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi World - Mawi, Nordiana sah putus tunang
KOTA TINGGI: Juara Akademi Fantasia 3 (AF3) Asmawi Ani atau Mawi (gambar kiri) malam tadi secara rasmi memutuskan pertunangan dengan Nordiana Mohd Naim pada satu pertemuan wakil kedua-dua pihak di rumah Nordiana (gambar kanan) di sini.
Wakil Mawi yang diketuai kakaknya, Rashidah tiba di rumah Nordiana di Felcra Sungai Ara, dekat sini, kira-kira jam 10 malam. Turut sama ialah suami Rashidah, Shahrum Sagi serta empat jiran mereka.
Kehadiran mereka disambut bapa Nordiana, Mohd Naim Samijan serta isterinya Noraini Mansor dan wakil pihak perempuan, Arifin Kusnin.
Majlis berjalan lancar dengan kedua-dua Mawi dan Nordiana kemudiannya dihubungi selepas perbincangan selesai. Bagaimanapun, wakil Mawi tidak membawa barang kerana sebelum ini ketika bertunang kedua-dua pihak bersetuju sekiranya berlaku apa-apa segala barang yang dibawa dianggap sebagai hadiah.
Dalam perbualan telefon dengan Mawi, Rashidah memberitahu adiknya itu berkenaan perbincangan yang diadakan.
Ia kemudian disambung oleh Mohd Naim yang menyatakan: ?akcik terima, pakcik faham dan minta maaf dunia akhirat.?
Nordiana yang kini berada di Kuala Lumpur turut dinyatakan perkara sama.
Dalam pertemuan itu Rashidah turut menyatakan permintaan Mawi supaya pihak perempuan memulangkan semula gambar Mawi yang ada dalam simpanan Nordiana. Bagaimanapun, wakil pihak perempuan meminta masa untuk memulangkannya.
Rashidah yang ditemui selepas pertemuan itu berkata, secara rasminya Mawi dan Nordiana sudah tidak ada hubungan dan berharap perkara itu tidak lagi diperbesarkan.
Beliau turut menafikan khabar angin Mawi sakit dan dimasukkan ke wad dan berkata adiknya sihat.
Petang tadi Rashidah menghubungi Mohd Naim untuk menyatakan kedatangan mereka. Bagaimanapun Mohd Naim meminta ditangguhkan atas alasan isterinya bekerja, namun Rashidah menyatakan semalam adalah tarikh yang sesuai memandangkan beliau akan menghadiri kursus. |
|
|
|
|
|
|
|
Biografi kisah cinta Ina-Mawi kini di pasaran
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Dalam diam-diam, bekas tunangan juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Nordiana Md. Naim menghasilkan biografi kisah cintanya dengan Asmawi Ani atau Mawi yang terputus di tengah jalan.
Biografi pendedahan kisah cinta Mawi bersama Nordiana atau dikenali sebagai Ina kini berada di pasaran.
Pelancaran biografi berjudul Catatan Duka Diana Naim itu disempurnakan sendiri oleh Ina di sini hari ini.
Ia merupakan hasil garapan Ina, 22, sepanjang dua tahun menjalin kasih dengan penyanyi yang semakin popular itu.
Menurut Ina, buku terbitan Etnik Harmoni Sdn. Bhd., yang dijual pada harga RM19.90 itu, bukan bertujuan membuka pekung di dada atau mengaibkan sesiapa.
Sebaliknya, apa yang tercatat dalam buku setebal 145 muka surat itu merupakan luahan isi hatinya sebagai insan yang pernah bercinta, bertunang dan akhirnya berpisah dengan Mawi.
Kata Ina, buku yang ditulis pada sebelah malam ketika hatinya sedang berduka itu memang tidak dapat dipisahkan daripada mengaitkan nama Mawi.
?Apa yang terdapat dalam buku tersebut adalah sejarah yang Ina tempuh dan sudah pasti nama dia turut disebut,? katanya.
Tegasnya, kehadiran buku itu juga bertujuan menjawab segala tohmahan yang dilontarkan kepadanya sebelum ini.
Anak sulung daripada lima beradik itu percaya inilah masa sesuai dan terbaik untuk menjelaskan segala apa yang berlaku dan membongkar setiap kebenaran yang terselindung.
Jelas Ina, antara cerita duka yang tidak dapat dilupakan dan turut dimuatkan dalam buku tersebut adalah saat dia dihalau keluar dari Stadium Malawati, Shah Alam daripada menonton pertandingan akhir AF3 oleh orang terdekat dengan bekas tunangnya.
Ina yang kini merupakan Eksekutif Pembangunan Pemasaran Etnik Harmoni Sdn. Bhd., berkata, biografi itu juga sebagai permulaan untuk dia melangkah ke dimensi baru.
?Ina harap selepas ini orang tidak akan tanya lagi kisah silam Ina kerana Ina ingin membina hidup baru,? katanya.
Selepas menghasilkan biografi itu, Ina akan memulakan kerjaya baru sebagai penyanyi lagu-lagu irama nasyid dengan sebuah syarikat rakaman.
Sebagai permulaan, Ina akan tampil dalam album kompilasi lagu-lagu raya yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.
Menurut gadis itu, bukan hasratnya untuk bersaing dengan Mawi, sebaliknya menganggap tawaran yang diterimanya adalah satu rezeki yang tidak sepatutnya ditolak.
?Sebenarnya sejak dulu Ina minat menyanyi tapi tidak berpeluang dan inilah masanya untuk Ina mencapai impian itu,? jelasnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi World - Mawi tak serius, Ina pintar
JAWAPAN Mawi yang berdolak dalik, ditambah gelagatnya yang tidak serius dan kurang sensitif menjadikan matlamat program khas Mawi?na terbitan bersama Astro dan RTM1 untuk merungkai kekusutan hubungannya dengan Ina tidak kesampaian.
Mawi atau Asmawi Ani seperti kata Ina dalam program ini, terlalu berahsia. Apa yang dipersoalkan Ina seperti mengapa tiada masa langsung untuk menghubunginya atau memberikan pesanan SMS walaupun sekejap, tidak dijelaskan sepenuhnya oleh Mawi.
Program khas yang disiarkan secara langsung oleh kedua-dua stesen TV ini diadakan di Auditorium Perbadanan Putrajaya di Putrajaya.
Bagi Nur Diana Md Naim atau Ina, dia mungkin dilihat agak naif kerana pertama kali muncul di televisyen secara langsung, tetapi menjawab setiap soalan Rosyam Nor dengan yakin, teratur serta jelas.
Dia berterus-terang dengan meluahkannya secara ikhlas. Dapat dirasakan bahawa luahan itu hadir dari hatinya. Berbeza Mawi yang kelihatan seperti berlagak ?rutal? tetapi hakikatnya penakut untuk bercakap perkara sebenar.
Di penghujung program ini, Aznil Nawawi yang menjadi perantara Mawi? bertanya kenapa tidak menjawab banyak soalan yang dikemukakan, Mawi berhelah, "Bila kita asyik beri komen, ia takkan habis. Dia akan datang, dan datang. Lebih baik saya diam atau tak nak komen."
Program khas Mawi?na terbitan bersama RTM1 dan Astro sepatutnya menjadi platform kepada pasangan ini untuk menjelaskan kedudukan sebenar hubungan mereka bermula daripada pertemuan hinggalah kepada putus pertunangan.
Ina lebih bijak mengambil kesempatan itu dengan menjelaskan satu persatu bermula daripada perkenalan awal dengan Mawi, kenangan indah bersama jejaka pilihan hatinya sehinggalah kekecewaan dan kesedihan yang dirasai melihat Mawi berubah hati selepas bergelar juara AF3.
Tapi mengecewakan kerana Mawi seolah-olah tidak menghargai program ini. Dia seperti menyertai program ini kerana terpaksa.
Baginya sudah tidak kenangan manis dan suka duka yang perlu diluahkan. Semua kenangan itu dianggap seperti debu yang ditiup angin, terbang melayang begitu saja, tidak perlu diingati atau dikenang lagi.
Sikap Mawi yang tidak serius menjawab soalan sedikit sebanyak membosankan Aznil itu tidak ada 'mood' bertanya atau berceloteh dengan anak muda kelahiran Felda Andak, Kulai, Johor.
Ina sentiasa tenang dengan soalan provokasi Rosyam. Dia pintar menangani pertanyaan pelakon dan penerbit terkenal itu, terutama membabitkan perkara yang terlalu peribadi. |
|
|
|
|
|
|
| |
|