|
Epilog: 1957: Hati Malaya jadi karya masterpiece Shumi
Oleh Akmal Abdullah
[email protected]
HARIini bermulanya tayangan filem bertemakan sejarah negara kita,1957:Hati Malaya. Sebagai sebuah filem yang berlatarkan sejarahdanperjuangan bangsa mengenai kemerdekaan negara, sudah tentukehadiranfilem arahan Shuhaimi Baba (Shumi) ini amat dialu-alukanindustri filemdan masyarakat Malaysia.
Dari segi mutupembikinan, tema, pengisian, pemikiran dannilai moral yang dibawa filemini, tidak hairanlah ramai yang memuji iasebagai sebuah filem yangmenyuntik inspirasi untuk penonton kita,hampir menyamai taraf mutunyadengan filem sejarah Bukit Kepong yangmampu membina mood, feel dantouching. Sekurang-kurangnya karya Shumikali ini memberi secubitsemangat patriotisme untuk anak bangsa kitadalam menghayati ertisebenar perjuangan mencari kebebasan di bumiwatannya.
Syabasbuat Shumi dan tenaga produksinya yang berjayamenghidangkan satu filemamat penting untuk transisi perkembanganindustri filem di Malaysia. Iaakan menjadi titik tolak penting untukkerajaan dan agensinya terutamaFinas dan Filem Negara Malaysia sertaproduser dan karyawan filem dinegara ini untuk meneruskan penerbitanfilem berlatarkan sejarah danperjuangan bangsa supaya ia mampu menjaditrend sebagai filem alirankomersial. Ia juga harus membuka matakaryawan atau pengarah indie untuklebih memahami bahawa seni filemharus bertanggungjawab untukmasyarakat, negara dan bangsanya, bukancuma melihat filem sekadarsimbol ekspresif dan keangkuhan estetikademi memuaskan hati sangpengkarya semata-mata.
Kreativiti Shuhaimiterhadap lipatan sejarah kemerdekaan negara berjayadipotretkan denganmenarik dan kemas walaupun kita sedar masih adakekurangan boleh dibaikilagi untuk mutu filem bertemakan sejarah akandatang. Dengan kekanganbajet, Shumi bersama pasukannya banyakberkorban masa, kudrat danakalnya untuk membuktikan 1957: Hati Malayamampu menjadi kebanggaanramai.
Disebabkan peruntukan terhad juga, filem ini padaawalnyamemerlukan RM30 juta tetapi diturunkan kepada RM14 juta,seterusnyadikurangkan lagi RM5 juta tetapi hingga selesai produksi,bajetnyasekitar RM3.6 juta, hingga mendesak Shumi menggugurkan limababakpenting. Namun, hasilnya yang boleh dilihat di pawagam kini masihjelasuntuk penonton menghayati dan mudah memahami naratif danperkembanganwatak serta peristiwa berkaitan kemerdekaan negara.
Ramaiyang sudah menonton 1957: Hati Malaya memuji sentuhanShumi kali inikerana filemnya berjaya memaparkan visual dan ceritasecara jelasberkaitan soal kemerdekaan negara. Sebelum ini industrifilem kita adafilem cereka berlatarkan sejarah silam mengenaiperjuangan menentangpenjajah dan menuntut kemerdekaan seperti SarjanHassan, Embun, LeftenanAdnan dan Paloh, namun filem itu dianggapkurang berkesan dalam memberiinspirasi dan menyuntik patriotisme.
Cereka1957: Hati Malaya boleh mencabar mereka yang selama iniseringmemperlekeh filem Melayu untuk datang menonton sendiri di pawagamdanlihatlah karya filem bertemakan sejarah kita boleh dibanggakan.Filemini bukan untuk berhibur kosong seperti mana kebanyakan filemkomersialyang mengajak penonton bersantai di pawagam tetapi karya inimengajakpenonton untuk belajar menjadi penonton yang celik filem.
Shumimenyampaikan cerita sejarah kemerdekaan negara dengancara mudah danmengikut kronologi, menjadikan struktur filem ini mudahdifahami danmenyuntik ilmu kepada mereka yang rabun sejarah negara. Iabukandokumentari tetapi Shumi bijak mengadunkan realiti fakta sejarahdalambentuk fiksyen bersama footage zaman dulu dengan erakontemporariberkaitan pelajar yang membuat kajian untuk menghasilkanbuku berkaitanHati Malaya.
Benar kata Shumi, dengan bentukpenyampaian jalan cerita yangdipermudahkan, penonton muda akan lebihdekat dengan pejuang negara.Beberapa peristiwa besar dalam sejarahnegara turut ditulis semulasupaya dapat disampaikan secara ringankerana beliau mahu filem inidifahami semua kelompok warga Malaysia.Meskipun ia berkaitanperjuangan politik dan kemerdekaan, ia jugaberkait rapat denganasal-usul, identiti, integriti, maruah dan wawasan.Malah, semangatfilem ini diperkuatkan dengan elemen memahami perjuangantokoh bangsaserta nenek moyang, percintaan, persahabatan dan kesetiaan.
Sebabitu 1957: Hati Malaya mampu mengheret khalayak untuk mengenangsejarahpengorbanan pejuang terdahulu yang diterjemahkan secara kreatifmenerusipaparan emosi dan sejarah sosial berdasarkan perwatakan yangditonjolkanmenerusi bangsa Melayu yang bertoleransi dengan kaum Cinadan India.Seperti kata Shumi dalam satu temu bual, filem inimengangkat pejuangyang disanjung dan tidak dikenali iaitu paparanbahannya tidak ada dalamcatatan arkib dan sejarah tetapi diperolehmenerusi orang perseoranganserta penyelidikan hampir setahun yangdibuatnya menerusi gambaran mood,warna, situasi dan emosi yangdiceritakan individu tertentu supayamemberi impak kepada penonton.
Filem ini bukan berkaitan biografi Datuk Onn atau Tunku Abdul Rahmantetapilebih kepada pendedahan mengenai kelicikan British menggunakanpelbagaihelah dan muslihat ntuk memperdayakan Raja-Raja Melayu keranamahuterus kekal berkuasa di Malaya.
Kita dapat lihat bagaimanatokoh Melayu seperti Datuk Onn danTunku begitu bijak menangani pelbagaihelah British sehinggalah tanahMelayu merdeka pada 31 Ogos 1957. Kitaakan lebih kenal siapa SardonJubir, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn,Tun Dr Ismail dan Ibu Zainserta raja Melayu dulu seperti Sultan Johor,Sultan Kedah dan SultanSelangor.
Barangkali babak yang paling menyentuh emosi dalam filem ini ialah ketika watak Tunku Abdul Rahman menyatakan hasrat untuk ke
Londondan beliau menangis gara-gara tidak cukup duit untuk keLondon bagirundingan kemerdekaan tetapi masyarakat memberi sokonganjitu. Peristiwaitu berlaku di Melaka dan ketika itu, anak muda itubegitu bersemangatmalah sanggup berkorban memberikan apa saja yangmereka miliki untukmemastikan negara mencapai kemerdekaan.
Dengankekemasan pembikinan dan rujukan fakta sejarah bersama corakproduksimenarik, tidak hairanlah Shumi sebelum ini pernah mengaku iasebagaiproduksi paling sukar dan mencabar kredibilitinya dalambidangpengarahan. Malah, perancangan asal termasuk penggambaran diLondonuntuk menggambarkan proses perbincangan bagi membebaskannegaradaripada belenggu penjajahan, terpaksa dibatalkan disebabkanbajetterhad. Hajat Shumi sebelum ini mahu menjadikan filem inisebagaisebesar produksi filem Gandhi arahan sutradara British,RichardAttenborough menerusi lakonan Ben Kingsley dan Candice Bergen(1982).Tetapi dengan bajet RM3.6 juta, hasil yang diperoleh ini jugabolehdibanggakan dan penonton akan berasa puasmenontonnya.Sekurang-kurangnya industri filem kita lega sedikit dengankehadiranfilem berlatarkan sejarah negara seperti ini.
Syabasjuga buat pelakon filem ini yang berjaya membawa watakdengan tahaplakonan berkesan yang memenuhi kehendak perwatakan. Filemini harusmendapat kutipan besar untuk membuktikan filem yang baiksebegini adasokongan daripada penonton. Jumlah kutipan filem ini kelakakanmenentukan kayu ukur sejauh mana mentaliti penonton Malaysia yangrajinke pawagam. Kita lihat nanti.
Kata orang, kalau hati tidak suka, madu diminum terasa cuka...
from www.bharian.com.my
[ Last edited by LimaWira at 25-10-2007 05:38 PM ] |
|