CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iansuryani

Berita Hari Ini - 2007

[Copy link]
Post time 9-1-2007 03:04 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 9-1-2007 03:00 PM
siot eh tu durai..

sokkabar omputeh nari ceta smua2 sey, smalam baru pes day kat court dah macam2 lagi dah keluar pasal dia...


korang tau tak? dia suruh orang2 dia karang2 surat kasi s ...
staff dia paksa anak anak kita pungut derma ... bukan untuk patients tapi for celaka ni

laki aku kasi $10.. then aku tulis nama nama kita dlm card tu.. oleh kerana kalau tak penuh kena collect balik, so aku tulis aku derma $1.. anak anak 50c.. nama toys semua aku taruk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 9-1-2007 03:05 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 9-1-2007 03:00 PM
siot eh tu durai..

sokkabar omputeh nari ceta smua2 sey, smalam baru pes day kat court dah macam2 lagi dah keluar pasal dia...


korang tau tak? dia suruh orang2 dia karang2 surat kasi s ...




ni baru pes day....pekong baru keluar sikit
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 9-1-2007 03:04 PM
staff dia paksa anak anak kita pungut derma ... bukan untuk patients tapi for celaka ni

laki aku kasi $10.. then aku tulis nama nama kita dlm card tu.. oleh kerana kalau tak penuh kena collect ...



ko tau tak?

dia eh cam pura2 baik gitu, cam dia punye kroni cakap dia naik gaji ribu2 nanti dia eksen tak nak tau...
tapi eh, lepas tu putar belit cam snakes on the plane tu kan?
terus padahal dia dapat lebih...

dah tu, mana yang cam bonus berbulan2 atau pun gaji baru dia backdated ke bulan2 seblum tu kan, tak diberitahu kat orang, kat meeting cuma cakap gaji dia berapa je..

sebab tu bila gamen audit orang2 kat meeting, dorang pun blur cam sotong...

mampos siot dekni, lagi satu aku bingit, ada dia kat salah satu surat pasal gaji dia kan, dia pura2 tulis, dia tak mau naik gaji la, dia sacrifice la, lepas tu cakap dia kasi anak bini dia makan tak seberapa la..kepala hatok dia kan?
siot penipu besar sey


dah tu dia gi delete2 semua dokumen email dia smua kan? mampos...gamenen nye orang smua pandai pe, bleh cek komputer....mesti dorang bongkar semua....
durai mesti kalah nye, nkf baru takkan berani bawak ni benda gi mahkamah kalo dorang tak rasa bleh menang
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 03:15 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 9-1-2007 03:05 PM




ni baru pes day....pekong baru keluar sikit



ha ah....dia ngan amoi2 tu semua....nama matilda.....cam yang buku budak2 tu ye.....

perangai cam witch
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 9-1-2007 03:25 PM | Show all posts
kalo i do something wrong gini..

i admit................ i am wrong.......

i am very sorry
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 08:59 AM | Show all posts
SOROK ROKOK DALAM PERATA ROTI perata berperisa baru?
Inilah antara taktik terbaru penyeludup untuk membawa masuk rokok ke negara ini.

Namun, kaedah itu cepat dikesan oleh pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semasa melakukan pemeriksaan ke atas seorang penunggang motosikal warga Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands kelmarin.

Dalam kenyataannya semalam, ICA berkata pegawainya menemui dua kotak rokok yang disimpan dalam bungkusan roti perata; dua lagi dalam bungkusan nasi dan tujuh bungkus rokok lagi di dalam jaket penunggang motosikal itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2007 09:01 AM | Show all posts
PADAH CURI DARI MAJIKAN

SEORANG wanita yang mencuri wang majikannnya dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan semalam.
Gwee Lye Choo, 34 tahun, eksekutif sumber manusia di Attica di Clarke Quay, mencuri $3,966 pada 17 Julai tahun lalu.
Sembilan hari kemudian, dia mencuri lagi $11,166.

Mahkamah diberitahu dia ditugaskan membantu penguasa kewangan syarikat itu memindahkan wang penjualan mingguan syarikat dari peti besi ke beg plastik.

Ketika itulah, Gwee mencuri wang tersebut.

Dua lagi tuduhan mencuri ke atasnya diambil dalam pertimbangan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2007 09:03 AM | Show all posts
'ROBINSON PETANG' SUMBER REZEKI Datuk berusia 80 tahun antara lebih 100 penjaja barangan terpakai di Sungei Road
Oleh
Saini Salleh

USIA beliau telah mencecah lapan dekad tetapi masih kuat semangat untuk meniti liku-liku kehidupan dengan menjaja barang-barang terpakai di Sungei Road.

Encik Salam Masikun, yang menumpang kasih di flat sewa cucu angkatnya di Hougang, juga lebih rela menebal muka di tempat yang lebih dikenali sebagai 'Robinson Petang' itu daripada menadah tangan mengharapkan derma orang ramai.
'Berjaja di sini dapatlah sikit duit... lepas makan minum pak cik. Pokoknya rezeki menjaja di sini halal... daripada titik peluh dan tulang empat kerat pak cik.

'Memang hidup saya susah tetapi saya lebih suka berjaja di sini daripada meminta sedekah. Umur dah tua ni kat mana nak cari kerja!' kata beliau yang hidup sebatang kara.

Isteri Encik Salam telah lama meninggal dunia. Beliau tidak dikurniakan anak.

Menurut beliau, barang-barang yang dijaja itu dipungut daripada kolong blok-blok di sekitar flatnya.
'Satu hari dapatlah $5 dan kadangkala $10... jadilah.

'Kalau hujan satu sen pun tak dapat... tak ada rezeki,' tambah Encik Salam yang baru berjaja di situ lebih dua bulan lalu.
Beliau adalah antara lebih 100 penjaja barang-barang terpakai di Sungei Road yang kini semakin menjadi sumber rezeki ramai rakyat Singapura yang menganggur dan berusia senja.

Pada hujung minggu, bilangan penjaja mencecah lebih 300 orang.

Seorang lagi penjaja, Encik Abdul Rashid Awang, 57 tahun, yang menetap di Yishun, menyatakan terdapat lebih 30 penjaja Melayu di situ yang berjaja antara tengah hari dengan 7 malam - waktu yang dibenarkan.

'Saya sedih kerana susah nak dapat kerja kerana umur dah lanjut dan tak ada pelajaran. Dulu saya pernah kerja sebagai pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan tetapi tak kekal.

'Saya tak ada pilihan... berjaja di sini sekurang-kurangnya lepas duit rokok dan wang saku,' kata Encik Abdul Rashid, ayah empat anak dan empat cucu, yang mula berjaja lebih dua bulan lalu.

Menurut beliau, Sungei Road kini menjadi kawasan tarikan bukan saja di kalangan pelancong, malah penduduk setempat dan pekerja asing.

'Datanglah pada hari minggu atau hari cuti umum, tempat ini macam ada pesta. Kita yang berjaja di sini dapat duit lebih kerana pengunjungnya lebih ramai.

'Berjaja di sini juga tak boring. Walaupun pendapatan tak lumayan tetapi kita banyak buat kawan daripada macam-macam bangsa,' katanya sambil melambaikan tangan kepada sekumpulan pe lancong Jepun yang berlegar-legar di sana dengan beca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 07:40 AM | Show all posts
Mudah cetak | E-mel
TERSEPIT DEK TIMESHARE

DAH BAYAR $30,000 MASIH GAGAL TAMAT KONTRAK Oleh
Nadzri Eunos

TERLEPAS daripada mulut harimau masuk pula ke mulut buaya.
Begitulah nasib malang yang menimpa Encik Mohammad (nama samaran) selepas beliau membeli skim timeshare pada 1997 bagi sebuah resort di Queensland, Australia, yang berharga lebih $12,000 bagi tempoh 99 tahun.

Selepas sembilan tahun dan membelanjakan lebih $30,000 daripada duit simpanan keluarganya untuk menamatkan kontrak dengan cuba menjual kontrak timeshare-nya itu, pemandu teksi berusia 49 tahun itu masih gagal menamatkan kontraknya.

'Saya masuk skim timeshare sebab kononnya boleh makan angin dengan keluarga. Tetapi lain pula jadinya.

'Habis duit simpanan nak pergi haji. Bukan kata dapat tidur kat resort, tengok gambarnya pun tak pernah!' kata Encik Mohammad ketika ditemui semalam.

Menurutnya, selepas membeli dan membayar penuh kontrak timeshare-nya, beliau menghadapi masalah di tempat kerja dan mengambil keputusan untuk menjual kontraknya.

Untuk itu Encik Mohammad telah mendapatkan khidmat sebuah lagi syarikat timeshare untuk menjual timeshare miliknya.

Tetapi bukan bantuan yang diterima, sebaliknya beliau dipengaruhi agar membeli satu lagi kontrak timeshare yang lebih mahal dan terpaksa menokok lebih $14,000. :stp:

'Tak lama selepas itu saya kehilangan pekerjaan dan gagal bayar ansuran bulanan bagi yuran penyenggaraannya.

'Tiba-tiba saya dihubungi sebuah syarikat awal tahun lalu. Mereka kata kalau saya tak tamatkan kontrak, saya mungkin disaman di mahkamah sebab tak bayar wang penyenggaraan resort.

'Sebab takut kena saman saya bayar syarikat itu hampir $10,000 untuk tamatkan kontrak tapi sampai sekarang habuk pun tak ada. Bila saya hubungi, mereka kata ada masalah dan minta saya bayar lagi $5,000,' jelas Encik Mohammad.

Beliau kini mendapatkan bantuan khidmat Persatuan Pengguna Singapura (Case).

Usaha Berita Harian menghubungi syarikat itu semalam gagal kerana nombor telefon syarikat timeshare itu tidak lagi digunakan dan dipercayai pejabatnya tidak beroperasi lagi.

Menurut Case, pihaknya telah pun menerima empat lagi aduan membabitkan syarikat sama.

'Dua surat kami kepada syarikat itu bagi pihak Encik Mohammad tidak berbalas. Sekiranya syarikat itu membuat dakwaan mengelirukan atau palsu mengenai produk dan khidmat mereka, ia melanggar Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil) (CPFTA).

'Jika kami melihat ada trend aduan yang melanggar CPFTA, kami akan mempelawa syarikat itu bermesyuarat dan menandatangani Perjanjian Pematuhan Sukarela (VCA). Jika tidak kami boleh ambil tindakan undang-un dang terhadap syarikat itu,' jelas Case.

Pengarah eksekutif Case, Encik Seah Seng Choon, mengingatkan pengguna bahawa ada tempoh pertimbangan tiga hari selepas menandatangani kontrak di mana mereka boleh menamatkannya.


sekali kena mungkin silap.. tapi kalau kedua kali tu bangang nama nya.

bukan nya tiap tiap minggu dia pergi australia... setahun tak sekali.. apsal lah senang sangat kasi duit ribu ribu?:ketuk:

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 08:18 AM | Show all posts
LELAKI DIJEL KERANA TOLAK TEMAN HINGGA LEMAS SEORANG warga China semalam dipenjara tiga minggu setelah didapati menolak bahu rakannya ke dalam air sehingga menyebabkan rakannya mati lemas.

Kejadian itu berlaku semasa mereka berada di lagun pantai Siloso di Sentosa pada 2005.
Wei Cheng Zhao, 22 tahun, seorang pekerja pengangkutan bahan dan kendalian, bersantai dengan empat lagi rakannya di pantai tersebut.

Mereka berada di pantai berkenaan pada 2 Disember 2005 apabila salah seorang daripada rakannya, Encik Xu Min, 19 tahun, mati lemas.

Pengawal pantai yang berada di kawasan itu melihat Encik Xu terkapai-kapai di dalam air.
Wei dan seorang lagi rakannya dikatakan berada sekitar dua hingga tiga meter daripada Encik Xu yang dilihat tenggelam timbul di dalam air.

Bagaimanapun, mereka hanya mentertawakan Encik Xu yang dilihat hampir lemas.

Malah seorang lagi rakan mereka yang juga berada tidak jauh dari situ hanya memerhatikan Encik Xu.
Mahkamah semalam diberitahu bahawa Wei mengaku bersalah atas perbuatannya itu.

Koroner merekodkan kematian Encik Xu sebagai satu keputusan terbuka.

Ini kerana tidak terdapat bukti yang jelas bagaimana Encik Xu lemas dalam kejadian tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 08:21 AM | Show all posts
PENGHUNI RUMAH SAKIT MENTAL MATI DISERANG TEMAN PESAKIT
SEORANG penghuni rumah penyakit mental ditemui mati, dipercayai dibunuh oleh seorang lelaki yang menetap di rumah penyakit yang sama.

Mayat lelaki Cina berusia 73 tahun itu dijumpai tertiarap dengan kesan lebam di muka dan leher setelah ditemui hanya berkemeja T dan berseluar pendek.

Menurut polis, ia menerima panggilan tentang seorang lelaki yang ditemui tertiarap di rumah tumpangan Meranti Home, Pelangi Village di Buangkok Green sekitar 11.45 malam kelmarin.

Setibanya di tempat kejadian, para pegawai menemui mangsa sedang tertiarap di atas katil dengan kesan lebam di muka dan bahagian leher.

'Beliau memakai kemeja-T dan berseluar pendek. Lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai paramedik yang tiba lebih awal,' menurut jurucakap polis semalam.

Seorang lelaki Cina berusia 56 tahun telah diberkas petang semalam kerana disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Lelaki yang disyaki itu, juga seorang penghuni Meranti Home, dijangka didakwa di Mahkamah hari ini, menurut polis lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2007 08:22 AM | Show all posts
REMAJA DITOLAK SEBELUM TELEFON BIMBIT DILARIKAN
DALAM kesibukan menjawab panggilan telefon di arked sebuah pusat membeli-belah di Tampines, seorang remaja ditolak dari belakang dan telefon bimbitnya dirampas.

Budak lelaki berusia lewat belasan tahun itu sedang berada di arked di tingkat empat itu sekitar 1.30 petang Isnin lalu apabila kejadian berlaku.

Apabila dia menerima panggilan di telefon bimbitnya, dia terus mengeluarkan telefon itu daripada seluar jean tetapi ditolak sebelum sempat menjawab panggilan tersebut.

Menurut remaja itu, dia cuba mengejar pencuri tersebut tetapi tidak dapat menangkapnya.

Pencuri itu, seorang budak lelaki lewat belasan tahun, memakai jaket berwarna ungu dengan seluar jean. Dia dikatakan berbadan kurus dan berambut emas.

Rakan sejenayahnya pula, juga sebaya dengannya, dipercayai memakai kemaja-T putih dengan seluar jean. Dia pula berbadan gempal dan berambut hitam.

Mangsa tersebut kehilangan telefon bimbitnya yang bernilai $65.

[ Last edited by  iansuryani at 11-1-2007 08:26 AM ]
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 11-1-2007 08:22 AM | Show all posts
DURAI CONCEDES.................
Reply

Use magic Report

matz_rockz This user has been deleted
Post time 11-1-2007 08:28 AM | Show all posts
bird flu spreads its wings in vietnam and indonesia.....page 16 in TODAY paper
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 06:21 PM | Show all posts
Originally posted by Browneyes at 11-1-2007 07:40 AM
Mudah cetak | E-melTERSEPIT DEK TIMESHARE

DAH BAYAR $30,000 MASIH GAGAL TAMAT KONTRAK Oleh
Nadzri Eunos

TERLEPAS daripada mulut harimau masuk pula ke mulut buaya.
Begitulah nasib malang ...



seramnye aku baca ceta ceta gini.....   takut siot
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by iansuryani at 11-1-2007 08:22 AM
REMAJA DITOLAK SEBELUM TELEFON BIMBIT DILARIKAN
DALAM kesibukan menjawab panggilan telefon di arked sebuah pusat membeli-belah di Tampines, seorang remaja ditolak dari belakang dan telefon bimb ...



masuk sokkabar omputeh nari, kat luar kawasan mesjid sultan pun ada satu budak waiter balik keja kena samun henpon...

dua penyamun tu dah kena tangkap polis dah....

suar!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2007 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 11-1-2007 08:22 AM
DURAI CONCEDES.................



Durai aku rasa takut... baik dia mengaku skarang dari banyak lagi ceta dia kuar kat court then smua orang tahu..


patutnye hari ketiga tu, ada witness nak cakap dia nampak durai dan ahli keluarga dia, YES AHLI KELUARGA DIA shredding dokumens just before authorities move in.

ni korang pegi cek kat front page sokkabar ST smalam...aku was like, family members? biar betik!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 06:31 PM | Show all posts
hah nengok ni, sokkabar cakap kat baawah tu....family members...


Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 06:59 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 11-1-2007 06:21 PM



seramnye aku baca ceta ceta gini.....   takut siot
salah siapa?...

kan ada akal boleh fikir... apsal percaya company ni?..

yg aku heran, tak kan dia tak boleh fikir yg dia bukan tiap tiap bulan pergi makan angin
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 07:01 PM | Show all posts

Reply #78 deaf4ever's post

wakakakaka...

slambe aje dulu saman cina yg nampak dia naik kapal terbang duduk 1st class
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.068553 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list