CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[NFO] Notis pemberitahun

[Copy link]
 Author| Post time 17-3-2009 08:10 AM | Show all posts
Gangguan air di Seremban hari ini

SEREMBAN 16 Mac - Beberapa kawasan di sekitar daerah Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama sembilan jam bermula pada pukul 9 pagi, esok.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains), Zulkifli Ibrahim berkata, gangguan tersebut disebabkan kerja-kerja pengalihan paip oleh Sains di Jalan Kuala Pilah.

''Gangguan itu membabitkan kawasan Kampung Sekolah Paroi, sepanjang Jalan Seremban-Kuala Pilah, kawasan perumahan Mafa, perumahan Panchor dan kawasan berhampiran,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, bekalan air dijangka pulih beransur-ansur mulai 7 malam pada hari yang sama.

''Walau bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan kerana pemulihan air ke kawasan tersebut sepenuhnya akan mengambil masa,'' katanya.

Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan diminta menghubungi talian 06-7653000, 06-7653001, 06-7653002 atau talian bebas tol1-800-88-6982.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 01:23 PM | Show all posts
ada satu forumer kek FD tak pueh hati dgn org N9 sbb dia cakap ipar duai dia jahat...kekekeke

aku letak je announcement kat sini

harap maklum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2009 02:29 PM | Show all posts

Reply #62 mala0n's post

link link
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 03:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 03:25 PM | Show all posts
kekekek lawak pulak aku tgk trid tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2009 04:19 PM | Show all posts
Gangguan bekalan air di daerah Tampin dan Rembau, Ahad ini

SEREMBAN: Beberapa kawasan di sekitar daerah Tampin dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air selama 10 jam mulai 10 pagi Ahad ini.

Gangguan di Tampin membabitkan kawasan Batang Melaka dan sebahagian Tampin, manakala di Rembau, ia membabitkan keseluruhan daerah Rembau kecuali Kampung Pilin, Taman Pedas Perdana, Kampung Kundur, Taman Permai Kundur dan Chembong.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd, Zulkifli Ibrahim, berkata gangguan adalah disebabkan kerja penyelenggaraan perkakas suis dan VCB di Loji Rawatan Air Gemencheh oleh Tenaga Nasional Bhd.

Bekalan air dijangka pulih secara beransur-ansur mulai jam 9 malam pada hari berkenaan, namun di kawasan tinggi, ia dijangka akan mengambil masa sedikit, katanya dalam satu kenyataan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukan kepada talian 06-7653000, 06-7653001 dan 06-7653002 atau talian bebas tol 1-800-88-6982. - Bernama
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2009 09:31 AM | Show all posts
Salam waghieh,

pagi tadi den dpt msg yg waghieh kito - QUEDAC1-

yg quedac1 terlibat dlm kemalangan semlm, skrg dio ado kek sepital..
patah tulang bahu kiri

     
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 09:35 AM | Show all posts

Reply #67 aamoi's post

eksiden dengan apa tu moi??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 09:58 AM | Show all posts


to my lalink Q
semoga cepat cepat sembuh   






[ Last edited by  aamoi at 17-4-2009 10:04 ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 09:59 AM | Show all posts

Reply #68 kipas_akustik's post

amoi tak tahu...msg tu 'ckp' eksiden-kat sepital-patah tulang bahu kiri

tu je   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 10:04 AM | Show all posts
ya ampun
ye ker?

moga tabah
dan cepat sembuh


/- psstttt...nurse2 kat sepital tu pung..boleh tahan..alaaa..yang jaga kat wad orang patah bersimen semua tu....dorang siap mandikan lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 10:37 AM | Show all posts
nak gi lawat tak kona pulak... nak tanyi kek Misi " mano satu DaK Quedac?"

Misi pun tak tau....

anyway semoga cepat sembuh dan dapat online and posting dengan segera....
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:55 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh wahai Quedac..
kek spital mano dio skrg ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2009 01:41 PM | Show all posts
Que (comey  plak panggey que )
tu kek sepital mana?

aamoi..
ckp ngan dia
nanti jgn lupa pegi berurut

kat beranang pun ada sorang dukun pemes
dukun patah
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 11:40 AM | Show all posts
kisah Q mcm nie;

mlm tu Q balik dari opis dia, dia rushing sobab lopeh tu dio konoattend meeting lak...sobab nak sompekkan sampai meeting on time...diopoie pocut motor dio mlm tu

smpai kek 1 kawasan berpasir dia brek
<den ado tanyo brek tuk elak apa, tapi line ngap ngap ngap, den x dongar dio koba'an kenapo dio brek>


disobabkan brek tu ler dia tersombam kek ateh jalan ghayo

cian kek dio, tunggu 3 jam topi jalan ngan menahan sakit lagi..ambulan tak sampai2..

org ghamai ado yg stop tlg dio tapi masing2 x leh bawa dio gi sepital sbb masing2 ado hal sendiri

last2 kasen dia yg tibo...bawa gi sepital somban-ponoh

poie sepital kajang...pun ponoh

last2 gi sepital bangi baru dpt uruskan segala2 nyer...  

Q kim salam sama korang semua
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 11:49 AM | Show all posts

Reply #75 aamoi's post

lahaiii.. sian dak Q...
camno spital somban ni bleh ponuh... heghan den....
patut la ayah den hari tu dokek 2 jam lobih nunggu kek sanun...
yolah... mugo2 Q copek la sombuh eh...

[ Last edited by  pilahdelpia at 18-4-2009 11:50 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2009 01:10 PM | Show all posts


Tiada sambutan kemerdekaan tahun ini

Oleh AMREE AHMAD
[email protected]


KUALA LUMPUR - Jika anda berniat untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 pada tengah malam 31 Ogos nanti, mungkin hasrat itu terpaksa dilupakan seketika atau sekurang-kurangnya sehingga 2011.

Ia kerana acara yang dirai penuh meriah itu pada setiap 31 Ogos itu buat julung kalinya tidak disenaraikan di dalam kalendar rasmi perayaan Bulan Kemerdekaan pada Ogos sehingga September ini.

Sebaliknya, menurut laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, beberapa acara bercorak keagamaan bakal disusun bagi mengisi program sambutan kemerdekaan negara yang kebetulan jatuh pada bulan Ramadan.

Apa yang menarik, jadual beberapa acara sempena perayaan kemerdekaan negara kali ini juga dianjak lebih awal oleh Cawangan Acara dan Protokol, Bahagian Pengurusan Acara di kementerian tersebut sebagai menghormati bulan Ramadan.

Antaranya ialah Sayembara Puisi Merdeka di Ipoh pada 13 Jun, Pertandingan Kuiz Kemerdekaan 2009 di Melaka pada 9 Julai dan Pertandingan Akhir Debat Kemerdekaan Ala Parlimen di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 18 Ogos.

Bulan Kemerdekaan yang pada kebiasaannya bermula dari 17 Ogos hingga 16 September turut tiada dalam kalendar acara anjuran kementerian itu kali ini.

Ia sebaliknya diganti dengan Majlis Semarak Ramadan dan Gema Aidilfitri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 02:17 PM | Show all posts
perarakan merdeka ade tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2009 04:15 PM | Show all posts

Reply #78 MetalFire's post

takde makna nye
nak buat tgh2 bulan puasa

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 05:35 PM | Show all posts
tak pat tengok konsert af sempena merdeka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 01:41 AM GMT+8 , Processed in 1.107765 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list