CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: matmin77

Harga Minyak Dunia : update - turun menjunam US$47.78 setong

[Copy link]
Post time 6-9-2008 06:34 PM | Show all posts
totok BN mungkin tak suka minyak diturunkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2008 07:03 PM | Show all posts

Reply #7 mushroomsup's post

berapa hari baru boleh consider maintain....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 07:47 PM | Show all posts
Originally posted by satrianaga at 6-9-2008 07:03 PM
berapa hari baru boleh consider maintain....



huhu....... tataula.. paklah pandai putar belit dah skang...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 07:48 PM | Show all posts
ish bile laa nk turun ni kan.. ntah2 dieorg wat tak tau je..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 07:55 PM | Show all posts

Reply #22 evelyn's post

tgu kerajaan hampir2 tukar, paklah akan turunkan sampai 20sen seliter
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 08:45 PM | Show all posts
Originally posted by putrisakura at 6-9-2008 07:55 PM
tgu kerajaan hampir2 tukar, paklah akan turunkan sampai 20sen seliter


20sen je??? naik mencanak2 turun 15 sen , 20sen... harga dah balik macam dulu balik... turunkan la minyak macam dulu balik 1.92 at least!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2008 09:39 AM | Show all posts
Agaknya Malaysia antara harga minyak tertinggi di Asia kot. Harga sekarang nie aku rasa dah tak de subsidi 30 sen.. silap2 kita bagi duit buta-buta kat kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 01:21 PM | Show all posts
Minyak cecah AS$101.27

SEORANG penduduk mengisi minyak dalam sebuah
bekas di New Orleans, Amerika Syarikat pada Khamis lalu.



VIENNA - Harga minyak mentah jatuh sehingga menghampiri paras AS$101 (RM348) setong semalam sekali gus menjadikannya harga terendah dalam tempoh lima bulan.
Pengeluar minyak terbesar dunia, Arab Saudi menerima baik perkembangan itu tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda untuk mengubah kouta pengeluaran Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC).

"Kami sudah bekerja keras sejak Jun lalu untuk memastikan harga berada pada paras seperti ketika ini.

"Saya fikir semuanya seimbang," kata Menteri Minyak Arab Saudi, Ali al-Nuaimi.

Arab Saudi sebelum ini menghadapi tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain negara untuk meningkatkan pengeluaran berikutan harga komoditi itu yang terlalu tinggi sehingga mencecah AS$147 (RM504) setong.

Negara itu juga bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran tambahan sebanyak 500,000 tong sehari bagi mengelak harga terus meningkat.

Sekumpulan penganalisis percaya anggota OPEC akan mengurangkan pengeluaran secara senyap-senyap bagi mengelak sebarang pengurangan harga.
Dasar OPEC menetapkan pengeluaran sebanyak 29.67 juta tong sehari.

Minyak mentah Brent North Sea untuk penghantaran Oktober menurun kepada AS$101.27 (RM349.384) dalam dagangan di London semalam. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2008 11:29 AM | Show all posts
Bisnes Dunia: Kuwait galak negara anggota Opec kekal pengeluaran minyak semasa

MENTERI Minyak Kuwait,Mohammad Al-Olaim semalam berkata tiada keperluan untuk Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (Opec) mengurangkan pengeluaran minyak.

Kami tidak merasakan ada keperluan untuk mengurangkan pengeluaran, katanya menjelang mesyuarat pertubuhan itu di Vienna hari ini, sambil menambah Opec seharusnya memantau lebih dekat pembangunan dalam pasaran minyak, terutama mengenai bekalan dan permintaan.

Kami berasakan Opec sepatutnya memberi perhatian kepada mekanisme pasaran,bekalan dan permintaan serta inventori dan kesannya terhadap permintaan masa depan.


Kami perlu berbincang mengenai mekanisme bekalan dan permintaan, apa yang ada di pasaran sekarang dan jangkaan masa depan, katanya.

Semua ini (faktor) akan menentukan apa yang kita perlu lakukan dan jika kita perlu melakukan sesuatu atau tidak, katanya.

Kami bukan pihak yang menentukan harga tetapi melihat kepada kestabilan pasaran dan tersedianya produk, katanya.


Kuwait adalah pengeluar minyak keempat terbesar dalam Opec dan mengeluarkan 2.58 juta tong sehari(bpd). Kapasiti pengeluarannya adalah kira-kira 2.7 juta bpd.

Harga minyak mentah dunia meningkat semalam di sebalik jangkaan Opec akan mula mengurangkan output minyak mentah.

- AFP



[ Last edited by  derose83 at 14-9-2008 12:56 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 11:35 AM | Show all posts
Minyak bawah AS$100 setong

VIENNA10 Sept. - Harga minyak mentah dunia jatuh di bawah paras AS$100 (RM346) setongbuat pertama kali dalam tempoh lima bulan di London apabila PertubuhanNegara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) sebulat suara memutuskan untuk menurunkan pengeluaran minyak kepada 520,000 tong sehari.

Presiden OPEC yang juga Menteri Tenaga Algeria, Chakib Khelil ketika mengumumkan perkara itu berkata, pengurangan pengeluaran minyak itu yang berkuat kuasa serta-merta,bertujuan untuk mengurangkan risiko yang berpunca daripada komoditi itu.


Ketika pengumuman dibuat lewat malam tadi, di London, minyak mentah Brent North Seabagi penghantaran Oktober diniagakan pada paras AS$99.04 (RM342.67).


Bagaimanapun harga di pasaran Asia menyaksikan minyak bermutu tinggi bagi penghantaranOktober naik sebanyak AS$0.92 (RM3.18) kepada AS$104.18 (RM360.46) setong danBrent North Sea meningkat kepada AS$101.07 (RM349.70) setong.


Menurut Chakib, dengan kuota baru itu, OPEC akan hanya mengeluarkan 28.8 juta tong minyak sehari. Keputusan OPEC itu telah mengurangkan kadar penurunan hargaminyak, sekali gus menghampakan para pengguna yang menaruh harapan untukmenyaksikan kejatuhan harga minyak lebih besar.

Setiausaha Tenaga Amerika Syarikat (AS), Samuel Bodman sebelum ini meminta para pengeluar minyak supaya memastikan minyak di pasaran mencukupi.

Bagaimanapun,Setiausaha Agung OPEC, Abdullah al-Badri ketika ditanya mengenai permintaan ASitu berkata: ''AS boleh memberi arahan tersebut kepada syarikat-syarikat yangada tetapi bukan OPEC''.

Para penganalisis sebelum ini mencadangkan agar OPEC mengekalkan polisi semasatetapi bersetuju supaya pengurangan pengeluaran minyak oleh beberapa anggota OPEC seperti Arab Saudi yang telah mengeluarkan minyak melebihi kuota mereka.

Bagaimanapun,keputusan akhir yang diumumkan oleh OPEC memang memeranjatkan.

Chakib berkata, beliau tidak menjangka keputusan OPEC itu bertentangan dengan aliran menurun harga minyak yang sebelum ini menyaksikan rekod harga tertinggi iaituAS$147 (RM508.62) setong pada Julai lalu.
''Pada firasat saya harga (minyak) tetap turun walaupun keputusan telah dibuat.
''Sayatidak percaya keputusan ini akan menjejaskan pengguna dalam apa cara sekali pun kerana bekalan minyak berlebihan, semua orang setuju mengenai perkara itu,''katanya.

Kepentingan yang diambil kira OPEC pada kali ini berbeza dengan pertemuan pada Mac laluketika harga minyak melepasi AS$100 (RM346).


Pertemuan kali ini lebih menumpukan kepada persoalan penentuan harga minyak yang dimahukan oleh kartel itu bagi melindungi harga komoditi berkenaan daripada terus menyusut.

Iran,Iraq dan Venezuela mahu harga minimum minyak berada pada AS$100 setong tetapi Arab Saudi lebih selesa sekiranya harga minyak pada sekitar AS$80 (RM276.80)hingga AS$90 (RM311.40) setong.

-AFP



[ Last edited by  derose83 at 14-9-2008 01:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 01:05 PM | Show all posts

Reply #70 derose83's post

aku mmg terkujut gajah gak pagi tadi sbb kawan sekerja aku cakap yg harga dah turun $80 setong.. mcm tak cayer aje  bila 2 bulan lepaih sampai $140   

tima kacih letak artikel aku carik gak yg cakap $80 setong tapi tak jumpa.. sib baik ko jumpa... bley buat referen nanti...

turun turun jugak.. tapi kat mesia camno ler pulok tu.. cisssss  
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2008 11:39 AM | Show all posts
news tu pening ckit nk baca, ye la xde perenggan.x tau camne nk edit.semalam dalam berita PM ada bagitau nk turunkan harga minyak menjelang Aidilfitri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 06:36 AM | Show all posts
Harga minyak AS$92.77 setong

LONDON – Harga minyak mentah terus menjunam ke paras terendah dalam tempoh tujuh bulan di bawah AS$93 (RM321) setong berikutan permintaan yang lemah selain krisis kewangan global yang semakin meruncing, kata para penganalisis.


Minyak mentah Brent North Sea bagi penghantaran Oktober menyusut AS$4.81 (RM16.59) untuk ditutup kepada AS$92.77 (RM320) setong sekali gus menjadi angka terendah sejak Februari lalu.

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) juga menyatakan Taufan Ike yang melanda Pantai Teluk AS pada Sabtu lalu menyebabkan lebih 10 pelantar minyak di Teluk Mexico mengalami kerosakan. – AFP
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 06:37 AM | Show all posts
Originally posted by derose83 at 12-9-2008 11:39 AM
news tu pening ckit nk baca, ye la xde perenggan.x tau camne nk edit.semalam dalam berita PM ada bagitau nk turunkan harga minyak menjelang Aidilfitri.



delrose boleh guna discuz!code aje
saya ajar mod zed pasal tu juga -

supaya senang dapat baca -

btw - hopefully minyak turunla
kalau PR pegang gov't memang pasti turun minyak ni --
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 03:20 PM | Show all posts
Harga minyak jatuh lagi

LONDON16 Sept. - Harga minyak mentah dunia hari ini jatuh sedikit di bawah paras AS$90 (RM310.50) setong ketika ekonomi dunia kekal suram dengan permintaan terhadap komoditi dijangka berkurangan dalam bulan-bulan mendatang.

OPEC telah mengurangkan unjuran pertumbuhan minyak dunia bagi tahun ini kepada 1.02 peratus daripada 1.17 peratus sebelumnya berikutan menyusutnya permintaan di negara pengguna terbesar di dunia.

Harga minyak mentah dunia kini jatuh hampir 40 peratus sejak mencatat paras rekod tertinggi AS$147 (RM507. 15) setong pada bulan Julai lalu.

Di London, harga minyak mentah Brent North Sea jatuh ke paras serendah AS$89.80 (RM309.81) setong dalam urus niaga di Asia. Kontrak baru bagi bulan November berada pada paras AS$91.34 (RM315.12) setong.

Di New York, harga minyak mentah bermutu tinggi bagi hantaran bulan Oktober jatuh sebanyak AS$2.79 (RM9.62) kepada AS$92.92 (RM320.57) setong.

Kebimbangan yang semakin tinggi terhadap permintaan tenaga yang berkurangan dijangka menghantui pasaran dalam jangka masa terdekat manakala tumbangnya institusi kewangan utama atau sehingga memungkinkan penglibatan (penanggung insurans yang bermasalah) AIG akan menyebabkan berlakunya penjualan lebih besar dalam pasaran komoditi,'' kata penganalisis Sucden Andrey Kryuchenkov.

Harga minyak jatuh lebih AS$5 (RM17.25) semalam di tengah-tengah kebimbangan pasaran sejagat kebangkrapan bank pelaburan terkemuka Wall Street Lehman Brothers dan pertalian perkembangan itu dengan keadaan ekonomi.

Lehman Brothers pada hari Isnin telah mengemukakan petisyen kebangkrapan selepas gagal mencari pembeli untuk menyelamatkannya sebelum tumbang akibat kerugian yang dikaitkan dengan krisis pinjaman subprima dan kejatuhan pasaran perumahan.

Sebagai satu lagi tanda krisis kredit yang perumahan yang memburuk, Bank Of America mengumumkan pembelian Merrill Lynch pada harga AS$50 bilion (RM172.5 bilion)dalam bentuk saham untuk menyelamatkan syarikat gergasi Wall Street itu.

Dalam sektor insurans, para pelabur menjual pegangan mereka dalam American International Group (AIG) kerana bimbang syarikat gergasi insurans itu akan menjadi mangsa berikutnya dalam krisis perbankan yang terburuk melanda Wall Street sejak zaman kemelesetan yang pernah melanda negara itu.

Ketika berlakunya permintaan, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC)yang mewakili 40 peratus pengeluaran dunia pada minggu lalu mengurangkan pengeluaran untuk mengekang kejatuhan berterusan harga minyak mentah.


-AFP


[ Last edited by  derose83 at 19-9-2008 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2008 02:56 AM | Show all posts
Harga minyak A$91.73

LONDON
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2008 08:50 AM | Show all posts
Harga minyak lepasi AS$100 setong

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Minyak mentah dunia meningkat sebanyak AS$2 (RM6.80)setong kepada AS$100 (RM340) setong pada Jumaat setelah jangkaan komprehensif kerajaan Amerika Syarikat (AS) merancang untuk membantu pasaran kewangan yang merudum.

AS melancarkan beberapa program multi bilion dolar untuk menjamin pegangan dalam dana berkaitan pasaran kewangan dan mengawal jualan singkat selain membangunkan lebih banyak rancangan untuk membersihkan hutang gadai janji yang meningkatkan pasaran global.

Laporan rancang itu menyumbang kepada peningkatan harga minyak mentah AS sebanyak AS$2.32 (RM7.88) setong kepada AS$100.20 (RM340.68) setong pada pukul12.45 GMT.

Harga minyak mentah London Brent meningkat sebanyak AS$2.20 (RM7.48) yang didagangkan pada harga AS$97.39 (RM331.4) setong.

- Reuters
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 01:32 AM | Show all posts
Harga minyak terendah AS$88.89 sejak Februari

LONDON – Harga minyak mentah jatuh bawah AS$90 (RM313.88) setong semalam iaitu yang terendah dalam tempoh lapan bulan berikutan tekanan akibat ramalan bahawa krisis kredit global akan menyebabkan kejatuhan mendadak dalam permintaan.

Minyak mentah light Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran November jatuh sebanyak AS$4 (RM13.94) setong kepada AS$89.88 (RM313.47) pada pukul 9 malam waktu Malaysia semalam.

Ia kemudian menurun kepada AS$88.89 (RM310) setong iaitu yang terendah sejak Februari lalu.

Harga minyak menurun hampir 40 peratus selepas meningkat kepada AS$147.27 (RM513.59) pada 11 Julai lalu.

Minyak mentah Brent London turut menurun AS$3.54 (RM12.34) kepada AS$86.74 (RM302.49) setong.

Permintaan minyak di AS iaitu pengguna tenaga utama di dunia, mengalami kejatuhan pada tahun ini manakala penggunaan di Jepun serta Eropah juga lemah.

Seorang penganalisis tenaga dengan firma Purvin & Gertz di Singapura, Victor Shum berkata, permintaan minyak di negara-negara maju sudah perlahan sejak Mei lalu iaitu sebelum kegawatan kewangan melanda AS pada bulan lalu.

“Ini meningkatkan sentimen bahawa kita akan melihat ekonomi perlahan atau kemelesetan dan ia tidak baik untuk permintaan minyak,” katanya.

Presiden Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Chakib Khelil berkata, OPEC akan membuat keputusan untuk berusaha mengimbangi bekalan minyak pada Disember ini.

Menurutnya, permintaan minyak sudah jatuh tiga juta tong sehari berikutan kekurangan keperluan di negara-negara utama pengguna manakala bekalan masih lagi stabil.

Berdasarkan kajian agensi berita Reuters, bekalan minyak OPEC jatuh untuk bulan lalu iaitu penurunan buat pertama kali sejak April lepas. - Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 07:05 AM | Show all posts
Harga minyak mentah terus jatuh

LONDON – Harga minyak mentah dunia jatuh sehingga AS$3 (RM10.49) setong semalam selari dengan kelemahan pasaran saham dunia berikutan krisis kewangan global.


Harga minyak di Amerika Syarikat untuk pasaran November didagangkan pada AS$87.19 (RM304.95) setong bagaimanapun, terdahulu ia turun lebih AS$4 (RM13.99) kepada AS$86.05 (RM301).

Kejatuhan berkenaan turut disokong pengumuman Perdana Menteri Britain, Gordon Brown untuk melaksanakan pakej menyelamat industri perbankan di negara itu berjumlah £50 bilion (RM306 bilion). – Reuters

***********************************************************************

harga minyak keep going down and down.. di pasaran dunia..
tapi kat malaysia still mahal lagi -

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 08:40 AM | Show all posts
Harga minyak di bawah AS$78 setong

NEW YORK 11 Okt. - Harga minyak ditutup di bawah AS$78 setong (RM273.78) hari ini ekoran pelabur kini lebih bersikap pesimistik terhadap persekitaran ekonomi global yang dijangka menghadapi kegawatan.

Minyak mentah berkualiti Light Sweet untuk penghantaran bulan November ditutup rendah pada AS$77.70 (RM272.72) setong di New York Mercantile Exchange.

Ini merupakan harga terendah yang dicatatnya bagi kontrak hadapan sejak 10 September 2007.

Di London, minyak Brent rugi sebanyak AS$8.57 (RM30.08) untuk ditutup pada $74.09 (RM260.06) setong di ICE Futures Exchange.

Menurut penganalisis, harga minyak kini semakin murah diniagakan dipasaran antarabangsa sejak 13 bulan lalu dengan penurunan sebanyak 47 peratus daripada paras tertingginya yang menghampiri rekod AS$150(RM526.50) setong, iaitu $147.27 (RM516.92) setong, pada 11 Julai lalu.

Presiden Tenaga Strategik dan Kajian Ekonomi dari Wincheste rMassachusetts, Michael Lynch berkata, pelabur kini begitu bimbang dan situasi tersebut memberi tekanan terhadap pasaran minyak.

''Mereka (pelabur) bimbang untuk memegang sebarang posisi dalam pasaran, oleh itu mereka menjualnya.

''Selagi krisis kewangan ini berterusan, kami jangkakan harga minyak akan terus turun pada paras AS$60 (RM210.6) setong,'' katanya.

- AP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 104456 Replies : 1061
Kim Seri mohon maaf, janji bayar semula duit pelanggan
maklukpenggodaKim Seri mohon maaf, janji bayar semula
Views : 19667 Replies : 101
Wanita sedih bayinya masuk wad gara-gara termakan najis tikus,netizen mempersoalkan bagaimana insiden tidak diingini itu boleh berlaku.
YgBenarWanita sedih bayinya masuk wad gara-gara
Views : 32081 Replies : 64
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 346035 Replies : 9109
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 20277 Replies : 233
Taraf 'funfair', pengunjung konsert Biduanita-Judika buat aduan ke tribunal pengguna ramai rasa ditipu!!
maklukpenggodaTaraf 'funfair', pengunjung kons
Views : 57752 Replies : 282
[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji Min, Lee Joon Hyuk ~ 3 January 2025
Rahah[SBS/Netflix 2025] LOVE SCOUT - Han Ji M
Views : 57126 Replies : 19
Berita malam sejuk:Isteri Abang Viva Luah Rasa Kiciwa Membaca Perbualan Mesej Suaminya Dengan Seorang Wanita Yang Dikatakan Isteri Orang.
YgBenarBerita malam sejuk:Isteri Abang Viva Lua
Views : 38062 Replies : 77
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3949 Replies : 55
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 51734 Replies : 196

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 1.382653 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list