|
Baja Kompos Mampu Hasilkan Tanaman Bersaiz Besar
Oleh Tuan Sharifah Shahaini
KUANTAN, 4 Ogos (Bernama) -- Pernahkah anda lihat kacang panjang berukuran melebihi 70 sentimeter panjang, timun seberat satu kilogram, cili padi berukuran saiz lada besar atau apa juga jenis sayuran yang mempunyai saiz dua hingga tiga kali ganda daripada saiz asal?
Mungkin kepada sesiapa yang belum pernah melihatnya atau mendengarnya tidak percaya jika dikatakan semua hasil tanaman sayur-sayuran seperti yang dinyatakan itu benar-benar wujud di negara ini hasil kajian dan penerokaan dua anak muda dari negeri Pahang dalam bidang bioteknologi.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inkubator MSC Timur, Shamsul Anuar Ibrahim, 33, dan Ketua Pegawai Penyelidik Ibra Resource Sdn Bhd, Maseri Ismail, 34, telah berjaya membawa penemuan penting terutama dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan.
Hasil kajian dan penyelidikan yang dijalankan sejak empat tahun lepas kedua-dua pemuda ini berjaya menemui sejenis bakteria tanah yang dikenali sebagai Bakteria Actinomycetes iaitu bakteria yang terbaik terutama untuk sektor pertanian.
Mereka kemudiannya telah menggemblengkan tenaga dan usaha mencipta serta menghasilkan baja kompos yang dikenali sebagai baja Fresh Bio Organik (FBO) menggunakan organisme mikro efektif yang seratus peratus buatan Malaysia itu.
KAEDAH PEMBUATAN BAJA
Kandungan baja ini hanya menggunakan bahan seperti fiber sawit, tahi ayam dan bakteria Actinomycetes yang diperolehi daripada kawasan hutan tropika di negeri Pahang.
Mengikut kaedah pembuatan baja berkenaan, ia dapat dilakukan dengan mudah dan tradisional iaitu memerlukan konkrit simen (konkrit telaga) atau kotak polistrin.
Menurut Shamsul Anuar yang antara pemegang status MSC Inkubator di negara ini, semua bahan berkenaan akan disusun sembilan lapisan secara selang seli di dalam konkrit simen atau kotak polistrin untuk proses pemeraman, penapaian organik dan proses gaul yang mengambil masa selama tiga bulan.
"Bulan pertama adalah untuk proses pemeraman bahan, kedua bagi proses penapaian organik dan akhirnya kita akan buka kanvas penutup dan gaul semua bahan berkenaan sebelum ia kering dan sedia untuk digunakan," katanya.
BEBAS DARIPADA BAHAN KIMIA BERACUN
Proses pembuatan baja ini dijalankan di kilang mereka yang terletak di kawasan Lorong Pak Mahat dekat Kampung Kempadang, dekat sini.
Menurutnya, selain terbukti berkesan digunakan untuk sebarang tanaman termasuk pokok bunga dan pokok perhiasan ia juga sesuai untuk projek penternakan dan perikanan memandangkan ia bebas seratus peratus daripada bahan kimia beracun.
Shamsul Anuar berkata sebaik sahaja berjaya mencipta baja tersebut beliau telah menjalankan projek penyelidikan (projek tanaman sayuran di Pekan).
Hasil yang diperolehnya ialah apabila pokok terung dan bendi yang ditanam dalam tempoh kurang sebulan telah menghasilkan daun yang begitu besar iaitu lebih dari tiga telapak tangan, katanya.
Malah tambah beliau, pokok jagung juga mengeluarkan tiga hingga empat tongkol buah jagung berbanding pada kebiasaan pokok jagung yang hanya mengeluarkan satu atau dua tongkol jagung.
HASIL MENAKJUBKAN
Terbaru katanya, projek tanaman sayuran yang dijalankan di belakang rumah kediaman Timbalan Menteri Besar Pahang, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak baru-baru ini juga turut mengeluarkan hasil yang amat menakjubkan.
"Pokok bendi yang ditanam di belakang kediaman TMB mengeluarkan buah sebesar antara dua hingga tiga kali ganda besarnya berbanding saiz biasa malah satu pokok boleh menghasilkan antara 15 hingga 20 bendi pada satu-satu masa selain sentiasa mengeluarkan bunga.
"Buah timun pertama yang dihasilkan juga mencapai berat satu kilogram selain pokok jagung mengeluarkan tiga tongkol buah..buah jagung juga mempunyai biji yang penuh dan rapat (tidak ronggak)," kata bekas penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Diploma Kejuruteraan Elektrik Peralatan.
Katanya, selain mampu mengeluarkan buah dengan saiz besar, hasil penggunaan baja FBO itu akan membolehkan sayuran menjadi lebih manis, sedap dan ranggup malah ia menjimatkan kerana hanya dengan sekali bajaan ia sudah mencukupi untuk semua keperluan bahagian pokok seperti akar, dahan dan buah.
Bagi pokok bunga dan hiasan pula ia akan menjadikan daun lebih hijau, berkilat dan segar selain mengeluarkan bunga yang banyak dan tahan lama.
"Baja ini juga sesuai digunakan untuk pokok yang menggunakan jeli khas menggantikan tanah untuk tanaman dengan hanya menyiram sesudu atau dua baja yang telah dicampur dengan air ke dalam jeli tersebut," katanya.
BAJA SELAMAT DIGUNAKAN
Maseri pula yang sememangnya arif dalam bidang pertanian dan merupakan pemegang Diploma Perguruan Sains Pertanian di sebuah maktab perguruan tempatan berkata, baja berkenaan selamat digunakan untuk pelbagai jenis haiwan ternakan dan sektor perikanan.
Mereka hanya perlu mencampurkan sedikit baja berkenaan ke dalam air minuman haiwan atau ke dalam kolam ikan kerana bakteria tersebut boleh membantu proses pencernaan haiwan sekaligus menggalakkan pembesaran ternakan.
Katanya, baja FBO dijual dengan harga RM7 sekilogram dan selain boleh diperolehi di pejabatnya di Kuantan ia juga boleh didapati di tapak-tapak pameran atau ekspo pertanian yang mereka sertai.
Selain menghasilkan baja berkenaan syarikatnya turut melahirkan usahawan dalam bidang berkenaan dengan menetapkan seramai 50 usahawan pada setiap tahun.
"Kita punya matlamat akan terima hingga 50 orang usahawan fasa pertama untuk mengikuti kursus francais vendor kita..lepas 50 kita berhenti sekejap sampai penghujung tahun dan tahun depan kita buka semula," katanya.
Setakat ini seramai 37 usahawan dari beberapa buah negeri telah menyertai program usahawan ini.
"Lazimnya mereka akan mengusahakan pembuatan baja sebanyak 60 tan metrik selama enam bulan bermula dari tarikh mereka sertai dan kita memang meletakkan sasaran 50 usahawan membangunkan kilang-kilang baja FBO di seluruh negara," kata anak peneroka Felda Jengka Lima, Maran itu.
Secara sepintas lalu, katanya, teknologi yang digunakan adalah seratus peratus bioteknologi yang mesra alam tanpa penggunaan bahan kimia dan syarikatnya kini dalam proses rundingan dengan Kementerian Pertanian dan Mardi bagi proses pengkomersialan baja FBO. |
|
|
|
|
|
|
|
ni saya dpt dr forum lain...
petua nk bg brbunga dng byk dan sentiasa tanpa henti:
1. siram ngan air basuhan beras/air basuhan ikan- kalo bleh setiap ari
2. kulit telur 10 biji ditumbuk halus + cuka 1/2 cwn + air 3 cwn, perap 1-2 minggu, pas 2 siram...insyaAllah plg lewat 2 minggu kuar la bunga dgn byknya...kalo wat setiap dua minggu maknanya akan brbunga la korang punya bunga ros tuh...so makan teloq ayam byk2 ek
3. kulit udang yg dah disiang pun bleh diblend dan dijadikan baja...
kalo rajin, campurkan sisa2 kulit buah2 yg korang makan tu utk wat baja asli... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baja Folia.
Hi, Salam,
Aku nak tahu Baja Folia diperbuat dari bahan apa? Baja nie berkesan sungguh. Mencanak-canak pokok tumbuh. Aku tanam pokok jambu merah dari anak benih sampai tinggi 6 kaki hanya mengambil masa setahun sahaja. Dah nak berbuah pun.
Ada sesiapa tahu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 Bell's post
Hai Bell.....ade pic tak? Mcm pernah dengau jer nama baja nie... |
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah la honey pun penah dgr baja folia masa skolah dulu tp lupe la baja jenis ape tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar takde la. Salah satu jenama - Power Grow (warna hijau). Dekat nursery area Kajang ada. Dekat nursery besar-besar mesti ada. Ada satu lagi jenis yg aku tak ingat namanya. Warna dia coklat. Baja folia nie baja cecair, bukan baja pepejal. Satu sudu makan campur satu liter air. Cubalah. You will be surprised by your plant's growth rate.
[ Last edited by Bell at 2-3-2007 07:43 AM ] |
|
|
|
|
|
|
jati This user has been deleted
|
boleh tunjukkan photo untuk baja tu tak.
Kalau ada lagi menarik |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti la aku amik gambar. Sambil tu korang cuba search pakai google, yahoo dll. Mesti ada punya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Just nak add some info pasal baja yg sy dpt dr web sabakagrobazar.
Baja & Pembajaan_Ringkasan
Baja ialah bahan yang mengandungi nutrien penting untuk pertumbuhan pokok.
Ada 18 elemen penting untuk pertumbuhan pokok.
3 elemen paling utama ialah Nitrogen, Phosphorous & Potassium ( N, P & K )
3 elemen utama ialah Calcium, Magnesium & Sulfur
12 elemen juga penting tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan selalunya wujud semulajadi dalam tanah.
Baja dilabel dengan peratus kandungan N : P : K , contoh 15:15:15 atau dalam ppm (bahagian dalam satu juta ). NPK+TE ( trace element) ialah NPK+3+12 nutrien yang lain.
Untuk mudah diingat, fungsi nutrien paling utama ialah:
N >> Untuk pertumbuhan daun
P >> Untuk pertumbuhan akar & buah
K >> Untuk buah dan penyakit
Secara mudahnya,
>> jika anda membaja sayur daun seperti kangkong, gunakan baja yang mempunyai peratus N yang tinggi.
>> jika anda membaja sayur buah seperti timun, guna baja peringkat permulaan N tinggi, bila hampir berbunga P&K tinggi
>> jika anda membaja sayur akar seperti karot atau ubi, guna baja peringkat permulaan N tinggi, bila pokok sudah agak besar P&K tinggi
Paling mudah, guna 15-15-15 atau 20-20-20 pada semua jenis pokok pada setiap kali pembajaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 Bell's post
bell...ifa cari tapi tak jumpe lah... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tau baja taik ayam je utk sayur aku tuh...auntie tuh yg suggest,,..ingat takde bau,,..skali bukak plastik...semerbakkkk!!! |
|
|
|
|
|
|
|
mok nik rasa baja foliar .. ia adalah baja organik juga |
|
|
|
|
|
|
airil_aqash This user has been deleted
|
Pembekal / pengedar baja zeolite semulajadi ( baja dari tanah gunung berapi)
Kami dari Anugerah Alam Marketing,pembekal / pengedar Mechastone - baja zeolite. Baja Zeolite sesuai untuk Bidang Pertanian, Bidang Perternakan Akuakultur, Makanan Tambahan Ternakan dan Pembersihan Air Kumbahan.
Mechastone adalah Natural Zeolite (Clinoptilolite) daripada tanah gunung berapi. Mechastone mengandungi batuan zeoliteyang terpilih diproses dibawah pengawasan ahli-ahli yang berpengalaman dengan kaedah pengolehan yang muktahir. Mechastone berfungsi sebagai perawat tanah dimana ia dapat mengurangkan kadar kemasaman tanah dan membaja tanah. Disamping itu juga ia dapat mengurangkan kadar kos pembajaan, sebagai pelembab tanah,pembekal mickonutrisi untuk tumbuhan dan ia juga mudah untuk diselenggarakan.
ZEOLITE adalah produk mineral semulajadi yang mana ianya tidak memudaratkan kepada manusia, binatang, tanah dan juga tidak akan menyebabkan keracunan metal di dalam darah.
Bagi maklumat lanjut sila download fail dibawah:
doc |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
td aku ngk tv..rancangan apa ntah..ada bini hijaz kasturi tuh..dia ajar buat baja organik sendiri simpan dlm tong...ltk ler segala sisa domestik korang dlm tong tuh(aku ngk td mcm tong cat)...pehtu campur ngan tanah jugak..pehtu bior ler 2-3 bulan kasik dia composed...saper penah try?ok tak? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #56 honeybee1802's post
tak pernah cubalah noneybee.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada Sesiapa Boleh Bagi Info Tentang BAJA EFFECTIVE MICROORGANISM/EM?
SAYA NIH BARU BLAJA TTG PRODUK PERTANIAN...
BARU BARU INI SAYA ADA DAPAT SAMPLE BAJA EM DARI SATU COMPANY DARI JOHOR.
SO DISINI SAYA NAK LAA JUGAK TANYA KEKAWAN MEMANA YG PERNAH GUNA BAJA EM NIH..
OK KE TESTIMONIAL...
P/S cadang nak test bubuh baja tu kat pokok mas cotek
edit skit yer...mod ifa..
[ Last edited by razifah at 10-7-2008 11:13 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
kat tempat aya.. baja ni rm 9 sekiloo.. ( ni kat nurseri )
kalau kat supermarket pun mahal gak...
sepeket rm 3.90 .tah berapa gm.. tapi sikit je...300 gm kot ( tak berapa ingat berat )
mahal ooooo...
kat mana eak kalo area perak ni nak dapatkan baja pelet tahi ayam yg murah??.. tentu nice tau. |
|
|
|
|
|
|
|
guna taik org bleh dk?
wah. aku ska thread nih. sbb aku mmg mnat pasai kebun2 nih. dan aku mmg nk tau psai baja. tq kpd yg bkk thread nih. |
|
|
|
|
|
|
|
HB 101
nak citer sket pengalaman guna baja ni..
1st time beli and sembur kat pokok-pokok tu time petang da nak maghrib. the next day hampir semua daun pokok layu macam tak cukup air!
itula 1st and last time guna baja tu. |
|
|
|
|
|
|
|
baja mmng bnyk jnis..kena pndai pilih..
abby slalu pkai baja tahi kambing 2 minggu skali utk pkok2 keladi atau pkok berdaun ijau..
sbln skali abby ltk rambut kt pkok2 tu,bgi subur+gemuk..
klu pkok bbunga ltk 3 jnis baja,utk daun, tanah dan bunga..
xingt nama apa baja tu,slalu ada jual kt nursery,dlm 1 peket ada 3 jnis baja,rm 5.00 jek.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|