|
Reply #61 gzagrath's post
tgk wyg kat jusco mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laislabonita at 25-1-2007 11:48 PM
tgk wyg kat jusco mana?
kat somban.....
lupe lak nak bg rating..... sifar / 10 ...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #61 gzagrath's post
elo jang.. ekau dah lomahkan semangat den nak poie tengok muvi ni lah... huhuhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #61 gzagrath's post
tak kan la sampai tahap maximun macam tu????? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #63 gzagrath's post
nanti i pi tengok ..kalau betul tu..nanti i copy paste ur comment eh... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #61 gzagrath's post
Aku sokong!
Saye bg -5 out of 10 stars!
Sorry to say that.. aku tak faham lgsung SYAITAN ni..
kalau blh nak refund dgn BADE tuh!
Geram btol la!
Aku siap bersms dgn kwn2 aku,
nak menunjukkan betapa suck nya SYAITAN ni!
Btol la anggapan aku.. movie ni ntahapehapentah!
Laki selang sebelah aku pon asyik ckp 'eh, aku tak faham apa2 la! apa ni?'
Part2 terkejut tu ada la 3 4x.. cis tp tekejut bodoh mcm tu je le,
sbb nothing to shock wif! Nonsense!
Aku rasa better tak yah aa korang lyn movie ni!
huhu! |
|
|
|
|
|
|
|
Syaitan tidak segah judulnya
25-01-2007 01:31:48 PM
Oleh RADIN SRI GHAZALI | GAH sungguh tajuk filem terbaru arahan Bade Hj Azmi!
Sudah semestinya ramai akan menganggap bahawa Syaitan merupakan filem seram yang kini menjadi popular culture di kalangan pembikin filem di negara kita.
Namun apakah sebenarnya cerita 'seram' di sebalik Syaitan?
Syaitan mengisahkan sepasangan suami-isteri Dalila (Lisdawati) dan Muslim (Rosyam Nor) yang berpindah ke kawasan pangsapuri yang belum lagi didiami orang.
Dalam suasana kekosongan, Dalila turut terasa bahang penyeksaan emosi kerana perkahwinannya dengan Muslim bukanlah atas dasar cinta tetapi dipaksa oleh bapanya di kampung.
Musibah menimpa Muslim apabila keretanya bertembung dengan lori yang menyebabkannya koma.
Sewaktu berada dalam keadaan koma, Muslim dihantui beberapa kejadian yang pelik. Keadaan tersebut bagaikan memberi petunjuk kepadanya siapakah yang baik dan siapa sebenarnya dalang kepada musibah yang meinpa dirinya.
Setelah sedar daripada komanya, Muslim dibenarkan balik dan berehat tetapi kekacauan menerusi igauannya masih berterusan.
| Muslim cuba berkongsi bersama-sama isterinya Dalila |
Muslim cuba berkongsi bersama-sama isterinya namun Dalila, yang masih berhubungan dengan bekas kekasihnya, Saad (Que Haidar), mengambil sikap sambil lewa.
Muslim kemudiannya diserang di rumahnya oleh seorang lelaki (Kusyairy) tetapi diselamatkan oleh Ana (Liyana Jasmay) yang merupakan 'seorang anak istimewa' kepada penjaga pangsapuri tersebut, Adam (Zul Huzaimy).
Pada suatu petang, Muslim menerima kunjungan daripada seorang wanita (Norkhiriah) yang mendakwa dirinya sebagai isteri kepada lelaki yang cuba membunuhnya.
Wanita tersebut akhirnya memberitahu Muslim dalang kepada kemalangan serta percubaan membunuhnya itu.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Siapakah dalang sebenar di sebalik kejadian-kejadian yang menimpa Muslim?
Apa yang ingin dipaparkan oleh Bade adalah kejahatan serta niat dengki semestinya lahir daripada hati manusia yang tertewas kepada hasutan syaitan.
Tidak kira rupa atau bentuk insan itu, jika tidak teguh iman, mereka sudah pastinya akan tewas.
Sebagai contoh, imej warak, berkopiah dan alim seperti yang dipaparkan oleh Saad, rupa-rupanya tewas demi cinta terhadap seorang wanita.
Tetapi apa kelemahan Syaitan?
| Saad antara dalang utama kemalangan Muslim dengan sebuah lori |
Ternyata teknik story telling yang dilakukan oleh Bade agak mengelirukan mereka yang menonton filem ini.
Mungkin pergolakan emosi yang dialami oleh watak Dalila yang marah kerana dikahwin paksa kurang diolah sehingga penonton gagal memahami perasaan Dalila.
Jalan cerita filem ini bagaikan bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengelirukan penonton.
Walaupun kesemua jawapan kepada teka-teki Bade terjawab pada penghujung filem, namun tumpuan penonton sudah celaru.
Mempaparkan nama-nama yang gah dalam pesada perfileman negara seperti Rosyam Nor, Ellie Suriati, Que Haidar, Azri Iskandar, Zul Huzaimi, Norkhiriah, Liyana Jasmay, Lisdawati dan Kusyairy, mereka yang sudah banyak pengalaman gagal menunjukkan kualiti lakonan yang memberansangkan.
Lakonan Rosyam hanya dianggap biasa-biasa sahaja.
Tiada apa-apa yang outstanding jika hendak dibandingkan dengan filem-filemnya yang lain seperti Castello mahupun Bilut. Adakalanya, penulis macam tidak percaya adakah Rosyam yang sedang berlakon?
Lisdawati pula bagaikan tidak bermaya dan statik ketika melakonkan watak sebagai antagonis filem tersebut.
Malah, watak yang dilakonkan Ellie Suriati yang muncul pada lima minit terakhir filem tersebut terasa sia-sia sahaja.
| Pada keseluruhannya, filem yang sepatutnya bergenre thriller ini terlalu mudah dan tidak mencapai "expectation" yang dilahirkan melalui jodolnya. |
Namun pelakon-pelakon yang baru sahaja mengukir nama mereka menerusi persada lakonan seperti Zul Huzaimi dan Liyana Jasmay berjaya menyinar menerusi filem Syaitan.
Zul yang memegang watak penjaga pangsapuri yang bernama Adam berjaya memaparkan sikap bengis serta aggresif dan dia turut berjaya memangkinkan perasaan benci di kalangan penonton.
Manakala Liyana yang memegang Ana pula berjaya melakonkan watak yang jarang sekali mahu dipegang oleh pelakon yang seusia dengannya iaitu watak remaja yang cacat.
Terharu melihat wataknya dibelasah dengan rotan dan dimaki hamun oleh bapanya sendiri.
Pada keseluruhannya, filem yang sepatutnya bergenre thriller ini terlalu mudah dan tidak mencapai "expectation" yang dilahirkan melalui judulnya.
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti malam aku tgk citer nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kapan film ini ditayangkan di Jakarta ? Mengapa sih nggak ada satupun film Msia yang pernah diputar di bioskop2 di sini ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #68 haiku's post
aku cukup benci bada potraykan imej berjanggut, berkopiah sebagai orang jahat..tak cukup2 lagi ke hentam orang camni?
sejak dari filem fenomena, selubung, perempuan melayu terakhir, berlari ke langit, misi 1511 sampaila ke syaitan, yg jahat masih dipotraykan dengan imej2 islamik, kenapa? adakah orang2 yg kehidupan realitinya macam rosyam atau nisdawati lebih mulia daripada orang yg berjanggut & berkopiah?
hakikatnye yg menjahanamkan & merosakkan lagi moral remaja khususnye & masyarakat amnye ialah golongan artis2 macam diorang ni, seingat aku takde didedahkan pun realiti macam ni, yg ada, kehidupan artis dibangga2 & digahkan mcm dlm filem diva popular
ape perubahan bada? takde...TAK ADA
bukan takde golongan ekstremis yg mencemarkan imej agama, tapi golongan ekstrimis yg memakai title artis ni tak mencemar agama ke? dari aspek mane imej agama diangkat oleh artis2? aku tak nampak, melainkan segelintiiiirrrrrr sangat artis yg btol2 ikhlas berkarya utk mengajak masyarakat ke arah yg lebih baik |
|
|
|
|
|
|
|
trailer filem nie tak faham langsung bagi epal la.... biasanya trailer filem lain faham la jugak.... |
|
|
|
|
|
|
|
tgk making of filem ni mcm best jer...harap tak rugi lah duit tgk filem ni nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iscol_klang at 26-1-2007 05:44 PM
aku cukup benci bada potraykan imej berjanggut, berkopiah sebagai orang jahat..tak cukup2 lagi ke hentam orang camni?
sejak dari filem fenomena, selubung, perempuan melayu terakhir, berlari ke ...
heh benda2 camni takde media sentuh pun.
tapi bila gambarkan watak seorg muslim berkopiah dan berpekerti mulia, hanya berkawan saja dgn pelacur... dah dituduh 'mencemar budaya' pulak.
dunia dunia
dan dulu aku respek rosyam nor. skarang dah macam hanjing dgn egonya yg menjelikkan.
[ Last edited by maberik at 26-1-2007 07:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
err.. aku dah tgk tadi... sorila, aku plak berpandangan lain... pada aku it is a good try utk film macam ni... mmg kena pahamkan bebetul dan mudah ngantuk lagipun...
harap lepas2 ni any film genre macam ni dapat direvolusikan lagi...
i give 3 star out of 5... |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah banyak kali bagi peluang kat bade n rosham tapi banyak kali dikecewakan |
|
|
|
|
|
|
|
Berita Harian ~ 27 Jan 2007
Filem Syaitan bongkar serakah manusia
Oleh Zainuri Misfar
PADA posternya, cara perkataan Syaitan yang ditulis menggunakan abjad bahasa Hindi atau Urdu iaitu Devanagari, mungkin sudah menimbulkan rasa ingin tahu mengenai ceritanya. Kebetulan memang ada perkataan syaitan dalam bahasa Hindi, Benggali atau Urdu yang disebut sebagai shaithan atau shoithan.
Poster filem Syaitan arahan Bade Azmi mungkin agak membosankan kerana dibuat dalam hitam putih, manakala perkataan Syaitan pula ditimbulkan dengan warna merah.
Namun begitu, apabila perkataan 憇esungguhnya dia adalah musuh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by laislabonita at 27-1-2007 12:56 AM
err.. aku dah tgk tadi... sorila, aku plak berpandangan lain... pada aku it is a good try utk film macam ni... mmg kena pahamkan bebetul dan mudah ngantuk lagipun...
harap lepas2 ni any film g ...
yup! ini adalah satu langkah ke arah perubahan dalam industri filem kita... yang mungkin makan masa yang gila punya lama...dgn sikap penonton lagi..dgn gangguan filem cincai lagi....mungkin 1-2 langkah utk 40 tahun..
sekurangnya dgn komen org ramai, bada tahu apa yang patut ditambah dan diubah dalam filem dia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|